Pages

Saturday, 15 November 2014

Thursday, 13 November 2014

UK 2011 - Scotland - Isle of Skye dan kawasan sekitar

Pengembaraan bulan Mac 2011.. Salji yang tiba-tiba turun menjadikan ciptaan Allah itu cukup indah dan sempurna..




Wednesday, 12 November 2014

Monday, 10 November 2014

Raya 2011 - Long lost never forgotten friends..

Kenangan raya di perantauan.. We had joy, we had fun.. We are best friends all time...



UK 2011 - Stonehenge dan Salisbury..

Jalan-jalan di Stonehenge sambil main sepak-sepak bola di perkampungan Salisbury..




Friday, 7 November 2014

Thursday, 6 November 2014

Percutian dalam erti kata sebenar - Selamat Datang Bristol


Sejak kebelakangan aku kerap kali hilang mood untuk menulis.. Pada masa yang sama aku rasakan takde makna untuk aku mengimbau sejarah silam.. Apa ntah untuk nukilkan kisah hidup sebelum ini.. Aku hanya insan biasa dan perjalanan aku cukup biasa.. Tiada yang luar dari kebiasaan norma manusia..



Mungkin ada baiknya gambar-gambar ini menyampaikan kisah perjalanan hidup aku dari mula aku melangkah keluar dari bumi Malaysia..

Selamat Datang ke Bristol..





Monday, 29 September 2014

#2.5 Sebelum - Ijazah, apa makna disebalik sehelai kertas


Pabila aku ingin menulis mengenai kisah hidup aku di UTM.. Tak pasti apa yang perlu aku ceritakan kerana jika diungkap semua kisah.. 3 tahun bukan satu masa yang singkat.. Mungkin 300 muka surat belum tentu cukup. Tidak pasti di mana ingin aku mulakan ceritera kehidupan mahasiswaku..

Mungkin ada baiknya aku mulakan dengan beberapa falsafah dan panduan yang mampu aku kongsikan.. Bagi aku, ilmu tu sesuatu yang cukup indah.. Mungkin juga merupakan cinta pandang pertama aku bukan sahaja masa dulu malah sekarang masih lagi aku diulit perasaan sayang dan cinta pada ilmu.. Alhamdulillah syukur pada rahmat dan rezeki dari Allah swt.


Ibu bapa aku sangat-sangat menitik beratkan tentang ilmu.. Namun bukan setakat ilmu tapi amalan atas ilmu tersebut.. Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tak berbuah.. Ini antara ratusan juta pesanan ibuku buat diri ini.. Dengan pesanan itu aku cuma untuk tidak lokek untuk berkongsi ilmu yang aku ada.. Akan aku ajarkan apa yang aku mampu kepada sesiapa yang berkehendak terhadap ilmu tersebut.


Maka, sepanjang pengajian aku di UTM dan mungkin juga antara rahsia kejayaan dalam mengharungi hidup sebagai mahasiswa ialah kata-kata ibu.. Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tak berbuah.. Ini membuatkan setiap kali aku menuntut ilmu, aku cuba fikirkan apa yang boleh dilakukan dengan ilmu tersebut.. Apa manfaat disebalik ilmu tersebut. Untuk apa aku pelajari semua ini.. Jika aku mengharapkan lulus semata-mata.. Itu bukan ilmu dengan amalan.. Ilmu tanpa pemahaman ibarat hidup tanpa roh.

Kerana aku rasakan nilai ilmu itu cukup besar dan bermakna... Setiap masa dan saat yang diberikan pada aku untuk menuntut ilmu, takkan aku lepaskan sama sekali.. Tak kira tempat, masa dan ketika.. 

Ada ketika, jika aku boleh pelajari ilmu-ilmu di luar ruang lingkup silibus.. Akan aku gunakan peluang tersebut.. Untuk membina jalan bagi mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.



Selain itu, tingginya nilai ilmu membuat aku memandang tinggi dan menghargai pemberi ilmu.. Penyampai ilmu.. Rasa hormat pada pensyarah itu tak sesekali hilang dari kaca mata ini.. Dalam masa yang sama, aku sering kali cuba berdampingan dengan mereka, kerana ilmu yang tersemat rapi dalam jiwa mereka..

Alhamdulillah, cukup banyak peluang yang disediakan oleh mereka bagi aku mendalami kebanyakan ilmu yang ada di bumi UTM tersebut..

Maka, jika aku lihat kembali, ijazah yang aku peroleh di UTM bukan semata-mata sehelai kertas untuk pengiktirafan manusia.. Namun ianya lebih kepada penghargaan kepada ilmu, aplikasi ilmu terhadap kehidupan seharian, rasa hormat dan taat pada penyampai-penyampai ilmu dan memberi peluang untuk aku berdamping dengan golongan-golongan ilmuan yang mempunyai seribu satu kepakaran.. Tak banyak, sedikit tempias ilmu mereka dapat aku nikmati.

Jalan menuntut ilmu itu cukup indah dan luas.. Kadang kala penuh dengan kesunyian..

Monday, 22 September 2014

Hidup dalam kehidupan

Kita berhenti seketika dari kisah-kisah lama..

Kali ini aku ingin bawa sesuatu ke ruang maya ini.. Satu persoalan yang mungkin bagi kebanyakan manusia tidak menjadi masalah.. Namun bagi ku, ianya Hit & Miss. Persoalan hidup dan kehidupan..

Tak dinafikan aku boleh bagi jawapan yang cukup tepat.. Contohnya, hidup ini diabdikan kepada Allah swt. Bagi memahami ilmu Allah. Memahami kesempurnaan ciptaan Allah yang akhirnya membawa kepada bertapa sempurnanNya Yang Maha Esa. Selain itu, untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik untuk insan, makhluk dan juga alam.

Namun daripada semua jawapan itu, sejauh mana intipatinya diasimilasikan dan kehidupan seharian.. Sejauh mana kita hidup dalam kehidupan dengan erti kata sebenarnya. Aku sering kali bertanya soalan ini pada diriku..

Aku sedar soalan-soalan ini selalunya hadir pabila aku hilang arah tuju.. Hilang panduan dan pedoman dalam hidup.. Soalan ini seringkali membawa aku kembali menyingkap jawapan-jawapan dalam manuskrip kehidupan manusia.. Dalam Al-Quran itu sendiri.. 

Tanpa pernah gagal, ianya memberikan aku ketenangan.. Namun semuanya bersifat sementara.. Masih ada lagi kekosongan jiwa dan hati ini yang mana aku tak pasti.. Di mana silapnya atau dimana hilangnya..

