Disclaimer.. Awal-awal aku dah letak kan.. Amaran okay, aku pun tak pasti macam mana post ni akan turn out.. Tapi it will be an emotional one dan kalau sesiapa rasa tak boleh nak terima.. Dinasihatkan berhenti dari membaca.. I just need some place to write everything that being absorb and adsorb into my heart..
Nak dimulakan cerita, aku rasa diri aku rubbish giler.. Rasanya sampah lagi bagus kowt dari aku ni..Just simply rubbish.. Skang ni aku rasa bodoh giler, bengap giler, lampi nak mampus n perkataan bijaksana n cerdik tu memang jauh panggang dari api ar.. Memang terasa diri ni cukup hina, cukup pathetic dan seangkatan dengannya.. Rasa macam pengiktirafan orang bagi selama ni, diorang buat keputusan yang salah kowt.. Mungkin nak bagi budak yang nama dia atas or bawah nama aku dalam namelist, tapi sebab typo or sebab salah sistem aku yang dapat kowt..
Aku rasa aku macam tak belajar pape kowt sepanjang percutian ni, rasa takde improvement langsung.. Semuanya bila lepas aku hantar proceeding kat Paul.. Aku tau la memang akan ada salahnya, itu memang pasti sebab aku takde la sepakar dia.. Tapi bila aku dapat balik report tu, mak aiii.. Semuanya merah takde langsung warna hitam.. Tu tak cukup lagi.. Boleh plak lepas tu dia duduk sebelah aku, suruh aku bukak document tu dan explain satu-satu.. Okay aku tahu ade yang akan cakap bertuahnya hidup aku sebab bukan semua penyelia akan buat macam tu. Even dalam kumpulan aku sendiri tak semua rasa macam tu... Okay, aku tahu aku patut bersyukur dan cakap Alhamdulillah.. Tapi seriously aku terasa kowt.. Rasa malu giler.. Satu per satu dia go through dengan aku.. Siap baca sama-sama kowt.. All 1420 words.. Aku rasa cam bodoh sangat time tu.. Semua kesilapan yang aku buat dia pernah tegur kowt dulu tapi aku tak perbaiki pun.. Aku leh je bagi asalan benda tu tahun lepas, dah lupa.. yet alasan tetap alasan.. Only stupid people repeat their own mistakes..
Time dia dok sebelah aku tu, aku nak menangis pun ada gak.. Terharu tu satu, tapi rasa bengap tahap gaban tu yang wat aku sedih.. Aku malu dengan diri aku sendiri.. Malu dengan negara dan agama aku sendiri kowt.. Tahap yang mana, ada yang anggap terbaik kat Malaysia camni je hasil dia.. Rasa cam sampah sangat kowt.. Cam leh buang je ar sume result time degree dulu ke, semua anugerah tu leh campak jauh-jauh.. Setakat tahap cam cipan ni, baik takyah wat report langsung..
Lepas abis dia explain dalam lebih kurang sejam macam tu, aku dok sorang-sorang termenung lama giler.. Dan bila aku fikir punya fikir semua ni salah aku.. takdenyer salah orang lain.. Aku dan hanya aku.. Tu la banyak sangat main-main.. Tak belajar betul-betul.. Sibuk pergi jalan sana sini.. Dulu setiap tahun balik Msia, pastu balik sebulan macam tu.. Hah amik kau.. sekarang terima hakikat, dah la bodoh bajet bagus plak kan.. Pastu leh plak tergedik-gedik nak pi jalan sana sini konon.. belajar pown cam sampah, ada hati nak reward diri sendiri..
Pastu time kerja plak sibuk kan baca komik sana sini.. Konon dalam hati komik ni leh release stress padahal dasar pemalas tak sedar diri.. Pastu bila dah takde kawan, sorang-sorang balik Msia sebab dah abis belajar, sibuk kata sunyi tak leh fokus.. Mana tak nyer, selama ni bukan nyer buat kerja, asyik sibuk lepak-lepak pergi kacau orang je keje sampai tak buat kerja sendiri tu.. Tu la, sekarang sume orang dah abis belajar sume dah berjaya.. Tinggal je ko sorang-sorang kekal kat takuk lama.. Sape nak kawan dah dengan orang bengap camni, tu yang hidup sorang-sorang.. Baru padan muke.. Mane ade orang nak kawan dengan orang bengap kan, kalau bengap je takpe ni bajet bagus plak.. Ingat diri sendiri terror padahal kerja senang pun tak reti buat.. Sampah kat tepi jalan tu pun lagi bagus.. Aku rasa kalau sampah tepi jalan tu leh cakap.. Sepanjang jalan aku jalan hari ni dah kene gelak/bahan/kutukan dah..
