Pages

Wednesday, 29 August 2012

Abis sudah..

Bukan aku yang habis.. Alhamdulillah kawan aku sorang ni dah lepas antara cabaran dalam hidup dia... InsyaAllah sekarang dia bebas nak lakukan apa saje yang dia nak dalam hidup ini.. Nak mencari identiti dan maksud kehidupan.. Aku doakan semoga dia akan dapat berjumpa dengan apa yang dia impikan selama ni.. Semoga dia dapat terbang bebas di bumi ciptaan Allah tanpa terikat dengan kehendak dan kerakusan manusia lain..

Bila tengok dia abis.... Pulangnya kakak aku.. Bermulanya karier hidup Amrul.. Perubahan haluan hidup Khalif.. Membuatkan aku terfikir satu perkara.. I'm next.. Next in line.. Tapi yang pasti kali ni mata dunia takkan tertumpu kat aku.. Kalau mata dunia tertumpu kat aku.. Matilah.. sebab aku pun tak tau nak buat apa lagi..

Ada la beberapa hari lepas berceloteh dengan  Amrul.. Sian dia tido sampai 3 4 pagi melayan karenah kawan dia yang ntah pape kat sini.. Dan antara soalan yang aku ajukan.. Apa yang patut aku buat selepas ni.. Dan apa yang membuatkan dia berubah 180 dari aspek kehidupan dia sebelum ini.. Apa motivasi dia, apa rahsia dia dan apa keinginan dia.. Apa yang membuatkan setiap hari dia bangun dan melangkah pergi.. Dalam mendengar setiap jawapan yang keluar dari mulut dia.. Aku masih buntu dan tak mampu mencari jawapan.. Dan aku tanya pulak, apa yang ko rasa aku patut buat.. Dan jawapan dia cukup mudah.. Tapi membuatkan aku berfikir panjang..

Dan jawapan tu membuatkan hati aku beresonansi dengan perbualan Dr Rusmidah 3 tahun yang lalu.. Sedar tak sedar dah tiba masanya untuk aku memberikan jawapan pada Dr Rusmidah, Dr Aziah, Prof Saadah dan Tan Sri Ghauth.. Sebab sebelum ni bila diorang bertanya.. Aku akan jawab dengan spontan "Tunggu lepas 3 tahun saya dalam percutian kali ini".. Sedar tak sedar beberapa bulan lagi genaplah proses 3 tahun tu.. Aku tau aku tak perlu bagi jawapan dan bukannya wajib tapi I'm live up to my word.. Kalau tak bagi jawapan kat diorang pun, aku kene bagi jawapan kat diri sendiri..

So sekilas lalu aku berfikir.. Kenapa aku tak suka dengan UTM.. Bila aku berfikir panjang, kebanyakan perkara aku tak suka sebab aku tahu akan kelemahan UTM tu sendiri.. Tapi dah nama ciptaan manusia, kalau takde kelemahan tipu la kan.. Tapi bila aku fikir balik.. Sifu-sifu aku dulu pernah berpesan.. Kelemahan itu hanya akan dipandang sebagai kelemahan jika orang yang melihat itu lemah.. Namun bagi yang bijak, setiap kelemahan dipandang sebagai peluang yang harus digenggam.. kemas dan rapi..

Sedikit sebanyak ada jugak la yang masuk akal.. Sebab bila kita tahu kelemahan sesuatu perkara.. Kita boleh fikir cara untuk atasi.. Back up plan dan cara untuk ubah supaya menyebelahi kita... Dan mengikut pendapat makcik aku.. Between the two devils, it is better to sleep with the one that you knew..

Manusia sekitar aku selalu berikan aku peluang kedua.. Dan kenapa tidak aku.. Jika nak difikirkan kembali.. Tempat tu banyak berjasa dengan aku.. Kalau nak disimbolikkan aku punya research identiti ni sebagai anak kecil.. UTM merupakan tempat tanah tumpah darahnya kowt.. Tanpa setiap kebaikan dan kelemahan tempat tu, ianya takkan dapat mendidik aku siapa aku sekarang nie.. Dan bila aku fikir lebih mendalam.. Program Xpress MARA macam masih berjalan lagi (harapnya dengan jaya dan cemerlangnya).. Dan program ni yang mengubah banyak persepsi dalam hidup aku.. Aku fikirkan jika aku kembali pada UTM, banyak program antara pihak MRSM dan UTM yang boleh aku laksanakan.. Seperti persediaan Tunas Saintis yang lebih rapi.. Membawa kajian budak-budak sekolah ke peringkat yang lebih menakjubkan.. Macam mana pelajar-pelajar sekolah barat melalui proses tu, kenapa tidak anak bangsa aku sendiri..

