Pages

Thursday, 30 August 2012

Independent or Comfort Zone..

Semalam sambil baring atas tilam baru aku dan aku terfikir something.. (8 inci nyer tilam tuuu ke lagi tebal).. Sedap gak la.. Tak salah ar pilihan untuk amik tilam tu.. Selesa yet firm.. Sebab aku sejak kecik memang suke tido atas lantai so bila tido atas tilam lembik-lembik nie memang pantang sikit.. Kalau nak bagi aku tilam lembik, baik bagi aku lantai.. Lagi aku suke.. Ok ok.. cukup pasal tilam.. Meh balik balik kat cerita aku tengah berfikir..

Seperti biasa, kalau tak fikir pasal diri sendiri memang tak sah la kan.. Terpulang la, ada orang nak cakap aku asyik fikir diri sendiri and selfish but bagi aku.. It is some sort of reflection kowt.. Untuk refleks sedikit sebanyak pasal diri aku.. Apa yang aku fikirkan simple jer (Dah mai dah perkataan simple dia.. nama je simple silap-silap post kali ni antara yang terpanjang kowt).. Isu dia macam ni.. Am I toooo independent or tooooo stable in my super comfy comfort zone.. Itu je isu dia..

Bukan apa, bila aku kembangkan lagi pemerhatian aku.. Baru aku perasan aku jenis yang susah nak mintak tolong kat orang.. Kalau kat ahli keluarga sendiri aku payah nak mintak tolong, apatah lagi kat orang lain kan.. Selagi aku boleh buat sendiri aku akan buat.. Tak kisah la seteruk mana (Macam haritu pi junjung kerusi dari Blackboy hill sampai ke rumah.. ada la dalam 1 jam jalan..) Semata-mata sebab kerusi yang awesome tu aku jumpe kat gumtree.. Padahal leh je panjangkan tangan telefon brader-brader yang cool untuk tolong.. 

Then bila aku fikir lebih jauh lagi.. Baru aku perasan, kebanyakan manusia yang berada dalam pemerhatian aku akan acap kali kembali kepada parent diorang kalau nak mintak tolong.. Baik nak masak macam mane.. Nak buat tu macam mana dan nak buat ni macam mane.. Apa yang terbaik dan apa yang perlu.. Dan bila tengok balik diri aku, aku tak pernah or super jarang kowt ada benda macam tu.. Dan mungkin tu sebab aku jarang telefon or berkomunikasi dengan diorang.. Selalunya aku hanya tunjukkan keputusan atas apa yang aku lakukan.. Cara dan bagaimana jarang aku sebut.. Mungkin aku dah try 80 cara baru jadi.. Yet aku cerita macam mana jadi jer..

Bunyi macam aku tooo independent tapi aku ade gak fikir sebab aku jarang mintak tolong mungkin sebab aku selalu buat apa yang aku tau.. Tak penah nak buat something extraordinary.. Tak pernah keluar dari comfort zone.. So kalau aku tak pernah keluar dari comfort zone, semua benda aku tau buat.. So tak yah la nak mintak tolong orang lain kan...

So bila jadi macam ni aku pun terus berfikir.. Kalau betul aku toooo independent, perlu ke aku tone down sikit dengan kekadang tu mintak tolong orang lain sedangkan aku boleh selesaikan sendiri..

Atau

Kalau aku tooo comfy dalam comfort zone.. Adakah aku perlu buat something extreme.. Skydiving, rock climbing, MMA, moutain climbing, survival vacation. Atau paling cikai pun push limit aku sendiri.. Thinking capability, Physical capability and Judgement capability..

Cuma masalahnya aku tak tau yang mana satu aku alami sekarang nie.. Dan aku tak salahkan cara didikan mak bapak or even cikgu-cikgu aku.. Bagi aku apa yang penting aku tak menyusahkan sesiapa pun tapi still maintain the concept or ARK (Act of Random Kindness)

Wednesday, 29 August 2012

Abis sudah..

Bukan aku yang habis.. Alhamdulillah kawan aku sorang ni dah lepas antara cabaran dalam hidup dia... InsyaAllah sekarang dia bebas nak lakukan apa saje yang dia nak dalam hidup ini.. Nak mencari identiti dan maksud kehidupan.. Aku doakan semoga dia akan dapat berjumpa dengan apa yang dia impikan selama ni.. Semoga dia dapat terbang bebas di bumi ciptaan Allah tanpa terikat dengan kehendak dan kerakusan manusia lain..

Bila tengok dia abis.... Pulangnya kakak aku.. Bermulanya karier hidup Amrul.. Perubahan haluan hidup Khalif.. Membuatkan aku terfikir satu perkara.. I'm next.. Next in line.. Tapi yang pasti kali ni mata dunia takkan tertumpu kat aku.. Kalau mata dunia tertumpu kat aku.. Matilah.. sebab aku pun tak tau nak buat apa lagi..

Ada la beberapa hari lepas berceloteh dengan  Amrul.. Sian dia tido sampai 3 4 pagi melayan karenah kawan dia yang ntah pape kat sini.. Dan antara soalan yang aku ajukan.. Apa yang patut aku buat selepas ni.. Dan apa yang membuatkan dia berubah 180 dari aspek kehidupan dia sebelum ini.. Apa motivasi dia, apa rahsia dia dan apa keinginan dia.. Apa yang membuatkan setiap hari dia bangun dan melangkah pergi.. Dalam mendengar setiap jawapan yang keluar dari mulut dia.. Aku masih buntu dan tak mampu mencari jawapan.. Dan aku tanya pulak, apa yang ko rasa aku patut buat.. Dan jawapan dia cukup mudah.. Tapi membuatkan aku berfikir panjang..