Jika nak katakan aku tidak memiliki kehidupan.. Secara fizikalnya.. Alhamdulillah cukup sempurna.. Namun jika dilihat dalam konteks hati.. Satu yang cukup susah dinilai dan diungkap..

Mungkin kerana pengharapan yang diletakkan bukan pada Ilahi namun pada makhluk.. Ada masanya aku ingat hati ini makin pulih dan bersih.. Malangnya, kekotoran dan bintik hitam itu bukan mudah dibersihkan jika jasad tak pernah istiqamah..

Secara fitrah manusia sentiasa sukakan kebaikan.. Namun pada masa yang sama manusia sukakan cabaran.. Adakalanya baik dan buruk dalam cabaran itu terpisah dalam satu garisan yang cukup halus.. Tiada sempadan yang jelas..

Untuk kekal istiqamah bukan mudah namun bukan sesuatu yang sukar mahupun mustahil.. 

Hidup dalm kehidupan.. Pengembaraan membersihkan hati.. Satu perjalanan.. Satu tujuan.. Nikmat ketenangan hati itu selalu dikaitkan dengan Nikmat Syurga Dunia..

Kenal diri kita, ketahui diri kita..

Apa makna ilmu yang tinggi jika hati tak tenang
Apa guna kekayaan yang melimpah ruah jika ketenangan bukan milik kita
Apa pentingnya pangkat dan darjat kita ketenangan jarang kali kita kecapi

Kita tak perlu kaya harta, punya pangkat yang besar dan darjat yang tinggi untuk memiliki ketenangan yang abadi..

#2.4 Sebelum - Kenapa Kimia???

Setelah lulus di peringkat persediaan. Aku memilih jurusan Kimia Industri sebagai pengkhususan dalam bidang Sarjana Muda Sains aku.. Pilihan di hati adalah untuk memasuki jurusan Kimia Tulen namun kursus itu tidak ditawarkan kepada kami pelajar Ekspress MARA (Forecast), padahal bidangnya tidak jauh beza dan amat sesuai dengan jiwa fundamental dan impian serta cita-cita aku untuk memahami asas sesebuah elemen.

Kenapa aku memilih kimia dan bukannya fizik mahupun biologi ataupun matematik. Pilihan ini atas diskusi aku bersama-sama Amrul dalam memilih masa depan penyelidikan kami.. Bidang kejuruteraan telah aku tolak awal-awal dalam pilihan hidup kerana bagiku, bidang kejuruteraan ini adalah aplikasi Sains.. Maka pabila aku sudah menguasai ilmu Sains, tidak ada masalah untuk aku mengaplikasi dalam apa jua bidang.. Untuk aku ubah haluan dari Saintis kepada Jurutera, tidaklah serumit mana..


Biologi, sewaktu di MRSM, ini antara subjek kegemaran aku. Kehebatan Cikgu Siti Maimunah dan Cikgu Faezah mengajar subjek ini membuatkan aku gemar mempelajari fisiologi manusia namun ianya masih dalam konsep aplikasi Sains.. Aku kene pergi lebih asas dan fundamental lagi daripada itu.. Sewaktu aku  menetapkan pilihan untuk akan meninggalkan ilmu Biologi buat sementara waktu, Cikgu Faezah menjadi saksi air mata ini gugur sebagai bukti bertapa payah dan sukarnya untuk aku mengabaikan salah satu cabang ilmu yang sudah berasimilasi dalam hidupku.


Kini tinggal Fizik, Kimia dan Matematik.. Kerna matematik bagiku adalah alat untuk memahami konsep Fizik dan Kimia maka ianya akan dipelajari selari dengan ilmu Sains lain, maka tidak perlu untuk aku fokus dalam hidup aku bagi membuktikan 1 + 1 = 2.

Keputusan yang cukup sukar, sama ada untuk teruskan dalam bidang Fizik ataupun Kimia.. Ada yang katakan fizik adalah Bapa Sains dan ada juga yang katakan kimia adalah asas kepada zarah. Namun setelah ditimbang tara.. Aku lihat ilmu fizik itu sifatnya fizikal dan boleh dilihat serta difahami lebih mudah berbanding ilmu kimia yang mana melibatkan tindak balas serta proses-proses yang perlu difahami sifat zarah dan atom satu per satu.

Jika waktu dan ketika itu ada kursus menggabungkan kimia dan fizik. Sudah pasti itu pilihan hati.. Namun semua yang berlaku tertulis dengan penuh hikmah..

**************

Siapa sangka kepakaran aku kini dalam bidang Kimia Fizikal, pengkhususan elektrikal dan tenaga.. Ianya menggabungkan konsep Kimia, Fizik dan Kejuruteraan.. Allah itu Maha Besar, perancangan aku suatu masa dulu, tercantum bak cantuman lego.. Satu per satu menjadi realiti kehidupan.

Alam yang terbentang luas diilhamkan untuk manusia berfikir.. Namun sejauh mana kita fikirkan tentang alam dan kejadiannya.

Sunday, 21 September 2014

#2.3 Sebelum - Persediaan Ekspress Mara cukup mencabar

Tak dinafikan jangka masa untuk persediaan Pra-Universiti ini cukup ekspress. Silibus pengajian matrikulasi yang tempohnya 1-2 tahun dipadatkan dalam masa 4 bulan.. Setiap hari kelas dari pukul 8 pagi sehingga 5-6 petang.. Satu perkara penting yang aku pelajari.. Sink or Swim.. Kerana jadual yang terlalu padat, aku tak punya masa untuk sambil lewa dalam kelas.. Ada masa kerlipan mata atau tarikan nafas yang terlalu lama boleh membuatkan aku hilang fokus dalam kuliah… Kerna semuanya berlaku terlalu pantas.. Aku perlu melatih diri aku supaya mampu memahami kuliah dan menganalisa maklumat dalam masa yang sama serta sepantas mungkin..

Dalam masa ini juga aku pastikan dan tak benarkan diriku sama sekali kembali ke asrama selagi aku tak faham apa yang aku pelajari (kecuali Fizik Elektrik; sumpah subjek ni aku tak faham apekebenda yang diajarkan).. Selagi aku tak faham kuliah pada hari itu, aku bertanya dan terus bertanya pada pensyarah… Selagi aku tak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan akan aku lontarkan pandangan dan pendapat aku.. Ada masanya Dr Rusmidah dan Prof Wan Aini pulang ke pangkuan suami dan anak-anak selewat 7 malam, hanya kerna kedegilan dan kelembapan anak didiknya untuk memahami subjek yang diajar oleh mereka pagi tadi.

