Selepas memerhatikan keadaan sekeliling dalam dunia siber mahupun dunia nyata.. Aku tertanya-tanya kembali apakah tujuan puasa yang disyariatkan bermula tahun 2 Hijrah.. Bagiku, ianya adalah bertujuan untuk menahan nafsu dalam segala bentuk termasuk nafsu makan, minum, keinginan dan sebagainya bagi menerapkan perasaan keserdahanaan dalam segala aspek kehidupan yang akhirnya akan menjurus kepada proses mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.. Selain itu, ianya bertujuan untuk mengingatkan aku bertapa bertuahnya diri aku ini dalam kehidupan yang serba lengkap dan juga selesa jika nak dibandingkan dengan manusia lain yang lebih teruk nasibnya dari diri aku..
Namun ape yang diperhatikan sejak berdekad lamanya, seolah-olah bulan puasa permulaan nafsu manusia menguasai diri.. di mana, pada waktu dan ketika inilah semua makanan dan minuman yang ingin diterokai.. Belum cukup dengan itu, pabila menjelang 10 malam terakhir, disamping mengejar malam Lailatul Qadr, ada juga yang mengisi malam-malam mereka dengan menerjah ke bazaar ramadhan mahupun pusat membeli-belah bagi menyiapkan diri untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri.. Jika ditinjau kembali, sepatutnya pada bulan Ramadhan perbelanjaan akan berada di tahap minimum kerna konsep menahan nafsu, bersederhana dan juga penyucian roh dan jasad.. namun, cuba kita renung kembali, aku yakin dan pasti, kebanyakan akan mengeluh tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk menampung perbelanjaan di bulan Ramdhhan..
Persoalannya, adakah ibadah puasa itu sendiri pencetus kepada gelodak hawa nafsu dalam jiwa manusia? kerna sepatutnya syaitan dan entiti penghasut tidak akan wujud dan bekeliaran di alam manusia ini.. Jika Ya merupakan jawapan dalam menjawab persoalan di atas.. maka, tidak perlulah hasutan dan godaan dari pihak ketiga diperlukan.. kerna hawa nafsu manusia itu sendiri dah boleh menghancurkan diri mereka.. Para syaitan hanya perlu duduk bersahaja, berehat, bersantai dan bergoyang kaki melihat manusia menghancurkan diri mereka sendiri...
Bila diimbau kembali dari segi psikologi (lari sedikit dari pendekatan Islam)... keadaan berpuasa mempunyai potensi membuatkan manusia berada dalam situasi tekanan dalam keadaan tidak sedar.. dan secara tidak langsung ianya mewujudkan perasaan memberontak dalam minda separuh sedar (ianya hanya bagi yang merasakan puasa ini sebagai aktiviti tahunan dan bukannya memegang intipati sebenar puasa tersebut).. ianya juga mungkin wujud kerna minda separuh sedar merasakan diri kita dalam keadaan terseksa dan ingin mencari jalan untuk melepaskan diri dari seksaan ini.. Dan, tekanan serta seksaan ini akan tamat pabila matahari mula melambaikan ucapan selamat tinggal.. dan pada waktu itu pemberontakan yang dirancang akan dilaksanakan.. walaupun sekecil-kecilnya seperti makan sekenyang-kenyangnya sehingga mengabaikan sunnah Rasulullah yang mana dinasihatkan agar berhenti sebelum kenyang ataupun wujudnya pembaziran makanan.. Ini dari sudut psikologi dan ianya berkait rapat dengan hawa nafsu manusia secara tak langsung..
Melihat ruang lingkup skop kali ini, ianya terus akan menjadi tanda tanya.. adakah diri aku ataupun manusia lain begitu lemah dalam menghadapi bulan Ramadhan di mana seolah-olah puasa seperti pencetus segala nafsu serakah manusia.. Adakah prinsip hidup dan gaya hidup Islam begitu mudah diranapkan.. dengan hanya memberi sedikit tekanan, kita sendiri sudah memberontak..
Cuba kita bayangkan bagaiman kelak, kalau tekanan yang diberikan adalah nyawa kita sendiri.. nyawa kita diperjudikan untuk memilih antara Islam dan juga nyawa serta keluarga.. Apakah pilihan kita???? Mungkin mulut kita boleh cakap yakin dan pasti Islam menjadi pilihan.. namun pabila tekanan menjelma.. apa yang kita pilih...???
Buat masa ini, kita memilih makanan berbanding sunnah Rasulullah s.a.w (ini baru satu contoh).. ada byk lagi yang boleh disenaraikan... Apakah pilihan kita kelak... kerna tahun demi tahun senario sama yang berlaku... adakah kita mampu berubah.. ataupun kita terlalu selesa dengan kemewahan ini....
Sedangkan Rasulullah s.a.w hanya meninggalkan dua perkara pada kita.. Al-Quran dan Sunnahnya dan .. jika ini bukan pilihan kita.. apa hak kita untuk bergelar seorang muslim...
Sedangkan Rasulullah s.a.w hanya meninggalkan dua perkara pada kita.. Al-Quran dan Sunnahnya dan .. jika ini bukan pilihan kita.. apa hak kita untuk bergelar seorang muslim...
No comments:
Post a Comment