Dan jawapan tu membuatkan hati aku beresonansi dengan perbualan Dr Rusmidah 3 tahun yang lalu.. Sedar tak sedar dah tiba masanya untuk aku memberikan jawapan pada Dr Rusmidah, Dr Aziah, Prof Saadah dan Tan Sri Ghauth.. Sebab sebelum ni bila diorang bertanya.. Aku akan jawab dengan spontan "Tunggu lepas 3 tahun saya dalam percutian kali ini".. Sedar tak sedar beberapa bulan lagi genaplah proses 3 tahun tu.. Aku tau aku tak perlu bagi jawapan dan bukannya wajib tapi I'm live up to my word.. Kalau tak bagi jawapan kat diorang pun, aku kene bagi jawapan kat diri sendiri..

So sekilas lalu aku berfikir.. Kenapa aku tak suka dengan UTM.. Bila aku berfikir panjang, kebanyakan perkara aku tak suka sebab aku tahu akan kelemahan UTM tu sendiri.. Tapi dah nama ciptaan manusia, kalau takde kelemahan tipu la kan.. Tapi bila aku fikir balik.. Sifu-sifu aku dulu pernah berpesan.. Kelemahan itu hanya akan dipandang sebagai kelemahan jika orang yang melihat itu lemah.. Namun bagi yang bijak, setiap kelemahan dipandang sebagai peluang yang harus digenggam.. kemas dan rapi..

Sedikit sebanyak ada jugak la yang masuk akal.. Sebab bila kita tahu kelemahan sesuatu perkara.. Kita boleh fikir cara untuk atasi.. Back up plan dan cara untuk ubah supaya menyebelahi kita... Dan mengikut pendapat makcik aku.. Between the two devils, it is better to sleep with the one that you knew..

Manusia sekitar aku selalu berikan aku peluang kedua.. Dan kenapa tidak aku.. Jika nak difikirkan kembali.. Tempat tu banyak berjasa dengan aku.. Kalau nak disimbolikkan aku punya research identiti ni sebagai anak kecil.. UTM merupakan tempat tanah tumpah darahnya kowt.. Tanpa setiap kebaikan dan kelemahan tempat tu, ianya takkan dapat mendidik aku siapa aku sekarang nie.. Dan bila aku fikir lebih mendalam.. Program Xpress MARA macam masih berjalan lagi (harapnya dengan jaya dan cemerlangnya).. Dan program ni yang mengubah banyak persepsi dalam hidup aku.. Aku fikirkan jika aku kembali pada UTM, banyak program antara pihak MRSM dan UTM yang boleh aku laksanakan.. Seperti persediaan Tunas Saintis yang lebih rapi.. Membawa kajian budak-budak sekolah ke peringkat yang lebih menakjubkan.. Macam mana pelajar-pelajar sekolah barat melalui proses tu, kenapa tidak anak bangsa aku sendiri..

Tapi persoalannya kembali pada titik tolak asal aku mendalami ilmu ni.. Memang antara niat asal untuk menyebarkan ilmu ini seluas alam terbentang tapi ada satu lagi  sebab utama.. Yang mana ada aku persoalkan pada Amrul yang ianya makin tak realistik (Sejak bila aku dah dimamah pemikiran orang dewasa/tua ni pun aku tak pasti, ntah bila jadi pesimistik kan).. Tapi Amrul masih yakinkan aku yang We are on the right track.. Never been better.. Sebab dia ingatkan aku yang jalan dia makin lengkap dan mencapai kesempurnaan.. Dan jalan yang aku pilih tak pernah salah.. So kenapa aku nak ragu-ragu.. Dengan impian aku dan dia ditetapkan dalam hati.. InsyaAllah setiap pergerakan dan perbuatan akan menjurus pada impian kami sejak kecil..

Dan akhirnya, persoalan terakhir.. Masihkah diorang perlukan khidmat aku? Dah hampir 3 tahun sejak aku tinggalkan UTM.. Mungkin jugak diorang dah jumpa orang yang lebih layak untuk mengisi kekosongan yang wujud 3 tahun lalu.. Ataupun mungkin betul jugak cakap salah sorang mentor aku.. Yang mana aku bukannya bagus sangat.. Perfomance aku just as ordinary as others.. Dan mungkin betul jugak kata-kata mentor yang lain.. In which budak 1st class nampak je pandai, tapi bila datang tugas mengajar dan mendidik.. Teruk teruk.. Teori bagus la, tapi praktikal.. teruk.. Baik amik budak 2nd class je.. Better..

Am I good enough for them.. Can I be as good as them.. Is there still a place for me in their hearts.. Just something to ponder around..

Monday, 27 August 2012

Data Collection... Completed...

Untuk mengelakkan kekeliruan.. Data yang dimaksudkan takde kaitan sama sekali dengan percutian kali ni.. Tak pasal-pasal kan.. Tetibe jer.. out of blue.. Percutian aku dah siap.. Tapi Alhamdulillah dalam masa aku menulis entri kali ini.. Percutian salah seorang kawan aku bakal melabuhkan tirai.. Semoga beliau berjaya dengan jayanya..

Data aku maksudkan kali ini lebih menjurus kepada data yang aku kumpul melalui pemerhatian manusia di sekitar kehidupan aku kali ini.. Untuk mengukuhkan teori yang aku bina sejak tahun 2000 lagi.. Hanya untuk memastikan ianya dikemaskini dan up to date.. Nampak gayanya selepas 12 tahun, lebih satu dekad.. Pemerhatian tak pernah berubah.. Manusia masih lagi mementingkan diri sendiri.. Meletakkan diri sendiri lebih dari yang lain.. Ok tak dinafikan banyak yang dah melepasi tempoh matang dan menjadi lebih baik dari hari ke hari..

Cuma secara kolektifnya masih tak banyak perubahan.. Kebanyakannya hanya akan menggunakan orang lain untuk mencapai kepuasan diri sendiri.. Dan yang paling menakjubkan.. Semuanya dilakukan tanpa mereka sedari... Seolah-olah sifat dan perangai ni dah berasimilasi dalam hidup mereka.. Seolah-olah seperti sifat akhlak yang telah wujud secara fitrah.. Tapi persoalan yang timbul, adakah ini fitrah manusia ataupun sikap opportunist yang makin berleluasa..

