Pages

Monday, 30 April 2012

Eyes of the Hunter...

Okay tajuk post kali ni mungkin takde kaitan langsung dengan ape aku nak cakap... So kalau ada yang mengharapkan aku kupas isu Hunter X Hunter or pape yang kaitan dengan Hunter skill.. mungkin bukan kali nie.. kalau ada pown mungkin sedikit sebanyak picisan yang ada... Sejak kebelakangan ni aku banyak baca komik.. haha.. yup banyak baca komik.. kalau lah pakcik Paul tau.. mau aku kene hambat dengan batang penyapu.. hehehe.. tak la.. keje lab still berjalan.. aku dah nak hampir siapkan dua chamber or reactor baru untuk characterisation.. so tak de la aku slow on my own progress... Tapi aku dah anticipate yang aku akan abeskan percutian ni dalam masa 4 tahun.. ada duit takde duit.. itu nekad dan tekad aku.. So itu jalan aku itu pilihan aku.. terpulang pada orang lain nak judge ape.. tapi bagi aku.. itu hak dan kehendak aku la kan.. So back to the topic.. Topik ape? aku pown tak pasti... cuma kau suka dengan ayat dalam komik ni..

There is a different between an observing eye and seeing eye

Mesti tak caya kan dalam komik leh ada bahasa se dalam ni.. bagi aku komik banyak bagi sumber inspirasi dalam hidup aku.. so bila orang cakap it is waste of time and game pown sama.. it is not for me.. I learnt and grew up with those things.. They are the best teacher for me.. And irreplaceable ones... So komik yang aku baca ni pasal martial arts.. banyak bercerita mengenai cabaran dari seorang yang takd bakat dalam dunia martial arts dan macam mana usaha diri budak tu untuk jadi the strongest.. but not because of the power alone but because his belief and conviction... His belief in his friends.. in his justice and to protect his friend from being harm by others... Dan sensei dia pesan ayat kat atas.. Bila aku baca.. ayat ni penuh seribu makna.. dan bila kau refleks komik tu balik.. sedikit sebanyak ada kaitan dengan percutian aku kali ni.. kalau budak tu training martial arts physically.. aku nyer percutian ni more kepada martial arts of the brain.. Cara dan kekejamannya tetap sama.. tapi apa yang membezakan mata yang melihat...  beza antara mata yang memerhatikan dan mata yang hanya melihat.. Observing is a training and indeed a good practice..

Dan dengan mata kita dapat melihat dunia ini dapat melihat ciptaan Allah dan dengan mata juga kita mampu mentafsir gerak laku dan gerak langkah manusia.. Mata bukan sekadar mata fizikal.. Melihat bukan sekadar melihat pantulan cahaya yang dibawa ke retina mata kita semata-mata... Pabila aku perhatikan keadaan sekeliling aku... pelbagai macam ragam manusia diperhatikan.. ada yang memilih solitude path.. (I've been there, at the end of the route you will not find what you're looking for and yet it is full of emptiness and there is nothing there)... Ada yang memilih jalan to fake every single things up (I've been there too.. and there is nothing but misery and confusion at the end of the road).. I'd walked in most of the dark and sorrow path.. Flying with the wing of darkness.. and yet what I found is nothing but illusion and nothingness.. 

Dan bila mata ni dibuka kembali untuk memerhatikan dunia.. Ianya membawa kepada erti dan makna kehidupan.. Tak salah untuk ambil sedikit masa untuk keseorangan but never ever walk in the solitude path.. No one can ever survive on that path.. Tak salah untuk menyembunyikan sesetengah perkara kerana ada baiknya ianya tak diketahui sesetengah pihak but never ever try to mold and fake things up because you will never ever get to distinguish between truth and false later on...

Now my eyes were trained like a hunter hunting for a prey... Observing and predicting ever single move people around me are making.. It is not tiring tho but it will put my judgement into test.. Either I'll become their best friend or their worst nightmare.. It is to test my conviction and my will power.. To test whether I'm capable of leading an army of my own and embracing the dream that long being buried under the crust of dignified glory... 

Monday, 23 April 2012

Normal ke perkara ni???

Aku tak tau benda yang aku alami ni normal ke tak.. sebab ada je orang yang kategori kan aku dalam golongan bukan manusia.. maybe alien, predator dan etc etc.. Bukan ape, aku alami benda alah nie sejak sekolah menengah or mungkin dengan lebih tepat aku mula sedar dalam lingkungan usia tu ar.. 

Isu dia mudah jer.. pasal baik jahat.. hitam putih dan sebagainya... oppsss.. sebelum aku pergi lebih jauh.. ye aku tau.. dunia ni bukan hitam putih.. takde orang yang 100% baik dan takde orang yang 100% jahat.. So jangan nak argue ke arah tu plak.. Aku just tertanya-tanya apa yang aku alami ni normal atau tidak..

Citer dia macam ni.. Bila aku buat sesuatu kebaikan.. lepas je aku buat kebaikan tu.. tak sampai satu hari kekadang buat baik pagi, petang tu aku akan start buat kejahatan pada skala yang lebih kurang sama.. Makin besar kebaikan yang aku lakukan.. makin besar kejahatan aku aku susuli beberapa ketika lepas tu.. Okay, aku tak caya on mass balance or energy balance dalam hal ni.. Sebab secara saintifik ada kaitan tapi secara logik akal takde kaitan langsung.. Dan lepas aku wat benda jahat tu.. mula la menyesali perbuatan tu.. then pi marah kt diri sendiri.. cakap diri ni bodoh ar.. takde otak ar.. kalah dengan hawa nafsu ar.. gagal control nafsu serakah dan sebagainya.. cuma tu la.. aku terfikir.. memang manusia normal dia akan counteract kebaikan dengan kejahatan ke..

Sebab secara jujurnya, aku dah naik muak.. Aku cuba untuk dekatkan diri dengan Allah.. dengan Rasul dengan Pencipta aku.. tapi ada ketika.. aku start ikut telunjuk Iblis dan Syaitan.. Aku cuba dan berusaha untuk berubah.. tapi ada masa dan ketika.. aku rasa vulnerable sangat (okay-okay.. ada yang akan start suggest aku kawin di sini.. tapi kawin bukan isu kecik babe... so pause your taught there and then).. Aku tak nafikan.. bila takde orang yang nak control aku nak tegur aku.. memang la aku akan syok lakukan pelbagai kejahatan.. yet.. soalan paling simple.. ape je kejahatan yang aku boleh buat.. Macam-macam kowt.. ko cakap pasal zamir.. He can be your best friend ever or your worst nightmare/enemy that you'll ever face in this life.. Cuma.. camne aku nak came out clean pasal kejahatan aku.. sape yang leh terima kalau aku citer pasal kejahatan aku and stop being judgemental but help me through.. Yes, aku tau kalau aku come out and spill the bean.. Akan ada orang care dan sentiasa ingatkan kau bahawa benda tu jahat.. tapi aku perlukan kekuatan kowt nak citer some or maybe all my darkest moment ever.. Cuma slagi aku tak cerita.. selagi tu pusingan baik dan jahat ni akan berterusan.. Kalau orang tanya, ada ke yang sanggup dengar.. aku rasa ade je yang leh jadi supportive.. tapi aku tak nak tersalah orang.. my life will be on the line kowt.. Okay mungkin ayat tu over sikit.. sebab hidup aku hak Allah dan semua dalam ketentuan-Nya.. cuma aku tak seberani tu.. aku takde keberanian simply nak citer benda ni kat orang lain.. Bukan sebab aku leh mati dek benci dan sumpah orang.. cuma aku tak nak menconteng arang di muka keluarga dan kenalan yang mengenali aku..