Tapi persoalannya kembali pada titik tolak asal aku mendalami ilmu ni.. Memang antara niat asal untuk menyebarkan ilmu ini seluas alam terbentang tapi ada satu lagi  sebab utama.. Yang mana ada aku persoalkan pada Amrul yang ianya makin tak realistik (Sejak bila aku dah dimamah pemikiran orang dewasa/tua ni pun aku tak pasti, ntah bila jadi pesimistik kan).. Tapi Amrul masih yakinkan aku yang We are on the right track.. Never been better.. Sebab dia ingatkan aku yang jalan dia makin lengkap dan mencapai kesempurnaan.. Dan jalan yang aku pilih tak pernah salah.. So kenapa aku nak ragu-ragu.. Dengan impian aku dan dia ditetapkan dalam hati.. InsyaAllah setiap pergerakan dan perbuatan akan menjurus pada impian kami sejak kecil..

Dan akhirnya, persoalan terakhir.. Masihkah diorang perlukan khidmat aku? Dah hampir 3 tahun sejak aku tinggalkan UTM.. Mungkin jugak diorang dah jumpa orang yang lebih layak untuk mengisi kekosongan yang wujud 3 tahun lalu.. Ataupun mungkin betul jugak cakap salah sorang mentor aku.. Yang mana aku bukannya bagus sangat.. Perfomance aku just as ordinary as others.. Dan mungkin betul jugak kata-kata mentor yang lain.. In which budak 1st class nampak je pandai, tapi bila datang tugas mengajar dan mendidik.. Teruk teruk.. Teori bagus la, tapi praktikal.. teruk.. Baik amik budak 2nd class je.. Better..

Am I good enough for them.. Can I be as good as them.. Is there still a place for me in their hearts.. Just something to ponder around..

8 comments:

FaFa said...

Belum cuba belum tahu..

Kat mana-mana pun kita di"campak"...
tetaplah berbalik pada niat sebenar kita....

Mengajar dan belajar untuk siapa?

Tak perlu risau di mana zamir perlu pilih, yg pentng bgmana cara kita nak menyampaikan dan berkongsi ilmu dengan generasi akan dtg...

:)

Zamir said...

Tapi sebelum cuba kene la tau dulu kan ada kemungkinan ke tak.. Tak pasal-pasal buat malu je terkinja-kinja nak join.. Padahal orang tak sudi..

Yup so true tiha.. mengajar dan belajar untuk siapakan.. Cnfirm ar untuk diri sendiri dan bakal student tapi kerana Allah r.. XD..

Uish, kene risau nak pilih kat mana.. Dah tua dah nie, so kene fikir nak settle down.. Tak mau penat kejar2 arus perlumbaan ni.. Hahaha..

FaFa said...

zamir, Dr aziah ajak join UTM. Jom jom jom! Ini lah masanya untuk zamir mencurahkan bakti kepada anak bangsa dan generasi baru terutamanya di tempat kita mula2 menuntut ilmu. :)

Zamir said...

Ayat Tiha macam you'll be joining them soon jer..

InsyaAllah kalau ada rezeki kan.. Tapi hajat di hati nak cuba memancing di sini dulu for a while.. Kalau takde rezeki baru kembali ke sana..

Tapi tu pun masih hajat di hati lagi..

FaFa said...

erm utm? mcm dh tawar hati jek... mgkin utm pilihan terakhir.. tapi tgk dulu mcm mane... kita tak bole menolak takdir jika dah tertulis rezeki kat sini....huhu

nak cube tempat lain. kluar dr kepompong johor ni....hihi

Zamir said...

Haha.. ni mesti banyak insiden yang dah berlaku tu..

So true,change of environment tu bagus jugak..

Baru-baru ni dapat advise yang tulus ikhlas dari someone buat aku fikir dengan lebih jauh lg.. Far more than just academic life...

AmiR Saufi said...

wahhhhhhhhhhhhhhh!!! org tu dah nak balik utm.. untung la :)

Zamir said...

Hahaha.. Tu pun kalau UTM nak la kan.. Tapi ramai yang bagi suggestion lain.. Makin banyak option available ni.. So may the best peeps win..