Dewasa kini lebih banyak manusia inginkan kekayaan dan juga sumber material dengan jalan yang mudah.. Sebagai contoh hubungan silaturrahim hanya dibentuk pabila kita memerlukan sesuatu dan bukannya semata-mata atas dasar ziarah yang dianjur oleh Rasulullah saw.. Berapa ramai manusia dewasa kini menghargai jiran mereka atas dasar sifat kejiranan dan tak lebih dari itu.. Yang menghargai kawan atas dasar setiakawan dan bukannya kerana pangkat dan darjat rakan tersebut...

Adakah kita dapat melihat jiran bertukar buah tangan setiap petang seperti waktu aku sekolah dulu.. (Ataupun hanya aku yang mengalami zaman tu).. Ada lagi tak agak-agak sanak saudara dan rakan taulan hanya telefon untuk bertanya kabar dan berborak kosong.. Dan bukannya untuk berbincang mengenai bisnes, mintak tolong dan seanterio dengannya.. 

Kebanyakan yang aku dapat lihat semua perbuatan yang dilaksanakan sekarang ini bertunjangkan sesebuah matlamat dan pasti bukannya atas dasar silaturrahim dan hubungan sesama manusia.. Kebanyakan hanyalah untuk kepentingan peribadi..

Aku tak tau orang lain tapi apa yang aku alami 95% setiap kali telefon aku berbunyi, pemanggilnya pasti inginkan sesuatu dan bukannya semata-mata untuk bertanya kabar atau bak kata bahasa pasar just to catch up.. Aku tak pasti adakah ini budaya generasi sekarang ataupun apa yang aku fikirkan untuk skop silaturrahim dah jadi outdated.. Aku dah x nampak budaya ziarah menziarah (mungkin sebab aku x duduk kat Malaysia kowt.. maaf kalau data kali ini berbeda sudut geografinya).. Cuma aku sedih dan terkilan.. budaya yang diterapkan dalam budaya Melayu yang penuh sopan santun bagai hilang begitu saja..

Aku tak salahkan generasi mudah 100% sebab salah dan silap bukan penyelesaiannya.. 

Cuma aku sedih melihat manusia makin dimamah sifat individualistik.. Seolah-olah semuanya satu perlumbaan.. Ramai yang lebih rela terpaku didepan kaca TV mahupun Komputer dari berjumpa dan berbual mesra antara satu sama lain.. Ramai yang lebih rela menyendiri dan menyelami fantasi dari berhubung dan berpijak di dunia realiti..

Dan jika ini konklusi yang aku terima dari pelbagai data yang aku kumpul sejak beberapa bulan yang lalu..

maka..

Jangan salahkan aku jika aku katakan :

"It is just business.. Nothing personal.."

 Tapi ungkapan ini hanya untuk mereka yang berhak.. Kerana aku masih menyanjung budaya dan didikan yang aku terima sejak kecil lagi.. Di mana dalam setiap hubungan, berbuat baiklah kamu dan sentiasa menziarahi saudaramu dan diberatkan ke atas kamu lagi-lagi pabila dirinya ditimpa musibah.. Islam is not just a religion and words of mouth.. It is the way of life and obviously actions speak louder than words.. 

So to those peeps out there who talk too much about Islam.. Do it first, live up to the name before you guys ever try to mention what my/our beloved Prophet saw said 1400++ years ago..

Owh yeah, all of this just business and nothing personal...

Sunday, 26 August 2012

Sunday.. What a peaceful day..

Tak peaceful macam mana kan.. Nikmat dunia ni melimpah ruah.. Walau duduk di negara asing.. Makan cukup, hidup dengan aman.. Cuaca hari ni cantik.. InsyaAllah tak hujan.. Boleh lepak-lepak kat laman sambil bersantai.. Aman.. damai.. Alhamdulillah..

Rasanya lepas berbicara dengan Siti Fairus tempoh hari baru aku sedar apa yang menjadi penghalang dan kerisauan dalam percutian kali ini.. Bagi ramai rakan-rakanku, sudah pasti untuk menghadapi viva dan pabila mesyuarat senat berlangsung dan ini sama sekali berlainan dengan perasaan aku.. Apa yang aku risaukan ialah aku akan habis tak lama lagi.. Lab work sudah hampir ke penghujungnya (tu sebab aku asyik bertangguh semua benda sebab aku tak nak semua ni habis.. Logik kah? or memang aku dah ada sindrom permanent head damage).. Mungkinkah aku tak nak kehidupan aman damai aku ni tamat.. Dunia fantasi aku di sini berakhir seperti mana berakhirnya sebuah permainan RPG.. 

Bak kata kakak aku tempoh hari.. Hidup di sini bukan realiti.. Now it is the time for me (Her) to face reality and go back home where I'm supposed to be.. Mungkinkah bila aku tamat semua ini.. Aku perlu/wajib menjadi dewasa.. Berlagak seperti seorang dewasa yang matang.. Memegang seribu satu amanah.. Dan tak leh main-main lagi.. Mungkinkah sebab persepsi ni membuatkan aku tak nak percutian ini tamat dalam masa terdekat.. Mungkinkah gelaran yang bakal dianugerahkan padaku membuatkan aku bukan diri aku yang sebenar.. Tapi semua ni Mungkin kan.. So perkataan if tu sebenarnya haram digunakan dalam hidup ini..

