Being an old me is not the answer.. Satu hakikat dan bukan satu fantasi.. Walaupun nak paksa diri jadi perfectionist ataupun serajin dulu dan segigih dulu.. Itu bukan jawapannye.. (Baby step yang ajar lagi).. Move on and look forward tapi jangan sesekali lupa apa yang pernah terjadi dan telah terjadi sepanjang perjalanan hidup ini.. Suka duka, Hiba tawa dan semuanya.. Jadikan sebagai satu kenangan dan satu panduan dalam melayari bathera membelah samudera kehidupan.. I’m riding back into this lonely cruise.. Dan seperti biasa, blog ni akan sentiasa berada di sisi bagi menghilangkan rasa sunyi di kala menanti perkara yang bakal kunjung tiba.. Ramai mentor-mentor yang berpesan it is not a lonely battle.. Because they will always be there in my heart..
Alhamdulillah, sedikit sebanyak beberapa perkara telah dilaksanakan dengan baik, dari kerja rumah yang bertangguh sampai la ke lab planning yang sengaja ditangguhkan dari sehari ke sehari.. Kalau betul-betul buat tak sampai sehari pown.. Semua benda boleh bergerak seiring.. Cuma masih lagi dalam peringkat nak serasikan apa yang aku nak dan apa yang kene buat.. Dalam proses menetapkan perasaan kasih dah sayang pada ilmu kerana Allah.. Mungkin sejak kebelakangan ni terlalu banyak kasih dan sayang ditujukan pada manusia berbanding ilmu.. (ilmu tu merajuk kowt, tu yang tak nak datang dekat-dekat dah..) Susah gak ni kalau nak pujuk ilmu tu balik.. Macam mana pun memang salah aku jugak.. Selama ni aku selalu cakap ‘Dia’ akan jadi aku punyer top priority tapi sejak kebelakangan ni aku abaikan dia.. Tak spent masa sama-sama dah... Tak fikirkan pasal dia.. Tak endahkan dia.. Sebelum tido pown dah tak ingat kat dia sangat.. Mana tak dia merajuk.. Kalau manusia memang dah lari betul dah.. Tak dinafikan kesetiaan aku pada ilmu diuji paling hebat tahun ini.. Dan tak dinafikan aku masih lagi dalam proses mengenal ilmu dan memahami ilmu.. Mungkin hubungan kami tak seakrab dulu.. Tak serapat seerat dulu.. Tapi kalau aku terus memahami dan menjaga kesucian hubungan ini.. InsyaAllah zaman kegemilangan lalu pasti kembali lagi..
Maka menjadi pokok persoalan bukan untuk aku menjadi aku yang dahulu.. Tapi memahami dan melihat apa yang aku dulu rasa dan pandang.. Melihat persepsi aku yang dulu terhadap ilmu.. Meletakkan ilmu pada darjat yang tinggi dalam hidupnya kerana ilmu itu datangnya dari Allah dan merupakan makhluk Allah yang istimewa.. Bagaimana untuk mengulit diri ini balik dengan perasaan kasih dan sayang.. Perasaan cintakan ilmu seperti suatu masa dulu.. Sehinggakan sebelum melelapkan mata perasaan rindu padanya makin meluap-luap.. Sehinggakan sepanjang mimpi di malam hari sentiasa ditemani ilmu yang bersinar bagaikan cahaya bintang gemerlapan dalam lingkaran Bima Sakti..
Yang mana kini diriku cukup jauh dari perasaan itu.. Dalam fikiranku sering terbayang mengenai kisah hidup manusia dan perilaku manusia.. Dicemari dan dikotori dengan perasaan-perasaan yang negatif terhadap manusia.. Kebanyakan masa, imej-imej manusia terpapar dalam kotak fikiran ini.. Sehinggakan sebelum tidur, manusia yang difikirkan terlebih dahulu berbanding perkara lain.. Masa yang diperuntukkan untuk menghargai ilmu entah hilang ke mana.. Seolah-olah aku tersepit dalam ruang lingkup manusia berbanding ruang lingkup ilmu.. Yang pasti aku kini dalam kerugian.. Kerana sejauh mana aku fikirkan pasal manusia.. Tiada perubahan yang pasti aku dapat lakukan.. Bukannya aku ada hak untuk hapuskan, musnahkan ataupun iktiraf seseorang dalam kehidupannya.. Apatah lagi untuk aku menyemai perasaan kasih dan sayang diantara dua insan yang berbeda.. Itu bukan urusanku.. Dan pasti bukan hak aku untuk menentukan hala tuju hidup manusia lain..
Maka.. lebih elok untuk aku fikirkan mengenai ilmu dan dunia selepas ini serta menjadikan dunia ini lebih baik dari semalam.. Lakukan apa yang terbaik aku boleh lakukan.. Dan semoga aku tidak berada dalam golongan orang-orang yang rugi..
No comments:
Post a Comment