So.. aku still dalam dilemma cycle nie.. In which banyak kali dah aku test.. Bila kebaikan yang aku lakukan tu.. mesti akan disusuli dengan kejahatan dalam skala yang linear..  Benda ni normal ke? or aku yang pikir sangat dan orang lain hanya anggap perkara ni biasa.. sebab bagi aku.. aku sedang dan cuba untuk berubah.. jadi manusia yang lebih baik.. manusia yang menjaga batas pergaulan.. kenal erti pahala dan dosa.. takut akan hari pembalasan.. tapi aku akui aku hanya manusia biasa.. kadangkala aku alpa.. kadangkala aku lupa tentang hari kiamat dan pedihnya seksa Allah.. walaupun kealpaan aku tu hanya seketika.. tapi kemusnahan yang aku mampu lakukan cukup besar.. Ya Allah lindungilah hambaMu dari dosa-dosa besar dan kecil serta ampunilah diri hambaMu dari dosa-dosanya yang lalu.. Teguhkanlah iman dan pendirian serta kepercayaannya terhadapMu.. Semoga dirinya ini sentiasa berada dibawah rahmat dan nikmatMu sehingga ke hari akhirat kelak.. Amin...

Friday, 20 April 2012

Being useful to others...

Seronok hidup ni bila kita dapat tau yang orang lain selesa disisi kita.. Orang lain seronok disamping kita.. Tapi camne nak tau orang lain seronok atau tak.. selesa atau tak di sisi kita.. haha.. to soalan cepumas.. takkan la nak pi tanya ko selesa ke di sisi aku nie.. haha.. mau kene cop giler ke ape...

Kita takkan tau melainkan empunya badan memberikan body language dan multiple sign.. Tapi kadang-kadang sign tu pown boleh di salah ertikan.. tapi aku bersyukur at least aku rasa diri aku masih mempunyai kudrat untuk membantu orang lain.. Teringat balik moto time VIRCS dulu.. Selfless service... Mak pown selalu pesan buat baik kat orang lain.. Ingat kebaikan orang kat kita dan lupakan kebaikan kita pada orang.. sebab bila kita lupakan kebaikan kita pada orang.. kita akan sentiasa berbuat baik pada semua orang.. sama rata.. 

Tak dinafikan.. dalam diri aku sendiri.. aku rasa lega, tenang dan seronok bila dapat bantu insan lain.. Cuma kadang-kadang tu.. or .. erm.. selalunya aku over did.. dan bahana dia kat diri sendiri.. but itu cerita lain.. cuma setakat ni takde la sampai effect hidup aku sangat... As long aku dapat tengok orang yang aku sayang senyum cukup la kan.. as long orang yang aku sayang happy dan bahagia.. semua tu dah cukup baik untuk aku.. The smile meant a lot to me... Lepas tengok senyuman tu, penat dan semua benda lain tu hilang terus ar.. but somehow sejak kebelakangan nie susah sikit nak tengok senyuman tu.. but that doesn't stop me doing what I do best.. helping people in need tapi dalam ruang lingkup kapasiti aku.. 

Dan mak pown penah berpesan.. be a man of your own words.. Orang yang mungkir janji tu munafik.. So jangan sesekali berjanji kalau tak boleh nak tepati.. So aku hanya berjanji yang aku yakin aku boleh tepati (tapi semua atas kehendak Allah jugak).. Kita hanya mampu merancang... Minggu ni dah start rasa bahang dia dah.. badan ni dah start sakit-sakit,, maybe sebab tak cukup rehat dan buat kerja berat kat lab kowt.. Kalau dapat cari orang yang leh urut belakang ni ok jugak.. sebab dah start rasa sengal-sengal badan.. and I have a hectic weekend coming up.. Boleh ke? boleh tak boleh kita cuba.. buat sebaik mungkin.. sebab semua nie aku buat untuk orang lain dan bukan untuk kepuasan diri aku semata-mata.. Bare with me a little longer okay my precious body... We are going to get there together in one piece...

Thursday, 19 April 2012

Bil Elektrik...

Bangun pagi ni teringat pasal bil elektrik.. Ye la lama jer company tu senyap.. kiteorang nyer bil macam mana la agaknya.. terlebih bayar ke, terkurang bayar ker.. overdue ke.. tak pasal-pasal tengah syok main Kinect, ttbe blackout.. potong stim ar... Lagi-lagi semalam dah setelkan bil air.. nie bil air yang betul-betul punya.. yang mane start rasa ada double meaning or read between the line.. Pi main jauh-jauh.. bukan topik tu.. shooosh, shooosh... hahaha.. so hari ni kene la setelkan bil elektrik plak..

So nak dipendekkan cerita, aku call borak-borak sikit dengan customer service.. Suara awek tu leh tahan ar.. so borak lame sikit.. chit chat sana sini.. and end up dia email detail bill aku yang terbaru.. Erm.. nak terperanjat pun ada gak.. Sebab bil aku credit.. credit kowt.. maksudnya kiteorg bayar lebih ar selama ni.. Credit sampai £ 517... macam tiket balik Malaysia pown ada gak nilai diorg hutang kiteorg.. Haha.. korang ade? company elektrik leh hutang sampai £500++.. Mana taknyer setiap bulan kiteorg set direct debit £100 tapi bila bil 4 bulan datang menjengah.. total terbaru ni dalam £193 jer.. so sebulan dalam <£50 dan kalau bahagi 2 sebab aku dok dengan member aku jadi la <£25 sebulan..

Dengan sempoinya minah tu cakap.. dah banyak sangat credit nie.. Kiteorang akan ubah plan direct debit aku ke just £5 per month.. so kirenyer dengan credit yang melampau banyak tu.. kalau kiteorg terus maintain sebulan £50.. leh la support lagi 10 bulan kan.. kire macam 10 bulan free elektrik ar.. takyah nak fikir pasal bil elektrik lagi.. Yezza.. duit tu leh wat meronggeng.. hahaha...

Tapi kiteorang kene maintain berjimat cermat guna elektrik ar.. Jangan bazir tak tentu pasal... guna bila perlu.. Bila dah tak guna tutup suis dan sebagainya.. Kalau betul-betul jaga takde la mahal sangat pown bil elektrik ni.. Dan aku rasa main reason kenapa kiteorang tak guna banyak elektrik.. sebab jarang dok rumah pown.. Housemate aku selalu lepak library.. aku plak asyk dok lab... dan sekarang malam duduk library.. so rumah tu jadi tempat persinggahan jer.. hehe..

Harap-harap bil tu akan terus macam ni.. Amin...

Wednesday, 18 April 2012

Aku tak paham dengan perangai manusia.. tu sebab nama dia manusia kowt...

Okay, aku memang aku akui aku tengah jadi ignorance and sedap dibuai mimpi indah dalam dunia aku sendiri.. Mungkin ada yang bayangkan aku tengah berenang dalam lautan diamond aku sendiri.. Yup aku tak nafikan.. I'm having a great time.. Enjoying myself.. cuma bila aku dengar cerita pasal demonstrasi jalanan such as isu PTPTN dan juga BERSIH 3.0 nanti.. Satu benda je aku fikir.. sejauh mana manusia sebenarnya boleh berfikir.. nak kata IQ rendah sepatutnya tinggi la kowt.. yang mana rasa IQ rendah tu leh masuk balik kelas pi belajar elok-elok.. itu pun kalau boleh naikkan IQ korang ar.. Takpown pi tengok korang nyer EQ or SQ.. mungkin bab tu yang buatkan IQ korg rendah ar.. Statement nie bukan nak cakap aku sokong mana-mana pihak.. cuma aku berada di pihak yang berfikir.. Ye tak dinafikan ada ramai yang akan cakap.. ala zamir tu tau cakap jer tapi buatnyer tidak.. it is up to you guys.. Sebab bukan hak aku untuk judge diri aku sendiri.. dan terpulang pada manusia nak judge manusia lain... Cuma.. bagi aku.. aku tak nafikan ada korupsi dalam mana-mana badan mahupun organisasi.. tapi sebelum menunding jari salah siapa dan mencari salah orang lain.. cuma renung diri sendiri dulu..

Okay la sebagai contoh yang isu PTPTN ni... maaf bukan kepakaran aku nak cakap sebab aku tak dapat pinjaman PTPTN.. tapi kalau nak diikutkan isu awal la.. nak bagi semua pendidikan percuma.. erm.. dah nama pun manusia.. kalau bagi semua percuma.. takkan dihargainyer benda alah tu.. lagi main-main ada la.. sebab alasan nanti.. ala benda free.. semua orang leh dapat... erm bukan nak tunding jari kat sesapa ke or bangsa sendiri ker.. tapi apa yang aku nampak dari dulu smpai skang macam tu.. bila benda percuma jarang sekali orang hargai.. tapi kalau benda alah tu usaha titik peluh sendiri.. fuih.. bab sayang tu melampau kan.. to make it simple tapi tak appropriate sangat macam ni.. Kalau awek tu sume nak dapat buat bini percuma.. agak-agak ramai tak orang laki sayang kt bini diorg... erm yang tak percuma pown dapat free free sepak terajang kan.. nie kan pulak yang percuma.. silap-silap hari nie kawin... esok cerai pastu carik lain.. sebab ape.. percuma je kan..  tapi kalau bab usaha giler babeng nyer nak tackle satu minah nie.. bila dah dapat tu.. menatang kalah menatang minyak yang penuh.. kalau boleh taknak bagi awek dia tu pijak tanah pown.. takot kasut kotor la kononnya.. so tu satu isu...

isu yang bab-bab korupsi nie plak.. nak suruh orang bersih sana sini kan.. cuma tengok diri sikit.. dah bersih tak? kalau tak bersih lupakan la dik oooiii... Aku tau diri aku kotor.. aku akui, ada benda aku wat matlamat menghalalkan cara.. aku tau kalau ada sesapa yang rajin korek rahsia gelap aku.. memang semua aku tulis about me dalam post yang lepas-lepas tu korang leh pangkah 100%... biasa la manusia ingat semua yang kotor jer.. yang bersih kita buat bukan nak ingat pown kan.. So to make it simple macam nie la... Pemimpin tu datang dari rakyat kan.. dan rakyat tu sapa.. kita la kan.. so kalau diri kita ni tak bersih.. tak bebas dari kesalahan.. kalau jadi pemimpin gak.. tak bersih gak.. bukannya bila jadi pemimpin nie terus diangkat masuk golongan nabi dan terpelihara dari segala dosa dan kekejian... senang citer macam ni la:

Berapa ramai antara kita guna harta benda pejabat untuk kegunaan peribadi (tak korup ke tu)
Berapa ramai antara kita masa belajar dan bekerja digunakan untuk main-main (tak korup ke tu)
Berapa ramai antara kita punch in and out pown suruh orang lain (tak korup ke tu)
Berapa ramai antara kita tak bersedekah dan berikan 1/3 dari hasil pendapatan kita kepada golongan yang memerlukan (tak korup ke tu)
Berapa antara kita tak lengkap solat 5 waktu (tak korup ke tu)
Hah.. berapa ramai yang tak bayar dan tak pernah mengeluarkan zakat (tak korup ke tu)

dah la kalau aku listkan.. sampai bila-bila tak abes.. so sebelum tunding jari kat korg.. tunding kat diri sendiri dulu.. Tolonglah.. jangan jadi macam manusia-manusia lain yang tak berfikir.. sedangkan Al-Quran tu sendiri menyuruh manusia berfikir dan berubah untuk menjadi lebih baik.. Kalau macam nie la semua manusiakan.. memang sah la umat akhir zaman.. sebab Rasulullah sendiri pernah bersabda.. akan tiba satu masa nanti umat akhir zaman yang zalim akan diperintah oleh pemimpin yang zalim.. So kalo hangpa semua pi boom baam boom baam pemimpin yang  zalim tu.. sedar-sedar la sikit kita nie umat yang zalim gak.. sebab tu ada pemimpin yang zalim...

Dah malas nak citer panjang sebab aku pown bukan nyer baik sangat... bukan nyer putih sangat.. tapi apa yang beza aku dengan korang yang len tu.. aku nak berubah dan aku dah mula lakukan perubahan.. dan benda paling penting aku admit kelemahan dan kesalahan aku.. bukan nyer dok dalam state of denial yang mana aku betul ko salah...

Anyway, presentation pagi tadi went well.. aku suke cuma aku tak tau la audience suke ke tak.. yang pasti aku menggelabah n taktau nak cakap apa.. sampai abes sume bahasa keluar.. Mintak maaf kalau persembahan aku tak dapat untuk memuaskan semua pihak... Lepas tu petang tu leh plak pi layan Battleship..  movie tu best and layan gak ar.. aku suke plot cerita.. dan banyak maksud tersirat yang aku belajar.. erm yang subconscious mind aku belajar.. sebab aku sendiri dah lupe antara moral value yang penting.. hehehe.. Okay fine aku admit aku korup di situ.. sebab time buat keje aku pegi tengok wayang.. tapi aku ganti balik ar malam ni siapkan computational (tapi sempat plak kan update blog)... Mungkin aku bukan role model yang terbaik.. hehehe..

Tuesday, 17 April 2012

Effektif..

Alhamdulillah.. kerja makin bergerak.. efficient jugak la kerja aku bila duduk library nie.. tak kisah la duduk sejam mahupun dua jam.. tapi memang rasa seronok sangat.. nampak kerja computational bergerak dari hari ke hari.. target by hujung minggu ni dah boleh predict apa yang kene buat untuk experimental bagi bulan 5 nanti.. harap-harap ada positif result supaya percutian kali ini mampu membuahkan hasil yang lebih lumayan dari sebelum ni..

Tak sangka hidup aku dengan sistem MRSM nie lebih effektif.. dulu time MRSM punya la menyumpah seranah.. skang nie baru la nak rasa bersyukur kan... Boleh plak riadah hari-hari.. kalau dekat MRSM dulu.. punya la liat.. selalu sama ada duduk tepi D'Burn ataupun atas katil melayan perasaan.. Skang ni tau plak terlompat-lompat, terkinja-kinja.. sama ada kt The Downs.. ataupun kat depan TV.. ye la, orang ada game baru kan.. hahaha... Tadi punya la semangat main Fruit Ninja sampai terkehel sket tangan, leher dan kaki.. Camne terkehel biar aku sorang je la yang tau... haha.. tu la ganas sangat main.. nasib baik takde orang tengok.. kalau tak cnfirm dah kene gelak guling-guling dah... And another thing.. aku dah tau macam mana nak main 2 orang game tu.. dan aku dah leh guna kaki dengan lebih efficient untuk memotong buah-buahan.. hahaha...

All in all, waktu yang diperuntukkan untuk semua benda memang cukup... sama ada aku nak amik masa tu atau tidak jer..

Dah la, nak balik rumah dan tido awal.. sebab esok ada program dan aku kene present pasal postgraduate study.. Slide sume dah siap cuma macam biasa, impromptu sudah.. lagipun bukan aku ada banyak pengalaman nak share pown.. Speaker lain sume lagi berterabur pengalaman diorang.. So let them take the lead then.. Aku jadi small fish kat belakang tailing them... hehehe..

Class of 2005... 4R/5R

Bila dah ada time prep balik (cuma takde warden je ar).. Ala dulu bila ade warden pown bukan effect masa aku pown.. hahaha.. Terkenang la kembali zaman kat Jasin dulu.. Macam mana semua orang main tolak-tolak jawatan Presiden kelas.. lepas tu macam mana sampai kat aku pown aku tak tau.. tapi nak dipendekkan cerita aku terima je la jawatan tu.. Dari tingkatan 4 sampai la tingkatan 5.. Macam-macam cerita jadi.. Banyak ragam, banyak suka nyer.. Sejak beberapa hari ni, waktu belajar malam-malam kat library dan jugak kat school.. Terasa macam zaman sekolah datang menerpa balik.. Rasa macam Hafidz ada je kat sebelah aku.. Aizat Rahmat dok kat depan.. borak-borak.. tanya soalan tu ini.. Terasa Acab ada kat sebelah kanan ek (aku pun tak tak ingat sangat kedudukan dalam kelas)... Rasa suasana meriah sangat.. denga Valar and Pesha gaduh-gaduh kat depan.. Bila aku bosan pi kacau Tong and Step... pastu cari pasal dengan Yin Yoong... 

Malam-malam yang lalu, memang terasa diulit perasaan rindu.. Membawa kenangan waktu sekolah.. Teringat jugak kenakalan aku dan sebagainya.. Jangan sampai aku pakai baju prep pegi library dah la.. kalau dah sampai tahap tu.. memang rindu sekolah sangat-sangat la kan.. haih, zamir zamir..

Bila difikirkan balik.. aku masa tu, pemimpin yang baik ke? bila dah pegang amanah sebagai Presiden kelas.. aku jalankan tanggungjawab macam mana ek.. Semua orang berpuas hati ke? ataupun aku amik ringan semua perkara.. aku sendiri tak pasti.. dah 7 tahun berlalu dan sekarang baru aku nak fikir.. harap-harap aku dah laksanakan dengan sebaik mungkin dan kesilapan aku diorg semua dah maafkan.. 

Cuma aku pernah janji nak buat reunion 10 tahun kemudian.. So it will be on 2015.. Class of 2005 will meet again.. all 21 ke 23 of us.. aku sendiri tak ingat bape ramai satu kelas kan.. hehehe.. So mungkin itu amanah aku yang terakhir sebagai Class President of 4R/5R kan.. Aku pernah janji dan isnyaAllah akan aku cuba tunaikan.. Mesti semua dah berubah..Ye r.. dari 17 tahun jadi 27 tahun.. mesti banyak perubahan.. Ada yang dah bekerjaya.. ada yang dah berkeluarga.. Looking forward to meet you guys back.. Miss all of you.. Walaupun 2 tahun tu sekejap dan tak banyak yang kita kongsikan bersama.. but that is our life together.. Till we meet again...

Sunday, 15 April 2012

Siap sedia untuk masa depan....

Tajuk takleh blah kan.. seolah-olah nak siap sedia untuk apa la sangatkan... padahal nak siap sedia untuk bulan Jun nanti sebab ada road trip being plan dah... Amazing Race ke Europe lagi... So... dah nama pun jalan.. Ish, asyik jalan je aku nie... hahaha.. maka nak dipendekkan cerita.. kene la kerja keras sikit.. Skang ni aku dok kat perpustakaan (giler skema buat ejaan penuh)... ala bahasa inggerisnya library ar.. Dah 2 malam kowt dok library nie.. syok jugak ar.. sebab leh wat keje dengan fokus (eh kalau leh fokus asal pi update blog kan).. yang nie tengah tunggu supercomputer run job.. so masa lapang sikit ar.. sebab nak baca journal n benda lain macam payah sikit.. wat simulation senang skit.. laju je tangan menaip coding-coding kan...

Nak dipendekkan cerita.. semalam stay dengan hanif and ayie.. dan hari ni farid pown nak pegi library.. so join skali ar.. Bila tengok-tengok balik kan.. effektif jugak keje aku malam semalam.. aku leh siapkan keje seminggu dalam masa semalaman.. kira effektif la kan.. tapi, kalau supercomputer or coding aku tak buat masalah.. tapi mana penah tak buat masalah... so malam ni aku troubleshoot balik.. kalau tak.. memang dah bleh proceed kene untuk the following week dah... Anyway.. makin produktif r keje skang nie.. padahal kalau nak diikutkan, duduk 2 jam or 3 jam jer.. tapi aku memang puas hati ar dengan prestasi buat masa ni...

Bila fikir-fikir balik.. zaman prep kat Jasin dulu effektif kowt.. lagi-lagi bila dok dalam kelas buat keje.. siapkan homework apart from main kejar-kejar, main baling selipar.. fly pegi bandar jasin makan KFC and kaco budak pompuan.. memang effektif.. dan tadi borak-borak dengan farid.. rasanya nyer kalau leh wat habit.. fokus dari lepas maghrib sampai pkol 11 or 12 setiap hari.. then balik n rehat.. banyak kowt keje leh siap... dan kalau buat selang sehari pown okay.. sebab bile tengok balik time dulu-dulu.. waktu prep dalam 1 jam setengah jer.. bukannyer lama... tapi homework yang bertimbun macam gunung untuk 10 subjek tu boleh jer siap.. tak penah tak siap pown.. Maka nak dipendekkan cerita.. Ni tengah semangat nak hidupkan zaman prep balik la ni...

8.00 pagi - 6.00 petang - Pegi Sekolah
6.00 petang - 8.30 malam - Rehat, Mandi, Solat, Dinner
8.30 - 11.30 malam - Prep
11.30  - Tido... ZzzzZZzzzZ

Kalau menjadi ni, Alhamdulillah sangat-sangat.. banyak keje boleh disiapkan.. So sapa-sapa nak try silakan lah.. InsyaAllah kalau niat baik.. lagi-lagi nak belajarkan.. semua akan dipermudahkan oleh Allah swt..

Friday, 13 April 2012

Dia akan hadir bila diri ini percaya dan yakin padaNya...

Adakala aku risau mengenai status kewangan dalam hidupku.. bukan sebab tak cukup untuk aku meneruskan hidup tapi kerana aku tak mampu memberi dan terus memberi kepada insan lain yang lebih memerlukan.. Jika nak kira perbelanjaan untuk diri aku.. InsyaAllah cukup untuk meneruskan hidup ini.. Dan bila diri ini makin resah kerana kekurangan itu.. Pertolongan dan perancangan Allah itu cukup sempurna.. Di sebalik kerisauan aku semalam selepas membeli barang-barang keperluan untuk beberapa program yang mendatang.. Cantik dan tersisip rapi sampul surat di sisi komputer riba ku.. Dalam keadaan tertanya-tanya aku terus membuka sampul surat tu dengan cermatnya... Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi.. Tulisan kemas menunjukkan cek yang bernilai £390 menjadi milikku.. Dikau Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui.. Dalam saat aku mula risau dan tercari-cari sumber lain dalam melaksanakan amanah terhadap hidup ini.. Dikau terus berada di sisiku dan tak pernah sesekali dikau pergi meninggalkan aku bersendirian..

Dalam tak sedar, bergenang jugak la air mata ni.. RahmatMu sangat besar dan rezekiMu sangat luas.. Tak pernah sesekali aku berasa ragu-ragu dengan kata-kata kekasihMu.. yang mana orang yang bersedekah itu takkan papa.. Jika dibaca dan dilihat secara zahir dan logik akal seolah-olah tidak logik.. Namun rahmatMu adalah urusanMu Ya Allah.. dan aku sebagai hambaMu hanya mampu bersyukur dan tidak sesekali lupakan akan rahmat, rezeki serta kehendakMu... Semoga diri ini tidak mudah alpa dengan nikmat ini dan semoga dikau terus merahmati nikmat pada diriku dan jadikan diri ini sentiasa tergolong dalam golongan orang-orang yang bersyukur...

InsyaAllah dengan duit kali ini.. semoga lebih ramai lagi yang akan mendapat manfaat darinya... Semoga ianya menjadi pencetus kepada kebaikan-kebaikan dan juga semoga ianya menjadi sesuatu yang bermanfaat buat insan lain dan juga buat diri ini...

Sama saja dalam bidang ilmu.. proses bersyukur dan memberi tak terhad hanya kepada harta semata-mata... Itu sebabnya dalam Islam, perasaan bersyukur itu satu benda yang penting dan perasaan syukur itu terbahagi kepada 3.. yang pertama secara lisan.. yang kedua dilahirkan dengan hati dan yang ketiga.. yang merupakan tahap kesyukuran yang paling tinggi.. iaitu dizahirkan melalui perbuatan...

Melalui lisan ni semua orang boleh lakukan.. hanya dengan menyebut Alhamdulillah.. namun selalunya ianya hanya tinggal dengan kata-kata kalau tidak disertakan dengan hati..

Dan yang paling sukar apabila kita ingin menzahirkannya.. Dan proses menzahirkannya mestilah dalam premis yang sama.. Jika mendapat harta, proses bersyukurnya dengan memberikan ataupun menginfakkan sebahagian pada orang lain.. bukannya dengan.. erm.. sebagai contoh berpuasa.. Sebagai contoh, katakanlah mendapat kenaikan pangkat dan juga bonus tahunan sebanyak 50k.. dan takkan la kita nak tunjukkan syukurnya diri ini dengan berpuasa.. kan pelik tu...

Maka sama saja dengan ilmu di dada.. Kadangkala kita terlupa yang ilmu itu satu nikmat yang dipinjamkan oleh Allah kepada diri ini.. Aku mengaku kadangkala aku terlupa.. dan bila memikirkan, apa terjadi kalau nikmat ini ditarik balik.. Nauzubillah.. Takut nak difikirkan.. bayangkan esok pagi aku bangun, takde satu perkara pasal percutian aku dapat aku cernakan.. seolah-olah aku tak pernah jumpe CVD tu ape.. diamond tu apa... Takut, terlalu takut untuk difikirkan.. Dan bagiku ianya tak mustahil kerna semua itu nikmat Allah.. Dan jika hambanya tidak bersyukur.. tak mustahil akan ditarik balik nikmat tu.. Bayangkan kalau sehari sebelum Viva ataupun exam, nikmat ilmu tu ditarik balik.. Ditutup hijab diri ini terhadap ilmu.. Nauzubillah.. Semoga aku dijauhkan dari perasaan kufur nikmat Ya Allah.. dan semoga aku sentiasa berada dibawah naungan dan rahmatMu Ya Allah...

Dan.. persoalannya, macam mana nak bersyukur melalui ilmu??? kalau harta, mudah.. kita hanya perlu infakkan pada mereka yang memerlukan.. mudahkan... begitu juga ilmu.. Ilmu boleh disebarkan.. dikongsi bersama mereka yang tidak mengetahui... Namun aku akui, kadangkala diriku sendiri tidak ingin berkongsi.. kerana terlalu sibuk ingin mengejar ilmu lain.. menambah ilmu lain.. pentingkan diri sendiri.. sehingga aku kufur pada nikmat yang diberikan.. sehinggakan aku terlupa untuk berkongsi ilmu yang aku perolehi.. dan ilmu bukan semata-mata akademik.. semua pengalaman dalam hidup ini adalah ilmu.. kenapa dan sebab aku menyambung percutian ini pun satu ilmu.. Pabila aku melawat negara lain.. ianya sebuah ilmu.. Bagaimana aku hidup di sini.. Ianya satu ilmu.. Pengalaman semasa zaman sekolah dan ijazah.. Satu ilmu.. Usaha dan cabaran untuk sampai ke tahap ini juga satu ilmu.. Kekuatan, motivasi dan keinginan untuk terus berjuang dan meneruskan perjuangan ini walaupun pahit.. walaupun penuh dengan onar dan duri.. ianya sebuah ilmu.. 

Pernahkan aku bersyukur dengan semua itu.. jika melalui lisan, aku pasti ianya dilakukan terus menerus.. namun bersyukur melalui perbuatan.. menyampaikan ilmu ini pada yang lain.. ianya satu persoalan untuk diriku.. bertapa tingginya tahap kesyukuran aku pada nikmat yang diberikan oleh Allah.. jika dibandingkan dengan semua nikmat yang Dia hamparkan untukku.. Tidakkah aku berfikir akan semua ini.. Tidakkah aku takut akan semua nikmat ini ditarik balik.. Tidakkah aku risau akan dipersoalkan nikmat yang telah diberikan padaku..

Maka, bagiku.. ini merupakan suntikan yang menyentuh naluriku sebagai manusia yang berakal.. dari semalam ceramah menyentuh isu bersyukur.. khutbah jumaat hari ini mengingatkan diri ini agar terus bersyukur.. dan nikmat terus diberikan pada ku dari segi wang ringgit dan ilmu dari semalam hingga ke hari ini tak putus-putus.. namun tak terfikirkah diri ini.. Nikmat itu perlu disyukuri.. dan bersyukur itu ada caranya dan bukan semata-mata menyebut di lidah tanpa memahami intipati sebenar dan makna bersyukur itu..

Wednesday, 11 April 2012

Matahari malu-malu kucing...

Alhamdulillah, hari kedua lebih baik dari hari pertama.. dari segi cuaca la dulu kan... hujan berhenti seawal 7 pagi.. Plan hari ni pegi ladang tulip dan lepak-lepak centre.. As usual, plan aku lite and lazy.. seperti unsur-unsur yang diterapkan semasa percutian kat Langkawi tempoh hari... Memerhatikan gerak laku manusia sambil mengamati ciptaan Ilahi... Sesudah sampai kat ladang tulip.. banyak tulip yang tak kembang lagi.. Aku bukan peminat bunga sangat pown.. So aku lebih kepada memerhatikan landskap dan panorama-panoram yang sedia ada.. Bila, ada pameran pasal Poland, seronok gak ar, sebab memang nak pegi Warsaw nanti cuma tak pasti bila.. Bila dengar pasal Marie Curie.. teringat pasal kisah hidup dia.. Gigih kowt tapi kesian ar sebab akhirnya dia mati sebab radioaktif sendiri.. All in all, kepada peminat bunga memang heaven untuk diorang tapi bagi aku bila dok atas windmill, seronok dan nyaman jer suasana.. Tenang.. itu perasaan paling senang nak digambarkan..

Lepas tu, balik ke central, layan makanan melayu sket.. Cuma sesat sekejap ar.. patutnya pegi kiri aku bantai pegi kanan.. tapi bila dah sesat lagi adventurous.. hilang dah konsep lite and lazy.. Bila dah sampai kedai.. abes tala sume jenis makanan.. dari roti canai sampai la ke mee kari.. Overall makanan dekat sini mahal sikit ar dan public transport kene bijak.. kalau tak bijak puluhan Euro boleh abes begitu saja.. Tak mustahil boleh mencecah 40 ke 50 Euro kalau tersilap langkah...

Dah abes makan jalan-jalan sekitar perkarangan museum sambil melihat gelagat-gelagat manusia kat sini.. Sekarang barulah aku perasan setiap masyarakat di sini mempunyai rupa paras dan bentuk muka berbeza.. Sebelum ni penah dengar tapi tak perasan la pulak... dah penat-penat berjalan.. ada satu part tu lalu lah sebeleha coffee shop dia.. fhuh.. mau memang nostalgia la.. bau ni selalu dapat rasa dekat rumah lama jer.. Cuma kali ni lagi intense dan lagi power kowt.. Rasa kalau dok sedut 3 4 minit leh high and jadi ting tong.. patut la tengok muka sorang-sorang.. baik yang makan sandwich atau menikmati brownies.. sume muka dah stim jer.. dah mula high la tu.. Banyak gak coffee shop dia.. ada kat kawasan yang bertumpu dan ada jugak kat penjuru-penjuru kedai lain..

All in all, hari kedua sinaran matahari banyak membantu untuk memahami bentuk muka bumi dan jugak kebudayaan masyarakat sini.. Kebudayaan apa, biarlah aku sorang yang memahami... But moral of the story.. Ttbe rasa kene ada banyak duit dan kaya-raya.. So boleh pegi satu dunia dan melihat satu dunia.. pastinya dengan famili ar.. bawak anak-anak mengembara bagai.. Ala-ala famili time la.. Serius skang nie dalam keadaan tengah jeles dengan orang-orang yang berada and dah travel sana sini.. Padahal sebelum ni ok jer.. semalam plak ttbe rasa kene ada banyak duit untuk pergi lebih jauh lagi... Tapi untuk keluarga kan.. apa salahnya...

Tuesday, 10 April 2012

Hujan renyai-renyai sepanjang hari..

Akhirnya sampai jugak ke bumi yang asing lagi.. kali ini pengembaraan diteruskan untuk mendalamai kehidupan manusia lain di bumi pencipta Yang Maha Kuasa... Perjalanan keluar dari rumah bermula dari 4 pagi dan diteruskan dengan  penerbangan tambang murah membolosi Selat Inggeris dan selamat tiba di destinasi.. Dalam kapal terbang memang bantai tidur je la sebab tak cukup tidur sebelum ni.. Nasib baik lepak rumah kawan.. kalau tak silap-silap tak bangun untuk kejar flight.. Sume sebab penangan frisbee tournament petang semalam.. :)... Dah lama jugak tak tidur dalam flight or any transport (nampak sangat dh lama tak travel).. Padahal sebab biasanya khusyuk main valkyrie profile or god of wars kat PSP...

Dengan selesa tiba di lapangan terbang... Dah flight punyer la awal.. maka perut ni pown dah mula berirama.. Seperti biasa bila kat negara-negara Eropah ni, paling layan bakery or pastries dia la kan.. Ni dia peneman di pagi hari...

 


Lepas dah kenyang perut dan senang hati, perjalanan diteruskan ke tempat-tempat lain seperti:













Yang takleh blah sepanjang hari menarik bag kowt sebab plan hantar barang kt rumah kawan at the end of the day... agak-agak kalau tinggal beg cmni ada orang len nak amek tak?


Dah penat lelah tarik beg, makan la plak kat kedai De Lunch nie...



Simple dan fresh.. anak lobster tu sedap-sedap.. sama rasa dengan kat Brussels tempoh hari.. Dah kenyang perut dan suka hati.. Bleh la meneruskan perjalanan menarik beg ke tempat len..













Dan.. heaven dok sini.. cheese dia.. fhuuuhh... jauh beza dengan cheese kat tempat len yg aku pnah pegi... tapi harga boleh tahan gak ar.. so aku bantai sume yang free sample la.. banyak gak la aku makan.. nak kasi puas kan.. kalau tak nanti nyesal plak bila balik Bristol balik..waaaa... owh lepas tu jumpe kasut nie, kalau wat kasut time kawin stylo gak.. meh meh usha gambar kat bawah....




Pastu perjalanan diteruskan ke jalan lampu merah ar.. Antara daya tarikan kat sini kan.. tak pergi rugi la plak sebab dah sampai... Rasa macam pegi aquaria la plak.. banyak ikan-ikan dalam akuarium.. berenang-renang ke kiri dan kanan.. erm kalau nak banding dengan Bristol erm... kedai dia dalam 50 kali ganda kowt.. kalau banding dengan Barcelona ada la dalam 7 ke 8 kali ganda... and kalau kat Zurich, sini besar sikit ar.. dan lagi meriah.. nak citer lebih pown tak gune sebab bukan nyer aku ukur semua lorong-lorong kat tempat tu.. dah la aku siap tarik beg masuk lorong-lorong tu.. silap-silap orang ingat aku nak stay kat situ dua tiga malam kan.. ala-ala bawak overnight bag.. hahahha... anyway, tak nak cerita panjang ar... aku pown tak dok lama.. aku plak yang naik segan diorang.. cuma sume benda dalam tu nak glow in the dark.. katil nak glow in the dark, bantal nak glow in the dark.. cuma kalau nak glow tu biasanyer kene gune UV light.. kalau dah stiap malam diorang disimbahi dengan lampu UV.. mau tak mati cepat kene kanser.. memang la ada lampu UV yang kulit manusia leh tahan.. tapi UV kowt.. high energy nyer light... so agak-agak kalau korang nak mati cepat.. masuk-masuk la dalam akuarium tu... hahahahha..

Dan malam ni diakhiri dengan gambar yang cukup sempoi.. eh eh... bukan gambar tempat tu sebab takleh tangkap gambar.. dan tak nak pun tangkap gambar.. mau kene bunuh dengan parent aku kang..


Jadi naik la basikal selalu kan.. hahahaha...

Sunday, 8 April 2012

Duit tumbuh kat pokok tak..

Okeyh, semalam ada chit chat dengan kenalan baru about financial planning and so on.. Dan nie baru lepas caluclate financial status bulan nie.. Huuuuu mak aiiii.. Mau nangis tak berlagu bila tengok balik spending moment dalam 2 minggu ni.. Ai ya ya... ya ya.. Nak dekat seribu jugak abes.. Camne times flies... cam tu jugak money flies.. Kalau duit tumbuh kat pokok sedap jugak kan.. tapi Alhamdulillah, aku masih tak tergolong lagi dalam rat race.. yang mana ternanti-nanti duit scholar or gaji bulanan.. then abes belanja sakan.. pastu tertunggu-tunggu again untuk duit scholar dan gaji.. Mungkin duit tak tumbuh kat pokok.. but we can make the money work for us.. So seribu yang abes tu insyaAllah, jika dimudahkan rezeki oleh Allah, akan dapat return dia secepat mungkin.. Cuma bila tengok seribu hilang (bukan hilang tapi dibelanjakan).. terkejut jugak...

Tapi still on the right track of my savings, investment and spending.. still on the track even though nampak macam barely make it.. tapi still on going.. cuma kene bhenti jap makan mewah-mewah kat luar or berbelanja sesuka hati.. lepak jap.. bagi itu duit kerja keras dulu.. nanti boleh belanja lagi seribu dua bila dapat menuai hasil..

P/S: aku ingatkan orang lain banyak belanja.. shopping sana sini.. tup.. tup.. tup.. aku sendiri dah belanja sampai tahap ribuan.. seb baik cek akaun hari nie.. selamat selamat...

Be a bigger person...

Haa... kan dah sentap.. aku yang sentap.. bukan orang lain.. cantik jer mimpi kelmarin dengan semalam kan... lokasi, senario dan ape bagai takyah nak citer tapi pengajaran cukup jelas.. be a bigger person zamir.. fhuh... time kene ayat tu direct kat jantung tu.. menusuk kalbu, menghiris sembilu menggegarkan hati.. Memang sentap, terus bangun pagi istighfar dan solat subuh terus... Mane tak nyer.. Allah tu Maha Kuasa dan ketentuannya datang dalam pelbagai cara.. Kali nie aku dibawa kembali.. ala2 flash zaman muda-muda dulu.. ala zaman back stabbing, zaman personal interest do matter dan macam-macam lagi.. dan macam mana aku boleh senyum.. takde simpan dalam hati or even tak terdetik pun nak simpan dalam hati.. Zaman aku bersyukur dengan segala apa yang ada.. bukan untuk menidakkan tahap kesyukuran aku masa kini tapi mungkin tahap kesyukuran dan zuhud kali ni tak mencapai tahap yang pernah aku capai sebelum ni... Tahap di mana, anything yang berlaku, anyhow or any possibility.. Aku jadi yang beralah sebab beralah tak semestinya kalah, aku yang yang berundur sebab yang berundur tak semestinya mundur dan yang diam tak semestinya tak berilmu... and then tampil balik as a bigger person.. Yang mana aku akan sentiasa ingat kesalahan aku pada orang dan lupakan kebaikan aku pada orang.. Dalam masa yang sama aku lupakan kesalahan orang pada aku dan ingat kebaikan orang terhadap diri aku.. In a simple word... be a bigger person.. First one to smile, first one to give, first one to forgive, first one to forget, first one to help without expecting anything back...

So mimpi macam mana yang aku alami, biar jadi cerita aku sendiri.. yang penting pengajaran cukup jelas.. Be a bigger person and be happy with your life.. Sebab kadangkala kita terlalu lama merenung pintu rezeki dan kebahagiaan yang telah lama tertutup.. merenung terlalu lama.. sedangkan berpuluh pintu rezeki lain turut terbuka untuk kita.. dan kita tak perasan pun pintu-pintu yang lain tu...

Just be a bigger person.. When you are.. you will feel a higher order of happiness sebab ape yang ko buat zamir dah masuk tahap keikhlasan terhadap hidup ini dan mendambakan diri pada pencipta ko.. kerana ko percaya pada kuasa-Nya dan juga pada hari pembalasan yang pasti hadir...

Friday, 6 April 2012

Truth hurts...

Ouch... I knew this things gonna happen.. Yup.. setiap kali aku tau dah aku selalu cakap dengan member-member aku truth hurts.. It hurts... especially when you seeking the truth and wanna know about the truth.. Ok.. sebelum aku pergi dengan lebih jauh.. Ni bukan pasal kebenaran dalam dunia sains mahupun kebenaran dalam perihal ciptaan Allah sebab ciptaan Allah itu benar dan kebenaran itu miliknya.. Kali ni pasal kebenaran dalam kata-kata manusia.. Bagi aku sejak dulu lagi.. this is my bad habit.. takkan la takde manusia yang takde bad habit.. So, aku bila ada orang buat hal dengan aku dan bila aku ada masalah dengan manusia lain.. biasanya it will end up.. Aku akan mintak pada Allah apa yang terbaik untuk diri aku dan apa yang terbaik untuk diri insan lain dan (this is the not so good habit) kalau benar aku yang salah berikan petunjuk padaku dan jika ianya bukan salahku tunjukkan jugalah di depan mataku.. Which kalau ikutkan dah bukan salah aku buat apa aku nak tau but it is one of my  bad habit.. Bukan sebab aku enjoy tengok orang suffer and so on.. it is just my problem that I've tried to handle since long long time ago..

Nak dijadikan cerita, ntah macam mana aku dapat access few stories.. bukan dari mulut orang but directly from the source.. and its hurts.. Bila aku dapat tau orang-orang yang aku respek not telling the whole story to me.. in fact their making up stories... So it will look better.. Mula-mula aku dah takde masalah dengan cerita dari kedua belah pihak.. then bila cerita lain masuk, aku dah tak sedap hati dah.. so seperti biasa aku akan korek sehingga ke akar umbi.. And now I got the bigger picture.. Come guys, kenapa nak cerita kat aku cmtu sekali.. Just be honest.. mungkin ada yang fikir aku pikir lebih.. but kalau orang yang rapat dengan aku sendiri boleh make up story even it is not an important ones.. tak mustahil they will make up story if they need to make it up for any personal interest.. okay English aku dah berterabur.. tapi aku sedih ar.. I thought the trust issue is no longer there.. Aku ingat dekat UTM aku dah boleh overcome benda ni.. Dan bila kebenaran dibentangkan depan mata aku... I'm not sure apa nak react.. It is painful and it hurts deeply.. I don't care how much love you tried to fill me in anymore.. Kalau dah tak wujud kepercayaan dalam diri aku... Apa lagi yang nak share.. nothing.. absolutely nothing....

Tu sebab certain truth is best not to be known.. Kept as secret forever.. tapi.. kalau dah macam ni la perangai manusia kan... Trust will be another issue again... Might be apa yang mak aku pesan dulu tu betul kowt.. Be nice to everyone but trust no one.. In that case, my trust is such a priceless gift that I will bestowed upon people who earned it.. 

Bengang ar.. Camne lepas ni aku nak caya cakap orang lain.. ke memang dah takde orang yang jujur dalam dunia ni... For those people yang involved directly or kalau ada kisah lain ke.. Korang tak hutang aku pape dan kalau korang ada silap dengan aku, takyah risau.. Aku dah maafkan lama dah.. or kalau ada yang buat minggu lepas ke, kelmarin ke semalam ke or even hari ni ke.. Tak yah risau gak, aku dah maafkan.. but if and only if I knew, persepsi aku mungkin berbeza.. berubah 360.. Aku akan lebih berhati-hati bila deal dengan korang.. So either do it and do it flawlessly supaya aku tak tau or don't ever think to start doing it.. Aku tak marah, aku takkan maki hamun or ape.. aku just terkilan but what is done is done.. Aku dah maafkan dah pun.. cuma.. I'm a human being, not a prophet and not even closed to be as good as an angel.. So I can forgive but I will never ever forget what you had done to me in the past...

Crazy Brits Weather...

Sejak dua menjak ni... makin menjadi-jadi weather kat UK nie.. some peeps call it Crazy Brits Weather.. tapi biasa la.. kalau aku memang tak lari dengan teori konspirasi yang aku dok sibuk baca dan cari serta mendalami.. Rasa macam nak tulis kat sini but.. not the time yet.. takde kekuatan nak educate people lagi.. aku tak pasti sama ada aku boleh educate orang dalam isu ni.. it is not an easy matter dan usually orang akan cakap rubbish and so on.. so aku start educate people closed to me first and people that wanna listen to my words for who I am and not because of the performance nor the history of myself.. 

So bila bercerita pasal cuaca.. aku suke tengok abiliti HAARP (High Frequency Active Auroral Research Program).. bukan niat aku untuk tidak menidakkan kuasa Allah.. tapi Allah menyeru agar hambanya meneroka ilmu dunia dan tak mustahil manusia mampu memahami sedikit sebanyak ciptaan Allah.. So to cut short.. kalau korg nak tau lebih pi baca sendiri (I'm not your walking wikipedia).. Human can control weather and movement of the earth plate... Nampak idea ni macam tak masuk akal kan.. Terpulang.. setiap individu penerimaan dia lain.. Kalau manusia boleh ubah cuaca.. bila-bila masa dia boleh kawal hujan, cuaca sejuk dan salji kan.. hmmmm...

So let say ada benda besar yang berlaku tahun ni.. ala macam citer 2012 la or macam kalendar kaum ape tu.. kaum Mayan ek.. tak pun macam ramalam Nostradamus.. so let say.. kalau diorg.. haha.. aku suke gune perkataan diorg.. nak buat semua manusia percaya dengan benda alah ni.. mesti something going to happen kan for this year.. something big macam peristiwa 9/11 tu...

So let say aku cakap World War 3 is coming towards us... ada sesape nak caya? takkan ada sape2 nakkan peperangan.. aku pun taknak.. tapi kalau berlaku macam mana? dah bersediakah kita dengan water supply or food supply or any supply to help us time perang tu? no one being born ready kan.. so terpulang..

Dan kalau aku tetibe cakap bulan 6 or 7 nanti snow kat UK sebabkan teknologi HAARP tu, ada yang nak caya? and again terpulang... (ni idea ko kalif.. aku tak terfikir sampai tahap nie lagi.. hahaha.. yet still boleh jadi kan)

Dan kalau aku cakap something akan berlaku time olimpik.. mungkin macam peristiwa 9/11.. sebab banyak dah tanda-tanda yang diorg dah tonjolkan.. Dan mungkin sebab itu ada hikmah aku apply 30 tiket untuk opening olimpik tapi takde satu pun aku dapat.. Allah ada rancangan lain untuk aku masa tu kowt.. Itu yang aku percaya..

So let say something big happen time olimpik.. pastu ekonomi boom baam boom baam.. ye la, london kowt.. kalau ada pape berlaku.. ekonomi satu dunia leh terjejas.. Dan bila tengok kalau sistem fiat (pegi google, sape yang nak tau korg akan berusaha kan) memang dah tak stabil.. So tak mustahil semua akan kembali ke zaman emas dan perak.. sedangkan Rasulullah dah ingatkan kita sejak 1400 dahulu yang akan ada satu zaman di mana tiada benda yang bernilai kecuali emas dan perak.. So takkan tak faham-faham lagi.. sedangkan kebanyakan hadith Rasulullah merujuk pada akhir zaman.. Ke kita sendiri tak sedar kita umat akhir zaman..

So bila aku merepek macam ni, agak-agak ada orang nak percaya tak? So ini semua teori yang datang dari diri aku sendiri.. berdasarkan pembacaan dan jugak pemerhatian pada scenario dunia.. Aku serahkan kepada kematangan korg untuk memikirkan kemungkinan yang ada.. dan bagi aku, aku prepare for worst case scenario.. At least if its happen aku dah bersedia.. dan kalau tak berlaku.. tak rugi pape pun semua makanan, sumber air, kelengkapan perubatan dan emas serta perak yang aku beli.. boleh je gune untuk masa depan..

Bangun-bangun pagi terus terfikir benda alah ni.. berat tapi seronok... dan aku tak tau kenapa.. dari semalam sampai ke hari nie senyum jer.. happy semacam.. mungkin sebab dah banyak benda yang aku achieve dan jugak according to my plan or I'm just deeply in loved.. hahahaha.. aku sendiri pun tak pasti...

Thursday, 5 April 2012

me with me toys... Again...

Dah nama pown budak kan.. kalau tak excited seminggu or selama-lamanya tak sah... so semalam me play with me toys again.. aku masuk la dalam dunia Xbox Live plak.. fuiyooo.. macam-macam game ada.. jakun jap.. serius jakun.. ye ar.. last aku venture dalam dunia gamers yang serba moden ni tahun 2000 kowt... soooo outdated.. lepas tu tak follow up dah perkembangan game.. so bile semalam tengok semua game yang ada.. berpinar bijik mata.. tapi cm bese ar, kene beli.. huhu.. waaaa... kene tunggu next time la cmni kalau nak beli.. then bile belek-belek lagi.. haaa.. jumpe trial version.. ala-ala demo... Setakat ni download nie dulu la... dan dapat la 3 game baru:

Kinect Ninja
Zumba Rush
Fitness Evolved 2012

Tapi tak sempat try.. sebab semalam layan movies He's just not that into you.. sampai la lewat malam ditemani cik kinect.. Pagi tadi masuk-masuk lab baru tau yang esok cuti.. what... asal aku tak tau esok cuti.. siap dah semangat prepare eksperimen untuk esok.. Mark baru bagitau tadi.. yang esok cuti.. so take a break.. dah kalau esok takde orang nak datang lab dan lab aku kosong.. mane boleh wat keje kan.. erm tapi leh wat computational stuff.. hmmm.. ke ni indication esok adalah hari berjimba bersama cik kinect.. Wah.. wah.. wah.. dah excited balik dah nie.. 

So esok boleh la try main sume game yang dh download nie.. pastu leh try abiskan star wars semalam.. all day long ar esok main kinect.. pastu petang dah ada plan ke funderworld.. yeah, funderworld bebeh... esok hari berjimba, sabtu hari berjimba, ahad hari berjimba... isnin selasa rabu berjimba kat luar uk plak.. hahaha.. penuh dengan huha sana huha sini weekend nie.. takpe-takpe.. you deserve it after dapat result yang menarik minggu nie.. result apakah? nantikan dalam episod-episod akan datang (lepas publish ar baru leh bagitau... nanti ade orang len tiru kang susah plak.. tak gitu Jose.. :p)