Tapi kalau aku balik ke Malaysia dan mula bekerja... Adakah hidup aku akan aman dan damai seperti di sini.. Aku boleh bangun setiap hari dengan senyuman setiap pagi dan takde kerisauan pun (bak kata orang pompuan takde tanda-tanda penuaan).. Okay tak dinafikan ada la masa aku stress dengan manusia.. diulangi dengan manusia dan bukan percutian.. tapi hidup kat sini seronok.. Aman.. bahagia walaupun kekadang tu rasa sunyi sebab takde teman hidup kan.. (Tapi bajet je balik Malaysia terus ada teman hidup... kuang kuang kuang)

Cuma bila tengok kawan-kawan kat Malaysia.. Fhuih.. haru biru.. Dengan KPI la.. Expectation dari pelbagai pihak la.. Kejar student la, kejar paper la, kejar anugerah la, kejar buku la, kejar harta la, kerja material la, kejar kereta la, kejar rumah la, kejar interior dalam rumah la, kejar supplier lab la.. Dan yang bakal membuatkan aku buntu bukan apa.. Selama aku hidup kat sini takde expectation pun dalam kamus hidup aku dari orang luar (Expectation dari diri aku je melampaui akal manusia).. Pakcik Paul, Pakcik Neil 1 dan Pakcik Neil 2 serta Makcik Judy tak pernah expect pape dari aku.. Semua asyik cakap ok dan kerja ikut kemampuan aku.. Dan Pakcik Paul tak abis-abis ingatkan aku yang aku dah buat macam-macam benda.. kekadang tu macam dah dua percutian sekaligus.. Aku bukan nak kan pujian tapi aku rasa balik Malaysia aku takkan dihargai macam ni.. Takkan dihormati macam ni.. Itu aku pasti dan bukan hanya kemungkinan..

Mana tak nyer.. Sumpah, mana aku pergi semua manusia akan tengok balik history aku la.. bila aku tak meet KPI or tak perform sume akan tengok balik dan cakap eh bukan budak tu dulu bla bla bla ke.. bukan cgpa dia bla bla bla.. Bukan Prof ni dan Prof tu rekomen dia ke.. bukan dulu dia banyak ajar budak ke asal teknik mengajar dia teruk giler.. Eh biar betul.. kan dia dah biasa tulis paper ke selama ni nama dia je kene tepek kat paper tu.. tumpang nama.. dan sebagainya.. Bila manusia mula kejar semua benda.. dan bila aku dah masuk dalam sistem tu.. Arghh... malas nak fikir.. ni la sebab utama kenapa aku nak hidup aman damai dalam percutian ni.. Serabut-serabut dengan dunia sebenar.. Haih...

Tengok la macam mana nanti... Yang penting aku kene abiskan percutian ni secara fizikal dan insyaAllah Psikologi aku akan temui jawapan dia pabila fizikal aku dalam keadaan terbaik...

Friday, 24 August 2012

Miracle Friday..

Kuasa Allah tu sangat menakjubkan.. Dan hanya dirasai oleh mereka yang mengalaminya sendiri.. Bila berlaku peristiwa pagi ni.. Baru aku sedar yang Allah mampu lakukan apa sahaja.. Seriously, apa sahaja yang dikehendakinya.. Sebab kebiasaan diri aku yang lemah dan penuh kekurangan ni akan cuba cari justifikasi dalam setiap perkara yang berlaku.. Tapi peristiwa tadi membuatkan aku kelu dan tak tau nak mula cari dari sumber mana.. Maha Suci Allah... RezekiMu datang dalam pelbagai bentuk dan aku pasti rezeki yang datang pada pagi ini hadirnya untuk memberi peringatan padaku untuk tidak mencampuri urusanMu dan jangan sesekali mengambil alih tugasMu untuk menghukum hambaMu kerana hanya Dikau yang layak untuk menghukum ciptaanMu dan bukannya diriku.. 

MasyaAllah.. bagiku cukup indah dan sempurna sentuhan Mu Ya Allah dalam memberi peringatan padaku.. Sentuhan yang memberi pelbagai maksud mendalam.. Antaranya, telah dikau tetapkan rezekiku sebagaimana kau tetapkan perjalanan hidup matiku.. Tidak sedikit pun yang kurang mahupun yang lebih.. cukup untuk meneruskan bahtera mendambakan kasih sayangMu.. Maka bukan hak aku untuk menentukan rezeki dan milik manusia lain.. Cukuplah dengan aku terus berbuat baik dan serahkan balasan dan perhitungan pada Allah swt.. Bersihkan hati dari dendam dan perasaan tak puas hati.. Teruskan hidup ini dengan penuh senyuman dan disisipi sifat zuhud, tawaduk serta istiqamah dalam melakukan kebaikan..

Kejadian pagi tadi jugak mengingatkan aku akan kebenaran kata-kata Rasulullah yang mana tidak akan papa seseorang itu selagi dia bersedekah.. Sedekah itu amalam mulia dan tidak akan kurang sedikit pun harta kita kerana bersedekah.. Dan ianya terus mengimbau pesanan seorang ustaz (yang aku dah lupa namanya.. Maaf) sewaktu dia memberi pesanan sewaktu singgah sebentar di Bristol.. Yang mana nilai sedekah kita itu bukan diukur dengan berapa banyak yang kita beri tapi berapa peratus harta kita yang berani untuk kita sumbangkan tanpa mempunyai perasaan ragu-ragu.. Kerana jika kita percaya pada Allah.. Yakin pada kuasa Allah maka InsyaAllah tidak akan dibiarkan hambaNya itu miskin dan papa.. (Terus aku teringat pelbagai nama sahabat Rasulullah saw yang tanpa berfikir panjang mendermakan sebahagian dan semua hartanya untuk kekasih Allah dan sesudah itu pabila ditanya apa yang tinggal untuk dirimu.. Mereka menjawab kami masih ada dirimu Ya Rasulullah dan itu sudah memadai bagi kami.. MasyaAllah...)

P/S: Semoga aku berjaya untuk mencapai tahap dermawan seperti itu dan dijauhkan sifat materialistik dan cintakan harta serta dunia ini..

Thursday, 23 August 2012

Towards the end..

Selepas mimpi ape ntah semalam.. Terus ligat berfikir.. dan baru sedar.. hampir 95% orang yang aku kenal semuanya dah bekerja.. Obviously yang baya aku dan ke atas la kan.. Jangan la nak bandingkan dengan budak Form 5 or Darjah 3.. Bila fikir-fikir balik.. Sama ada chemist kat sini, Engineer kat sane.. Management kat sini.. Lecturer/Tutor kat sana.. Kerja sini dan sana.. Dan yang pasti soalan cepumas dari Amrul minggu lepas terus berlegar bermain di fikiran.. Lepas abis ni aku nak buat ape.. Pastu time ni jugak la Muncul muka Pakcik Ghauth, Makcik Saadah, Makcik Aziah, Makcik Rusmidah dan segala Makcik dan Pakcik yang pernah suruh kerja dengan diorang.. Seriously.. Sedar tak sedar dah nak 3 tahun aku kat sini.. Dan aku perlu fikir sedikit sebanyak kowt aku nak buat apa dengan hidup ni.. Bare the responsibility.. I'm having fun this while.. Playing with all the elements.. Mastering the basic elements in life but I knew that that day will end.. But never expect it will end this soon.. 