Disebabkan kapasiti otak yang digunakan semaksimum mungkin dari pagi hingga ke petang.. Waktu malam aku perlu gunakan sebaik mungkin.. Aku perlukan makanan yang berkhasiat untuk otak dan juga tidur yang cukup.. Setiap kali selesai solat Isyak, dalam pukul 9 malam, aku sudah mula menarik selimut dan diulit mimpi..

Beginilah kehidupan aku selama 4 bulan.. Pergi dan kembali ke kuliah.. Memahami semua ilmu yang dibentangkan sebanyak mungkin dan pada masa yang sama cuba untuk aku aplikasikan dalam kehidupan sebenar..


Jika ada masa lapang, akan aku lewati balai cerap untuk menenangkan minda ataupun berjumpa dengan Prof Halimaton bagi menyuntik inspirasi penyelidikan ke dalam diri insan kecil ini.. Di mana masih banyak perlu aku pelajari dan difahami sebelum bergelar seorang Saintis apatah lagi ingin memulakan bidang penyelidikan sendiri.

Pada waktu dan ketika itu, ada juga kisah Tabligh dan acara lari keluar blok beramai-ramai, padam kipas dan lampu serta menyorok di beranda.. Namun biarlah itu menjadi cerita antara kami di blok L04..

Alhamdulillah, aku peroleh keputusan yang cemerlang sewaktu kursus persediaan dengan GPA 3.93.. Namun aku kecewa dengan system pendidikan secara umumnya kerana pihak Universiti mengkategorikan kursus Sains seolah-olah ianya sebagai kursus buangan dan anak tiri.. Kelayakan untuk memasuki Fakulti Sains cukuplah rendah jika dibandingkan dengan Fakulti-Fakulti Kejuruteraan..

Maka inilah kisah aku.. Hanya belajar dalam negara (bukan budak oversea) dan menyambung pengajian di fakulti buangan…


Melihat alam sentiasa memberikan aku ketenangan dan membuatkan aku berfikir akan kebesaran Penciptaku

Saturday, 20 September 2014

#2.2 Sebelum - Perancangan hidup cukup mudah pada masa itu

Sebelum keputusan SPM diumumkan, aku sudah menempatkan diriku dalam kursus persediaan ijazah (Forecast) di UTM Skudai pada 14 Januari 2006. Semua perancangan disusun rapi selepas berjumpa dengan Prof Halimaton. Beliau cadangkan untuk aku mengambil kursus ini kerna di UTM, beliau mengepalai Program Saintis Cemerlang, di mana program ini memberi peluang kepada pelajar ijazah untuk meneroka bidang penyelidikan dan menjadi platform bagi memperkasakan asas-asas penyelidikan.


Pada waktu dan ketika ini perancanganku cukup mudah.. Tidak perlu untuk menyambung ijazah keluar Negara.. Target aku cukup mudah. Habiskan pengajian di peringkat Sarjana Muda (Bachelor Degree) secepat mungkin. Maka dengan program Forecast, aku akan menamatkan kursus persediaan aku selepas 4 bulan dan memulakan pengajian Sarjana Muda aku pada bulan 7. Di mana, ketika itu, rakan-rakan aku yang lain baru menyertai program matrikulasi mahupun persediaan sepert IB.



Selepas itu, aku memilih kursus Sarjana Muda Kimia dengan tempoh pengajian 3 tahun dan kemudian aku boleh sambung pengajian dalam peringkat PhD menurut minat yang aku suka.. Dengan satu impian, satu cita-cita iaitu menguasai salah satu elemen dalam jadual berkala unsur (baca: Periodic Table). Maka dalam usia seawal 21 aku boleh memulakan kajian dalam bidang Alcehmy dan Fundamental Elemen Kimia..


Cukup mudah, 4 bulan persediaan, 3 tahun Sarjana Muda dan kemudia bermula pegembaraan sebenar… Hidup Sang Penyelidik..

Struktur Atom Gergasi 

Friday, 19 September 2014

#2.1 Sebelum - 10 tahun yang lalu

Ini merupakan kronologi kisah hidupku.


Alhamdulillah aku dilahirkan dalam keluarga yang cukup sempurna buat diri ini.. Aku punya emak, ayah, abang dan kakak.. Sepanjang hidupku, sejak dari kecil, mak dan abah tidak pernah sesekali menetapkan pilihan hidup ini.. Yang pasti mereka hanya memberi panduan dan ilmu bagi aku memilih apa yang terbaik.. Kata-kata yang sentiasa melewati fikiran aku hanyalah


"Emak serahkan kepada kematangan kau untuk berfikir"

Maka sewaktu usia aku menjangkau 16 tahun, aku membuat keputusan untuk keluar dari rumah dan menimba ilmu di Jasin, Melaka.. Pilihan aku untuk meneruskan jurusan Sains pun bukan satu paksaan mahupuh halangan. Cuma Abah acap kali bertanya akan kepastian aku kerna beliau gusar akan jurusan Sains lebih sukar berbanding jurusan lain.

Sewaktu di MRSM, tak banyak yang berlaku dalam hidup ini.. Aku banyak menghabiskan masa dengan guru-guruku.. Menimba ilmu sebanyak mungkin, melihat dunia dalam perspektif mereka dan belajar melalui pengalaman serta kesilapan mereka.. Di sini aku mula sedar setinggi mana ilmu yang ada, jiwaku tidak akan pernah puas kerna makin sedikit yang aku ketahui dalam hidup ini.. Ada sahaja benda yang diluar jangkaan mahupun pemahaman aku.. 

Ketika aku hidup di asrama, kebanyakan masaku dihabiskan dalam makmal ataupun bilik guru.. Hubungan dengan raka sebaya, senior mahupun junior hanyalah sebagai insan yang berkongsi satu kehidupan yang sama.. Tidak lebih, tidak kurang daripada itu..

Cuma pabila SPM makin hampir tiba, aku rasakan aku perlu sumbangkan sesuatu buat rakan-rakan yang lain.. Maka  program Final Revision Program dicadangkan dan Alhamdulillah hasilnya cukup untuk buat aku berpuas hati..

Sepanjang kehidupan aku di asrama, ada beberapa kali aku diberi peluang ke UTM, Skudai dan buat pertama kalinya aku bertemu dengan Prof Halimaton. Beliau memberi banyak inspirasi untuk aku terus meneroka ilmu Sains dan juga memberi aku ruang untuk mencuba bidang Nanoteknologi.. Sejak saat dan ketika aku diperkenalkan dengan Maerogel hasil penemuan beliau.. Dunia aku berubah.. Bak kata Richard Feynman "There are plenty room down below".

