Pages

Wednesday, 31 August 2011

Back to work..

Alhamdulillah, semalam selesai suasana menyambut hari raya secara kecil-kecilan buat aku dan rakan-rakan.. Thanks for the food you guys.. Sorry sebab tak sempat sediakan pape yang best.. Hopefully next time I'll be more prepared.. Hohohoho.. Sedar tak sedar sekejap sahaja Ramadhan meninggalkan kita dan bagi aku.. Ramadhan kali ini penuh bermakna kerna dugaan dan cabaran yang aku tempuhi dapat ku selesaikan.. Semoga aku menjadi lebih tenang dalam menghadapi cabaran-cabaran akan datang.. Ramadhan kali ini juga banyak linangan air mata pada Pencipta aku.. aku curahkan.. Dan kehadiran-Nya membuatkan hatiku lebih tenang dari biasa.. Pabila berbicara mengenai manusia kerdil seperti ku.. memang takkan lari dari dosa dan juga fitnah dunia.. maka aku bersyukur dengan kudrat yang aku ada.. Aku masih mengenali diriku ini dan masih mampu meneruskan perjuangan yang tiada penghujungnya.. Dan bagiku... Suasana malam yang sunyi dan kehidupan yang penuh ketenangan banyak memberikan aku jawapan dalam pelbagai pertanyaan yang bersarang di minda dan juga yang terbuku lama di dalam hati... Dan perkara manis yang paling ku rasai ialah pengalaman berdiam diri.. dan memang benar sabda Rasulullah s.a.w suatu masa dulu.. yang mana lebih baik seseorang itu diam dari berkata-kata sesuatu yang sia-sia.. Di tambah lagi dengan kata-kata, silent is golden and speech is silver..  Stop talking and start listening because the world will answer your question.. Memang tak tau kenapa.. dalam bulan Ramadhan yang lalu banyak cerita-cerita drama yang memberi pengajaran melalui tema start listening and stop talking..

So, insyaAllah akan diteruskan untuk mendidik diri untuk berhenti bercakap.. Cukup-cukup la selama ini aku bercakap dan mungkin adakalanya bagaikan tin kosong... dan mula untuk mendengar.. Even buku kegemaran aku 10 tahun yang lalu pown (lama dah tak baca buku Men from Mars and Women from Venus) menyarankan aku sebagai lelaki agar lebih banyak mendegar dari berbicara...

Semoga dengan pembaharuan diri kali ini.. Percutian aku mampu berlayar dengan lebih jauh dan berlabuh di pelabuhan yang akan menyaksikan perdagangan paling agung di abad ini...

No comments: