Pages

Friday, 16 November 2012

Muharam kali ini penuh makna...

Alhamdulillah dan semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Sedar tak sedar kita dah melangkah ke tahun baru 1434.. Selamat tahun baru dan salam Maal Hijrah untuk semua.. Bila nak berbicara mengenai hijrah ianya suatu perkara yang berterusan dan takkan habis kalau nak bercerita dari A to Z.. Cuma diharapkan kita semua dapat terus berhijrah dari melakukan perkara-perkara yang kurang elok dan terus meningkatkan pembangunan sahsiah ke tahap yang lebih memberangsangkan..

Kali ini... Muharam kali ini penuh bermakna buat diri aku sendiri.. Jika ingin diimbau, hampir setahun lepas Amrul balik dan meninggalkan aku dalam meneruskan perjuangan yang kekal sebagai satu entiti misteri.. Selepas pemergian beliau (Dia hidup lagi tau), aku telah menetapkan satu janji dalam diriku dan ianya harus dilaksanakan secepat dan sesingkat yang mungkin.. Dan Alhamdulillah, Muharam kali ini bakal menyaksikan penamat satu kisah.. satu janji untuk diriku sendiri..

Kini tamatlah semua proses di belakang tabir, drama suka dan duka.. Kisah itu dan ini.. Aku rasakan selepas menyaksikan pelbagai insiden dan peristiwa bermakna dalam beberapa bulan ini.. Inilah masa yang terbaik untuk tamatkan segalanya.. Bak kata orang putih "It is a good day to die for". Tapi bukanlah aku nak mati pun, so jangan nak risau and buat havoc plak..

Tak sangka dalam masa sesingkat ni aku dapat keluarkan and put on the table 80% dari pengalaman hidup aku dan juga dari apa yang aku tahu pasal dunia ni.. Lepas ni takde lagi la misteri ataupun kisah yang tersembunyi ataupun yang tak diketahui (kecuali yang lagi 20% tu la.. yang tu memang takleh.. bahaya.. bahaya..)

I'm proud I'd done all those stuff.. Dan semua ni buatkan aku nampak bertapa menarik dan exciting people are.. Macam mana teori evolusi manusia terlaksana sepantas kilat.. Macam mana persepsi manusia dan pencirian manusia berubah.. Dan yang paling seronok bila ko tengok suatu benda yang mustahil dilakukan suatu masa dulu terlaksana di depan mata ko sendiri..

Siapa kata manusia tak boleh berubah.. Siapa kata manusia tak boleh berevolusi (bukan yang teori bengong Darwin tu).. Aku tak nafikan ianya hampir kepada mustahil.. Dan caranya bukan direct approach.. Banyak persiapan yang perlu dilaksankan dan aku akui ianya bukan sesuatu yang mudah.. Tapi manusia boleh dididik dan diajar.. Sekeras mana hati manusia untuk dididik, ada bahagian yang lembut.. Yang mana bila diusap dan dibelai.. Ianya akan berhasil..

Walaupun Muharam baru menjemput diriku, namun banyak yang aku lihat yang mampu buatkan aku tersenyum.. Dan diharapkan Muharam kali ini penuh makna.. Dengan senyuman ini, aku tunaikan janjiku pada diriku sendiri.. Tamatlah epilog kali ini.. Bolehlah aku duduk dengan hati yang tenang, menguraikan benang-benang yang tersisip rapi  di antara jari-jemariku..

Aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak.. It's been a wonderful journey.. A self explicit discovering journey.. I'm happy I can put my pen down now even though there is so much more I want to explore..

Kini kisahnya kali ini telah tamat.. Alhamdulillah, aku berpuas hati dengan pengakhiran jalan cerita kali ini.. Hampir semua objektif yang aku gariskan mencapai matlamat..

Sekarang, aku boleh mulakan benda baru, kisah baru dan perjalanan hidup baru.. Dan semua ini disebabkan korang semua.. All of you make it possible.. I'm happy I could say:
"The future is in good hands"

3 comments:

Ain Shazuanie said...

Apa yg da tamat?? haha

FaFa said...

Salam maal hijrah zamir. Semoga tahun baru Islam ini membawa penghijrahan yang lebih bermakna untuk umat Islam diseluruh dunia. Aamiinn.

Err. rasenye tersilap letak alamat. Sorryyy. iA, next week will post them back. ~~

Zamir said...

Sama la kita Tiha..

Laa macam mane boleh silap address ni? Hahaha.. Bukan haritu hantar alamat baru ke.. Hahaha