Pages

Monday, 12 November 2012

Just another day of...

Kadangkala kita tak sedar... Mungkin ada yang berfikir it is just another day of life.. or another day of survival.. or myabe another boring dull day.. Cuma tiba-tiba hari ni bila lagu selimut puith dimainkan secara tak langsung.. Membuatkan aku terfikir.. Cuba bayangkan kalau ini hari yang terakhir ataupun ni minggu yang terakhir dalam hidup aku.. Should it be enough.. Cukup ke semua bekalan hidup aku untuk diadili kelak.. Rangkap lagu part ni yang buat aku fikir lagi lama kowt

Janganlah mahu disanjung-sanjung
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung

Yang mana tak dinafikan ada masanya mungkin diriku disanjung ataupun diberi gelaran manusia agung dan sebagainya.. Aku tahu kebanyakan masa hanyalah gurau senda dan permainan kata-kata.. Cuma bila aku fikirkan kembali, seriau kowt satu badan.. Bayangkan kalau masa itu ada sedikit perasaan riak dan ujub dalam diri aku.. Bukankah ianya sendiri menzahirkan kealpaan aku terhadap kekuasaan Allah yang Maha Agung lagi Maha Perkasa.. Semoga aku terus dijauhi dari sifat-sifat sebegitu..

Bait-bait sebelum tu jugak memberikan aku jawapan terhadap persoalan aku semalam.. Antara bait yang meneruskan lamunan ku:

Tiada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalah ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita

Dengan background video yang memaparkan rumah yang mewah, kehidupan yang selesa dan hampir semua keinginan dipenuhi membawa aku kepada persoalan dalam diriku.. Sampai mana baru aku akan rasa puas dan cukup.. Kalau ikutkan nafsu sampai ke akhirnya takkan aku jumpa jalan penamatnya.. Nafsu akan kian membesar dan membesar tanpa di mamah usia..

Aku tak tahu macam mana pada mulanya lagu ini diputarkan sewaktu aku bersiap-siap untuk memulakan hari aku.. Namun ianya memberi seribu satu jawapan dalam pertanyaan aku semalam.. Allah itu Maha Mengetahui dan sentiasa mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.. Di kala aku diantara persimpangan dunia.. Diri-Nya sentiasa membimbing dan memberi petunjuk dalam keunikan-Nya sendiri.. Pabila aku terlalu jauh merancang dan risaukan perkara yang tak pasti.. Dirinya sentiasa mengingatkan aku untuk terus lakukan kebaikan dan percaya pada ketentuan-Nya.. Yakin pada kekuasaan-Nya dan bertawakallah kepada-Nya seikhlas hati..

Secara tak langsung ianya mengajar aku bahawasanya perasaan risau dan susah hati itu hanyalah mainan syaitan untuk menghalang aku untuk terus menjadi diriku.. Perasaan gusar dan risau sering kali membantutkan niatku untuk terus melakukan kebaikan yang aku sukai demi mencari keredhaan-Nya..

Mati itu pasti dan setiap insan akan mengalaminya sama ada hari ini ataupun kemudian hari.. Cuma manusia kian lupa setiap kali berlalunya suatu hari.. setiap kali kematian makin menghampiri.. Dan pabila aku lupa dan alpa, aku seringkali merancangn sesuatu perkara sehinggakan aku lupa yang aku akan mati suatu hari nanti.. Aku tahu itu kelemahanku dan akan aku cuba perbaiki dari hari ke hari..

Lagu ini juga meningatkan aku harta dan kekayaan yang aku inginkan bukanlah matlamat hidup ini dan jika aku benar-benar ikhlas dalam memberikan serta berkongsi rezeki yang diamanahkan kepada aku.. Nescaya hidup ini sentiasa mencukupi dan penuh dengan ketenangan..


3 comments:

Ain Shazuanie said...

Just another novel from....haha..abg busy ke skang? ada story nk bgtau..hehe..=P

Zamir said...

Busy sikit la ain.. Ada benda nak kene settle kan beberapa hari ni..

Ain Shazuanie said...

Okay..take ur time..smile!!