Alangkah baiknya jika masa itu sentiasa ada disisi kita... Namun pemikiran sebegini takkan membawa diri kita ke mana.. Kerna kata-kata alangkah baiknya.. merupakan mainan perasaan yang akan membuatkan sikap bertangguh menjadi lebih truk.. Ala, procrastinating... Agak dah lali juga dengan sikap ni sebenarnyer..
So, skarang ni aku tak pasti adakah sebab sikap nie yang membuatkan aku tak cukup masa or badan aku sendiri dah penat dan letih dengan semua nie.. Aku rasa aku dah cuba buat yang terbaik.. tapi.. aku rasakan seakan-akan aku boleh buat yang lebih baik.. menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik.. Cuma, kadangkala aku rasakan ape yang telah dilakukan begitu kecil nilainya tetapi bila ade banyak perkara yang datang menimpa.. Bingung seketika.. tidak tahu hendak mulakan dari mana..
Yer, suatu masa dulu aku pernah amalkan cara ini.. dan kemudian diperhalusi oleh rakanku.. untuk menyenaraikan perkara berdasarkan kepentingan dan masa.. sebagai contoh, penting dan segera, tak penting dan segera, penting dan tak segera, akhir sekali... tak penting dan tak segera...
Cuma bila disenaraikan semua perkara nampak penting dan segera.. semuanya seolah-olah perlu dilakukan.. dan kalau aku tidak berjaya untuk laksanakan.. Ianya bagai sebuah kegagalan.. buat aku risau untuk gagal.. kerna kejayaan itu hanyalah keupayaan untuk mengubah diri dari satu kegagalan ke kegagalan yang lain.. Cuma, kepuasan hati untuk melaksanakan perkara itu.. seolah-olah tidak puas..
Tapi aku perlu sedar jugak sebagai manusia biasa.. ade limitasi dan keupayaan yang terhad dalam melakukan sesuatu perkara.. tapi ada juga yang mengatakan keupayaan manusia tiada hadnya.. Makin aku selami diri ini makin aku ragu-ragu dan keliru...
Sehinggakan aku keliru sama ada aku dah penat atau malas.. Bila aku katakana aku dah penat.. sedangkan masih ade lagi tenaga untuk digunakan.. dan bila aku fikirkan aku dah malas, banyak dah perkara yang telah dilaksanakan... Dan jika ingin dikatakan aku perlukan masa keseorangan ataupun pergi bercuti.. Aku baru sahaja kembali dari bercuti..
Semalam baru terasa diri ini kembali focus dan charging up.. dan hari ini rasakan diri ini dah terlalu penat untuk berfikir dan menyelesaikan semua perkara yang perlu diselesaikan..
Namun jika dirungkai sejarah hidup lalu.. Aku merupakan manusia yang perlu menyelesaikan sesuatu perkara dengan sebaik mungkin dan kalau boleh menghampiri pada tahap kesempurnaan.. dan pabila wujud masalah-masalah yang timbul dan merosakkan semua perancangan ini.. aku akan mula merasa tidak keruan.. sebab seperti kebiasaan.. perancangan yang dilakukan akan melibatkan semua perancangan lain dan cara pelaksanaan yang akan terus menerus dipikirkan sehingga ke beberapa minggu akan datang.. maka jika timbul satu masalah yang tidak dirancang.. semua permasalahan akan timbul dan reaksi ekstrim perlu digunakan bagi merancang kembali semua percaturan mengikut perubahan yang berlaku.. Malangnya untuk melakukan sedemikian rupa, tenaga dan konsentrati yang tinggi harus digunakan..
Haih.. (jangn mengeluh)... Kalau di lihat pada suatu sudut.. ia merupakan anugerah yang aku sendiri harus bersyukur.. namun, pabila digunakan secara berterusan.. maka ianya akan membuatkan aku senang letih dan emosi menjadi super fragile.. Namun jika dilihat dari skop yang berbeza.. sejak dari kecil lagi aku dah berasimilasikan dengan kebolehan ini.. maka kalau nak dikatakan aku dah malas untuk melahirkan reaksi ekstrim ade kemungkinan jua..
Secara kesimpulannya, aku sendiri tak pasti dan tak mengerti kehendak diri ini.. Seolah-olah jasad dan roh tidak diketuai oleh empunya badan.. jasad inginkan perkara lain, roh mahukan perkara lain.. zahir mempunyai agenda tersendiri.. batin mempunyai keinginan yang diingini..
Akhirnya, wujud la post nie.. yang aku rasa bukan penyelesaian kepada apa-apa permasalahan.. Cuma untuk membuatkan aku leka sekeitka dari terus berfikir akan perancangan yang perlu dilakukan..
No comments:
Post a Comment