Hoho.. memang betul ape yang mereka pernah katakan suatu masa dahulu.. pabila kita kehilangan seseorang itu baru kita sedar akan betapa besarnya nilai dirinya dalam hidup ini.. Sewaktu dirimu berada disisiku... hanya burukmu yang ku lihat... sedangkan dirimu tidak pernah sesekali melihat buruk diriku.. malah kau mengangkat diriku lebih tinggi dari itu.. dalam diam kau menyimpan pelbagai hasrat yang mencerminkan diriku... dan akhirnya dikau menyerah kalah (walaupun bagiku ianya tempoh bertenang)... tapi dikau berkeras menyerah kalah.. Dengan alasan ini bukan medan pertempuranmu tetapi medan pertempuranku..
Namun, selepas beberapa bulan dirimu berundur.. kebangkitanmu begitu gah sekali... Semangat juang mu yang dahulu lenyap dan sepi bangkit menerjah ke alam fantamorgana ini.. Bak Hunter X Hunter.. 'En' dirimu menerjah menerangi segala kawasan lingkungan pemerhatianmu.. Dengan strategi dan penyusunan yang jitu.. rentak pertarunganmu sudah berubah.. Belang Tarungmu mula menunjukkan diri dan aku percaya.. kebangkitan ini adalah kebangkitan sulungmu setelah lama memendam hasrat untuk memulakan pertarungan yang bagiku kian suram sejak tahun-tahun sebelumnya.. Dengan kejayaan demi kejayaan yang telah dikau capai dalam beberapa bulan ini.. diikuti dengan semangat penerokaan yang baru.. Aku yakin dan pasti.. pertarungan kita akan terus bersambung..
Walaupun medan pertarungan tampak berubah.. walaupun bukan antara molekul dan molekul lagi... walaupun telah berubah jasad dan fizikal.. Cabaran akan tetap aku laksanakan.. Yang mana.. akan berkahir apabila kita berdua berada dipuncak dunia.. bagaikan Naga Emas naik ke langit.. begitulah momentum kita berdua.. Pecutlah rentak mu... kerna aku tidak mahu dirimu dibelakangku lagi... Aku mahukan dirimu disisiku.. demi membuka dunia baru... tamadun baru.. Mencipta sebuah Mahakarya Agung bersamaku..
No comments:
Post a Comment