Dalam masa yang sama rakan akrabku AmrulQays memberi pelbagai idea untuk aku meneruskan pengajian ilmu Sains dan memastikan Islam tidak terpisah dari semua itu.. Namun kerana limitasi ilmu bahasa Arabku, dan tiada guru agama yang mampu membantu ilmu Tafsir, pemahaman Al-Quranku hanya berada pada tahap minima.. Tidak banyak yang mampu kami kaitkan antara zarah (atom) dengan asal penghasilan elemen melalui Al-Quran mahupun hadith.. Di mana waktu itu aku percaya dengan pemahaman fundamental atom serta zarah, manipulasi elemen mampu digapai. Atomic Transmutation akan menjadi satu realiti.

Kebanyakan kajian kami berkisar pada Zaman Kegemilangan Islam (Abbasiyah dan Othmaniyyah). Bagaimana para saintis menyatukan Islam dan Sains.. Kerana agama, penemuan Sains diterokai tanpa batasan..

Waktu itu, ini satu-satunya motivasi aku untuk meneruskan kehidupan.. Menggembalikan zaman kegemilangan Islam menerusi ilmu Sains.. Kerna dunia pada masa itu dan juga pada masa sekarang berkata-kata melalui Sains, Teknologi serta Ekonomi.. Maka jika aku ingin berbicara mengenai Tuhan yang satu, Islam, Keamanan dan Keadilan.. Aku perlukan platform supaya dalam setiap tutur kataku itu ada kredibiliti dan kepercayaan untuk dipercayai dan difahami.

Maka, pengembaraan aku untuk mencapai platform ini bermula.. Mengorak langkah memulakan perjuangan yang aku tak pasti penghujungnya.. Pada waktu dan ketika itu, aku hanya fikirkan untuk lakukan yang terbaik demi agama dan demi umat Islam itu sendiri.. Untuk menamatkan keganasan dunia dan menjadikan ianya tempat yang lebih baik dan aman untuk semua.. Satu tempat di mana semua manusia walaupun berlainan fahaman mahupun agama dapat hidup harmoni.. Menggembalikan martabat umat Islam yang telah disalah ertikan oleh pihak Barat.

Namun, dalam perjalanan dan perjuangan itu.. Ada masa Islam hilang.. Tenggelam timbul dalam hatiku..



Ilmu itu lebih luas dari langit dan lautan.. Keluasannya diluar batasan pemikiran manusia.

Thursday, 18 September 2014

#1 Ini kisah hidupku

Sedar tak sedar dah lebih dari setengah tahun blog ini ditinggalkan.. Pelbagai liku-liku hidup telah aku lalui.. Namun aku rasakan aku perlu menulis kembali.. Nukilan kali ini lebih kepada kisah hidupku dan bagaiman suntikan Islam itu sedikit sebanyak membuatkan aku kenal dan hargai diri aku..


Ya, aku belajar tentang Islam lebih banyak di negara asing.. Di Bristol, Eropah dan Amerika Syarikat berbanding di negaraku sendiri.. Semoga nukilan-nukilan ini akan mampu memberi sumber inspirasi buat insan-insan yang masih berjuang dalam mencari makna kehidupan.. Nukilan ini tidak bermakna aku sudah selesai berjuang.. Setiap nafas dan langkah ini masih dalam satu perjuangan.. 

Aku rasakan ada baiknya aku titipkan sedikit sebanyak perjalanan hidup ini.. Semoga ianya menjadi ilmu dan pengalaman yang bermanfaat untuk insan lain di luar sana..


Percutian Hujung Dunia sebenarnya hanyalah elaborasi dari proses pengajian di peringkat PhD (Doctorate of Philosophy). Mungkin ada yang pernah dengar insan lain klasifikasikan sebagai Permanent Head Damage, Possible Heart Dysfunction dan kata-kata negatif lain.. Buat diriku.. "We are what we think". Maka aku mulakan perjalanan aku dengan kata-kata yang positif supaya perjalanan aku mencari dan meneroka ilmu Allah itu, InshaAllah diberkati dan sentiasa dibawah lindung rahmatnya..

Jika ada yang sudi dan rajin jejak cerita awal dari blog ini sendiri.. Semuanya bermula semasa aku mula menjejakkan kaki ke bumi Bristol.. 


Kali ini aku cuba bawa perspektif hidup aku sebelum semuanya bermula.. 

InshaAllah jika ada keberkatan dalam hidup ini dan umur yang panjang, akan aku cuba nukilkan cerita Sebelum, Semasa dan Selepas Percutian Hujung Dunia..

Semoga ianya akan menjadi satu nukilan yang bermanfaat buat semua..


With the youngest family member

Thursday, 30 January 2014

Till we meet again...

Bila melihat kembali asal usul kewujudan blog ini hampir 4 tahun yang lepas.. Ianya untuk melakar jalan cerita perjuangan dan kehidupan aku sepanjang percutian aku di bumi asing ini.. Jika diimbau kembali, banyak pengalaman yang telah aku lalui.. Suka duka.. Gembira sedih.. Marah dan geram.. Adakalanya keluar jugak bahasa-bahasa yang tidak enak.. Ampun maaf di minta atas kekilafan dan kefakiran ilmu dalam menyampaikan sesuatu perkara..

Aku tahu ini bukan kali pertama aku nukilkan post-post seperti ini.. Cuma ini adalah petanda aku akan berehat sebentar atau mungkin selamanya dalam alam maya ini.. Sama ada dalam blog ini mahupun dunia media sosial yang lain.. Bukan kerana aku sudah jumpa peneman hidup lain.. InshaAllah kalau dah jumpa, ianya proses ke arah penyatuan jiwa melalui jalan yang halal.. InshaAllah.. Doakan yang terbaik..

Apa-apa pun 1 February merupakan minggu terakhir aku mempunyai status yang aku kecapi sekarang.. Selepas tarikh itu ianya adalah proses transisi dari satu status ke status yang lain.. Bukan aku nak meletakkan hidup aku dalam status yang tertentu tapi kerana telah berjanji dengan insan tertentu maka aku rasakan transisi ini penting dalam menguruskan hidup aku lebih baik..

Lagipun minggu ni minggu akan datang aku akan mula uruskan beberapa yayasan dan fund untuk masa depan.. Maka masa aku akan lebih ke arah itu.. macam mana untuk jayakan yayasan-yayasan yang bakal ditubuhkan.. Pengurusan kewangan dan sebagai..

Tambahan lagi, InshaAllah dalam bulan depan aku akan mulakan trust fund untuk bakal anak-anak aku.. Masanya dah tiba kot untuk aku fikirkan pasal keluarga sendiri.. Nak tak nak  benda macam ni akan hadir jugak.. Maka aku kena mula act upon it.. Walaupun semuanya akhirnya aku berserah pada Allah.. Tapi usaha tu kena ada.. Lepas usaha baru tawakal..