Nak dijadikan lebih sampah lagi.. Dah la benda alah ni je yang aku tahu buat.. Yang aku rasa aku bagus dan boleh score.. last-last aku failed epicly kan.. Memang padan dengan muka sendiri.. Tu la perasan bagus lagi.. Kalau nak tengok benda lain, ape je aku boleh buat.. Bukannyer aku leh jadi pro dalam sukan ke untuk jadi sportsman, ataupun aktif dalam persatuan untuk build up networking ke.. Pembangunan sahsiah ape ntah lagi.. Kalau nak bina keluarga jauh sekali.. Kalau benda yang aku rasa aku boleh buat pun aku boleh fail.. Ape je softskill aku yang ada.. Dah la penakut nak amik risk.. Fikir 80 juta kali dengan 80 juta plan baru nak buat satu-satu keputusan..
Orang kata jangan nak compare dengan orang lain.. Yet kalau aku compare dengan diri aku sendiri.. Lagi la rasa penuh kesampahan.. Kalau ikutkan pembangunan sahsiah, time dulu lagi bagus kowt.. Lagi nampak pembentukan jati diri tu.. Dan disiplin diri lagi menggunung aku rasa.. Setiap hari leh jer buat kerja dengan effektif dari 6 pagi sampai 12 tgh malam.. Skang ni 9 to 5 pown cam sial je wat keje.. Curi tulang ada lah..
Bila tengok orang lain, kononnya nak sedapkan hati la.. Tak dapat nyer.. Asyik rasa macm mana la nak jadi hebat macam makhluk Allah yang lain ni.. Camne la nak jadi macam kakak aku, sampaikan orang yang offer dia kerja kat UK dlu kalau tak pun, camne la nak jadi macam kak kin, yang leh buat macam-macam benda n writing punya la superb.. Tu tak tengok budak-budak medik lagi, boleh explain dari satu symptom ke symptom yang lain sampai leh diagnos orang tu sakit apa.. Ok la kalau tu besar sangat skop dia, bila tengok budak-budak ni, aku tak rasa tahap leadership skill aku or even sportskill aku hampir sama tahap dengan ayie.. Kalau nak tengok learning curve aku jauh beza kowt kalau bandingkan betul-betul dengan ayie or even hilmy.. Apa yang aku improve selama 2 tahun kat sini aku pun taktau..
Siap semalam pandang siling sampai semua benda ni masuk dalam mimpi kowt.. Cuma bila dalam mimpi, aku rasa perasaan lain.. Sampai bila aku nak teruskan salahkan diri sendiri.. Makin aku salahkan diri aku, aku takkan berganjak kowt.. Waktu tu rasa macam konfrontasi berbanding mimpi.. Rasa macam satu persidangan yang mengeluarkan setiap satu perasaan aku yang terbuku.. Yang sesampah mana pun hidup aku sekarang, aku aku nak berubah semua belum terlambat.. Sampah boleh berubah menjadi benda yang bernilai.. Sampah di mata orang A boleh jadi benda bernilai di mata orang B.. Pokoknya apa yang aku boleh buat..
Bila aku dengar diri aku sendiri berbicara lepas luahan semua perasaan, terus terlintas sampai bila aku nak marah kat diri aku sendiri.. Aku tau selama ni, takde sapa pernah marah diri aku kowt.. So bila diri aku sendiri marah tu, it is something big.. Tapi betul jugakkan sampai bila aku nak marah.. So aku kene belajar maafkan diri aku dan fikir apa yang patut aku buat.. Dari terus tengok pada perspektif amarah, baik tengok pada perspektif lain..
Sampah pun boleh berubah kalau nak berubah.. So sekarang ni, persoalan dia sama ada aku nak berubah atau tak.. Aku nak belajar atau tak.. Kalau aku nak belajar benda pertama aku buat, aku kene bersyukur.. Sehina mana hidup aku, sebengap mana diri aku, seteruk mana diri aku.. Aku kene bersyukur dulu.. Sebab peristiwa lalu mengajar aku untuk terus bersyukur dalam semua keadaan.. Pabila kita bersyukur dalam musibah, kita akan nampak manisnya nikmat musibah tu..
