Sedar tak sedar sekejap je dah November ni.. Kalau ikutkan plan untuk percutian.. Banyaknya yang back dated.. Nak kata salah aku bukan jugak.. Mana la tau tetiba computational nyer kerja tak berjalan selancar yang disangkakan.. Boleh la pulak program yang developer kat london tu tak jalan sangat... So sekarang tengah troubleshoot.. Mungkin ada salah aku kat mana-mana kowt.. Haih..
Sempena bulan November ni, hari lahir kakak dan abang aku.. Dah tua dah diorang.. Kiranya aku sorang je lagi masih dalam aku nyer twentiessss.. Yang lain semua dah 30 dah.. Dah tua dah korang.. Hahaha..
Sebenarnya takde idea pun nak tulis ape.. Takde menda sangat la nak update.. Bukannya hidup aku interesting sangat pun.. Nak kata jumpe penemuan baru.. Jauh panggang dari api..
Tapi cuma hari ni aku rasa happy gak ar.. Bukan apa, tetiba rasa seronok dan enjoy jaga lab budak-budak undergrad tadi... Seronok bila tengok diorang buat kerja dan jujur giler bila tanye soalan.. Ayat-ayat diorang pown takleh blah gak tadi.. Antaranya "Macam mana awak boleh hebat sangat guna excel ni".. "Macam mana nak fikir macam tu sekali".. "Semua benda awak tau nak terangkan".. "Laa, tak perasaan pun salah kat situ, tajam nyer mata.." "You're just simply Mr. Everything".. Comel pulak la budak-budak ni.. Bukan nyer aku hebat sangat pun dik ooi.. Tahun lepas aku jaga lab yang sama.. InsyaAllah dah tau depan belakang prosedur dalam eksperimen tu dan hampir semua masalah yang mungkin berlaku..
Tapi benda ni buat aku lebih dekat dengan akademia.. Buatkan seolah-olah memang aku sesuai untuk mengajar.. Sebab aku rasakan bila aku mengajar, aku gembira dan tenang.. Walaupun aku tau, akan ada masa aku akan stress dengan perangai budak-budak ni.. Tapi nama pun budak kan, so kene la sabar.. Secara tak langsung menyediakan aku platform untuk cuba toleransi dan bersabar dengan orang lain.. Cuma tadi bila tengok muka sorang-sorang lepas abis lab.. Bila diorang dapat result elok-elok, semua hepi jer.. Dan aku pun resonansi sama dengan perasaan diorang.. Lagi rasa hepi n tersentuh bila sorang-sorang cakap terima kasih dan muka sorang-sorang nampak jujur jer.. (Arghhh, so elderly dan nampak macam tua giler penulisan ni...)
Yet.. aku rasakan aku enjoy buat benda ni.. Aku tak tau sama ada ini merupakan petunjuk dalam menjawab seribu satu pertanyaan aku.. Cuma aku harapkan semoga yang terbaik sentiasa menjadi milik aku.. Kerana aku sendiri tak pasti apa yang baik ataupun tak baik untukku.. Lebih baik aku berusaha sebaik mungkind an serahkan selebihnya pada ketentuan Ilahi..
4 comments:
first time rasa apa yg zamir tulis ni aku paham...
terima jelah hakikat ko dah tua zamir..xyah nak elderly elderly sgt la...wakakaka
Tahniah kerana berjaya memahami.. Haha.. Teruskan usaha untuk mengasah apa yang patut diasah tu cik gojes..
Eh muda lagi okay.. Kat notts game siap ada orang cakap baru sampai ke. Buat foundation kat mana.. Hahaha.. Jangan jeles..
menyamfahhhhh..
hahahah
Jangan marah.. Nanti nampak lagi tua.. Kuang kuang kuang..
Post a Comment