Pages

Friday 16 September 2011

Mak... Abah... Maafkan Amir..

Selesai berbicara dengan kakak ku pagi ini.. dan seperi biasa.. akhirnya akan habis dengan titisan air mata.. Setiap hari makin aku rasakan sebak.. makin aku persoalkan kenapa aku ada di sini dan bukan di sisi ibu ku.. bukan di sisi ayahku.. bukankah tujuan seorang anak adalah untuk memastikan ibu dan ayahnya hidup bahagia dan gembira..

Kenapa ayahku masih bekerja diusia begini.. adakah kerna menanggung beban sepanjang proses kami membesar.. kenapa.. semua ini adakah kerna aku di sini dan mereka di sana.. adakah kerna aku tidak menjaga mereka dengan baik.. adakah kerna aku terlalu mementingkan diri aku dan tidak menjalankan amanah seorang anak.. adakah semua ini salah ku.. jika benar.. maka maafkan daku... ayah dan ibu...

Mak maafkan Amir kerna pergi jauh..
sedangkan Amir pasti ianya sukar bagi dirimu untuk melepaskan aku pergi..

Mak maafkan Amir kerna sejak dibangku sekolah telah meninggalkan mu...
Sedangkan anak bongsumu tidak seharusnya meninggalkan sisimu..

Mak maafkan Amir kerna tidak pernah menjagamu...
tidak berada disisimu di masa sakit mu...
sedangkan semasa aku sihat apatah lagi sakit.. ko sentiasa bersamaku..
Mak maafkan Amir kerna tak mampu memberi keselesaan kepadamu
sedangkan ramai kawanku mampu meringankan beban ibu mereka...

Mak maafkan Amir kerna bersifat pentingkan diri sendiri dan berada di sini,
sedangkan khidmatku adahlah untuk mu.. kerna syuga ku dibwah tapak kaki mu..

Mak maafkan Amir... Aku doakan semoga dikau sihat slalu...
dan aku ingin berbakti padamu.. Ingin berada bersamamu...
maka tunggulah aku disitu dan janganlah berlalu pergi..
kerna aku sayangkan mu.. Aku akan sentiasa sayngkan dirimu.. Kaulah Ibu yang satu..

Amir sayang Mak...

Abah maafkan Amir jika tidak pernah menjadi anak yang mendengar kata..
sedangkan itu adalah hakmu untuk berkata-kata..

Abah maafkan Amir kerna tidak menjaga dirimu dan isterimu..
Sedangkan sepanjang umurku dikau telah berbakti dan aku tak pernah sesekali memulangkannya kembali..

Abah maafkan Amir kerna pada usiamu,
dikau masih lagi bekerja..
sedangkan, sekarang ini, dikau hanya perlu menikmati teh susu kegenaram mu dipetang hari dengan isterimu..

Abah.. ku pinta dikau jagalah ibuku sedikit masa lagi..
Tunggulah hingga ku kembali..
kerna aku akan membalas jasamu dan aku ingin berkhidmat untuk dikau berdua..
Aku sayangkan dirimu, walaupun susah untuk aku suarakan.. tapi percayalah
aku sentiasa menyayangimu.. selamanya..

Amir sayang Abah..

Amir sayang Mak dan Abah selamanya...

2 comments:

missdreamer said...

Insya Allah, Allah ada untuk menjaga mereka.
Letakkan lah doa dan tawakkal setinggi-tinggi nya hanya pada Dia.
Be strong!

Zamir said...

Thanks tiha..