Kuasa Allah tu sangat menakjubkan.. Dan hanya dirasai oleh mereka yang mengalaminya sendiri.. Bila berlaku peristiwa pagi ni.. Baru aku sedar yang Allah mampu lakukan apa sahaja.. Seriously, apa sahaja yang dikehendakinya.. Sebab kebiasaan diri aku yang lemah dan penuh kekurangan ni akan cuba cari justifikasi dalam setiap perkara yang berlaku.. Tapi peristiwa tadi membuatkan aku kelu dan tak tau nak mula cari dari sumber mana.. Maha Suci Allah... RezekiMu datang dalam pelbagai bentuk dan aku pasti rezeki yang datang pada pagi ini hadirnya untuk memberi peringatan padaku untuk tidak mencampuri urusanMu dan jangan sesekali mengambil alih tugasMu untuk menghukum hambaMu kerana hanya Dikau yang layak untuk menghukum ciptaanMu dan bukannya diriku..
MasyaAllah.. bagiku cukup indah dan sempurna sentuhan Mu Ya Allah dalam memberi peringatan padaku.. Sentuhan yang memberi pelbagai maksud mendalam.. Antaranya, telah dikau tetapkan rezekiku sebagaimana kau tetapkan perjalanan hidup matiku.. Tidak sedikit pun yang kurang mahupun yang lebih.. cukup untuk meneruskan bahtera mendambakan kasih sayangMu.. Maka bukan hak aku untuk menentukan rezeki dan milik manusia lain.. Cukuplah dengan aku terus berbuat baik dan serahkan balasan dan perhitungan pada Allah swt.. Bersihkan hati dari dendam dan perasaan tak puas hati.. Teruskan hidup ini dengan penuh senyuman dan disisipi sifat zuhud, tawaduk serta istiqamah dalam melakukan kebaikan..
Kejadian pagi tadi jugak mengingatkan aku akan kebenaran kata-kata Rasulullah yang mana tidak akan papa seseorang itu selagi dia bersedekah.. Sedekah itu amalam mulia dan tidak akan kurang sedikit pun harta kita kerana bersedekah.. Dan ianya terus mengimbau pesanan seorang ustaz (yang aku dah lupa namanya.. Maaf) sewaktu dia memberi pesanan sewaktu singgah sebentar di Bristol.. Yang mana nilai sedekah kita itu bukan diukur dengan berapa banyak yang kita beri tapi berapa peratus harta kita yang berani untuk kita sumbangkan tanpa mempunyai perasaan ragu-ragu.. Kerana jika kita percaya pada Allah.. Yakin pada kuasa Allah maka InsyaAllah tidak akan dibiarkan hambaNya itu miskin dan papa.. (Terus aku teringat pelbagai nama sahabat Rasulullah saw yang tanpa berfikir panjang mendermakan sebahagian dan semua hartanya untuk kekasih Allah dan sesudah itu pabila ditanya apa yang tinggal untuk dirimu.. Mereka menjawab kami masih ada dirimu Ya Rasulullah dan itu sudah memadai bagi kami.. MasyaAllah...)
P/S: Semoga aku berjaya untuk mencapai tahap dermawan seperti itu dan dijauhkan sifat materialistik dan cintakan harta serta dunia ini..
No comments:
Post a Comment