Lepas ni nak hidup dalam dunia Idealism Richard Feynman agak mustahil la jugak.. Untuk berada di tempat yang aku boleh lakukan penyelidikan dengan bebas tanpa terikat dengan kepentingan peribadi pihak-pihak tertentu sama ada berkaitan dengan tempat, lokasi, politik, budaya, sosiekonomi dan sumber kewangan.. Seolah-olah bila habis belajar kali ni aku dah takde escapism untuk bermain-main dalam dunia aku sendiri.. Lepas ni kene follow the expectation of the superior person in line.. Hah, bila aku cakap macam ni, mula la En Amrul aku masuk campur dan cakap.. Kerja sendiri sudah.. Tapi still aku nak jadi pendidik kowt.. Dah curahkan balik semua ilmu yang aku dah belajar kat generasi akan datang (Walaupun lepas diorang keluar je kelas/kuliah semua abis lupa.. sampailah bila ada test or exam).. But at least hopefully ada la satu dua dari 100 bakal student aku dapat aplikasikan ilmu yang bakal aku berikan..

Bila fikir balik.. Mungkin jugak antara sebab-sebab kecil aku sambung belajar dan ingin terus belajar sebab malas nak hidup dalam alam pekerjaan yang penuh dengan politik dan juga budaya kerja yang aku sendiri tak berapa gemar.. Tapi nak buat macam mana kan.. They have to do that to maintain the source of income into their institution.. Tak kisah la firm ke, universiti ke, kilang ke.. semua sama jer.. Kalau nak cari yang betul-betul telus dan bersih susah la.. Nak cari yang buat kerja untuk manusia serta alam kerana Allah agak mencabar la jugak... 

Itu yang membuatkan aku berfikir.. adakah aku akan jadi seperti diorang bila masuk alam pekerjaan (Nauzubillah la).. Kalau boleh dijauhkan la dari sifat cintakan dunia dan harta berbanding alam akhirat.. Dan  macam kawan aku yang kerja kat sini.. Sian jugak aku tengok.. Hari-hari stress.. So same je keje kat UK ke Malaysia ke, Artik ke, Antartika ke.. Rasanya semua sama.. 

Yet macam mana aku lari pun aku kene hadapi.. Yang aku kene kerja untuk hidup dalam zaman hedonisme dan materialistik ni.. Cuma aku harapkan diri ini tak terikut-ikut akan budaya materialistik dan budaya suka membanding-bandingkan.. Sebab aku paham setiap manusia ada limitasi masing-masing dan rezeki masing-masing yang ditetapkan..

Don't expect the world to be fair to you even though you're being fair the entire life you live on this very earth because it is the same expectation of not being eaten by the Alligator because we never ate them..

Keadilan Allah datang dalam pelbagai bentuk yang unik.. Dan kita hanya menikmatinya pabila kita dambakan-Nya..

Wednesday, 22 August 2012

Another collaboration...

Alhamdulillah.. Sejak kembali pada tugas dan amanah yang hakiki.. Diberi sekali lagi peluang untuk melaksanakan kolaborasi antara negara.. Dalam masa beberapa minggu lagi akan menerima kunjungan dari delegasi (semangat ayat nak delegasi) dari Sepanyol untuk membincangkan hasil kerja CNT+Diamond sturucture.. Ada beberapa modifikasi dan idea yang aku nak utarakan tapi simpan dulu.. Kita bagi laluan kepada Professor-Professor dulu.. Bagi diorang abis cakap baru masuk campur.. Dan InsyaAllah dalam masa terdekat akan menyambung kolaborasi dengan pihak universiti dari Wales yang sampai sekarang aku nak sebut pun payah.. Untuk melaksanakan pencirian menggunakan XPS/UPS pada permukaan Diamond dan mencirikan sifat-sifat yang berbeda yang mungkin belum pernah diutarakan sebelum ini (Amin)... InsyaAllah dengan izinNya semoga semuanya berjalan dengan lancar.. 

Syukur sangat-sangat sejak kebelakangan ni makin murah rezeki untuk membawa beberapa hasil percutian ke persada dunia.. Walaupun bukan hasil kajian asal namun olahan mengikut perubahan zaman sejak 2 tahun yang lalu.. walaubagaimanapun hasilnya cukup untuk menarik minat cendekiawan-cendekiawan barat untuk mengiktiraf hasil kerja dari anak kelahiran timur ini..

Semoga semuanya berjalan lancar dan kepelbagaian kajian ini bakal menyerikan tesis yang masih dalam peringkat pra-eksplorasi..

InsyaAllah akan ada kolaborasi-kolaborasi akan datang yang bakal menggunakan kaedah pencirian yang bakal sempurna hujung bulan ini atau hujung bulan depan.. Mana tau rezeki lepas ini datang dari benua Amerika pulak; baik dari utara mahupun selatan.. Siapa tahu mungkin akan wujud rezeki untuk kaki ini melangkah ke sana menebarkan sayap memantapkan pengalaman dalam pelbagai bidang bagi meneraju kehidupan diperingkat yang lebih baik dan bermutu...

Pengajaran Hari Ini..

Tak kira sejauh mana kita merancang.. Allah Maha Mengetahui.. Apa yang terbaik untuk hambaNya.. Yang tetap jadi milik hambaNya akan kekal sebagai milik hambaNya dan yang bukan milik hambaNya takkan menjadi milik hambaNya sampai bila-bila.. (Tengah istighfar banyak-banyak ni sambil berpijak di bumi yang nyata)

Walaupun hari ini dan semalam banyak perkara yang berjalan lancar.. Namun semuanya dalam ketentuanNya.. Pelbagai petanda dan petunjuk ditebarkan oleh Allah untuk hambaNya untuk diajadikan panduan dan pedoman dalam melaksanakan kehidupan seharian... Cuma kadangkala sikap tamak haloba membuatkan kita terlupa seketika.. Terlupa akan janji kita pada Allah yang Maha Esa..