InshaAllah lepas ni kehidupan aku akan jadi lain.. Perubahan itu ada, cuma sejauh mana aku tak pasti.. Lagipun minggu depan aku mulakan sesuatu yang baru.. Sangat-sangat baru.. Pengalaman yang tak pernah aku cuba selama ini..

Doakan yang terbaik untuk diriku dan hidupku wahai sahabat, rakan dan taulan.. Semoga apa yang aku nukilkan selama ini mampu memberi ilmu yang bermanfaat kepada sesiapa sahaja.. Walaupun aku tahu kebanyakannya hanyalah repekan dan luahan yang entah apa2 dari dirku..

Yayasan sebuah realiti..

Alhamdulillah, selepas beberapa mesyuarat mengenai trust fund dan yayasan.. Semuanya berjalan lancar.. Alhamdulillah beberapa anak yatim dan sustainability fund dah mula menjadi pilihan hati dan target yayasan..

InshaAllah semoga Allah permudahkan niat ini.. Walaupun ada orang cakap lebih baik jadi kaya raya dan lagi mudah untuk bersedekah.. Namun buat diriku.. Lebih baik aku mula memberi dulu sebelum jadi kaya.. Kerana kekayaan takkan sesekali melambangkan hati yang menginfakkan.. Namun inshaAllah hati yang menginfakkan akan sentiasa dipenuhi rasa nikmat dan kekayaan dari Allah.. Rasa nikmat yang paling utama, yakni rasa cukup dengan hidup ini.. 

InshaAllah yayasan yang aku mimpikan suatu masa lalu mula mengorak langkah pertamanya.. Akan mengambil anak yatim pertama untuk ditaja.. InshaAllah dalam masa terdekat.. Semoga dengan usaha ini.. Ianya akan membersihkan hati kami semua dari onar dan duri.. Mendekatkan hati ini pada diriMu wahai Ilahi.. Semoga ianya menjadi perlindungan dari api nerakaMu, perlindungan dari seksa kuburMu, perlindungan dari fitnah dunia serta fitnah Dajjal..

Aku yakin dan percaya, ujian yang menanti bukanlah kecil.. Kebaikan itu harganya cukup besar di dunia ini.. Takkan ada satu kebaikan pun yang tak diuji.. Yang ini lagilah besar nilainya.. Duit waqaf datang dari yayasan ada nilai yang tersendiri.. Maka perancangan perlu diteliti agar tidak disalahgunakan.. Lagi-lagi termakan untuk diri sendiri.. Nauzubillah.. Moga dijauhkan cabaran seperti ini...


Wednesday, 29 January 2014

Getting stronger and stronger

Alhamdulillah.. Buat masa ini, setiap hari rasa lebih bermakna untuk aku teruskan kehidupan yang dibentangkan untuk aku.. Entah dari mana datangnya sumber kekuatan ini.. Mungkin dengan izin Allah, ianya datang selepas aku meletakkan sesuatu pada haknya.. Mengembalikan hak pada yang sepatutnya.. Memberikan peluang untuk diri aku pergi lebih jauh.. Membuka sekatan dalam kekuatan aku kerna gusar ianya bakal merosakkan diri aku sendiri..
 
InshaAllah, kali ini, asas dalam perjuangan lebih kukuh, inshaAllah.. Sedar tak sedar diri aku sendiri dah mula mengatur strategi demi strategi serang balas.. Ianya cukup halus namun masih dalam penelitian.. Aku gembira dan aku suka... Alhamdulillah, akhirnya aku jumpa sesuatu yang aku mampu laksanakan dalam keadaan yang aku gembira dan suka..
 
Aku gembira pabila perasaan cintakan ilmu itu kembali.. Perasaan ingin tahu akan sesuatu perkara itu menusuk jiwa.. Seolah-olah ianya makanan yang memberikan kekuatan.. Dengan izin Allah, pabila ilmu itu mampu memudahkan hidup insan lain.. Kegembiraan yang digambarkan cukup.. cukup sempurna..
 
Aku terlupa, kebaikan dan sedekah yang perlu aku lakukan tak terhad pada saudara seIslam aku semata-mata.. Ianya untuk umat manusia.. Umat Nabi Muhammad saw itu sendiri.. Maka, percaturan aku selama ini ada kekilafan.. InshaAllah kini skopnya lebih luas..
 
Namun tak dinafikan, di saat aku gembira ini.. Ianya takkan berkekalan.. Bagiku ini hadiah dari Penciptaku.. Rehat sementara untuk didatangkan cabaran yang lebih besar.. Peluang untuk aku mengumpul tenaga bagi bersedia dengan cabaran yang aku sendiri tak mungkin dapat gambarkan..
 
Alhamdulillah, aku bersyukur.. Tesis dah hampir selesai.. Sikit je lagi.. Dari dulu aku kekalkan perkataan sikit je lagi.. Tak perlu untuk aku fikir apa penamatnya kerana perancangan Allah cukup sempurna.. Yang penting aku laksanakan tanggungjawab aku hari demi hari..
 
Walaupun ada ketikanya ianya perit.. Ianya membuatkan aku tak mampu bangun.. Namun aku percaya dan redha dengan pemberian dariNya.. Alhamdulillah, ianya berjalan lancar.. Setiap satu yang Dia hadapkan padaku adalah persediaan untuk hari-hari yang mendatang..
 
Untuk aku menjadi sesuatu yang luar biasa, jalannya bukan terletak pada kebiasaan.. Walaupun mungkin suatu hari nanti aku akan berakhir sebagai insan biasa.. Aku redha dengan takdir diriku kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat diriku..
 
Namun sekarang bukan masanya untuk berfikir tentang masa depan.. Ianya perjuangan masa sekarang.. Walaupun perjuangan ini nampak naif dan kebudak-budakan.. Ianya satu perjuangan.. InshaAllah dengan izinNya jika ianya ada kebaikan.. Ripple effect bakal tercetus.. Menggoyahkan malah akan melumpuhkan institusi-institusi yang sepatutnya..
 
Yang penting aku kena kekalkan kekuatan ini dan menjadi lebih kuat dari hari ke hari.. Seteruk mana aku jatuh.. Kekuatan ini aku harus kekalkan.. Senyuman ini harus aku ukirkan.. kerana perjuangan aku masih jauh.. Ianya takkan selesai selagi aku masih terus bernafas di muka bumi ini..
 
Selagi hayat dikandung badan.. Selagi itu tidak sesekali aku terlepas dari tanggungjawab dan amanah ini.. Selagi hayat dikandung badan.. Selagi itu tak terlepas untuk aku membahagiakan dan memudahkan hidup insan lain... Dalam pelbagai aspek kehidupan, dalam seribu satu perspektif dan dalam berbagai-bagai jenis situasi..
 
