Okay sejak kebelakangan nie orang asyik tanya aku.. Tak nak bukak balik ke FB.. So kalau nak ikutkan dah lebih setengah tahun sejak aku tutup akaun FB aku.. Bukan apa.. alasan asal nak fokus buat kerja dan malas nak jadi stalker tegar.. Hahaha.. Seriously banyak giler masa abis kat depan komputer untuk tengok perkembangan orang lain.. Yang mana aku fikirkan at the end banyak bazir masa aku jer.. Sebab akhirnya aku sedar yang dalam FB tu kebanyakan nyer maklumat dan bukan nyer pengetahuan.. There is a huge gap between information and knowledge. Dan apa yang aku perhatikan makin ramai manusia ambil kisah mengenai maklumat berbanding ilmu pengetahuan..
Untuk bagi definisi maklumat dan ilmu pengetahuan korang semua boleh cari sendiri ar.. Tapi bagi aku.. it is personal preferences.. Untuk aku mudah je.. Apa-apa perkara yang aku tahu tapi tak akan membantu dalam mempertingkatkan kemahiran dan juga kepakaran aku.. Itu aku kira sebagai maklumat.. Sebagai contoh, pagi tadi kawan aku bersalin dan contoh-contoh yang lain (Yet mesti nanti ade orang bangkang cakap aku la.. Dengan ayat yang lebih kurang macam ni.. Eh tu bukan knowledge untuk improve ko nyer social skill ke).. Dan aku ingatkan lagi sekali personal preferences..
Dan kebiasaannya maklumat ni korang semua tak nyah nak fikir panjang.. Tak yah nak ade pemikiran kritis dan kreatif.. Terima je semua.. Absorb je semua.. Dan dengan jujur aku cakap.. Ramai je sekarang ni tokoh-tokoh ternama kat mana-mana.. Ceramah ke.. Simposium diorang ke.. Semua nya banyak maklumat berbanding ilmu pengetahuan.. Sebab ape? Sebab itu yang rakyat nak dengar, pendengar nak dengar dan majoriti manusia nak dengar.. Nampak sangat generasi sekarang dah malas nak fikir.. Nak dengar benda yang mudah.. Yang tak yah nak digest..
Dan secara tak langsung.. Dah makin tak wujud perbincangan yang membina.. Sadis-sadis.. Budaya ilmu tu dah tak nampak tapi budaya maklumat dah makin bersepah.. Semua lebih pentingkan maklumat berbanding ilmu.. Dan mungkin itu sebabnya beberapa tokoh ilmuan sekarang klasifikasikan zaman ni sebagai zaman gelap.. Ironikan.. Dalam dunia serba moden ni, manusia kembali kepada zaman gelap.. Dimanipulasikan dengan teknologi dan sebagainya..
Kepada yang mengambil peluang untuk menambahkan ilmu memang bagus la..
So, kesimpulannya.. Aku rasa aku tak kan aktifkan balik kowt FB tu selagi aku tak jumpe cara paling bagus untuk aku gunakan.. (Yes.. aku tau akan ramai yang mula cakap ko boleh gune untuk itu dan ini).. Yet aku ingatkan balik personal preferences.. Biarlah orang nak cakap aku ketinggalan zaman n so on.. It is my choice..
P/S: Bila aku cakap ramai akan cakap itu dan ini.. Macam la ramai yang baca blog nie kan.. Hahaha..
No comments:
Post a Comment