Rasanya dulu aku ada merepek meraban sikit-sikit pasal semua yang aku buat, yang ada kaitan dengan kehidupan malah percutian ini banyak tawakalnya berbanding logik akal.. Sebagai contoh, kebanyakan proses kimia yang terlaksana dalam percutian kali ini tak boleh untuk aku pastikan selagi tak keluar dari reaktor selama 3 ke 8 jam.. Maka apa yang aku mampu buat dalam tempoh masa tu hanyalah bertawakal.. Tak lebih dari itu.. Bertawakal dan berdoa agar hasilnya adalah yang terbaik untuk diri aku..
Alhamdulillah, setiap kali sesuatu diluar jangka berlaku.. Macam semalam ada benda yang tak jadi.. Hari ni masa syok-syok merasa kenikmatan hidup dengan senyuman dari hujung telinga ke telinga lagi satu, reaktor buat hal.. Tetibe shut off sendiri, filamen putus tanpa asas yang kukuh.. Mula-mula nak melenting + sedih + emo + drama.. Tapi bila aku fikir balik, semua ni bukan dalam kuasa aku.. Semuanya ketentuan Ilahi.. Aku dah buat yang terbaik untuk set eksperimen tu.. Untuk elakkan benda yang tak sepatutnya dan pastikan semuanya dalam keadaan terbaik.. Last-last jadi camni kan.. So aku nak marah, emo dan sedih pun tak guna.. Dan dengan chill nyer aku tutup semua benda, balik rumah dan makan.. Lepas tu datang balik nak tengok apa masalahnya.. Yet takde masalah sangat pun tapi ada hikmahnya.. Nak tak nak ianya memberikan aku secebis jawapan yang aku asyik fikirkan persoalannya siang dan malam dalam beberapa hari ni..
Itu satu perkara.. Lagi satu yang aku lihat pulak dalam perhubungan manusia.. Bila aku dah buat yang terbaik dalam part aku (aku rasa dah cukup baik la kot.. Kalau tak cukup mungkin ada yang boleh tegur dan beri pesanan membina sikit), tak yah la aku nak terhegeh-hegeh dalam semua perkara kan.. Tak pasal-pasal tetiba aku digelar psychopath ke ape ke.. Dan dalam setiap benda, kalau dah aku berdoa biarkan yang terbaik untuk diriku menjadi milik ku.. Biarkan saja perkara yang aku tak leh kawal itu menjadi urusan Pencipta Yang Maha Agung.. Mungkin bila takda respon dari responden-responden, itu namanya petunjuk yang orang tu takkan bawak kebaikan untuk aku kot.. Wallahualam.. Aku pun tak tau.. Tapi aku rasa apa yang penting aku dah cuba yang terbaik.. Selebihnya aku serahkan pada Yang Maha Mengetahui.. Tak yah aku nak risau-risau pasal semua benda alah ni.. Bak kata sape ntah : Life is too short to fill it with hatred, sadness and sorrow.. Lek lek sudah kan..
Sejak dua menjak bila aku pergi kelas semikonduktor fizik yang tahap cipan ni.. Baru aku faham asal la liat sangat manusia kat sini nak pergi kelas pukul 9 pagi.. Lagi-lagi kelas tahap dewa ala-ala Quantum Mekanik.. Memang menguji tahap pemikiran aku ke tahap berpinar pun ada gak.. Lepas attend 2nd class ni baru lah aku paham lecture semalam.. Lampi gak aku rupanya.. Tapi makin lama aku nampak semuanya makin masuk akal dan makin mudah.. Yang paling seronok banyak pulak benda aku boleh kaitkan dengan percutian kali ni.. Sampai banyak idea-idea baru yang aku nak try bagaikan coklat mencurah ke ladang gandum.. Seronok sangat okay, sebab dah lama tak belajar benda baru dan push aku nyer mental capability to the limit.. Semalam otak ni gerak kalah kelajuan cahaya.. Lagi-lagi bila neuron-neuron ni dah lama tak bercantum.. Semalam aku paksa gak sel-sel ni buat jambatan.. Pagi tadi gamaknya baru siap.. Tu yang paham jer lecture pagi tadi.. paling tak pun 75%.. Syukur Alhamdulillah la kan.. Allah masih meletakkan kasih pada ilmu kat dalam diri aku ni..
Pastu yang buat aku lagi seronok.. Tetiba hari ni aku dah start tulis.. Walaupun tak official lagi tapi aku dah start tulis laporan pertama aku untuk lithium sebagai asas percutian aku.. Aku tak tau mana aku dapat mood ni, tapi tiba-tiba tadi aku amik kertas dan start menulis.. Walaupun 2 muka surat je.. Tapi aku terkejut kot, tak tau mana datang kekuatan ni.. Dah la aku tulis time buat eksperimen.. Masa paling mustahil untuk aku lakukan sebelum ni.. Rasanya bila aku berserah dan meletakkan Allah sebagai entiti paling utama.. Ianya membuatkan hati aku dalam relaxation state (dia release energy dari excited state ke ground state gamaknya). Maka energy tu ditukarkan dalam bentuk penulisan.. Aku pun tak tau tapi syukur Alhamdulillah, itu yang aku ucapkan dan akan terus diucapkan..
Tetapkanlah hati ini untuk terus bertawakal padaMu Ya Allah.. Aku rasakan kalau setiap hari aku dapat terus istiqamah macam ni.. Makin kurang rasanya risau aku pada kebanyakan benda.. Sebab aku tahu setiap yang terjadi telah ditetapkan oleh Allah dan sebagai hamba aku yang perlu lakukan yang terbaik lalu berserah pada-Nya.. Tak lebih dari itu.. Setiap peristiwa gembira mahupun sedih datang dari-Nya.. Maka tak ada sebab untuk aku terlalu gembira mahupun bersedih.. Kerana jika aku terlalu gembira dan terlalu sedih, makin banyak nikmatnya yang aku kufurkan.. Hiduplah dengan senyuman dan kekalkan senyuman ini sepanjang hayatku.. Di dunia dan diakhirat..
2 comments:
wahhhhhhh... alhamdulillah sampai jugak ke boston.. fridge magnet dua plzz...heehhehe.. baru sempat menyelak blog ni...
teruskan beristiqomah.. semoga yang terbaik sentiasa dariNya..
Penang Islander...
Tu la pasal kak.. Akhirnya sampai gak.. Dari tahun pertama kowt dh terbayang-bayang.. Setakat ni best part dapat jumpe dewa-dewa diamond ala-ala tahap pakcik Steve..
Siap dapat attchment invitation lagi (tapi duit sendiri ar).. Akak sponsor boleh?? kata lecturer skang..
Post a Comment