Pages

Tuesday, 13 November 2012

Aduhai mulut...

Pepatah melayu kuno sering kali memperkatakan, "Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa".. Namun intipati pepatah ni telah diselami dalam diri umat Islam lebih 1400 tahun yang dulu.. Di mana Rasulullah sering kali mengingatkan umatnya bahawa perbuatan yang lebih buruk dan keji daripada Riba' yang paling besar ialah mengumpat.. Dan perbandingan antara dosa riba' yang paling kecil ialah perbuatan berzina dengan ibu bapa kita sendiri.. MasyaAllah, bertapa teruk dan terkutuknya perbuatan mengumpat ni..

Cuma sejauh mana kita amik serius akan isu ini.. Kadangkala aku hanya mampu tersenyum bila ramai kawan-kawan aku mempersoalkan akan keboleh-benaran (perkataan mane aku auta ni.. hahaha) untuk makan sesuatu benda.. Lagi-lagi bila dok luar negara ni, semua benda kene belek nak tengok boleh makan ke tak.. Ada yang sampai satu tahap semua benda la tak boleh nak makan.. Tapi aku gusar dan sedih bila melihat, untuk memasukkan sesuatu ke dalam badan tu sentiasa nak yang halal (memang bagus la perbuatan ni) tapi kita sendiri kurang prihatin untuk memastikan yang keluar dari badan kita jugak kene la sesuatu yang halal.. Sebab ape faedahnya kalau makan benda yang halal, guna benda yang halal tapi bila tutur kata dan perbuatan semuanya keluar benda Haram.. Ada yang lebih bagus ni bila nak mula ayat ngumpat dia, "Aku bukan nak kata buruk orang tapi supaya jadi pengajaran kat kita la".. Pembuka kata memang dah awesome dah tapi bila bab citer buruk orang tu punya la banyak.. Last-last baru nak citer pasal pengajaran..

Agak-agakkan kalau yang suke mengumpat tu, suke tak kalau orang umpat pasal dia.. Sebab selama pemerhatian aku dan selama aku hidup ni.. Yang aku perasaan orang yang kaki mengumpat ni telinga dia cukup nipis.. Sangat-sangat nipis.. Bila orang ngate dia sikit, self-defense tahap gaban.. Hah.. tau pun tak suke.. Kalau tak suka tinggal-tinggalkan lah perbuatan terkutuk tu.. Alang-alang ko ngumpat, baik pegi berzina dengan mak bapak korang kan.. Hah tau pun it sound so wrong.. So jaga sikit mulut tu..

Bukan apa, makin lama aku tengok manusia generasi baru ni, suka sangat cari buruk orang.. Sebaik-baik orang pun dia nak carik buruk gak.. Payah, payah.. Dik ooi, tak pun Kak ooi, mana ada manusia yang sempurna.. Dah nama pun tak sempurna, maka memang ada la buruk manusia tu.. Kalau ada orang nak carik buruk aku, memang banyak pun.. Google jer, mesti ada nyer la.. Sebab aku tau aku tak sempurna.. Tak mustahil setiap hati yang aku gembirakan pasti ada hati yang tak gembira dengan perbuatan aku tu.. Walaupun hukum Newton ketiga tu hanya hukum manusia tapi banyak kebenaran tersirat dalam hukum tu..

Dikesempatan ini pun aku nak mintak maaf la kalau-kalau ada hati yang terguris sebab kata-kata mahupun perbuatan aku.. Aku pun tengah berusaha untuk mengeluarkan perkara yang halal je dari diri aku ni.. InsyaAllah setiap yang halal masuk dalam badan ini, yang halal jugak la yang keluar dari badan ni..

3 comments:

gojes said...

kalau nak google nak cari buruk zamir nak guna keyword apa?

"zamir buruk perangai"

"buruk aah ko zamir"

atau "zamir buruk ke??"

mana satu?:p

Ain Shazuanie said...

haha..awat ni?? macam x ok jer....

Zamir said...

gojes: Try je mane-mane.. Haha.. XD

Ain: Takde pape lah ain, refleksi diri je. Just things to ponder around..