Yeay.. dan syukur Alhamdulillah.. akhirnya sedikit sebanyak berjaya jugak menambahkan sedikit ilmu di dada dalam bidang colour science.. Cerita dia bermula dengan seorang rakan percutian meminta bantuan dalam menukarkan nilai RGB (pegi google.. kalau nak tau lebih lanjut) kepada nilai wavelength (yang nie pown pg google kalo dah lupe) untuk dimasukkan atau dengan lebih tepat for triangle plot dalam CIE color space graph (ha.. yang nie pown jangan lupe google skali).. Pada mulanya, tugasan nie seolah-olah nampak mudah.. dan diharapkan ade formula yang bersesuaian untuk menyelesaikan nya.. namun.. selepas seminggu.. dua minggu berusaha.. sangkaan ku meleset.. sebab sume software yang ada just buat direct conversion dengan mengabaikan faktor-faktor yang lain.. Baca punya baca baru la aku paham dalam untuk menjanakan wavelength sesuatu perkara bukan sahaja warna memainkan peranan tapi saturation, Hue, HSV, HSL dan juga brigthness akan memberikan kesan dan impak dalam warna sesuatu objek.. Sebagai contoh kelabu adalah warna putih yang kecerahan (brigthness) yang berkurangan.. Merah darah pown begitu jugak.. maka direct conversion adalah salah dan tidak boleh digunapakai..
Setelah memahami erti kata warna yang sebenar.. pencarian aku bermula semula.. namun bukan ke arah wavelength tapi ke arah untuk memplot data pada CIE colour space graph.. dan alhamdulillah.. walaupun cara agak lengthy.. tapi takde la lame sangat.. Ada 4 step dalam menyelesaikan permasalahan ini:
1. Tukarkan nilai RGB decimal kepada RGB hexadecimal
2. Tukarkan nilai RGB hexadecimal kepada XYZ
3. Tukarkan nilai XYZ kepada x dan y
4. dan akhir sekali plot titik x dan y seperti mana yang terdapat dalam CIE color space graph..
Yeay.. happy tak terhingga kerana berjaya jugak merungkai sedikit kekusutan kawanku.. Walaupun akhirnya takde kaitan dengan kepakaran aku dalam bidang panjang gelombang mahupun hukum fizik dan juga kimia.. tp btol la bak kata melayu dahulu kala.. di mana ada kemahuan di situ ada jalan... Alhamdulillah berkat bulan Ramadhan rasanya...
No comments:
Post a Comment