Pada mulanya.. suatu masa dahulu, aku pernah katakan budak-budak mempunyai daya kreativiti dan ketajaman fikiran yang lebih daripada orang dewasa kerna tahap kematangan mereka.. yang mana mereka tidak pernah endahkan mahupun hiraukan risiko yang bakal menjelma.. Setelah meningkat dewasa, pabila berbicara mengenai kematangan berfikir.. Semuanya akan kita refleks pada risiko yang diambil dan juga langkah pelaksanaan yang akan diuji.. Akhirnya, kita akan mudah rasa takut dan ragu-ragu dalam mencuba sesuatu yang baru.. Rupa-rupa sangkaan aku tidak lah benar 100%.. cuma ade sedikit je kebenarannya.. iaitu tidak terlalu banyak berfikir sebelum melaksanakan sesuatu perkara..
Cuma setelah diperhatikan dan melakukan sedikit ujikaji terhadap sampel-sampel tempoh hari (maaf jika tidak dapat kebenaran dari tuan empunya badan.. hehe)
dan hasilnya... jeng jeng jeng
Gerak hati merupakan kunci kepada revolusi pemikiran manusia rupanya.. Aku sendiri sering terdengar bahawa gerak hati seorang ibu biasa akan terjadi ataupun memang sah boleh dipercayai.. Bagi seorang kanak-kanak, mereka melakukan kebnyakan perkara mengikut gerak hati. mencuba sesuatu yang baru dan meneroka alam yang menarik dan penuh dengan cabaran. Semuanya melalui gerak hati.. Namun tak dinafikan ada sesetengah individu menyatakan bahawa gerak hati tak boleh pakai dan benda sia-sia. Bila kita meningkat dewasa, akhirnya kita pendamkan gerak hati dan lebih ke arah logik dan juga pendapat umum.. Namun bila sesuatu perkara terjadi, ade juga yang akan persoalkan seperti "aah la, tadi aku dah rasa dah".. "aku memang tak sedap hati la pasal benda tu tadi". So ni semua hasil dari gerak hati setiap individu or nama lainnya instinct.
So, ape sebenarnya gerak hati ni? Pada pendapat aku, ianya adalah tafsiran minda separuh sedar mengenai sesuatu perkara berlandaskan pengalaman setiap individu.. Kerna ianya dilaksanakan minda separuh sedar secara zahirnya kita tak boleh mengawal perasaan ini.. Namun, setiap gerak langkah dan juga pengalaman kita dikaji dan ditafsir oleh minda separuh sedar ini.. maka jika kita asyik tidak mempercayai gerak hati, akhirnya minda separuh sedar akan mengurangkan aktiviti menganalisis dan penghasilan gerak hati akan berkurangan pada masa akan datang.
Bagaimanapula ianya akan mencetus revolusi? Gerak hati dihasilkan dalam masa yang singkat dengan merumuskan segala pengalaman yang ada.. maka kalau kita sering kali mengasah dan memperhalusi gerak hati kita. Akhirnya, dalam setiap tindakan dan tanpa berfikir panjang (minda separuh sedar yang lakukan semua ini), kita akan dapat menghasilkan sesuatu dengan menggunakan segala pengalaman yang kita ada.. Kita juga sering kali mendengar cerita yang saintis itu ini, ilmuan itu ini, menjumpai sesuatu perkara secara tidak sengaja.. kalau dilihat pada kronologi masa dan perspektif cerita. Kita akan dapat lihat ianya dilaksanakan melalui gerak hati, secara sedar mahupun tidak..
Cabaran buat masa ini hanyalah, bagaimana untuk mengasah dan memperhalusi gerak hati ini.. Yang pasti aku hanya tahu beberapa langkah awal dan yang paling utama, jangan terlalu risaukan setiap perincian dan jangan terlalu rigid dalam melakukan sesuatu perkara.. Kerna otak manusia merupakan anugerah yang terbaik.. Kita hanya perlu masukkan input tertentu dan biar ianya beroperasi.
Tapi ingat dalam menggunakan gerak hati, kita tidak seharusnya menjadikan alasan untuk tidak berfikir kerna gerak hati dijana dari pengalaman yang kita alami sendiri, dan untuk memperhalusi gerak hati, befikir merupakan latihan yang terbaik. cuma jangan berfikir sampai terlalu complex. Aku sendiri sedar yang kebanyakan pakar-pakar dalam bidang terkemuka, memulakan pemikiran mereka dengan konsep kembali pada yang asas (back to basic)
Dan, aku akui, kebanyakan perkara yang aku temui, yang membuatkan aku berada di sini hanyalah dengan frasa, ape kata aku cuba guna yang ni...
3 comments:
gerak hati...mmm...
ahli nujum pak belalang :P
@jo: haha... panjang benar mmm tu.. btw follow your instinct and belief in it.. because it can create wonders of the world
Post a Comment