Pages

Wednesday, 7 September 2011

Angin yang bertiup... Kuat lagi pokok yang bertahan...

Sejak kebelakangan nie, angin dibumi Bristol bertiup agak kencang.. menolak aku ke sana ke mari.. Suhu pown dah mula berkurang dan tak lama lagi.. single digit akan mengunjung tiba.. Welcome Autumn/Fall.. Semoga aku terus tegar dalam kehidupan ini dan tidak menjadi seperti daun yang mula layu dan gugur.. Semoga aku terus berjuang dan tidak tunduk mahupun gentar dengan cabaran yang mendatang.. dan jika ku gugur.. Biarkan aku gugur sebagai mujahid di medan perang.. Alhamdulillah, hari ini lebih baik dari semalam walaupun masih tiada lagi sinar harapan.. tapi kepercayaan dan keyakinan aku tidak sepatutnya luntur.. dan tidak sekali-kali akan luntur lagi seperti semalam.. Aku tak pasti kenapa mood swing aku makin kerap tahun nie.. namun.. akan ku cuba hadapi dan tentangi dengan kudrat yang ada... 

Bila ku baca kembali luahan ku yang terdahulu.. aku tidak sepatutnya katakan sesuatu seperti itu.. bukan kerna ianya tidak benar... cuma tidak mahu pula melunturkan semangat anak muda lain yang ingin menyahut cabaran percutian kali ini.. Lagi-lagi kalau ianya datang dari aku... bukan aku nak katakan reputasi dan prestasi ku yang dahulu sebagai kayu ukur.. cuma aku risau ada yang akan terjumud niat mereka pabila insan bernama zamir mula meluahkan rasa.. rasa kepayahannya.. Tak nak lah pula ada desas-desus yang mengatakan jika zamir tak boleh buat, jika zamir pown merana.. kiteorg nie lagi la teruk.. kalau macam tu tak nak la buat percutian nie.. Maka aku rasakan luahan ku yang lalu tidak wajar sekali jika ianya membejatkan anak muda lain untuk meneruskan perjuangan ini.. Lagi-lagi negara ku tercinta memerlukan lebih ramai tenaga profesional dalam bidang ini mahupun bidang yang sealiran dengannya..

Cuma ape yang aku ingin tekankan dari luahan yang lalu mengenai ape yang percutian ini cuba terapkan dan ajarkan pada kita... 
Kekadang tu bila aku compare dengan orang lain.. they seem to have much easier things to do.. Things that I understand.. That I can understand and I know I can do well in it.. but they don't.. So, I guess that's why I can't do their project.. because all this PhD-ship stuff is teaching you what you can't and not what you can... Its teaching me to become a greater man than before..
 Ianya tidak akan mengajar benda yang kita tahu malah benda yang kita boleh buat.. maka segala projek yang perlu dilaksanakan pastinya diluar kemampuan kita tapi manusia.. kemampuannya tiada batasan.. kitalah sebernarnya limitasi kepada kemampuan diri kita... InsyaAllah aku akan cuba cambahkan limitasi itu kepada kekuatan untuk mengharungi masa hadapan.. InsyaAllah aku takkan biarkan hasil percutian ku menentukan perjuanganku tapi aku sendiri yang akan menentukan hala tuju percuutian ku... Sekencang mana angin bertiup.. akan ku jadi seperti pokok yang teguh bertahan... terus bertahan dan terus tegap di alam fantamorgana ini...

No comments: