Pages

Friday 30 November 2012

From Boston to New York..

Hari ni tamat la sudah MRS Fall Meeting untuk tahun 2012.. Banyak benda yang aku belajar kali ni.. Dari bidang percutian aku sendiri sampai la ke soft skill dan networking skill.. Untuk aku ceritakan semua sekali memang hampir mustahil la.. Tapi aku yakin dan aku percaya, aku yang akan kembali ke Bristol kali ini akan berbeda dengan aku yang pergi keluar darinya tempoh hari.. Walaupun tempoh seminggu nampak sekejap.. Namun pengalaman dan pemantapan pemikiran mampu mengubah persepsi manusia dalam pelbagai keadaan mahupun peristiwa.. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi keran diberikan peluang untuk bertemu insan-insan unik ciptaan-Nya.. Bukan setakat bertemu dalam sebuah simposium.. Malah berkongsi cerita di meja makan.. Berkongsi pengalaman sambil menikmati minuman.. Rasakan seolah-olah sentuhan cerita mereka bagaikan dari seorang ayah kepada seorang anak.. Sepanjang malam bila menemai diorang bercerita.. Setiap pengalaman dan peristiwa yang disampaikan penuh dengan keinginan untuk menyampaikan ilmu pada diriku tanpa sebarang perasaan prejudis.. Walaupun aku bukannya datang dari sama bangsa, negara mahupun agama.. Ianya bukan satu masalah.. Sampai ada yang menawarkan lawatan ke makmal masing-masing untuk membuka peluang bagi aku mempelajari pelbagai ilmu baru.. Begitu pemurah sikap ahli-ahli komuniti diamond di simposium kali ini.. Sampaikan bila aku melihat kembali akan situasi di Malaysia.. Bukan untuk katakan bangsa yang seagama dengan aku tak elok ataupun bukan untuk merendah-rendahkan diorang.. Tapi orang-orang kat sini lebih Islam sifatnya berbanding kebanyakan manusia yang aku kenali di Malaysia.. Cukup berbeza.. Sampai aku tak faham kenapa orang kat Malaysia nak sorok benda, taknak share pengetahuan masing-masing.. Semuanya kalau boleh nak lebih dari orang lain.. Tak boleh tengok orang lain lebih sikit.. Kedekut ilmu tahap cipan pun ada.. Lagi-lagi kalau ada makmal gempak.. Jangan harap la dia nak share maklumat penyelidikan dia dengan orang lain.. Alasan ni rahsia la, under patent filing la.. Tak boleh disclosed la dan sebagainya.. Padahal orang kat sini, baru bertukar satu dua idea, dah trus ajak datang lab dan ajak buat koloborasi.. Anyway, aku harapkan generasi muda kali ini, mampu membawa perubahan pemikiran di Malaysia, supaya tak terlalu ke'aku'an dan terlalu banggakan pencapaian sendiri berbanding berkongsi ilmu dengan manusia seluruh alam..

Anyway, sekarang ni aku dalam train dari Boston ke New York sambil menikmati Coastal Path of New England.. Rasa macam dalam movie mat salleh plak.. Semoga percutian kali ni lebih membuka mata ini akan matlamat dan tujuan hidup di muka bumi ciptaan Ilahi..

Tuesday 27 November 2012

Cinta.. Sayang.. Dan Suka...

Rasanya dalam beberapa tahun kebelakangan ni aku asyik bertanya pada insan2 yang terpilih.. Apa beza antara cinta, sayang dan suka? Pelbagai jawapan yang aku terima.. Tak kurang juga respond yang menjerat diri aku balik.. Walaupun sampai sekarang aku masih tak memahami akan maksud sebenar perasaan ini.. Mungkin kerana ianya bukan untuk difahami tapi hanya untuk dirasai..
Cuma sejak kebelakangan ni aku mula rasakan cebisan-cebisan perasaan sayang dan suka.. Yang mana aku rasakan aku dapat bezakan antara dua perasaan ini.. Dan aku makin memahami akan maksud suka dalam duka.. Toleransi dan memahami.. Cuma peristiwanya agak unik dan bukan seperti kebiasaan.. Aku juga mula memahami erti pengorbanan dan kesengsaraan diulit perasaan2 ni.. Tak semua masa dan ketika ianya manis.. Dan yang paling misteri.. Yang paling musykil.. Walaupun tanpa kata-kata.. Cukup hanya ada di sisi.. Ianya memberikan sedikit sebanyak ketenagan dan keselesaan.. Tak perlu akan kata-kata apatah lagi perbuatan.. Hanya cukup berada di sisi ini..
Namun sayang dan suka ini jauh lagi dari perasaan cinta..  Resonansi dan frekuensi jauh berbeda.. Apatah lagi ianya bukan sesuatu yang pasti.. Dan mungkin juga aku hanya bertepuk seorang diri..
Apa pun semua ini satu pengalaman.  satu ujikaji buat diriku.. Mungkin aku akan terluka ataupun tidak.. Ianya satu kemungkinan.. Namun pengalaman ini pasti ada nilainya yang tersendiri.. Aku rasakan jika ada yang terluka, lebih baik diri ini yang menerima.. Cukuplah aku melihat ramai yang terluka sebab diriku.. Kalau boleh aku xnk tengok ada yang terluka lagi...
Aku tak tahu berapa lama perasaan ini akan terus bermain di sisi tapi yang pasti aku akan cuba menikmati hingga ke titisan yang terakhir..

Saturday 24 November 2012

All went well..

Alhamdulillah, setakat ni semua berjalan dengan lancar.. Waktu masuk US melalui Boston semalam, pihak imigresen sangat-sangat membantu dan takde la soal siasat macam-macam.. Very professional and respectful.. Lepas kuar dari airport, jumpe balik makcik dan pakcik yang sangat baik waktu sebelum masuk flight.. Lepas bertukar business card, dia siap pesan lagi.. Nanti dia suruh anak perempuan dia telefon untuk bawak jalan-jalan.. Terharu gak la rasa, walaupun tak tau anak dia akan telefon ke tak.. Tapi the tought that count kan..

Lepas tu mula la aktiviti sesat kat Boston.. Bandar dia takde la besar mana.. Cuma sebab banyak sangat lorong dan bangunan lain-lain.. Nak kata macam KL tak pown.. tapi jauh benar la dari UK yang bangunan sume same jer.. So kat UK and Europe senang giler hafal jalan.. Kat sini bangunan sume lain.. Landmark memang payah ar nak establish kan.. 3 kali balik hotel, tiga-tiga kali sesat.. Hahah

Pastu memang btol la orang cakap.. Boston bandar lobster.. Memang murah ar lobster dia.. Rasa pown memang superb ar.. Dia punyer texture and feeling dia.. Mantap giler.. Walaupun dia steam je lobster tu..Steam plain pulak tu.. tapi rasa sume ada.. Standard kalau ikutkan dalam £ dalam 19-20 ar.. cuma nak dapat kat Bristol sekor cmtu memang tak dapat la.. 

Mane la gambar semalam aku letak ni.. Nanti la aku masukkan bila ada masa (selalu bagi janji palsu..) Haih... Hahahah

Tuesday 20 November 2012

Manisnya nikmat Tawakal..

Rasanya dulu aku ada merepek meraban sikit-sikit pasal semua yang aku buat, yang ada kaitan dengan kehidupan malah percutian ini banyak tawakalnya berbanding logik akal.. Sebagai contoh, kebanyakan proses kimia yang terlaksana dalam percutian kali ini tak boleh untuk aku pastikan selagi tak keluar dari reaktor selama 3 ke 8  jam.. Maka apa yang aku mampu buat dalam tempoh masa tu hanyalah bertawakal.. Tak lebih dari itu.. Bertawakal dan berdoa agar hasilnya adalah yang terbaik untuk diri aku..

Alhamdulillah, setiap kali sesuatu diluar jangka berlaku.. Macam semalam ada benda yang tak jadi.. Hari ni masa syok-syok merasa kenikmatan hidup dengan senyuman dari hujung telinga ke telinga lagi satu, reaktor buat hal.. Tetibe shut off sendiri, filamen putus tanpa asas yang kukuh.. Mula-mula nak melenting + sedih + emo + drama.. Tapi bila aku fikir balik, semua ni bukan dalam kuasa aku.. Semuanya ketentuan Ilahi.. Aku dah buat yang terbaik untuk set eksperimen tu.. Untuk elakkan benda yang tak sepatutnya dan pastikan semuanya dalam keadaan terbaik.. Last-last jadi camni kan.. So aku nak marah, emo dan sedih pun tak guna.. Dan dengan chill nyer aku tutup semua benda, balik rumah dan makan.. Lepas tu datang balik nak tengok apa masalahnya.. Yet takde masalah sangat pun tapi ada hikmahnya.. Nak tak nak ianya memberikan aku secebis jawapan yang aku asyik fikirkan persoalannya siang dan malam dalam beberapa hari ni..

Itu satu perkara.. Lagi satu yang aku lihat pulak dalam perhubungan manusia.. Bila aku dah buat yang terbaik dalam part aku (aku rasa dah cukup baik la kot.. Kalau tak cukup mungkin ada yang boleh tegur dan beri pesanan membina sikit), tak yah la aku nak terhegeh-hegeh dalam semua perkara kan.. Tak pasal-pasal tetiba aku digelar psychopath ke ape ke.. Dan dalam setiap benda, kalau dah aku berdoa biarkan yang terbaik untuk diriku menjadi milik ku.. Biarkan saja perkara yang aku tak leh kawal itu menjadi urusan Pencipta Yang Maha Agung.. Mungkin bila takda respon dari responden-responden, itu namanya petunjuk yang orang tu takkan bawak kebaikan untuk aku kot.. Wallahualam.. Aku pun tak tau.. Tapi aku rasa apa yang penting aku dah cuba yang terbaik.. Selebihnya aku serahkan pada Yang Maha Mengetahui.. Tak yah aku nak risau-risau pasal semua benda alah ni.. Bak kata sape ntah : Life is too short to fill it with hatred, sadness and sorrow.. Lek lek sudah kan..

Sejak dua menjak bila aku pergi kelas semikonduktor fizik yang tahap cipan ni.. Baru aku faham asal la liat sangat manusia kat sini nak pergi kelas pukul 9 pagi.. Lagi-lagi kelas tahap dewa ala-ala Quantum Mekanik.. Memang menguji tahap pemikiran aku ke tahap berpinar pun ada gak.. Lepas attend 2nd class ni baru lah aku paham lecture semalam.. Lampi gak aku rupanya.. Tapi makin lama aku nampak semuanya makin masuk akal dan makin mudah.. Yang paling seronok banyak pulak benda aku boleh kaitkan dengan percutian kali ni.. Sampai banyak idea-idea baru yang aku nak try bagaikan coklat mencurah ke ladang gandum.. Seronok sangat okay, sebab dah lama tak belajar benda baru dan push aku nyer mental capability to the limit.. Semalam otak ni gerak kalah kelajuan cahaya.. Lagi-lagi bila neuron-neuron ni dah lama tak bercantum.. Semalam aku paksa gak sel-sel ni buat jambatan.. Pagi tadi gamaknya baru siap.. Tu yang paham jer lecture pagi tadi.. paling tak pun 75%.. Syukur Alhamdulillah la kan.. Allah masih meletakkan kasih pada ilmu kat dalam diri aku ni..

Pastu yang buat aku lagi seronok.. Tetiba hari ni aku dah start tulis.. Walaupun tak official lagi tapi aku dah start tulis laporan pertama aku untuk lithium sebagai asas percutian aku.. Aku tak tau mana aku dapat mood ni, tapi tiba-tiba tadi aku amik kertas dan start menulis.. Walaupun 2 muka surat je.. Tapi aku terkejut kot, tak tau mana datang kekuatan ni.. Dah la aku tulis time buat eksperimen.. Masa paling mustahil untuk aku lakukan sebelum ni.. Rasanya bila aku berserah dan meletakkan Allah sebagai entiti paling utama.. Ianya membuatkan hati aku dalam relaxation state (dia release energy dari excited state ke ground state gamaknya). Maka energy tu ditukarkan dalam bentuk penulisan.. Aku pun tak tau tapi syukur Alhamdulillah, itu yang aku ucapkan dan akan terus diucapkan..

Tetapkanlah hati ini untuk terus bertawakal padaMu Ya Allah.. Aku rasakan kalau setiap hari aku dapat terus istiqamah macam ni.. Makin kurang rasanya risau aku pada kebanyakan benda.. Sebab aku tahu setiap yang terjadi telah ditetapkan oleh Allah dan sebagai hamba aku yang perlu lakukan yang terbaik lalu berserah pada-Nya.. Tak lebih dari itu.. Setiap peristiwa gembira mahupun sedih datang dari-Nya.. Maka tak ada sebab untuk aku terlalu gembira mahupun bersedih.. Kerana jika aku terlalu gembira dan terlalu sedih, makin banyak nikmatnya yang aku kufurkan.. Hiduplah dengan senyuman dan kekalkan senyuman ini sepanjang hayatku.. Di dunia dan diakhirat..

Monday 19 November 2012

Tak sekuat dirimu..

Turun dan naik.. Ups and downs.. Mudah bila seseorang bebricara akan perihal begini.. Paling tak pun ada yang kata hidup ibarat roda.. Sekejap di atas, sekejap di bawah.. Ada juga yang katakan kalau kita rasa ianya cukup perit, ada lagi yang lebih menderita dari diri ini.. Yup, aku akui akan kebenaran semua premis yang diutarakan..

Dan sekarang aku lebih memahami akan kekuatan diri ini.. Yang mana percutian kali ini mudah secara zahirnya.. Tapi tahap kekuatan untuk berpijak dipaksi yang utuh dan teguh merupakan cabaran yang menggunung.. Sebijak mana diri ini, semantap mana pemikiran yang ada.. Kalau tiada disiplin dalam menzahirkan sesuatu perkara.. Ianya akan terkubur sebelum bermula.. Itu yang aku alami.. itu yang aku rasai..

Aku tak tahu kenapa.. Dan aku rasakan terlalu lama aku berfikir akan kenapa dan sepatutnya aku hanya terus lakukan tanpa mempersoalkan akan sesuatu perkara.. Sifat mengejar kesempurnaan itu baik bertempat.. Dan bukan dalam keadaan ini..

Keteguhan dan disiplin diri memainkan peranan penting.. Sehebat mana penemuan yang aku jumpa.. Sehebat mana material yang aku cipta.. Kalau aku tak tulis, kalau aku tak buat laporan.. Tak guna jugak kan.. Arghhhh..

Zamir start tulis.. Tolong la start tulis.. Aku tak tau cmne nak merayu lagi untuk suruh ko mula menulis.. Tulis.. tolong la tulis.. Jangan sampai nasi dah jadi bubur baru nak menyesal.. Tulis la zamir.. Tulis...

Friday 16 November 2012

Muharam kali ini penuh makna...

Alhamdulillah dan semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Sedar tak sedar kita dah melangkah ke tahun baru 1434.. Selamat tahun baru dan salam Maal Hijrah untuk semua.. Bila nak berbicara mengenai hijrah ianya suatu perkara yang berterusan dan takkan habis kalau nak bercerita dari A to Z.. Cuma diharapkan kita semua dapat terus berhijrah dari melakukan perkara-perkara yang kurang elok dan terus meningkatkan pembangunan sahsiah ke tahap yang lebih memberangsangkan..

Kali ini... Muharam kali ini penuh bermakna buat diri aku sendiri.. Jika ingin diimbau, hampir setahun lepas Amrul balik dan meninggalkan aku dalam meneruskan perjuangan yang kekal sebagai satu entiti misteri.. Selepas pemergian beliau (Dia hidup lagi tau), aku telah menetapkan satu janji dalam diriku dan ianya harus dilaksanakan secepat dan sesingkat yang mungkin.. Dan Alhamdulillah, Muharam kali ini bakal menyaksikan penamat satu kisah.. satu janji untuk diriku sendiri..

