Jika nak dibandingkan dengan insan lain...
Aku memang bertuah kerna
Aku masih bernafas di dunia ini dengan aman dan bahagia
Aku masih mempunyai keluarga yang menyayangiku
Aku masih mempunyai kekuatan dan kesihatan dalam mengharungi liku-liku hidupku
Aku masih mempunyai otak dan mampu berfikir serta menjana pemikiran baru
Aku memang bertuah kerna
Aku mampu menggapai impian melanjutkan pelajaran di luar negara dalam bidang yang aku inginkan
Aku masih mngekalkan kecemerlangan sejak di bangku sekolah
tanpa halangan mahupun cabaran yang besar seperti insan lain
Aku masih menerima pelbagai pengiktirafan dalam pelbagai perkara
Dan...
Aku juga menjadi rujukan pelbagai pihak dalam perlbagai perkara...
Namun...
Aku rasakan diri aku terlalu selesa.. terlalu biasa dengan semua ini..
hinggakan aku ingin mencari.. ingin mendalami lebih lagi..
sampaikan aku makin hilang identiti diri..
Ataupun...
Disebabkan persekitaran ini membuatkan aku rasa angkuh dan bongkak...
aku sendiri tak mampu menilai nya..
Adakah aku semakin meninggi diri dalam merendah diri..
Hinggakan aku lupa siapa dan mengapa aku di sini...
Bila berbicara dengan hati...
Ianya seolah-olah mati dan sepi..
Bila berbicara dengan perasaan..
makin aku terbenam dalam lautan..
terdampar di persisiran..
Yang pasti..
Hari demi hari aku...
hilang konsentrasi dan makin mustahil untuk aku miliki kembali..
Adakah masa aku sudah tiba..
Adakah ini penamat segalanya..
Hanya Dia Maha Mengetahui..
Kadangkala.. aku terdengar desir-desir pantai..
berbisik agar bangkit semula..
gagahkan kembali dirimu wahai anak watan..
perjuanganmu masih belum selesai..
Tapi ku rasakan kaki in terlalu berat..
badan in terlalu lemah..
jasad ini terbujur kaku di medan peperangan...
No comments:
Post a Comment