Alhamdulillah Maha puji buatMu Ya Allah.. Membuatkan hati aku cepat berpaling dan melihat pada kekuasaanMu dan bukannya melenting dan membuatkan nafsu Ammarah menguasai diriku.. Pelbagai nikmat yang telah dikau berikan buat diriku ini.. Dan terutamanya dikau kembalikan keinginan terhadap ilmu, kepakaran dalam mengendalikan seribu satu permasalahan dalam satu masa dan kebolehan dalam melakukan pemantaun yang effektif dalam jangka masa yang cukup singkat..

Dengan bersyukur padaMu baru aku sedari bumi ini indah dan penuh dengan keindahan.. Terlalu banyak perkara yang boleh dilakukan.. Memang tak diakui fitrah itu sentiasa wujud.. Nafsu itu sentiasa wujud.. Namun hati dan akal perlu hadir untuk melentur.. Perubahan perlu dilakukan dari dalam keluar.. Bottom up... Jangan biarakan perasaan Amarah dan tamak menguasai diri.. Semua yang diberikan Allah pasti cukup untuk hambanya.. Dari segi ilmu, harta mahupun teman hidup.. Semua serba cukup.. Cuma kita kadangkala lupa akan hakikat ini dan selalu inginkan apa yang lebih dan inginkan apa yang mustahil..

Pabila hidup bersendiri.. Banyak perlu dijaga.. Hati.. Tangan.. Mata.. Badan.. Mahupun Akal.. Semuanya perlu dijaga.. Tiada siapa yang akan pantau namun Allah tak pernah sesekali berpaling dari melihat segala perbuatan.. 

Bersyukur dengan apa yang ada.. dari sekecil-kecil nikmat hingga ke sebesar-besar musibah... Walau tiada siapa memahami rintihan hati ini.. Namun yang mencipta pasti mempunyai masa untuk mendengar dan mengubati apa yang telah terguris luka...

Monday, 20 August 2012

To or not to...

Okay sejak kebelakangan nie orang asyik tanya aku.. Tak nak bukak balik ke FB.. So kalau nak ikutkan dah lebih setengah tahun sejak aku tutup akaun FB aku.. Bukan apa.. alasan asal nak fokus buat kerja dan malas nak jadi stalker tegar.. Hahaha.. Seriously banyak giler masa abis kat depan komputer untuk tengok perkembangan orang lain.. Yang mana aku fikirkan at the end banyak bazir masa aku jer.. Sebab akhirnya aku sedar yang dalam FB tu kebanyakan nyer maklumat dan bukan nyer pengetahuan.. There is a huge gap between information and knowledge. Dan apa yang aku perhatikan makin ramai manusia ambil kisah mengenai maklumat berbanding ilmu pengetahuan.. 

Untuk bagi definisi maklumat dan ilmu pengetahuan korang semua boleh cari sendiri ar.. Tapi bagi aku.. it is personal preferences.. Untuk aku mudah je.. Apa-apa perkara yang aku tahu tapi tak akan membantu dalam mempertingkatkan kemahiran dan juga kepakaran aku.. Itu aku kira sebagai maklumat.. Sebagai contoh, pagi tadi kawan aku bersalin dan contoh-contoh yang lain (Yet mesti nanti ade orang bangkang cakap aku la.. Dengan ayat yang lebih kurang macam ni.. Eh tu bukan knowledge untuk improve ko nyer social skill ke).. Dan aku ingatkan lagi sekali personal preferences.. 

Dan kebiasaannya maklumat ni korang semua tak nyah nak fikir panjang.. Tak yah nak ade pemikiran kritis dan kreatif.. Terima je semua.. Absorb je semua.. Dan dengan jujur aku cakap.. Ramai je sekarang ni tokoh-tokoh ternama kat mana-mana.. Ceramah ke.. Simposium diorang ke.. Semua nya banyak maklumat berbanding ilmu pengetahuan.. Sebab ape? Sebab itu yang rakyat nak dengar, pendengar nak dengar dan majoriti manusia nak dengar.. Nampak sangat generasi sekarang dah malas nak fikir.. Nak dengar benda yang mudah.. Yang tak yah nak digest.. 

Dan secara tak langsung.. Dah makin tak wujud perbincangan yang membina.. Sadis-sadis.. Budaya ilmu tu dah tak nampak tapi budaya maklumat dah makin bersepah.. Semua lebih pentingkan maklumat berbanding ilmu.. Dan mungkin itu sebabnya beberapa tokoh ilmuan sekarang klasifikasikan zaman ni sebagai zaman gelap.. Ironikan.. Dalam dunia serba moden ni, manusia kembali kepada zaman gelap.. Dimanipulasikan dengan teknologi dan sebagainya..

Kepada yang mengambil peluang untuk menambahkan ilmu memang bagus la.. 

So, kesimpulannya.. Aku  rasa aku tak kan aktifkan balik kowt  FB tu selagi aku tak jumpe cara paling bagus untuk aku gunakan.. (Yes.. aku tau akan ramai yang mula cakap ko boleh gune untuk itu dan ini).. Yet aku ingatkan balik personal preferences.. Biarlah orang nak cakap aku ketinggalan zaman n so on.. It is my choice..

P/S: Bila aku cakap ramai akan cakap itu dan ini.. Macam la ramai yang baca blog nie kan.. Hahaha..

Sunday, 19 August 2012

Fairy Tale..

I'm just glad that everything and everybody turn out fine.. Hopefully my mere existence help them in achieving  their dreams.. Felt happy for them.. Even though by just looking at them grow and evolve from boys/girls to fine gentlemen/lady.. 

Oh cepatnya masa berlalu.. Time and tides wait for no man...

Just some thought after staring at the computer for significant amount of time without even making any progress on any of my works... Waaaa...

Gugur jugak akhirnya..

At last, ingatkan raya tahun ni feel raya dah takde.. Lagi-lagi dengan semangatnya sambung wat keje walaupun hari ahad kan.. Azam nak start fresh syawal nie.. Untuk siapkan semua dalam keadaan sesempurna mungkin.. Been 3 years sambut raya kat luar negara ni.. Bajet hati dah kering la.. Tapi akhirnya gugur juga permata-permata ni.. Bila start pasang lagu raya dan mula usha gambar lama-lama.. All the companionship and open houses.. Lepas tu dapat pula few lagu memang kene batang hidung sendiri.. Bam.. Terus rasa basah je pipi nie.. Nasib baik la dalam lab nie sorang-sorang je.. So boleh la tangkap leleh sikit kan... Hahaha..

It is not easy to forget.. Tak kisah la dah berapa lama dan bertapa kuatnya we try to ignore.. but it is still there.. Ingatkan dengan menyibukkan diri.. Think hard and smart.. Create lots of distraction.. But the human heart is still there.. The human touch.. Fitrah manusia itu memang telah dijadikan sebegitu.. 

Yet for me air mata tu bukan tanda I'm weak or so on.. Tapi setiap butir tu mempunyai nilai tersendiri.. Melambangkan pengorbanan.. The hard work.. My conviction and the reason I'm here.. Percutian kali ni tak susah sebenarnya.. Tapi untuk kekal fokus dan mengharungi cabaran tu yang menjadi persoalan.. Ibarat kita pegang satu cawan air.. Berapa lama kita boleh pegang sebelum kita rasa penat dan putus asa.. Berat cawan tu tak pernah berubah cuma tangan kita je yang makin tak larat.. Maka sama saja kali ni.. Percutian ni cukup mudah dan senang tapi kekuatan aku untuk jadi persis dan istiqamah diuji secukup-cukupnya..

Air mata ni jugak melambangkan the companionship that I left behind back in Malaysia.. They are waiting for me.. Waiting for my return.. The hope and their dreams.. Semua yang berlaku dekat sini bukan semata-mata untuk aku.. not for the sake of the title.. But it is about their future.. the next generation dreams and hopes.. How painful it is, how hard it is.. There is no excuses for it.. 

Air mata yang kekal mengalir ini khas buatmu wahai anak bangsaku.. agamaku.. serta generasi-generasi akan datang.. Sama ada ianya petanda kesedihan mahupun kegembiraan.. It is up to me now.. and solely for them under the Blessing of Allah..

Wednesday, 15 August 2012

The Day..

Hari nie hari terakhir kakak aku menghirup udara di bumi asing untuk tahun ini.. Selepas 5 tahun, perjuangannya di sini selesai dan akan kembali ke tanah air tercinta... Maka tarikh keramat nie melambangkan perginya secara lengkap semua yang memahami erti sebenar kehidupan aku di sini.. Bermulanya dengan Amrul dan diikuti dengan Hafidz.. Kali ini kakakku akan pulang ke Malaysia..

Kesedihan tu pasti ada.. sebagaimana gugurnya air mata semasa permergian mereka tempoh hari sewaktu mula-mula menjejakkan kaki ke tanah asing ini.. Sama juga rasanya pabila mereka pergi meninggalkan bumi asing nie.. Namun jika aku tak nak akan perpisahan ini berlaku jangan sesekali aku dambakan pertemuan.. Kerana setiap yang bertemu pasti akan berpisah..

Kepulangan mereka membawa aku kepada realiti yang pasti.. Iaitu masaku juga hampir tiba.. Mereka tiba di sini beberapa tahun sebelum kedatangan ku.. Maka akan tiba masanya untuk ku pulang jua..

Dan bermulanya hari ini.. Aku harus wajib serta pasti meletakkan haluan hidup berpaksikan percutian ini namun masih bertunjangkan Allah sebagai Kuasa Terbesar dalam hidupku.. Kini bukan masanya untuk berikan 110%.. This is the time to become the greatest magician.. To create something out of nothing.. To obtain visibility of the invisible.. To strive for the infinite excellent..

Setiap pagi, setiap langkah ini akan mengegarkan persada ilmu.. Membawa satu semangat jitu untuk membongkar misteri ilmu yang tak pernah dijangkau akal manusia.. Untuk melengkapkan pelayaran ini dengan kepuasan terhadap ilmu yang didambakan selama ini..

Kini bukan lagi soal minat atau tidak.. bukan lagi soal malas atau tak.. bukan lagi soal bidang mahupun skop.. Kini masanya untuk biarkan kerakusan... keinginan terhadap apa jua ilmu untuk menyerap masuk dalam jasad untuk dicernakan oleh roh bagi menghasilkan sesuatu yang bakal mengubah arus kehidupan manusia serta alam sekitar yang tak pernah dibayangkan oleh mana-mana manusia yang pernah bernafas di bumi yang tercinta...

Tuesday, 14 August 2012

Ramadhan bakal melabuhkan tirai..

Sedar tak sedar hampir sebulan berlalu dan sejauh mana aku hargai masa sebulan ini.. Aku sendiri tak pasti.. InsyaAllah semoga ianya diisi dengan penuh keberkatan.. Cuma masih wujud satu perasaan yang masih menjadi tanda tanya dalam diri ini.. Aku dapat rasakan ianya perasaan malas.. Kemalasan makin menjadi-jadi dan banyak kerja yang bertangguh.. Dari sehari ke sehari banyak perkara yang bertangguh.. Dan yang pasti tak boleh nak tunding jari kat sapa-sapa pown.. Skang nie yang penting kene kembali pada niat asal dalam lakukan semua perkara.. Semuanya kerana Allah..

Harap-harap makin berkurang perkara-perkara yang bakal mengalih fokus pada perkara penting dalam percutian kali ini.. Betul jugak kata Amrul tempoh hari.. Seronok sekarang ni sebab tak perlu nak risau apa-apa.. Hidup bebas dengan mengawal arus hidup sendiri.. Buat apa yang kita suka dan suka apa yang kita buat.. Bukan apa, bila wujud orang/entiti lain dalam hidup ni.. Kene fikir banyak perkara.. Dan kene jaga isi hati orang lain.. Tapi bila semua tu takde.. Semuanya lebih mudah.. Tak yah nak pening-pening kepala..

Bila tamatnya Ramadhan kali ini.. Bermula jam pasir dalam hidup aku terbalikkan untuk kali terakhir.. Setiap butir pasir yang jatuh melambangkan makin dekat jasad dan roh ini untuk bertemu dengan penciptaNya.. Makin dekat dengan hari yang dinantikan dan makin hampir penamat percutian kali ini.. Secara zahirnya tiada lagi masa yang boleh dibuang sewenang-wenangnya.. Tak de dah alasan untuk bermalas-malasan..  Tinggal 3 bulan sebelum berakhirnya tahun ini.. 3 Bulan... Kalau freak out pun tak gune.. Kene gune masa dengan sebaiknya..

3 Bulan je lagi... Adoi Adoi.. Takpe-takpe.. Lepas nie kene buat daily goal yang lebih achievable dan weekly goal yang lebih realistic.. Tampal besar-besar kat dinding rumah...

Tuesday, 7 August 2012

Indahnya Percaturan Allah..

Alhamdulillah.. Itulah kata-kata yang terus menerus aku ungkapkan.. Percaturan Maha Suci Allah itu cukup sempurna.. cukup indah.. Tiada siapa mampu menduga apa yang ingin dikurniakan pada hambanya.. Tak ku sangka.. Nikmat dariNya datang mencurah-curah bagaikan turunnya hujan membasahi bumi ciptaan-Nya.. Hari demi hari.. Minggu demi minggu dan bulan demi bulan.. Tak pernah kurang nikmatnya padaku dan tak putus-putus limpah kurnianya.. 

Alhamdulillah penghijrahan kali ini berjalan lancar dengan bantuan pelbagai pihak.. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak.. Dan Allah itu Maha Kuasa.. Yang dirasakan dulu bencana rupanya nikmat yang terhampar.. Dipalingkan sedikit pandangan.. Terus berubah semua persepsi.. Dan yang paling aku kagum dan rasa bersyukur.. Sepanjang tempoh penghijrahan kali ini.. Seolah-olah percutian aku telah dihamparkan kesudahannya.. Bukan kesudahan yang jelas berbentuk tesis dan graduasi.. Tapi lebih kepada benda-benda keperluan di sepanjang percutian.. Benda yang kecil dan remeh yang mana kadangkala membuatkan fokus pada percutian terganggu.. Alhamdulillah semua perkara kecil ini telah diuruskan oleh-Nya dengan sempurna sekali.. Dari 5 perkara yang perlu diuruskan.. Maha Suci Allah permudahkan dan aku hanya perlu uruskan 2 manakala 3 lagi telah diserahkan pada orang yang ditentukan oleh Allah swt.. Mungkin bagi insan lain sukar untuk memahami perkara ini.. Namun bagiku ianya bagaikan rahmat.. Yang mana urusan hidup seharian aku makin dipermudahkan.. Tidak perlu risau akan itu ini.. Sehinggalah penamat percutian kali ini.. InsyaAllah.. Jika inilah aturan Allah untukku.. Aku terima dengan hati yang terbuka luas... Selalu dalam doa mengadu dan meminta supaya dipermudahkan perjalanan dan percutian namun tak pernah dapat digapai akal bahawa kemudahan sedemikian rupa wujud..

Maka benarlah kata-katanya dalam kitab suci Al-Quran.. "Jika kami katakan jadi, maka jadilah ia"..

Alhamdulillah dan terima kasih Ya Allah dalam memberikan nikmat pada hambaMu yang kerdil ini...

Thursday, 2 August 2012

It's August... A new beginning..

Alhamdulillah, setakat ni semuanya berjalan dengan lancar.. Apa yang direncanakan berkembang dengan baik.. Apa yang dipinta dan diminta diberikan dalam pelbagai bentuk oleh Maha Suci Allah.. Perubahan dan penghijrahan merupakan pilihan yang terbaik.. Walaupun penyesuaian bakal mengambil masa.. Masih lagi dalam suasan menguruskan masa dan agak kekok sedikit dengan perubahan yang ada.. Dari hidup yang dulu kepada hidup yang ada sekarang.. Semoga tabiat buruk dari persekitaran lalu tak turut dibawa ke dalam hidup yang baru..

Buat masa ni, percutian agak perlahan.. Mungkin kerana ada sedikit sebanyak sikap malas dan bertangguh ataupun ianya datang dari perasaan diri ini tak berfungsi or useless.. Bukan apa, kebanyakan instrumen tengah down dan rosak.. Dan disebabkan aku takde kepakaran sangat dalam software design.. Hanya mampu mengharapkan insan lain untuk memperbaikinya.. Dan menjadi lebih teruk bila tiga-tiga reaktor buat perangai dan semuanya diluar bidang kemampuan aku.. Sedihnya, namun ianya mengingatkan aku bertapa rendahnya ilmu yang aku ada dan bertapa kerdilnya diri ini.. Nak tak nak kene la tunggu pakar-pakar datang membantu.. Cuma bila pun tak pasti sebab semuanya sibuk dengan tugasan masing-masing.. Takpe-takpe, buat masa ni, anggap sebagai situasi berehat sebentar.. Lagipun aku sendiri mengalami perubahan yang besar dalam percutian kali ini.. Dengan penghijrahan dan perubahan yang lain, lebih baik aku mengatur kembali nafas untuk melihat balik apa yang boleh dilakukan dan apa yang perlu dilakukan..

Anyway, lega mendengar khabar berita kawan jauh di sana yang mendapat perlanjutan dalam biasiswa beliau.. Semoga boleh terus menyiapkan perjuangan yang bakal diselesaikan tak lama lagi.. InsyaAllah when the time comes, everything will be in one piece.. XD