Untuk mengelakkan kekeliruan.. Data yang dimaksudkan takde kaitan sama sekali dengan percutian kali ni.. Tak pasal-pasal kan.. Tetibe jer.. out of blue.. Percutian aku dah siap.. Tapi Alhamdulillah dalam masa aku menulis entri kali ini.. Percutian salah seorang kawan aku bakal melabuhkan tirai.. Semoga beliau berjaya dengan jayanya..
Data aku maksudkan kali ini lebih menjurus kepada data yang aku kumpul melalui pemerhatian manusia di sekitar kehidupan aku kali ini.. Untuk mengukuhkan teori yang aku bina sejak tahun 2000 lagi.. Hanya untuk memastikan ianya dikemaskini dan up to date.. Nampak gayanya selepas 12 tahun, lebih satu dekad.. Pemerhatian tak pernah berubah.. Manusia masih lagi mementingkan diri sendiri.. Meletakkan diri sendiri lebih dari yang lain.. Ok tak dinafikan banyak yang dah melepasi tempoh matang dan menjadi lebih baik dari hari ke hari..
Cuma secara kolektifnya masih tak banyak perubahan.. Kebanyakannya hanya akan menggunakan orang lain untuk mencapai kepuasan diri sendiri.. Dan yang paling menakjubkan.. Semuanya dilakukan tanpa mereka sedari... Seolah-olah sifat dan perangai ni dah berasimilasi dalam hidup mereka.. Seolah-olah seperti sifat akhlak yang telah wujud secara fitrah.. Tapi persoalan yang timbul, adakah ini fitrah manusia ataupun sikap opportunist yang makin berleluasa..
Dewasa kini lebih banyak manusia inginkan kekayaan dan juga sumber material dengan jalan yang mudah.. Sebagai contoh hubungan silaturrahim hanya dibentuk pabila kita memerlukan sesuatu dan bukannya semata-mata atas dasar ziarah yang dianjur oleh Rasulullah saw.. Berapa ramai manusia dewasa kini menghargai jiran mereka atas dasar sifat kejiranan dan tak lebih dari itu.. Yang menghargai kawan atas dasar setiakawan dan bukannya kerana pangkat dan darjat rakan tersebut...
Adakah kita dapat melihat jiran bertukar buah tangan setiap petang seperti waktu aku sekolah dulu.. (Ataupun hanya aku yang mengalami zaman tu).. Ada lagi tak agak-agak sanak saudara dan rakan taulan hanya telefon untuk bertanya kabar dan berborak kosong.. Dan bukannya untuk berbincang mengenai bisnes, mintak tolong dan seanterio dengannya..
Kebanyakan yang aku dapat lihat semua perbuatan yang dilaksanakan sekarang ini bertunjangkan sesebuah matlamat dan pasti bukannya atas dasar silaturrahim dan hubungan sesama manusia.. Kebanyakan hanyalah untuk kepentingan peribadi..
Aku tak tau orang lain tapi apa yang aku alami 95% setiap kali telefon aku berbunyi, pemanggilnya pasti inginkan sesuatu dan bukannya semata-mata untuk bertanya kabar atau bak kata bahasa pasar just to catch up.. Aku tak pasti adakah ini budaya generasi sekarang ataupun apa yang aku fikirkan untuk skop silaturrahim dah jadi outdated.. Aku dah x nampak budaya ziarah menziarah (mungkin sebab aku x duduk kat Malaysia kowt.. maaf kalau data kali ini berbeda sudut geografinya).. Cuma aku sedih dan terkilan.. budaya yang diterapkan dalam budaya Melayu yang penuh sopan santun bagai hilang begitu saja..
Aku tak salahkan generasi mudah 100% sebab salah dan silap bukan penyelesaiannya..
Cuma aku sedih melihat manusia makin dimamah sifat individualistik.. Seolah-olah semuanya satu perlumbaan.. Ramai yang lebih rela terpaku didepan kaca TV mahupun Komputer dari berjumpa dan berbual mesra antara satu sama lain.. Ramai yang lebih rela menyendiri dan menyelami fantasi dari berhubung dan berpijak di dunia realiti..
Dan jika ini konklusi yang aku terima dari pelbagai data yang aku kumpul sejak beberapa bulan yang lalu..
maka..
Jangan salahkan aku jika aku katakan :
"It is just business.. Nothing personal.."
Tapi ungkapan ini hanya untuk mereka yang berhak.. Kerana aku masih menyanjung budaya dan didikan yang aku terima sejak kecil lagi.. Di mana dalam setiap hubungan, berbuat baiklah kamu dan sentiasa menziarahi saudaramu dan diberatkan ke atas kamu lagi-lagi pabila dirinya ditimpa musibah.. Islam is not just a religion and words of mouth.. It is the way of life and obviously actions speak louder than words..
So to those peeps out there who talk too much about Islam.. Do it first, live up to the name before you guys ever try to mention what my/our beloved Prophet saw said 1400++ years ago..
Owh yeah, all of this just business and nothing personal...
6 comments:
Alhamdulillah. Thanks zamir sbb tlg menolong org-org kat Msia ni. hihi.
Erm kalau x keberatan, leh x hanta lagiii...huhuhu
Takde masalah Cik Tiha.. Bak kata orang putih kat sini I scratch your back.. You scratch my back kan..
Tapi nak mintak maaf la sebab still tgh analysis.. Dan jeng jeng jeng baru perasan bukan 20 sampel tapi 22 ke 23 sampel.. Patut la macam tak abis-abis..
Dan macam biasa la full service, UV-Raman, UV-PL, Vis-Raman, Vis PL.. dan baru sedar UV-Raman untuk check tangential stretch G-band mode.. tapi maybe tiha dah tau kowt..
Nak hantar lagi? Boleh jer, InsyaAllah dimurahkan rezeki kan..
Alamak lupe nak inform ada tambahan 3 sampel dr kak fath. huhu.
Zamir, xperlu test byk2. Just nak yg cukup sifat untuk Raman je.
Sorry lah susahkan. Semoga Allah murahkan lagi rezeki zamir dan keluarga. Aamiiinn.
Tak sabar nak send sampel utk next batch. :P
Haha.. Dah agak dah.. sebab tetibe ade tulisan lain..
Tak la, memang tu standard procedure kan and tak tau bile data tu boleh gune kan.. Mana tau tetibe baru perasan data tu boleh bagi different meaning and understanding.
Lepas tu ada yang resolution D and G band tak berapa cantik dan tak tau sebab apa.. Sama ada laser power dah depleted or sampel tu tak pantulkan balik dengan baik..
erm rasenye resolution yg xbrp baek tu mgkin dtg dr sample tu sendiri. ada sampel yg nice je, ada yg mix. huhu
Tapi bila check memang laser power pown dh depleted sikit.. kene hantar untuk service...
Hopefully by this week boleh hantar all the result to you
Post a Comment