Kini tamatlah semua proses di belakang tabir, drama suka dan duka.. Kisah itu dan ini.. Aku rasakan selepas menyaksikan pelbagai insiden dan peristiwa bermakna dalam beberapa bulan ini.. Inilah masa yang terbaik untuk tamatkan segalanya.. Bak kata orang putih "It is a good day to die for". Tapi bukanlah aku nak mati pun, so jangan nak risau and buat havoc plak..

Tak sangka dalam masa sesingkat ni aku dapat keluarkan and put on the table 80% dari pengalaman hidup aku dan juga dari apa yang aku tahu pasal dunia ni.. Lepas ni takde lagi la misteri ataupun kisah yang tersembunyi ataupun yang tak diketahui (kecuali yang lagi 20% tu la.. yang tu memang takleh.. bahaya.. bahaya..)

I'm proud I'd done all those stuff.. Dan semua ni buatkan aku nampak bertapa menarik dan exciting people are.. Macam mana teori evolusi manusia terlaksana sepantas kilat.. Macam mana persepsi manusia dan pencirian manusia berubah.. Dan yang paling seronok bila ko tengok suatu benda yang mustahil dilakukan suatu masa dulu terlaksana di depan mata ko sendiri..

Siapa kata manusia tak boleh berubah.. Siapa kata manusia tak boleh berevolusi (bukan yang teori bengong Darwin tu).. Aku tak nafikan ianya hampir kepada mustahil.. Dan caranya bukan direct approach.. Banyak persiapan yang perlu dilaksankan dan aku akui ianya bukan sesuatu yang mudah.. Tapi manusia boleh dididik dan diajar.. Sekeras mana hati manusia untuk dididik, ada bahagian yang lembut.. Yang mana bila diusap dan dibelai.. Ianya akan berhasil..

Walaupun Muharam baru menjemput diriku, namun banyak yang aku lihat yang mampu buatkan aku tersenyum.. Dan diharapkan Muharam kali ini penuh makna.. Dengan senyuman ini, aku tunaikan janjiku pada diriku sendiri.. Tamatlah epilog kali ini.. Bolehlah aku duduk dengan hati yang tenang, menguraikan benang-benang yang tersisip rapi  di antara jari-jemariku..

Aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak.. It's been a wonderful journey.. A self explicit discovering journey.. I'm happy I can put my pen down now even though there is so much more I want to explore..

Kini kisahnya kali ini telah tamat.. Alhamdulillah, aku berpuas hati dengan pengakhiran jalan cerita kali ini.. Hampir semua objektif yang aku gariskan mencapai matlamat..

Sekarang, aku boleh mulakan benda baru, kisah baru dan perjalanan hidup baru.. Dan semua ini disebabkan korang semua.. All of you make it possible.. I'm happy I could say:
"The future is in good hands"

Wednesday 14 November 2012

Rubbish aka sampah...

Disclaimer.. Awal-awal aku dah letak kan.. Amaran okay, aku pun tak pasti macam mana post ni akan turn out.. Tapi it will be an emotional one dan kalau sesiapa rasa tak boleh nak terima.. Dinasihatkan berhenti dari membaca.. I just need some place to write everything that being absorb and adsorb into my heart..

Nak dimulakan cerita, aku rasa diri aku rubbish giler.. Rasanya sampah lagi bagus kowt dari aku ni..Just simply rubbish.. Skang ni aku rasa bodoh giler, bengap giler, lampi nak mampus n perkataan bijaksana n cerdik tu memang jauh panggang dari api ar.. Memang terasa diri ni cukup hina, cukup pathetic dan seangkatan dengannya.. Rasa macam pengiktirafan orang bagi selama ni, diorang buat keputusan yang salah kowt.. Mungkin nak bagi budak yang nama dia atas or bawah nama aku dalam namelist, tapi sebab typo or sebab salah sistem aku yang dapat kowt..

Aku rasa aku macam tak belajar pape kowt sepanjang percutian ni, rasa takde improvement langsung.. Semuanya bila lepas aku hantar proceeding kat Paul.. Aku tau la memang akan ada salahnya, itu memang pasti sebab aku takde la sepakar dia.. Tapi bila aku dapat balik report tu, mak aiii.. Semuanya merah takde langsung warna hitam.. Tu tak cukup lagi.. Boleh plak lepas tu dia duduk sebelah aku, suruh aku bukak document tu dan explain satu-satu.. Okay aku tahu ade yang akan cakap bertuahnya hidup aku sebab bukan semua penyelia akan buat macam tu. Even dalam kumpulan aku sendiri tak semua rasa macam tu... Okay, aku tahu aku patut bersyukur dan cakap Alhamdulillah.. Tapi seriously aku terasa kowt.. Rasa malu giler.. Satu per satu dia go through dengan aku.. Siap baca sama-sama kowt.. All 1420 words.. Aku rasa cam bodoh sangat time tu.. Semua kesilapan yang aku buat dia pernah tegur kowt dulu tapi aku tak perbaiki pun.. Aku leh je bagi asalan benda tu tahun lepas, dah lupa.. yet alasan tetap alasan.. Only stupid people repeat their own mistakes..

Time dia dok sebelah aku tu, aku nak menangis pun ada gak.. Terharu tu satu, tapi rasa bengap tahap gaban tu yang wat aku sedih.. Aku malu dengan diri aku sendiri.. Malu dengan negara dan agama aku sendiri kowt.. Tahap yang mana, ada yang anggap terbaik kat Malaysia camni je hasil dia.. Rasa cam sampah sangat kowt.. Cam leh buang je ar sume result time degree dulu ke, semua anugerah tu leh campak jauh-jauh.. Setakat tahap cam cipan ni, baik takyah wat report langsung..

Lepas abis dia explain dalam lebih kurang sejam macam tu, aku dok sorang-sorang termenung lama giler.. Dan bila aku fikir punya fikir semua ni salah aku.. takdenyer salah orang lain.. Aku dan hanya aku.. Tu la banyak sangat main-main.. Tak belajar betul-betul.. Sibuk pergi jalan sana sini.. Dulu setiap tahun balik Msia, pastu balik sebulan macam tu.. Hah amik kau.. sekarang terima hakikat, dah la bodoh bajet bagus plak kan.. Pastu leh plak tergedik-gedik nak pi jalan sana sini konon.. belajar pown cam sampah, ada hati nak reward diri sendiri..

Pastu time kerja plak sibuk kan baca komik sana sini.. Konon dalam hati komik ni leh release stress padahal dasar pemalas tak sedar diri.. Pastu bila dah takde kawan, sorang-sorang balik Msia sebab dah abis belajar, sibuk kata sunyi tak leh fokus.. Mana tak nyer, selama ni bukan nyer buat kerja, asyik sibuk lepak-lepak pergi kacau orang je keje sampai tak buat kerja sendiri tu.. Tu la, sekarang sume orang dah abis belajar sume dah berjaya.. Tinggal je ko sorang-sorang kekal kat takuk lama.. Sape nak kawan dah dengan orang bengap camni, tu yang hidup sorang-sorang.. Baru padan muke.. Mane ade orang nak kawan dengan orang bengap kan, kalau bengap je takpe ni bajet bagus plak.. Ingat diri sendiri terror padahal kerja senang pun tak reti buat.. Sampah kat tepi jalan tu pun lagi bagus.. Aku rasa kalau sampah tepi jalan tu leh cakap.. Sepanjang jalan aku jalan hari ni dah kene gelak/bahan/kutukan dah..

