Pages

Tuesday, 13 September 2011

Physically... Mentally.. Emotionally... Fit is a must..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerna my big Sis dah lepas dia nyer examination dan jugak dia dapat stay kat sini lagi.. until June to work.. Yeay.. Congratz to her again for this exciting and wondeful news.. Semoga lebih ceria dan gembira.. Semoga lebih cemerlang..

Selesai dengan cerita dia dan jugak kejayaannya.. kali nie kisah aku dan kejayaan aku.. kejayaan ke? Memang satu kejayaan... memang dan pasti.. sebab dah berjaya paham sikit-sikit bahasa alien.. haha.. Alhamdulillah dah paham sikit pasal python.. kefahaman yang sikit ini aku dah boleh gunakan untuk melakukan analisis Band Structure.. Fermi Level, VBM, CBM, average electron potential dan banyak benda alah lain yang tak perlu dipanjang lebarkan lagi.. sebab tak pasal-pasal sume orang ingt ak cakap bahasa alien plak kang...

Walaupun dah berjaya untuk hari ini, timbul persoalan oleh aku to my big Sis.. how can I keep it up.. Sebab makin lama benda nya akan membesar.. yang dahulunya simulation ini seolah-olah sebagai penambah perisa.. sekarang ini aku lihat ianya sebagai satu projek yang lebih serius.. lebih tersusun dan lebih mantap dari sebelumnya.. kalau dahulu niatnya untuk dijadikan satu chapter.. tapi kali ini tak mustahil untuk dijadikan satu tesis.. So, sejauh mane aku mapu lakukan.. kata kawan-kawanku.. Physically dan Mentally memang aku dah fit.. memang dah layak (bukan lebih dari layak okay).. cuma Emotionally.. sejauh mane aku mampu bertahan secara emosi.. berperang dengan emosi dan bertenang dalam peperangan dengan emosi nie...

sejak kebelakangan ini, mungkin emosi aku sangat negatif.. tu sebab akhirnya sume akan memberikan persoalan yang menjurus ke arah dunia yang lebih hitam... Adakala aku selalu mencari alasan sebelum mencuba.. ini aku rasakan perang emosi yang aku sedang alami... Dan aku rasakan aku hampir mengetahui punca dan kunci pada peperangan ini... Aku takut dan risau aku tak mampu menyiapkan semuanya kelak... Mungkin kerna aku rasa, lebih banyak aku buat, lebih banyak aku kene baca (sepatutnya la) dan lebih banyak aku kene tulis... Dan aku risau part baca dan tulis yang membuatkan emosi aku tak stabil dalam proses membuat...

Yang mana so not true kan... (cnfirm ramai tak puas hati dengan aku this part)... Dulu ko buat banyak giler benda zamir dan ko baca punye la sikit.. boleh jer hidup.. 

then another part emosi aku akan balas

Yela tu.. tu dulu.. ko kene ingat.. time dulu ko bagi 28 journal untuk 101 muka surat tesis memang la lepas.. sekarang nie.. at least 70 journal untuk setiap 50 muka kowt...

So.. kalau aku terus berperang macam nie.. cnfirm aku akan takot nak buat banyak benda.. sebab nanti banyak la benda nk kene baca...

Maka.. dengan amanah yang diberikan sebagai penyimpan mohor besar Kesultanan Empayar ini, saya mengisytiharkan.. 
Kita akan mengabaikan pembacaan dan penulisan buat masa ini walaupun ada yang berpendapat ianya akan makan diri suatu masa nanti dan terus menerus belajar dan laksanakan benda baru.. Buang sahaja semua milestone berbentuk penulisan dan pembacaan dan teruskan dengan mempelajari benda baru dan pastikan semua benda yang dilaksanakan disempurnakan dengan baik kerana Beta percaya dalam mempelajari benda baru ini, Anakanda akan melalui proses pembacaan dan penulisan mengikut keperluan dalam menyempurnakan ilmu tersebut.. Dengan itu, Beta perintahkan agar Anakanda tidak perlu risau lagi dan berikan tumpuan sepenuhnya kerana Beta pernah melihat Anakanda melakukannya dahulu dan Beta ingin Anakanda bukan sahaja mengulanginya malah melakukan dengan lebih cemerlang lagi supaya Anakanda mampu bersahaja di dunia luar sana kelak.. Itu titah Beta untuk Anakanda...

No comments: