Pages

Friday, 2 November 2012

I finally understand..

Setahun atau dua tahun yang lalu.. Bila rakan-rakanku berbicara akan perihal itu dan ini.. Aku ingatkan aku faham dan memahami.. Rupanya tidak.. Jauh panggang dari api.. Bila dahulu bila rakan dan kakakku berikan kata putus ingin menamatkan zaman bujang mereka.. Aku kurang faham dan mengerti.. Dan bila ada rakanku yang mula menyendiri dan mendiamkan diri.. Ingatkan diri ini faham dan berusaha untuk tidak mengalaminya.. Namun jauh benar aku dari erti dan pengertian kejadian itu terjadi..

Bila gugurnya air mata ini.. Bila ianya mengalir tanpa henti dan tak kira bila dan di mana.. Aku mula memahami.. Lonjakan perasaan dan juga kesengsaraan yang mereka cuba katakan dan cuba luahkan.. Dahulu aku ingat aku mengerti, rupanya tidak.. Bila ianya berlaku pada diriku.. Baru aku faham dan mengerti..

Buat masa ini.. apa yang aku mampu katakan hanyalah.. Sedih, Sunyi dan Kekosongan.. Bila difikirkan kembali.. Minggu ini merupakan minggu pertama hilangnya semua teman-teman seperjuangan aku yang sentiasa berada di sisi.. Pada awalnya bila hilang satu per satu.. Aku tak punyai masalah untuk menghadapinya.. Sebab masih ada yang bersama menemani hari demi hari...

Tapi hari Isnin lalu membawa pengertian hidup ini.. Bermula dengan waktu malam yang cukup cepat.. Pukul 6 ptg dah macam pukul 8 malam.. Balik je ke rumah.. Rumah cukup kosong.. cukup sepi.. Dan seperti biasa, waktu-waktu begini biasanya akan di isi dengan gelak tawa makan malam bersama, jogging dan bersenam bersama.. Dan paling tak pun duduk dalam duvet berbicara mengenai perkara, peristiwa dan manusia.. Cuma malam tu.. penuh dengan kesunyian.. Senyap sepi.. Mata ini liar melihat papan kekunci di telefon bimbit.. Satu per satu aku lihat.. Sam... Amrul.. Yus.. Kak Enny.. Kak kin.. Kak Wan.. kakakku.. Hyda.. Semua tiada lagi di sini tiada lagi di sisi..

Memandangkan malam masih awal.. Aku keluar bersiar-siar.. Hujan mula turun renyai-renyai.. Dan tanpa ku sedar, air mata mula membasahi pipi.. Setiap jalan.. susur galur sekitar Bristol menampakkan segala memori aku bersama mereka.. Tak pernah ada jalan yang tak pernah aku lalu bersama mereka.. Setiap simpang dan selekoh.. terbayang gelak tawa.. Perasaan bersama.. perasaan saling memahami.. pengertian perjuangan dan keperitan dalam mengharunginya..

Dan lebih memeritkan.. tiada lagi tempat untuk aku meluahkan segalanya.. Seburuk mana kejadian yang berlaku dalam makmal.. Seteruk mana masalah yang aku hadapi.. I'm on my own now.. Takde siapa yang akan faham dan takde siapa yang akan cuba untuk memahami..

Hari-hari yang berlalu.. Hampir genap 5 malam.. Membawa seribu satu kekosongan dalm jiwaku.. Terlalu banyak cabaran dan berita kurang enak yang berlaku hari demi hari.. Namun semuanya aku telan sendiri hinggakan jiwa ini wujud dalam kekosongan..

Tak kisah la pasal projek ni tak jadi ke..
Pasal pakcik ni buat hal ke
Pakcik tu buat hal ke..
Apa nak buat lepas ni
Apa nak buat nanti..
Anything...

Lepas perginya korang semua.. Baru aku sedar.. All of you.. Yup all of you.. you're the one that keep lending your shoulder for me to cry on.. You're the backbones of my strength.. The force that keep me going.. The person that let me be the man that I dreamt to be.. You're the person that keep me flying freely while making sure everything are still safe for me...

Now.. this moment... I have to watch my back.. to take care of myself.. to be on my own.. No matter how hard I tried, how long I cried and how loud I scream.. You'll not be at the end of the road to catch me...

I don't expect anyone to understand because last time I thought I did and at the end it doesn't come anything near as the real feeling.. Nak tak nak aku sendiri kene ubah, aku sendiri kene amik tindakan.. Take charge of this life.. To move forward.. To find my own inner strength.. The strength to believe..

Aku tahu perjalanan ini payah dan penuh dengan dugaan.. Dan aku tahu terlalu lama aku dah bergantung pada orang lain.. Mungkin ini masa yang terbaik untuk aku gunakan keupayaan diri aku sendiri dan berhenti bergantung serta berharap pada orang lain.. Bukan untuk menidakkan pertolongan orang lain.. Cuma lebih baik aku menggengam nasib hidup aku dalam tanganku sendiri atas izin Allah swt.. Paling tidak pun, aku tahu jatuh bangunku atas diriku sendiri dan takde orang lain aku boleh salahkan..

Walaupun ianya bakal memamah diri namun buat masa ini biarlah hati ini sekuat keluli (CNTs lagi bagus kowt) dan sekeras berlian untuk menghadapi hari-hari mendatang...

2 comments:

cik rye said...

Aku suka first paragraph ko.. one biggest thing aku NAK buat before fly dulu adalah kawen.. sebab tak nak sunyi bila kat sini. hehe..sunyi2.. pergi ar kaco acad..

Zamir said...

hahaha.. dah start kaco acad dah.. siap mintak dia teman aku pg lab malam2.. hohoho