Nak dijadikan lebih sampah lagi.. Dah la benda alah ni je yang aku tahu buat.. Yang aku rasa aku bagus dan boleh score.. last-last aku failed epicly kan.. Memang padan dengan muka sendiri.. Tu la perasan bagus lagi.. Kalau nak tengok benda lain, ape je aku boleh buat.. Bukannyer aku leh jadi pro dalam sukan ke untuk jadi sportsman, ataupun aktif dalam persatuan untuk build up networking ke.. Pembangunan sahsiah ape ntah lagi.. Kalau nak bina keluarga jauh sekali.. Kalau benda yang aku rasa aku boleh buat pun aku boleh fail.. Ape je softskill aku yang ada.. Dah la penakut nak amik risk.. Fikir 80 juta kali dengan 80 juta plan baru nak buat satu-satu keputusan..

Orang kata jangan nak compare dengan orang lain.. Yet kalau aku compare dengan diri aku sendiri.. Lagi la rasa penuh kesampahan.. Kalau ikutkan pembangunan sahsiah, time dulu lagi bagus kowt.. Lagi nampak pembentukan jati diri tu.. Dan disiplin diri lagi menggunung aku rasa.. Setiap hari leh jer buat kerja dengan effektif dari 6 pagi sampai 12 tgh malam.. Skang ni 9 to 5 pown cam sial je wat keje.. Curi tulang ada lah..

Bila tengok orang lain, kononnya nak sedapkan hati la.. Tak dapat nyer.. Asyik rasa macm mana la nak jadi hebat macam makhluk Allah yang lain ni.. Camne la nak jadi macam kakak aku, sampaikan orang yang offer dia kerja kat UK dlu kalau tak pun, camne la nak jadi macam kak kin, yang leh buat macam-macam benda n writing punya la superb.. Tu tak tengok budak-budak medik lagi, boleh explain dari satu symptom ke symptom yang lain sampai leh diagnos orang tu sakit apa.. Ok la kalau tu besar sangat skop dia, bila tengok budak-budak ni, aku tak rasa tahap leadership skill aku or even sportskill  aku hampir sama tahap dengan ayie.. Kalau nak tengok learning curve aku jauh beza kowt kalau bandingkan betul-betul dengan ayie or even hilmy.. Apa yang aku improve selama 2 tahun kat sini aku pun taktau..

Siap semalam pandang siling sampai semua benda ni masuk dalam mimpi kowt.. Cuma bila dalam mimpi, aku rasa perasaan lain.. Sampai bila aku nak teruskan salahkan diri sendiri.. Makin aku salahkan diri aku, aku takkan berganjak kowt.. Waktu tu rasa macam konfrontasi berbanding mimpi.. Rasa macam satu persidangan yang mengeluarkan setiap satu perasaan aku yang terbuku.. Yang sesampah mana pun hidup aku sekarang, aku aku nak berubah semua belum terlambat.. Sampah boleh berubah menjadi benda yang bernilai.. Sampah di mata orang A boleh jadi benda bernilai di mata orang B.. Pokoknya apa yang aku boleh buat..

Bila aku dengar diri aku sendiri berbicara lepas luahan semua perasaan, terus terlintas sampai bila aku nak marah kat diri aku sendiri.. Aku tau selama ni, takde sapa pernah marah diri aku kowt.. So bila diri aku sendiri marah tu, it is something big.. Tapi betul jugakkan sampai bila aku nak marah.. So aku kene belajar maafkan diri aku dan fikir apa yang patut aku buat.. Dari terus tengok pada perspektif amarah, baik tengok pada perspektif lain..

Sampah pun boleh berubah kalau nak berubah.. So sekarang ni, persoalan dia sama ada aku nak berubah atau tak.. Aku nak belajar atau tak.. Kalau aku nak belajar benda pertama aku buat, aku kene bersyukur.. Sehina mana hidup aku, sebengap mana diri aku, seteruk mana diri aku.. Aku kene bersyukur dulu.. Sebab peristiwa lalu mengajar aku untuk terus bersyukur dalam semua keadaan.. Pabila kita bersyukur dalam musibah, kita akan nampak manisnya nikmat musibah tu..

Ubah perspektif amarah tu.. Cuba tengok bila Paul buat macam tu, dia bukan nak kata aku tak bagus atau aku ni sampah ke.. Sebab dia sayang kat aku dia buat macam tu.. Sebab dia tahu potensi aku lagi besar dan aku boleh pergi lagi jauh.. So dia tunjuk macam mana untuk aku buat lebih baik.. Mana salahnya dan macam mana dia berfikir.. Bila dia go through satu per satu, dia tunjuk cara dia berfikir dan bekerja.. Macam mana nak selesaikan satu masalah demi satu masalah..

Ubah lagi perspektif diri, manusia bukan satu entiti yang sempurna dan mampu kekalkan kesempurnaan.. Dan manusia itu budah datang dari kata dasar lupa dan alpa.. Maka tak salah selagi kau lakukan kesilapan tapi lepas tu belajar dari kesilapan dan terus belajar untuk menjadi lebih baik.. Mungkin selama ni learning curve ko dah cukup melonjak, sehinggakan ko rasa semuanya stagnat.. Cuba berhenti sejenak dan fikir apa yang dah ko buat selama ni.. Setiap keputusan yang ko buat sebelum ni bukan satu kesilapan, setiap yang ko lakukan pasti ada sebab dan hikmahnya..

Ingat balik, dari kecik ko disemai motto "Be yet wiser", "We're the best, we lead the rest", "Strive for the infinite excellent". Hari demi hari ko tanam perasaan ni, ko sentiasa kejar yang terbaik.. Sampaikan mungkin perasaan lakukan yang terbaik tu dah bersemadi dalam diri ko.. Yang mana bila ko rasakan ko gagal lakukan sesuatu ko rasa ko tak lakukan dengan sebaik mungkin.. Cuba tengok balik setiap benda yang ko lakukan, aku yakin dan percaya semuanya dalam keadaan yang sehabis baik ko mampu lakukan.. Tak pernah ko buat bagaikan melepaskan batuk ditangga..

Dan ingatlah sepanjang percutian ni ko diajar untuk bertawakal.. setiap kali bila nak grow diamond, ko masukkan dalam reaktor, lepas 5 jam baru leh tahu ke tak hasilnya.. Yang pasti sebelum ko masukkan ko dah lakukan yang terbaik dan sepanjang 5 jam menunggu ko lakukan sebaik mungkin.. Maka selepas 5 jam jadi atau tidak.. Ko hanya mampu berserah pada Allah sebagai kuasa mutlak.. Jika Dia kata jadilah, maka jadilah dan jika dia katakan sebaliknya maka jadilah sebaliknya.. Sepanjang ko hidup 2 tahun kat sini, semua benda ko lakukan semuanya ko bertawakal.. Sama ada ko sedar atau tak jer.. Dalam setiap pencirian dan analysis.. Mahupun dalam pengiraan komputer.. Ko dah hasilkan yang terbaik dan semuanya Allah yang tentukan sama ada jadi atau tidak.. Kuasa pemberian ilmu berada di tangan-Nya..

Kalau nak diikutkan semua premis ni, siapa diri ko nak salahkan dan marahkan diri ko sendiri.. Semua perbuatan ni seolah-olah ko menzalimi diri ko sendiri.. Dan secara tak langsung ko mempersoalkan ketentuan dan urusan Allah.. Mengucap dan istighfar banyak-banyak.. Banyak benda yang ko belajar zamir, terlalu banyk sampai kalau aku senaraikan, terlalu lama penguraiannya.. Cuma ingatlah, ko sentiasa lakukan yang terbaik dan terus lakukan yang terbaik.. Cuma jangan sesekali marahkan diri ko sebelum ko melihat dalam semua premis dan perspektif yang berbeza.. Kemarahan dan kemurkaan tidak pernah menjadi milik ko dan dan tidak sesekali akan menjadi milik ko kerana perasaan marah dan murka itu hanyalah milik Allah untuk orang-orang yang menentang-Nya..

Tuesday 13 November 2012

Aduhai mulut...

Pepatah melayu kuno sering kali memperkatakan, "Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa".. Namun intipati pepatah ni telah diselami dalam diri umat Islam lebih 1400 tahun yang dulu.. Di mana Rasulullah sering kali mengingatkan umatnya bahawa perbuatan yang lebih buruk dan keji daripada Riba' yang paling besar ialah mengumpat.. Dan perbandingan antara dosa riba' yang paling kecil ialah perbuatan berzina dengan ibu bapa kita sendiri.. MasyaAllah, bertapa teruk dan terkutuknya perbuatan mengumpat ni..

Cuma sejauh mana kita amik serius akan isu ini.. Kadangkala aku hanya mampu tersenyum bila ramai kawan-kawan aku mempersoalkan akan keboleh-benaran (perkataan mane aku auta ni.. hahaha) untuk makan sesuatu benda.. Lagi-lagi bila dok luar negara ni, semua benda kene belek nak tengok boleh makan ke tak.. Ada yang sampai satu tahap semua benda la tak boleh nak makan.. Tapi aku gusar dan sedih bila melihat, untuk memasukkan sesuatu ke dalam badan tu sentiasa nak yang halal (memang bagus la perbuatan ni) tapi kita sendiri kurang prihatin untuk memastikan yang keluar dari badan kita jugak kene la sesuatu yang halal.. Sebab ape faedahnya kalau makan benda yang halal, guna benda yang halal tapi bila tutur kata dan perbuatan semuanya keluar benda Haram.. Ada yang lebih bagus ni bila nak mula ayat ngumpat dia, "Aku bukan nak kata buruk orang tapi supaya jadi pengajaran kat kita la".. Pembuka kata memang dah awesome dah tapi bila bab citer buruk orang tu punya la banyak.. Last-last baru nak citer pasal pengajaran..

Agak-agakkan kalau yang suke mengumpat tu, suke tak kalau orang umpat pasal dia.. Sebab selama pemerhatian aku dan selama aku hidup ni.. Yang aku perasaan orang yang kaki mengumpat ni telinga dia cukup nipis.. Sangat-sangat nipis.. Bila orang ngate dia sikit, self-defense tahap gaban.. Hah.. tau pun tak suke.. Kalau tak suka tinggal-tinggalkan lah perbuatan terkutuk tu.. Alang-alang ko ngumpat, baik pegi berzina dengan mak bapak korang kan.. Hah tau pun it sound so wrong.. So jaga sikit mulut tu..

Bukan apa, makin lama aku tengok manusia generasi baru ni, suka sangat cari buruk orang.. Sebaik-baik orang pun dia nak carik buruk gak.. Payah, payah.. Dik ooi, tak pun Kak ooi, mana ada manusia yang sempurna.. Dah nama pun tak sempurna, maka memang ada la buruk manusia tu.. Kalau ada orang nak carik buruk aku, memang banyak pun.. Google jer, mesti ada nyer la.. Sebab aku tau aku tak sempurna.. Tak mustahil setiap hati yang aku gembirakan pasti ada hati yang tak gembira dengan perbuatan aku tu.. Walaupun hukum Newton ketiga tu hanya hukum manusia tapi banyak kebenaran tersirat dalam hukum tu..

Dikesempatan ini pun aku nak mintak maaf la kalau-kalau ada hati yang terguris sebab kata-kata mahupun perbuatan aku.. Aku pun tengah berusaha untuk mengeluarkan perkara yang halal je dari diri aku ni.. InsyaAllah setiap yang halal masuk dalam badan ini, yang halal jugak la yang keluar dari badan ni..

Monday 12 November 2012

Just another day of...

Kadangkala kita tak sedar... Mungkin ada yang berfikir it is just another day of life.. or another day of survival.. or myabe another boring dull day.. Cuma tiba-tiba hari ni bila lagu selimut puith dimainkan secara tak langsung.. Membuatkan aku terfikir.. Cuba bayangkan kalau ini hari yang terakhir ataupun ni minggu yang terakhir dalam hidup aku.. Should it be enough.. Cukup ke semua bekalan hidup aku untuk diadili kelak.. Rangkap lagu part ni yang buat aku fikir lagi lama kowt

Janganlah mahu disanjung-sanjung
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung

Yang mana tak dinafikan ada masanya mungkin diriku disanjung ataupun diberi gelaran manusia agung dan sebagainya.. Aku tahu kebanyakan masa hanyalah gurau senda dan permainan kata-kata.. Cuma bila aku fikirkan kembali, seriau kowt satu badan.. Bayangkan kalau masa itu ada sedikit perasaan riak dan ujub dalam diri aku.. Bukankah ianya sendiri menzahirkan kealpaan aku terhadap kekuasaan Allah yang Maha Agung lagi Maha Perkasa.. Semoga aku terus dijauhi dari sifat-sifat sebegitu..

Bait-bait sebelum tu jugak memberikan aku jawapan terhadap persoalan aku semalam.. Antara bait yang meneruskan lamunan ku:

Tiada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalah ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita

Dengan background video yang memaparkan rumah yang mewah, kehidupan yang selesa dan hampir semua keinginan dipenuhi membawa aku kepada persoalan dalam diriku.. Sampai mana baru aku akan rasa puas dan cukup.. Kalau ikutkan nafsu sampai ke akhirnya takkan aku jumpa jalan penamatnya.. Nafsu akan kian membesar dan membesar tanpa di mamah usia..

Aku tak tahu macam mana pada mulanya lagu ini diputarkan sewaktu aku bersiap-siap untuk memulakan hari aku.. Namun ianya memberi seribu satu jawapan dalam pertanyaan aku semalam.. Allah itu Maha Mengetahui dan sentiasa mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.. Di kala aku diantara persimpangan dunia.. Diri-Nya sentiasa membimbing dan memberi petunjuk dalam keunikan-Nya sendiri.. Pabila aku terlalu jauh merancang dan risaukan perkara yang tak pasti.. Dirinya sentiasa mengingatkan aku untuk terus lakukan kebaikan dan percaya pada ketentuan-Nya.. Yakin pada kekuasaan-Nya dan bertawakallah kepada-Nya seikhlas hati..

Secara tak langsung ianya mengajar aku bahawasanya perasaan risau dan susah hati itu hanyalah mainan syaitan untuk menghalang aku untuk terus menjadi diriku.. Perasaan gusar dan risau sering kali membantutkan niatku untuk terus melakukan kebaikan yang aku sukai demi mencari keredhaan-Nya..

Mati itu pasti dan setiap insan akan mengalaminya sama ada hari ini ataupun kemudian hari.. Cuma manusia kian lupa setiap kali berlalunya suatu hari.. setiap kali kematian makin menghampiri.. Dan pabila aku lupa dan alpa, aku seringkali merancangn sesuatu perkara sehinggakan aku lupa yang aku akan mati suatu hari nanti.. Aku tahu itu kelemahanku dan akan aku cuba perbaiki dari hari ke hari..

Lagu ini juga meningatkan aku harta dan kekayaan yang aku inginkan bukanlah matlamat hidup ini dan jika aku benar-benar ikhlas dalam memberikan serta berkongsi rezeki yang diamanahkan kepada aku.. Nescaya hidup ini sentiasa mencukupi dan penuh dengan ketenangan..


Sunday 11 November 2012

Changing Field..

Semalam berlangsungnyer perhimpunan terbesar pelajar-pelajar Msia kat Nottingham sempenan Notts game.. Kalau nak ikutkan sejarah Notts Game sejak zaman 90's kowt dan di asaskan oleh salah sorang pemerintah Msia skang.. Korang tau la kan sape aku cakap.. Malas nak tulis nama-nama orang kat sini.. Tak mau nanti orang cakap aku mempolitikkan blog.. Bagi aku usaha yang diteruskan ni bagus dan legasi yang ditinggalkan simply awesome.. Aku tak mau komen pape pasal organising comittee tahun ni sebab ni pun 1st time aku datang.. Waktu tahun 2010 aku tak datang sebab aku kat Msia.. Tahun lepas plak sebab malas n nak dekat tarikh balik Msia, so biasanya nak impress pakcik Paul dengan kerja-kerja aku sebelum balik Msia.. Dan bila fikir ni tahun terakhir (kowt) aku kat sini, meh la pergi.. Untuk amik feel la sikit...