Kuasa ditanganku.. Mulakan sekarang dan bukannya bila aku benar-benar berkuasa mengikut konteks fahaman manusia biasa..
 
Dare to be different.. To change the world or die trying..

Tuesday, 28 January 2014

Pumped up...

Alhamdulillah.. Hari ni bermula dengan lancar.. Walaupun agak lambat.. Namun secara asasnya lebih produktif dari semalam dalam pelbagai perkara..
 
Alhamdulillah jugak hari ni aku tandatangan kontrak baru.. Aku dah decide untuk mulakan hidup aku dalam haluan yang aku pilih.. InshaAllah semoga ianya baik untuk aku..
 
Lepas selesai je tandatangan.. Terus satu amanah yang tak terjangka menerjah tiba.. Sorang pelajar tahun akhir datang jumpa aku.. Dengan mata yang sayu mula bercerita masalah kajian beliau.. Aduh, makin dia cerita makin matanya mula berkaca.. Aduh sudah... Jangan la nak nangis kat sini bang.. Tak macho kot.. So aku terus tukar tajuk perbualan, ubah supaya kembali ceria..
 
Aku tak salahkan dia, sebab bukan salah dia.. Research pun bukan semuanya mudah, semuanya indah.. Cuma mungkin apa yang dia hadapi itu terlalu besar untuk dirinya.. Dan sejak aku mula menulis tesis aku ignore semua ini.. Agak kejam namun mungkin ini permulaan untuk aku sambung tugas mendidik aku.. 
 
Bukankah hidup ini antara tujuan dia untuk memudahkan hidup insan lain, melapangkan hidup insan lain dan tidak sesekali menyempitkan hidup mereka.. Maka aku rasakan aku kena penuhi tanggungjawab ini buat masa ini..
 
Perihal tesis? itu manageable.. Lagipun inshaAllah kalau aku tolong orang, Allah akan tolong aku dalam pelbagai perkara lain..
 
Lagipun bidang yang dia mintak tolong dalam ruang lingkup pemikiran aku.. Maka tak salah bukan?
 
Buat masa ni aku bersyukur.. Hidup makin mudah dan dipermudahkan.. Siapa sangka ribut taufan beberapa minggu lalu adalah untuk menghasilkan jalan yang lebih cantik dan lebih baik untuk aku lalui.. Walaupun ributnya masih tak reda namun jalan yang terbentang cukup awesome..
 
Terima kasih Ya Allah kerana dikau membuka peluang untuk aku mengembangkan payung-payung anak yatim yang sedia ada ke tahap yang berbeza..
 
Dikau berikan aku peluang untuk menubuhkan yayasan untuk membantu mereka yang memerlukan.. Walaupun ianya baru satu permulaan.. InshaAllah dengan izinMu ianya akan berkembang dengan lebih mekar..
 
Hari ini dikau berikan aku rahmat dan ketenangan padaku.. Moga dikau berikan pada insan-insan lain yang turut memerlukannya kerana Dikau Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
 
~Alhamdulillah, tak sangka gaji part-time kerja kali ini sama dengan gaji full-time driver bus.. Akan aku gunakan peluang ini sebaik mungkin.. InshaAllah dengan keredhaanMu akan ku teruskan hidup ini~

Monday, 27 January 2014

Pengurusan hidup..

Permulaan hari ini seolah-olah tak produktif sangat.. Kemalasan tambahan dengan kepenatan aktiviti hujung minggu membuatkan diri ini susah untuk bangun apatah lagi bergerak dari katil yang empuk.. Aduh, malasnya..
 
Pengakhiran hari kalau aku lihat dari konteks penulisan tesis.. Hampeh.. Tak gerak satu huruf pun.. Kalau nak fikir bab ni jer.. Malang la masa yang terbuang.. 
 
Malang ke? Aku tak rasa macam tu kot... Sekembalinya semua jeneral-jeneral kesayangan aku.. Aku mengambil masa yang agak lama untuk meneliti laporan dari sorang demi sorang..
 
Simply awesome..
 
Rasanya dah makin jelas apa yang aku nak lakukan.. Lepas aku teliti laporan mengenai institusi anak yatim, kesan-kesan peperangan semasa, kestabilan ekonomi dan politik yang berkaitan serta penelitian kitab-kitab Ilmuan Islam.. Tambahan laporan terkini situasi Ilmu Al-Quran, hadith, sirah dan fiqh aku.. Ianya membawa kepada konklusi yang memuaskan..
 
Maka aku boleh simpulkan yang aku kena kurangkan waktu berfoya-foya dan fokus pada perubahan yang perlu aku laksanakan..
 
Bermula dari konteks pendidikan, perkembangan teknologi dan pengurusan anak-anak yatim.. Kali ini aku kena tambah self-development yang baru.. Lebih-lebih lagi mengenai ilmu Al-Quran, hadith, sirah dan fiqh.. Bahagian tu kena selari dengan ilmu teknologi aku bagi memberikan impak yang sewajarnya.. 
 
Itu antara laporan dari jeneral-jeneral kesayangan aku.. Selepas 10 tahun aku tak dinilai dari dalam..
 
Lepas tu, aku dapat beberapa email dari Laura, Sarah dan Devan.. Satu per satu memberikan informasi yang berguna.. Esok aku kena jumpa sorang-sorang untuk uruskan dokumen yang perlu dan juga pendidikan serta ilmu yang perlu diturunkan..
 
Alhamdulillah, hari demi hari, hidup ini semakin mudah.. Cuma antara laporan utama dari ketujuh-tujuh jeneral hati ialah mula ambil serius kehidupan aku.. Terlalu banyak dah masa aku habiskan dengan berfoya-foya atas alasan ukhwah dan juga tanggungjawab sosial.. Namun ianya hanya escapism untuk aku lari dari amanah yang lebih besar.. Tanggungjawab terhadap ilmu, keluarga dan anak-anak yatim.. Itu yang lebih utama buat masa ini..
 
Maka esok merupakan hari yang baru.. Dengan fokus yang baru dalam hidup.. Harapnya dengan ini ianya akan membawa reaksi ekstrem dan 'En' aku kepada peringkat yang berbeza.. Supaya aku boleh masuk balik dalam 'The Zone' untuk aku melaksanakan pembaharuan baru.. Meninggalkan legasi yang lebih baik sebelum ini.. Meninggalkan dunia ini dalam keadaan yang lebih baik dari generasi-generasi sebelum ini..
 
