Aku masih berpasak teguh dengan prinsipku.. bahawa untuk menjadi seseorang yang berjaya/hebat atau ape pown seangkatan dengannya.. Aku perlukan ketenangan dalam melakukan sesuatu perkara.. dan jika aku dalam keresahan dan juga kegelisahan.. semua perkara tidak akan menjadi.. dan pabila aku berdoa untuk perolehi ketenangan.. Aku lupa yang Allah tidak akan memberikan ketenangan dengan begitu saja padaku.. Selalunya, aku yakin dan percaya Dia akan berikan keadan yang kacau bilau.. kelam-kabut dan haru-biru padaku supaya aku mempunyai peluang untuk menjadi lebih tenang... Dia tidak akan sesekali.. bagiku.. memberikan sesuatu dengan sebegitu mudah.. Aku percaya hanya jalan yang Dia tunjukkan padaku.... dan terpulanglah pada diri ini untuk memilih atau tidak jalan tersebut...
Kadangkala, perkara-perkara ini dipandang enteng oleh diri aku dalam segenap aspek.. tidak ku tahu kenapa.. tetapi selalunya berakhir dengan keadaan yang lebih huru-hara.. Seakan-akan sesuatu telah hilang dalam diriku ini.. Tapi bila perkara ini berlaku.. Akan ku duduk diam seketika.. berfikir sebagai manusia.. sebagai makhluk terbaik ciptaan-Nya.. fikirkan cara yang terbaik.. cara yang mampu dilaksanakan dengan jiwa yang tenang..
Kerna biasanya, pabila sifat amarah dan juga sifat mazmumah yang lain timbul.. Ini semau bisikan syaitan.. maka.. Abaikan bisikan-bisikan tersebut.. kerna jika diikutkan hati.. perkara yang paling kecil pown boleh membuatkan aku naik darah..
Ingatlah... Pabila dikau meminta untuk menjadi seorang yang lebih tenang...
dikau bukan sahaja meminta itu, tetapi dikau meminta untuk menjadi seorang yang lebih sabar..
kerna orang yang tenang sahaja mampu bersabar dalam perlbagai perkara..
Dikau meminta untuk menjadi orang yang lebih tabah..
kerna dirimu yang tenang akan menghadapi dugaan-Nya dengan hati yang tabah...
Dikau juga meminta untuk menjadi orang yang redha..
kerna orang yang tenang, tahu akan kuasa dan juga hikmah setiap kehendak-Nya...
Dikau juga meminta untuk menjadi seorang yang lebih berilmu..
kerna hanya dengan fikiran yang tenang, akan dikau tahu pentingnya ilmu...
Dikau juga meminta untuk menjadi seorang yang beriman...
Kerna ketenangan dalam dirimu mencerminkan kepercayaan pada ketentuan Allah swt.
Dan akhirnya..
Dikau juga meminta untuk menjadi sebaik-baik ciptaan-Nya..
kerna dirimu merupakan sebaik-baik ciptaan-Nya...
Moga dikau tenang.. kerna dirimu perlukannya dalam menghadapi sisa-sisa kehidupan ini....
1 comment:
like!
Post a Comment