Yet aku tak sangka aku expand 'En' aku ke tahap yang baru.. Dah lama kowt aku tak maksimumkan daya tumpuan aku secara mencapah.. Observed semua benda 360 degree dan sedetail mungkin.. Mulanya aku nak tengok semua sukan tapi at the end aku stick dengan futsal.. It is simply amazing.. Bukan apa, mungkin dah lama aku duduk dalam my own battlefield.. Dan seperti biasa, dalam kebanyakan masa my own battlefield is super stagnant.. Lain la kalau dulu dengan Debatnya, Swimmingnyer, Volleyballnyer dan paling tak pown Bowling kowt.. So bila tengok budak-budak ni passionate giler dan enthusiastic giler dalam apa yang diorang buat.. Buat aku teruja kowt.. Masuk fasa excited state ar.. Dan aku try jugak untuk fokus 3 match serentak cuma masih tak cukup daya tumpuan nak buat macam tu sekali..

Tapi memang buat aku teruja ar.. Lagi-lagi bila banyak benda memang aku sendiri pernah rasa dulu.. Dari sportsmanship (kenapa aku stop main sport ek.. ermmm) sampai la ke synchronisation.. Cuma satu je yang aku.. erm bukan tak suka cuma membangkitkan sedikit sejarah hitam ar.. Dulu aku pernah ar jadi first aider, dan macam biasa memang antara yang sukan aku jaga sama ada bola sepak, netball ataupun bola baling.. Sebab selain ragbi (memang aku tak sanggup aku nak jaga), sukan-sukan ni selalunya memang tahap injuries memang memberangsangkan.. So at least aku kene fikir secara kritikal untuk cuba bagi bantuan secekap dan secukup mungkin.. Tapi bila jadi satu kes ni, kawan baik aku sendiri start injured then lepas treatment dia degil gak nak teruskan.. dan nak dipendekkan cerita, tu benda yang dia menyesal sepanjang hidup dia bila buat.. Kisah ni buat aku withdraw dari jadi official first aider kowt.. Ramai orang cakap bukan salah aku.. tapi still aku rasa responsible sebab aku yang bagi green light untuk dia teruskan.. Dan benda ni buat aku cepat sangat risau bila aku detect major abnormality dalam mana situasi atlit-atlit ni.. 

So lepas tengok diorang nyer match.. Alhamdulillah Team Bristol masuk sampai Quater Final tapi tewas dengan Sheffield (yang mana merupakan johan tahun ni).. So kalah dengan Johan kira not bad la kan.. All in all it is a good game.. Congratulations again to all of you.. Banyak yang aku belajar dari setiap sorang dari korang.. Cuma it will not be the same kalau aku sendiri ada dalam field tu..

It is an open mind journey.. Bila kita lihat medan perlawanan orang lain membuatkan kita aku tertanya-tanya macam mana performance aku sendiri dalam medan perlawanan aku.. Sebab aku belajar banyak benda.. Dari kekuatan, kelemahan, daya saing, limitasi dan improvement yang boleh dilakukan.. Dan macam mana untuk diri aku sendiri.. Am I that good? Apa ruang yang aku boleh perbaiki? Apa kekuatan aku dan apa kelemahan aku? Adakah kelemahan dari 5 tahun lepas masih kekal sebagai kelemahan?

Skang ni aku rasa aku kene lebih kerap tengok battlefield orang lain ar.. Untuk belajar lebih banyak benda lagi.. Untuk analisa setiap keadaan dan setiap tindakan.. Aku percaya it will strengthen a lot of stuff inside me.. 

Last but not least ni antara benda yang aku belajar semalam for the whole journey:

1. Stand up and face it because it is not going to be that bad (Rather than keep thinking it is going to be bad)
2. To be a good leader, be passionate about your comrades and understand their feeling in and out
3. Judgement call is usually painful but bare with it because there is always a silver lining ahead.
4. Do not let go any of your previous skill, you may need it. So keep it sharp.
5. Pain and hardship will be immersed in the tears of joy and happiness.
6. Break your body and it will get you stronger next time.
7. Multitasking is supremely easily when you put your passion in doing all the stuff
8. It is easy to say rather then we do on our own.

Most importantly..
*Selfless Service*
*Keep helping others without thinking the benefit it will bring towards you*

Thursday 8 November 2012

November dah..

Sedar tak sedar sekejap je dah November ni.. Kalau ikutkan plan untuk percutian.. Banyaknya yang back dated.. Nak kata salah aku bukan jugak.. Mana la tau tetiba computational nyer kerja tak berjalan selancar yang disangkakan.. Boleh la pulak program yang developer kat london tu tak jalan sangat... So sekarang tengah troubleshoot.. Mungkin ada salah aku kat mana-mana kowt.. Haih..

Sempena bulan November ni, hari lahir kakak dan abang aku.. Dah tua dah diorang.. Kiranya aku sorang je lagi masih dalam aku nyer twentiessss.. Yang lain semua dah 30 dah.. Dah tua dah korang.. Hahaha..

Sebenarnya takde idea pun nak tulis ape.. Takde menda sangat la nak update.. Bukannya hidup aku interesting sangat pun.. Nak kata jumpe penemuan baru.. Jauh panggang dari api.. 

Tapi cuma hari ni aku rasa happy gak ar.. Bukan apa, tetiba rasa seronok dan enjoy jaga lab budak-budak undergrad tadi... Seronok bila tengok diorang buat kerja dan jujur giler bila tanye soalan.. Ayat-ayat diorang pown takleh blah gak tadi.. Antaranya "Macam mana awak boleh hebat sangat guna excel ni".. "Macam mana nak fikir macam tu sekali".. "Semua benda awak tau nak terangkan".. "Laa, tak perasaan pun salah kat situ, tajam nyer mata.." "You're just simply Mr. Everything".. Comel pulak la budak-budak ni.. Bukan nyer aku hebat sangat pun dik ooi.. Tahun lepas aku jaga lab yang sama.. InsyaAllah dah tau depan belakang prosedur dalam eksperimen tu dan hampir semua masalah yang mungkin berlaku..

Tapi benda ni buat aku lebih dekat dengan akademia.. Buatkan seolah-olah memang aku sesuai untuk mengajar.. Sebab aku rasakan bila aku mengajar, aku gembira dan tenang.. Walaupun aku tau, akan ada masa aku akan stress dengan perangai budak-budak ni.. Tapi nama pun budak kan, so kene la sabar.. Secara tak langsung menyediakan aku platform untuk cuba toleransi dan bersabar dengan orang lain.. Cuma tadi bila tengok muka sorang-sorang lepas abis lab.. Bila diorang dapat result elok-elok, semua hepi jer.. Dan aku pun resonansi sama dengan perasaan diorang.. Lagi rasa hepi n tersentuh bila sorang-sorang cakap terima kasih dan muka sorang-sorang nampak jujur jer.. (Arghhh, so elderly dan nampak macam tua giler penulisan ni...)

Yet.. aku rasakan aku enjoy buat benda ni.. Aku tak tau sama ada ini merupakan petunjuk dalam menjawab seribu satu pertanyaan aku.. Cuma aku harapkan semoga yang terbaik sentiasa menjadi milik aku.. Kerana aku sendiri tak pasti apa yang baik ataupun tak baik untukku.. Lebih baik aku berusaha sebaik mungkind an serahkan selebihnya pada ketentuan Ilahi..

Wednesday 7 November 2012

Rough patchy..

Alhamdulillah, walaupun beberapa minggu kebelakangan ni hidup terumbang ambing dipukul gelora kehidupan.. Semuanya berjalan dengan lebih baik sekarang ni.. Semua nampak stabil baik dari sudut emosi mahupun mental.. Alhamdulillah fizikal masih lagi dalam keadaan baik walaupun cuaca makin sejuk.. Aku sangat-sangat hargai semua yang membantu aku secara langsung ataupun tidak.. Terutamanya Sarah (bukan kakak aku tau) sebab selalu sedia untuk dibuli waktu kat lab.. Kene tarik teman pegi sana sini.. Also thanks to Acad and Raihan for being there when I need someone to talk too.. Ribuan terima kasih kat Ayie and Hilmy sebab sanggup layan perangai aku yang kejap macam pe ntah pastu sesaat lepas tu jadi cam budak-budak plak.. Aduhai.. Thanks for just being there.. Sangat-sangat hargai semua tu.. Aku taktau la apa jadi kat diri aku ni kalau korang takde kat sisi aku time tu.. 

Namun aku akui ada jugak la beberapa perkara yang tak patut aku buat and yet I did it.. Something stupid and silly tho.. Harapnya kerosakan dan kemusnahan dia tak cukup dahsyat la.. Yup, aku akui aku manusia biasa yang tak leh lari dari kesilapan.. So bila jadi keadaan macam ni memang selalu ada je la benda yang kurang enak yang aku lakukan.. Harapnya takde sapa terluka.. Dan aku bersyukur apa yang aku lakukan kali ni tak seteruk tahun-tahun lepas.. Yet hampir nak jadi seteruk tahun lepas.. Namun, Alhamdulillah.. Allah masih meneguhkan diri aku untuk tidak meneruskan perbuatan jahilliah sedemikian rupa pada tahap yang lebih ekstrim.. Aku memohon maaf bagi sesiapa yang terluka atas tindakan-tindakan jahilku tempoh hari.. Harap korang dapat maafkan kalau ianya membuatkan korang terluka secara langsung ataupun tidak.. :( ...

Hari ni jadi lebih indah dan buat aku tersenyum, lagi-lagi lepas dapat link youtube ni.. Macam mana aku boleh dapat.. Waullahualam..


Tuesday 6 November 2012

Apa lagi yang aku nak..

Berlian, Emas, Perak dan Platinum.. Sapa yang tak tau pasal logam-logam ni kan.. Orang kata bukan mudah untuk kita miliki material-material macam ni.. Kalau mana-mana yang materialistik ni, memang hajat di hati untuk ada semua benda alah ni..

Tapi bagiku.. jangan terkejut.. Ni semua mainan harian hari-hari.. bukan apa setiap kajian aku menggunakan benda alah ni.. Berlian dihasilkan untuk jadikan sebagai solar panel untuk sumber tenaga baru.. Perak digunakan untuk melekatkan sampel-sampel yang aku ada untuk diuji keberkesanan untuk dijadikan FED (Field Emission Display, la yang untuk pasang dalam TV supaya nampak gambar tu).. Emas pulak dijadikan sebagai 'coating' material untuk memastikan ada sambungan konduktiviti antara sampel aku dan 'stage' yang digunakan untuk ujian FED.. Platinium digunakan lebih kurang sama fungsinya dengan emas.. Dan tak lama lagi Sapphire akan digunakan untuk menghasilkan sistem solar panel yang baru..

Memang hari-hari guna benda alah ni.. Walaupun tak banyak dan nampak sikit.. Cukup mewah.. Ada masanya dibuang begitu saja berlian yang dihasilkan, perak yang digunakan dan emas yang tak menjadi.. Ada je hajat dihati untuk kumpul semua benda ni untuk dijadikan aset.. Tapi sikit sangat.. We are talking about nanometer and micrometer.. Jenuh naa nak kumpul sikit-sikit.. 

Tu yang bila tengah-tengah tulis laporan ni.. Waa bunyi percutian aku makin lama makin mewah.. Diamond film, Gold Wire, Silver Paint, Platinum block and Sapphire wafer.. Aku rasa cukup bertuah diberikan peluang untuk bermain-main dengan logam-logam yang menjadi dambakan manusia.. 

Maka seharusnya aku bersyukur ke hadrat Ilahi dan sentiasa ingat pada nikmat yang diberikan.. Jangan sesekali kufur akan nikmat-Nya.. Bukan mudah untuk dapat peluang pegang dan mengeksploitasikan logam-logam mewah ni.. Bersyukurlah wahai diri ini...

Penyesalan..

Dalam hidup.. lagi-lagi bergelar manusia.. Byk liku-liku kehidupan yang penuh dengan onar dan kegelapan aku tempuhi.. Banyak yang seronok namun yang seronok itu lebih kotor isinya dari yang lain.. Aku hanya fikirkan perasaan yang aku alami kini hanya untuk menyedarkan kan aku akan kegelapan yang mampu aku lahirkan.. Malah dengan magnitud yang sama banyak cahaya yang mampu aku sinarkan..
 
Ianya.. semuanya membawa pada penyesalan.. setiap manusia pernah menyesal.. cuma atas kelemahan aku kadangkala aku mengulangi kesilapan yang sama dan menyesal berulang kali.. Berapa kali perlunya aku untuk hilangnya rakan demi memuaskan kehendakku.. dan sampai bila baru aku belajar yang tak semua jalan aku boleh tempuhi..

Semoga aku lebih bijak berfikir dalam setiap tindakan supaya aku tak dan takkan menyesal dalam setiap yang aku zahirkan..

Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tiada gunanya..

Sunday 4 November 2012

Ilusionist and Ilusion...

"Past is the construction of mind that blinds us and fools us into believing in it"
"Your heart wants to live in the present. Search for it and you'll find the answer for it"

Kinda deep tho.. Itu yang aku rasa lepas dengar ayat ni keluar dari mulut hamba Allah ni..  Masa silam.. Past.. History.. All of this the greatest illusionist in mankind existence.. Ayat-ayat ni membuatkan aku berfikir sejenak.. Membuatkan aku menoleh kebelakang dan melihat liku-liku kehidupan yang telah aku lalui.. Dan ianya membuatkan aku sedar.. Di mana aku masih hidup dalam zaman silamku.. Yang mana aku masih tak lepaskan ikatan emosi dengan masa silam yang telah lama pergi.. Yang mana aku masih mengenang keindahan masa silam yang berlalu.. Keseronokan masa silam yang telah lama pergi.. Walaupun masa telah lama meninggalkan aku.. namun separuh badanku masih hidup dalam masa silamku.. Seolah-olah tak mahu berganjak...

Inilah illusi paling besar yang masih aku genggam hingga ke hari ini.. Yang membuatkan aku takut untuk melangkah ke masa sekarang.. Inilah sebabnya kenapa hati dan perasaan aku meronta-ronta ingin keluar dari penjara yang aku bina.. Aku terlalu banggakan kehidupan silamku yang mana semuanya cerita basi dan tak bernilai untuk masa sekarang.. Jika dibuang semua kisah silam dari hidupku.. Hidup aku sama je ibarat sampah yang terbang di jalanan.. Disebabkan realiti yang macam tu yang buatkan aku masih terus melekat dgn kehidupan lampau dan menjauhi realiti kehidupan..

Namun semuanya harus tamat dan berakhir di sini.. Its going to end here and now.. Tak kisah la siapa aku suatu masa dulu.. Atau apa yang aku dah buat dulu.. It doesn't matter anymore.. Bukan aku nak buang kisah silam dari hidup aku.. tapi kisah silam yang wujud dalam mainan mindaku telah menjumutkan dan melembabkan respond aku dalam meniti kehidupan aku hari demi hari..

It's time to throw the past down the drain.. To look up and lived for the present.. Neither for the past nor for the future.. Lived life as I wanted it to be everyday.. Make the day as my last day on the Earth.. Every night before I closed my eyes.. I'll leave the world without any regret.. Either temporarily or permanently..

Friday 2 November 2012

I finally understand..

Setahun atau dua tahun yang lalu.. Bila rakan-rakanku berbicara akan perihal itu dan ini.. Aku ingatkan aku faham dan memahami.. Rupanya tidak.. Jauh panggang dari api.. Bila dahulu bila rakan dan kakakku berikan kata putus ingin menamatkan zaman bujang mereka.. Aku kurang faham dan mengerti.. Dan bila ada rakanku yang mula menyendiri dan mendiamkan diri.. Ingatkan diri ini faham dan berusaha untuk tidak mengalaminya.. Namun jauh benar aku dari erti dan pengertian kejadian itu terjadi..

