Nafsu.. Mengikut ulama dan golongan ilmuan.. Ianya terbahagi kepada tiga bahagian utama.. Yang mana nafsu yang baik dan membawa kepada kebaikan iaitu Nafsu al-Muthmainnah.. Ianya nafsu yang mencegah pada perbuatan keji.. Nafsu ini sentiasa membawa diri untuk mendekatkan diri pada Sang Pencipta yang Maha Agung... Yang berikutnya, Nafsu al-Lawwamah iaitu nafsu yang mana si pelaku akan sering kali mencerca dan mengkritik diri sendiri lepas melakukan dosa dan perbuatan terkutuk.. Penyesalan lahir dari lubuk hati... yang mana jika hati dididik dengan lebih baik.. Tak mustahil nafus ini akan lenyap dan timbullah Nafsu al-Muthmainnah.. Dan yang terakhir ialah Nafsu Al-Ammarah.. Yang mana merupakan nafsu yang paling rendah darjatnya.. Nafsu ini acap kali menyuruh manusia untuk melakukan perkara keji, terkutuk dan penuh dengan onar dosa.. Tambahan lagi nafsu ini tidak sesekali menyuruh pelakunya untuk mencela dan menyesali perbuatan terkutuk apatah lagi untuk menyeru kepada kebaikan.. Semoga kita semua dijauhkan dari nafsu Al-Ammarah.. serendah-rendah darjat nafsu..
Sewaktu melihat tatapan tulisan ini tempoh hari.. Hatiku mula berdetik dan fikiranku mula terbang jauh melakukan imbasan demi imbasan dalam hidupku.. Mula memikirkan semua dosa dan kejahatan yang pernah aku lakukan dan nikmat Allah yang mungkin aku kufurkan.. Hanya Allah yang maha mengetahui dan semoga Dikau ampunilah kesalahan hambaMu ini.. Makin lama aku berfikir.. Imbasan membawa kembali ke bangku sekolah.. Sekitar darjah 3 dan 4.. Yang mana ustazah mula bercerita perihal Padang Masyar.. Yang mana setiap tindak tanduk dan percakapan kita akan dipaparkan pada skrin.. Yang mana tidak ada satu saat kehidupan kita pun akan terlepas pandangn oleh semua makhluk Allah.. Imbasan demi imbasan kisah silam ku mula tertayang.. Perasaan kesal dan sedih mula menjentik hati ini.. Bayangkan imbasan paparan skrin pada waktu itu lebih canggih dari video di Youtube.. Apatah lagi lebih hebat dari news feed dan update di facebook.. Dan lebih terperinci dari tweet di Tweeter.. Takde apa lagi yang tersorok dan semuanya terpapar.. Hati mula berbicara pada diri ini.. Tidakkah tindakanku selama ini akan mengecewakan ibu bapaku.. Tidakkah tindakan aku selama ini salah dan penuh onar berduri.. Tidakkah aku takut akan siksaan Allah.. Baraan Api Hitam di Neraka yang menjulang tinggi seolah-olah mengukir senyuman padaku.. Tidakkah aku percaya akan janji Allah dan kebenaran hari kiamat.. Dan tidakkah aku sedar bisikan syaitan dan iblis itu adalah semata-mata bisikan dan atas kelemahan aku sendiri aku akur dan tunduk pada permainan mereka.. Tidakkah aku berfikir.. Dan tidakkah seharusnya orang yang beriman dan berilmu itu sentiasa berfikir..
Titisan air mata mula bergenang.. akan jatuh membasahi pipi pabila imbasan kemungkaran dan dosa mula bermain di fikiran.. Walaupun keseronokan dinikmati.. Namun di waktu, di saat itu akal dan hati tertutup hijab, ditarik nikmat berfikir akan azab Allah itu benar dan pedih... Ya Allah ampunilah dosa hambaMu ini dan hindarkanlah diri ini dari mengulangi dosa-dosa silam dan tetapkan diri ini untuk mengingati janji-janjiMu terutamanya akan pedihnya azabMu supaya aku tidak sesekali melakukan kemungkaran di muka bumi ini Ya Allah..
Bila difikirkan kembali.. Mungkinkah selama ini nikmat ilmu ku ditarik sedikit demi sedikit tanpa aku perasan.. Mungkinkah sejak beberapa bulan ini, nikmat ilmu ditarik perlahan-lahan.. yang menyebabkan aku hilang minat untuk menuntut ilmu.. Menyebabkan aku buat sesuatu sambil lewa.. Jika itu adalah satu kebenaran Ya Allah, kembalikanlah nikmat ilmu kepada ku.. Dan jika aku pernah kufur akan nikmatMu, ampunilah dosaku dan bimbinglah aku ke jalan yang benar... Jalan yang diredhaiMu..
Bila direnung kembali.. tak dinafikan sejak kebelakangan ini, kekuatan untuk menyekat hawa nafsu makin berkurangan.. Fikiran lebih cepat melayang memikirkan yang bukan-bukan.. Mungkin selama ini ilmu menyekat nafsu dan membawanya kepada kerosakan yang paling minimum.. Kerana aku yakin dan percaya orang berilmu akan sentiasa memikirkan akan keagungan Allah dan menghindarkan diri dari kemurkaan-Nya..
Maka jawapan untuk persoalan kali ini cukup mudah.. Kejarlah ilmu dan tuntut ilmu sebaik mungkin, seikhlas mungkin.. Semata-mata untuk mendambakan kasih sayang-Nya.. Dengan ilmu... ianya perisai yang cukup sempurna untuk menghindarkan diri dari kemungkaran dan segala bentuk maksiat...
p/s: Ada bezanya antara ilmu dan maklumat.. Manusia zaman moden terlalu leka mengumpul maklumat tapi tak sedar akan ceteknya ilmu mereka..
No comments:
Post a Comment