Ubah perspektif amarah tu.. Cuba tengok bila Paul buat macam tu, dia bukan nak kata aku tak bagus atau aku ni sampah ke.. Sebab dia sayang kat aku dia buat macam tu.. Sebab dia tahu potensi aku lagi besar dan aku boleh pergi lagi jauh.. So dia tunjuk macam mana untuk aku buat lebih baik.. Mana salahnya dan macam mana dia berfikir.. Bila dia go through satu per satu, dia tunjuk cara dia berfikir dan bekerja.. Macam mana nak selesaikan satu masalah demi satu masalah..
Ubah lagi perspektif diri, manusia bukan satu entiti yang sempurna dan mampu kekalkan kesempurnaan.. Dan manusia itu budah datang dari kata dasar lupa dan alpa.. Maka tak salah selagi kau lakukan kesilapan tapi lepas tu belajar dari kesilapan dan terus belajar untuk menjadi lebih baik.. Mungkin selama ni learning curve ko dah cukup melonjak, sehinggakan ko rasa semuanya stagnat.. Cuba berhenti sejenak dan fikir apa yang dah ko buat selama ni.. Setiap keputusan yang ko buat sebelum ni bukan satu kesilapan, setiap yang ko lakukan pasti ada sebab dan hikmahnya..
Ingat balik, dari kecik ko disemai motto "Be yet wiser", "We're the best, we lead the rest", "Strive for the infinite excellent". Hari demi hari ko tanam perasaan ni, ko sentiasa kejar yang terbaik.. Sampaikan mungkin perasaan lakukan yang terbaik tu dah bersemadi dalam diri ko.. Yang mana bila ko rasakan ko gagal lakukan sesuatu ko rasa ko tak lakukan dengan sebaik mungkin.. Cuba tengok balik setiap benda yang ko lakukan, aku yakin dan percaya semuanya dalam keadaan yang sehabis baik ko mampu lakukan.. Tak pernah ko buat bagaikan melepaskan batuk ditangga..
Dan ingatlah sepanjang percutian ni ko diajar untuk bertawakal.. setiap kali bila nak grow diamond, ko masukkan dalam reaktor, lepas 5 jam baru leh tahu ke tak hasilnya.. Yang pasti sebelum ko masukkan ko dah lakukan yang terbaik dan sepanjang 5 jam menunggu ko lakukan sebaik mungkin.. Maka selepas 5 jam jadi atau tidak.. Ko hanya mampu berserah pada Allah sebagai kuasa mutlak.. Jika Dia kata jadilah, maka jadilah dan jika dia katakan sebaliknya maka jadilah sebaliknya.. Sepanjang ko hidup 2 tahun kat sini, semua benda ko lakukan semuanya ko bertawakal.. Sama ada ko sedar atau tak jer.. Dalam setiap pencirian dan analysis.. Mahupun dalam pengiraan komputer.. Ko dah hasilkan yang terbaik dan semuanya Allah yang tentukan sama ada jadi atau tidak.. Kuasa pemberian ilmu berada di tangan-Nya..
Kalau nak diikutkan semua premis ni, siapa diri ko nak salahkan dan marahkan diri ko sendiri.. Semua perbuatan ni seolah-olah ko menzalimi diri ko sendiri.. Dan secara tak langsung ko mempersoalkan ketentuan dan urusan Allah.. Mengucap dan istighfar banyak-banyak.. Banyak benda yang ko belajar zamir, terlalu banyk sampai kalau aku senaraikan, terlalu lama penguraiannya.. Cuma ingatlah, ko sentiasa lakukan yang terbaik dan terus lakukan yang terbaik.. Cuma jangan sesekali marahkan diri ko sebelum ko melihat dalam semua premis dan perspektif yang berbeza.. Kemarahan dan kemurkaan tidak pernah menjadi milik ko dan dan tidak sesekali akan menjadi milik ko kerana perasaan marah dan murka itu hanyalah milik Allah untuk orang-orang yang menentang-Nya..
3 comments:
A.Zamir..inbox please...=)
Sorry tak reply msg.. Not in the mood lately.. Will get back to you soon..
It's okay...be happy n take care k..jgn dok pikir bukan2..May Allah bless u always....=)
Post a Comment