Bila gugurnya air mata ini.. Bila ianya mengalir tanpa henti dan tak kira bila dan di mana.. Aku mula memahami.. Lonjakan perasaan dan juga kesengsaraan yang mereka cuba katakan dan cuba luahkan.. Dahulu aku ingat aku mengerti, rupanya tidak.. Bila ianya berlaku pada diriku.. Baru aku faham dan mengerti..

Buat masa ini.. apa yang aku mampu katakan hanyalah.. Sedih, Sunyi dan Kekosongan.. Bila difikirkan kembali.. Minggu ini merupakan minggu pertama hilangnya semua teman-teman seperjuangan aku yang sentiasa berada di sisi.. Pada awalnya bila hilang satu per satu.. Aku tak punyai masalah untuk menghadapinya.. Sebab masih ada yang bersama menemani hari demi hari...

Tapi hari Isnin lalu membawa pengertian hidup ini.. Bermula dengan waktu malam yang cukup cepat.. Pukul 6 ptg dah macam pukul 8 malam.. Balik je ke rumah.. Rumah cukup kosong.. cukup sepi.. Dan seperti biasa, waktu-waktu begini biasanya akan di isi dengan gelak tawa makan malam bersama, jogging dan bersenam bersama.. Dan paling tak pun duduk dalam duvet berbicara mengenai perkara, peristiwa dan manusia.. Cuma malam tu.. penuh dengan kesunyian.. Senyap sepi.. Mata ini liar melihat papan kekunci di telefon bimbit.. Satu per satu aku lihat.. Sam... Amrul.. Yus.. Kak Enny.. Kak kin.. Kak Wan.. kakakku.. Hyda.. Semua tiada lagi di sini tiada lagi di sisi..

Memandangkan malam masih awal.. Aku keluar bersiar-siar.. Hujan mula turun renyai-renyai.. Dan tanpa ku sedar, air mata mula membasahi pipi.. Setiap jalan.. susur galur sekitar Bristol menampakkan segala memori aku bersama mereka.. Tak pernah ada jalan yang tak pernah aku lalu bersama mereka.. Setiap simpang dan selekoh.. terbayang gelak tawa.. Perasaan bersama.. perasaan saling memahami.. pengertian perjuangan dan keperitan dalam mengharunginya..

Dan lebih memeritkan.. tiada lagi tempat untuk aku meluahkan segalanya.. Seburuk mana kejadian yang berlaku dalam makmal.. Seteruk mana masalah yang aku hadapi.. I'm on my own now.. Takde siapa yang akan faham dan takde siapa yang akan cuba untuk memahami..

Hari-hari yang berlalu.. Hampir genap 5 malam.. Membawa seribu satu kekosongan dalm jiwaku.. Terlalu banyak cabaran dan berita kurang enak yang berlaku hari demi hari.. Namun semuanya aku telan sendiri hinggakan jiwa ini wujud dalam kekosongan..

Tak kisah la pasal projek ni tak jadi ke..
Pasal pakcik ni buat hal ke
Pakcik tu buat hal ke..
Apa nak buat lepas ni
Apa nak buat nanti..
Anything...

Lepas perginya korang semua.. Baru aku sedar.. All of you.. Yup all of you.. you're the one that keep lending your shoulder for me to cry on.. You're the backbones of my strength.. The force that keep me going.. The person that let me be the man that I dreamt to be.. You're the person that keep me flying freely while making sure everything are still safe for me...

Now.. this moment... I have to watch my back.. to take care of myself.. to be on my own.. No matter how hard I tried, how long I cried and how loud I scream.. You'll not be at the end of the road to catch me...

I don't expect anyone to understand because last time I thought I did and at the end it doesn't come anything near as the real feeling.. Nak tak nak aku sendiri kene ubah, aku sendiri kene amik tindakan.. Take charge of this life.. To move forward.. To find my own inner strength.. The strength to believe..

Aku tahu perjalanan ini payah dan penuh dengan dugaan.. Dan aku tahu terlalu lama aku dah bergantung pada orang lain.. Mungkin ini masa yang terbaik untuk aku gunakan keupayaan diri aku sendiri dan berhenti bergantung serta berharap pada orang lain.. Bukan untuk menidakkan pertolongan orang lain.. Cuma lebih baik aku menggengam nasib hidup aku dalam tanganku sendiri atas izin Allah swt.. Paling tidak pun, aku tahu jatuh bangunku atas diriku sendiri dan takde orang lain aku boleh salahkan..

Walaupun ianya bakal memamah diri namun buat masa ini biarlah hati ini sekuat keluli (CNTs lagi bagus kowt) dan sekeras berlian untuk menghadapi hari-hari mendatang...

Thursday 1 November 2012

Jatuhnya petanda dari langit..

I'm not sure wether this post will be a mental one or not.. So for whoever that will be possessed into complexity of madness and negativity should stop reading and turn around while pretending this would never happen.. ever...

** It will be an irony of the previous post**

It is a wake up call.. A long cold 'heavy' rain yesterday and super chilling swimming pool's water today was a superb wake up call.. A call that being waiting to emerge in my life.. Sedar tak sedar apa yang aku tak suka selama ni.. yang aku tak suka orang buat kat aku.. aku tanpa aku sedari aku buat benda ni kat orang lain.. In fact, it was implemented quite sometimes ago.. Owh well, that is the good thing of this wake up call.. Just to make me realise that I'm doing something that I hate most..

Hujan sepanjang malam semalam memberikan aku jawapan dalam apa yang aku perlu lakukan selepas ni.. This is the road that I chose, and the path that I carved.. So be with it.. and cherish the moment.. Air kolam renang pagi tadi yang sepatutnya panas tapi sebab boiler tak properly function, membuka setiap rongga dalam badan aku untuk sedar.. Untuk bangun dan hidup dalam realiti.. Yang mana dunia ni tak berputar mengelilingi aku dan bukan semua yang aku nak aku akan dapat..

Ingat balik pengalaman keluar masuk hutan, naik turun gunung.. How lonely the journeys were.. How empty the world really are... Dalam dunia ni 70% kawasan merupakan air ataupun lautan dan berbillion manusia yang hidup di dunia ni hanya hidup di kawasan daratan yang hanya meliputi 30% dari dunia ni.. Maka secara tak langsung kalau diserakkan manusia dengan sekata dalam dunia ni.. It is going to be a lonely world.. It is going to be a supreme individualistic journeys and achievements..

Dulu aku sedar dan aku tahu, perjalanan hidup ni akan mencapai satu tahap yang mana perasaan sunyi itu akan menjadi teman hidup dalam satu tempoh yang cukup lama.. Dan kawan pada kesunyian hanyalah ketakutan.. Perasaan takut akan sering menghantui dan membayangi kehidupan pabila kesunyian menjelma.. Macam-macam perasaan takut akan wujud.. Sama takut akan manusia ataupun makhluk ghaib.. Sehinggakan takut akan hilang harta mahupun nyawa..

Kesunyian dan ketakutan biasanya hanya akan menjelma pabila resolusi dan conviction manusia atau sesuatu entiti menjadi lemah.. Membuatkan ianya hilang fokus lalu menjurus pada hilangnya fungsi dalam satu ekosistem yang sentiasa berevolusi..

Tanda-tanda semalam membuatkan aku sedar.. It's going to be harder and harder to take a leap or even a single step in the future or even tomorrow.. This stage going to test how strong I am to stand on my own.. To fight using my own words and strength..

It is the time for me to return to the shadow and remain as a ghost.. (Ayat cerita mana la pulak aku cilok ni)..

Cuma dalam setiap tindakan yang aku lihat selepas ini.. Aku harapkan ianya tidak akan melibatkan sesiapa yang aku kenali terluka.. It is going to be a bumpy ride.. a serious one.. and I don't expect anyone to tag along because even I can't assured that I'll be back in one piece..