Aku datang ke dalam dunia ini sebagai orang asing/orang luar dan pasti aku akan tinggalkan dunia ini dalam keadaan yang sama.. Cuma biarlah sumbangan aku itu menjadi ilmu yang bermanfaat walaupun tiada siapa yang kenal mahupun ingat aku diriku.. Bukan nama yang ingin aku tinggalkan.. Cukuplah dengan ilmu yang bermanfaat kepada agama Islam dan umat Nabi Muhammad saw...

Akhirnya telah tiba masa untuk mereka kembali..

Selamat kembali 7 jeneral hati yang aku nanti-nantikan selama ini.. Akhirnya telah lengkap semua persiapan yang dilaksanakan dengan teliti sejak beberapa tahun yang lalu.. Dengan kembalinya semua jeneral hati yang telah melengkapkan tugasan masing-masing, sudah tiba masa untuk melangkah dalam dunia baru, fasa baru dan alam baru..

Ini tak bermakna aku akan tinggalkan kisah hidup dan dunia yang aku bina sebelum ini.. Ianya hanya akan membawa perubahan yang drastik.. Risiko akan meningkat berkali ganda.. Perjuangan akan lebih tertumpu dalam beberapa perkara utama.. Reaksi ekstrem dan 'En' akan mula dikekalkan 24 jam sehari.. Setiap minit adalah sesuatu yang bermakna.. Kalau nak kata tiada lagi masa untuk jadi budak-budak tipu la kan sebab tu dah jadi tugasan untuk salah satu jeneral hati yang ada.. 

Pendekatan peperangan kali ini dalam bentuk yang berbeza.. Meskipun 7 jeneral takkan sesekali melambangkan angka dalam perjuangan.. Harapnya ianya cukup untuk membawa perubahan yang aku inginkan..

Ada masanya aku berharap aku boleh hidup normal seperti manusia biasa.. Namun fasa 10 tahun yang lalu mengubah segala-galanya.. Pabila aku mula mempersoalkan apa yang normal, apa yang menjadi kebiasaan.. Atas dasar apa common sense wujud.. Maka itulah bermula percaturan untuk aku tinggalkan hidup yang dikatakan normal..

Ada masanya aku jatuh terduduk dan dambakan kehidupan biasa dan normal.. Namun, itu bukan pilihan aku dan jauh dari hak kehidupan aku.. Suatu masa dulu, ini janji aku.. Ini janji kami bertujuh.. Janji yang pasti akan kami kotakan.. 

Pada mulanya aku ingin justifikasikan asas perjuangan ini dalam bentuk yang lebih luas.. Skop yang lebih lebar.. Namun setelah hati ini mula berbincang dan musyuwarah.. 7 jeneral sudah mencukupi.. Kami bertujuh.. Tidak perlu untuk libatkan orang luar dalam dunia ini..

Sudah cukup onar dan duri.. Amarah dan dengki.. Kemusnahan dan kesengsaraan.. Maka tak perlu untuk kami tambah semua itu lagi.. Tak perlu untuk kami tanam perasaan itu pada orang lain.. Tidak perlu ada lagi keperitan seperti itu..

Tiba masanya untuk kami mengorak langkah, membina jalan yang lebih bahagia.. Jalan yang penuh ketenangan.. Jalan yang dibina atas dasar kasih dan sayang.. Atas dasar untuk mencari keredhaan Ilahi dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang pengembara di dunia ini..

Selamat kembali wahai hati bertujuh.. 

The world is yours now..

Have fun and make full used of it.. 

Hati berkata lagi..

Pabila malam bersilih ganti siang, bulan separa menjadi purnama dan kian separuh semula.. Hati ini mula memberikan rasa dan jawapan dalam beberapa perkara.. Keputusan telah dicerna dan diluahkan.. Dahulu untuk datang ke Bristol atas kapasiti Amrul berada di sini.. Kerna bongkak hati (bertapa lemahnya diri ini ketika itu) yakni katakan bahawa perjalanan pengajian akan menjadi mudah kerana kisah silamku, maka kehadiran di Bristol adalah kerna kehadiran Amrul..  (Happy Birthday Amrul, aku tak wish kau sebab kau akan tau kenapa dalam masa beberapa hari lagi)
 
Sedar tak sedar lepas Amrul pergi, kehidupan acap kali menjadi parah kerna tanpa dirinya.. Diri ini seolah hilang sebab untuk kekal di sini.. Namun pabila aku katakan sesuatu, inshaAllah akan aku kotakan.. Untuk habiskan pengajian kali ini, maka ianya janji pada agama, bangsa dan negara.. Maka seharusnya aku kotakan janji aku melalui perjanjian yang telah termetrai..
 
Namun, keputusan haluan hidup kali ini aku pilih atas kepentingan diriku sendiri.. Hati ini yakin dan percaya inilah yang terbaik buat masa ini.. Moga Allah tunjukkan dan bimbing dengan lemah-lembut menuju jalan yang terbaik dalam hidup ini..
 
Fasa kedua akan bermula tak lama lagi dalam proses pembersihan hati.. Buat masa ini, fasa pertama berjalan dengan baik.. Walau ada sedikit sebanyak kekurangan, ianya diteruskan dengan penuh kelancaran...
 
Yang membuatkan hati ini berkata-kata dan bersetuju untuk memilih jalan ini, bukan kerana keyakinannya dalam perjalanan kali ini.. Alasannya cukup mudah, kerana dirinya terasa lebih banyak ianya akan terus belajar.. Lagi-lagi perubahan sejak April yang lalu memberi kesan yang cukup mendalam.. Memberi makna yang cukup besar buat hati yang cukup kecil..
 
Sedar tak sedar, perubahan dari April lalu bakal mencecah setahun lamanya.. Dalam masa setahun pelbagai perkara yang terjadi maka hati ini ingin mengetahui apa yang bakal dialaminya jika ia diberi peluang untuk pergi jauh..
 
Walaupun cabaran yang bakal datang bukan calang-calang.. Namun pertaruhan nyawa itu bukan sesuatu yang baru.. Mei 2012 sudah mengajar sedikit sebanyak nilai nyawa dalam jiwa manusia.. Maka inshaAllah dengan izinNya, hati ini ingin belajar lebih dari apa yang dirinya peroleh dalam masa hampir 4 tahun di sini..
 
Janji  untuk terus setia itu masih kekal dalam ingatan.. Janji untuk membangunkan naga yang masih lena itu adalah satu kepastian.. Janji untuk membimbing anak muda di tanah air bukan satu lagenda hanya menjadi bualan ramai.. Ianya satu kemestian kerna ianya satu janji suatu masa dahulu..
 
Makin jauh aku selami, akhirnya sampai ke kotak misteri yang aku rasakan belum tiba masanya untuk aku membuka kuncinya.. Bukan kerana takut isinya, namun khuatir akan impak pada keputusan semasa..
 
Aku teringat kisah Nadia Ixora... Aku teringat kisah riang Si hitam manis.. Aku teringat kisah kita bersama.. Apatah lagi kisah si Singa Leo.. Belum lagi kisah Anak Pak Atan.. Rasanya, belum tiba masanya untuk hati ini ke arah itu.. Biarlah ia pergi dalam kapasiti perjalanannya sendiri.. 
 
Hati ini dalam evolusinya yang tersendiri.. Jangan dibiarkan anasir luar dan dalam menguasainya kembali.. Pabila telah usai evolusinya, biarkan kematangannya dalam membuat keputusan mendidik reaksi ekstrem dalam meneruskan tugasan beliau..
 
Akan tiba kembali gerak hati dan gerak tangan bersulaman antara satu sama lain membina konklusi hidup yang terbaik.. Terbaik untuk agama, bangsa dan negara.. Untuk mereka yang tercinta... Yang terus dicintai hingga hujung nyawa..

Friday, 24 January 2014

Falling in Love..

Lepas hampir 48 jam aku stabilkan 'Cleansing Technique', misi dan visi hidup aku makin jelas.. Mula-mula macam nak gila jugak untuk stabilkan teknik ni dalam masa yang sama kawal hati supaya tak berbolak-balik dalam tindakan yang sedang dan akan dilakukan (Semoga Allah membawa hati ini ke peringkat yang lebih baik dari hari ke hari)..

Sejak beberapa hari ni, bentuk mimpi pun dah berubah.. Rasanya lebih jelas dan lebih kukuh mimpi-mimpi yang aku rasakan.. Sama ada mainan tidur ataupun petunjuk aku tak pasti.. Yang pasti aku akan proceed with caution.. Cuma frasa yang asyik muncul sama ada waktu dalam mimpi ataupun daydreaming asyik terngiang-ngiang dalam kepala ni

"Jangan jatuh cinta pada diri ini jika dirimu tidak bersedia untuk melihat diri ini pergi pada esok hari"

Aku tak tau nak respond apa dengan ayat ni.. Tapi kalau ikut dari konteks kematian.. Memang manusia akan mati pada bila-bila masa.. Kalau tak nak ada perpisahan jangan wujudkan pertemuan.. Maka bila dilihat dalam konteks cinta mahupun perkahwinan.. Memang satu dugaan yang besar jika insan yang kita sayang tu meninggalkan kita keesokan harinya.. Tak kisah la dalam apa jua bentuk, kematian, penceraian atau sebagainya.. Tapi itu realiti yang jarang manusia fikirkan.. Lagi-lagi pabila dilamun cinta, kita rasakan semuanya akan kekal selamanya..

Yup, pemikiran yang naif.. Tiada benda yang kekal selamanya di dunia ini.. Masalah, wang ringgit, kekayaan, ilmu dan sebagainya tidak akan kekal.. Esok lusa semuanya boleh lenyap.. Orang yang hidup saat ini tak mustahil akan mati keesokan hari..

Rasanya bila aku dah mula menulis perihal sebegini.. Perihal kematian dan pemergian.. Rasanya aku dah tahu apa yang hati aku inginkan.. Apa yang dirinya dambakan selama ini.. Oh hati, dikau tak pernah berubah sejak aku mengenali dirimu.. Walau sejauh mana hidup aku terpesong... Dikau sedia menanti.. Dikau seolah-olah tahu akan akan kembali.. 

Alhamdulillah, hari makin hari keputusan aku dalam hidup ini kian jelas.. Kian kukuh.. Namun itu hanya perancangan aku dan perancangan Allah swt adalah yang terbaik.. 

Sejak kebelakangan ini aku mula mimpi akan masa depan.. Masa depan aku dan masa depan dunia.. Rasa hati, gerak hati dan instinct aku pun mula menerjah seluruh pelusuk perspektif yang aku ada.. Seolah-olah aku mula memancarkan 'En' dalam keadaan luar kawal.. Subconciously..

Walaupun ramai yang kata kuasa dan kekayaan merupakan asas untuk pergi lebih jauh dalam perjuangan ini.. Namun, jika ia bukan untuk aku, ianya bukan untuk aku.. Lepas berborak panjang dengan hati ini.. Borak yang sangat panjang.. Ada satu malam tu aku rasakan dah 3-4 jam aku bercerita namun rupanya2 baru 30 minit.. Yup, malam-malam kebelakangan ini sangat lama dan panjang.. InshaAllah ada keberkatan dalam perbualan kami..

Lepas borak dengan hati, aku terlupa diri yang aku kenali suatu masa dulu.. Hati yang aku kenal suatu masa dulu... Maka kini telah jelas landasan perjuangan aku.. Telah nampak asas kukuh dalam jalan dakwah yang terbentang luas.. Perjuangan itu satu sunnah.. Namun perjuangan tidak terhad dalam bentuk peperangan.. 

Aku tak nafikan yang mana kekayaan dan tanah adalah faktor utama untuk menguasai sesuatu perkara.. Dan bukan aku nak katakan aku tolak semua itu untuk hidup sederhana adalah satu perbuatan pentingkan diri..

Sejak dari dulu, jalan perjuangan kita berbeza.. Cukup berbeza.. Aku hormati jalan-jalan mujahadah yang lain.. Maka aku harapkan penghormatan yang sama.. Walau sejauh mana berbezanya jalan kita.. InshaAllah matlamatnya tetap sama.. Mencari keredhaan Ilahi.. 

Sama ada aku pilih jalan ini atau tidak, kematian itu pasti... Sama ada hari ini, esok atau lusa.. Tiada siapa yang tahu..

Yang pasti matlamat takkan sesekali menghalalkan cara aku..
Yang pasti ianya takkan memudaratkan diri aku secara langsung..
Yang pasti ianya takkan sesekali melanggar batasan-batasan agama..
Yang pasti ianya bukanlah sebagai pencetus amarah, perdebatan mahupun peperangan..

Jika sesuatu dicipta atas kapasiti aku.. Ianya hanyalah untuk melumpuhkan dan bukan untuk membunuh.. Bukan hak aku untuk mengambil nyawa insan lain kerana kita takkan tahu tahap kepercayaan seseorang insan kepada Allah sehingga dia menghembuskan nafas terakhir.. Itu urusan dirinya dengan Allah swt..

Perang apabila diperangi.. noktah..

Jalan aku pasti berbeza.. Sebagai 'wizard' aku takkan sesekali lancarkan serangan seperti 'warrior'.. Tapi tak mustahil untuk kami berdiri di barisan paling hadapan dalam bentuk yang berbeza..