Pages

Monday, 9 July 2012

Self-motivating and Perfectionist..

Being reading lately.. to be exact reading manga... Still, mungkin ramai yang akan beranggapan dan masih beranggapan nothing good come from manga, anime and games.. Tapi untuk aku dan khas untuk aku... It broaden my horizon and self-reflect towards my own life.. So  nnt ada pulak orang lain akan cakap yang aku self-absorbed into those kind of thing and so on.. Lantak la apa orang nak cakap, tapi bagi aku setiap kali aku baca manga or main game tertentu, the answer towards my challenges is there.. Mungkin itu cara Allah sampaikan pesanan-Nya dalam hidup aku.. Itu hanya Dia yang Maha Kuasa yang mengetahui akan urusan-Nya.. Anyway, it teach me a lot.. and make me think a lot and the self-reflection is awesome.. Aku rasa jarang aku boleh termotivate dengan kata-kata orang lain  dan kejadian yang berlaku depan mata.. Selalunya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.. Tapi bila aku baca manga dan main game... Aku letakkan diri aku dalam situasi karakter dalam perjalanan hidup diorang.. Berfikir dan memahami setiap tindakan dan perbuatan yang telah, sedang dan akan dilakukan... It is simply amazing..
Contohnya, tempoh hari.. waktu bulan 2 yang lalu, di mana aku tengah bersedih (nanti ada la manusia suruh aku baca buku La-Tahzan, dan akan cakap lagi bagus baca buku nie dari baca manga. Yes aku admit dan aku baca sikit-sikit jugak. Tapi aku yakin dan percaya hubungan aku dan Allah itu dalam pelbagai bentuk, wireless.. Dia boleh berkomunikasi dengan aku dalam pelbagai cara). Maka terjumpa la aku satu manga ni.. Tajuk dia tak silap ‘History Strongest Disciple Kenichi’.. Baca punya baca.. Kebanyakan memang kene kat batang hidung sendiri.. Lagi-lagi bila aku dah nak give up dalam  percutian kali ni.. Seolah-olah inilah penamatnya dan aku dah nak admit defeat.. Simple jer ayat dalam manga tu.. Antaranya “Even though it is smaller, it does not mean there is no progress”, “Your strength and determination resemble your true power of conviction” dan “The observer eyes is strong while the seeing eyes is weak”. Ayat-ayat simple macam ni buat aku berfikir, buat aku muhasabah diri.. Belum lagi ambil kira jalan yang dipilih oleh karakter dalam cerita tu untuk perjuangkan apa yang dia percaya..
Dan baru-baru ni aku baca manga Baby Steps.. Aku pun tak pasti macam mana aku tetibe click butang read.. Sedar-sedar, aku start baca dari satu chapter ke chapter yang lain.. Dan secara tak langsung memberikan aku refleksi dan pengajaran dalam hidup aku.. Ceritanya bermula dengan ‘Honour Student’ nie.. Memang hebat dalam akademik dan jadual dia cukup tersusun dan super perfectionist.. Pandai memang sangat pandai ar.. Dan dia sedar dia perlu excercise untuk berada dalam keadaan sihat dan ada dalam jadual hidup dia, dia sediakan masa untuk dia excercise.. Cuma dia tak pasti dia nak buat apa.. Dan ada kawan baik dia pun ajukan soalan dekat dia.. In which dia enjoy tak kehidupan nie.. Yang mana akhirnya buat dia berfikir akan hidup dia selama ini.. Happy ke tak.. Di pendekkan cerita akhirnya dia join club tennis, dari tak pandai langsung tapi disebabkan sikap rajin tahap gaban dia campur sikap perfectionist dia dan tak mudah menyerah kalah.. Dalam hampir 2 tahun tahun dia main tennis, dia berazam untuk jadi pemain professional.. Just because dia rasa tennis tu seronok untuk dia (Lepas dia menang ada satu perlawanan yang genting)... Yang  mana sepanjang aku baca cerita tu, aku teringat yang mana dulu aku pown perfectionist gak tapi tak tau kenapa, lama kelamaan sifat tu makin pudar.. Dan bila aku refleks kat diri aku, prestasi aku makin merosot dan hidup aku makin tak terurus kalau nak dibandingkan time aku perfectionist dulu.. Yang mana aku merancang berpuluh plan dan steps dalam kehidupan ni (By the way, itu yang budak tu buat dalam tennis, dia merancang semua possibility pergerakan musuh dia).. Dan setiap hari dia akan tulis dalam notebook dia refleksi diri dan macam mana nak improve untuk jadi lebih baik.. Makin aku baca, makin aku rasakan ada banyak persamaan antara dia dan aku yang dulu.. Dan sampai satu tahap, bila dalam tu ada ceritakan teori psikologi yang mana gabungan antara reasoning dan intuition merupakan perkara yang penting dalam lakukan sesuatu perkara buat aku berfikir lebih jauh.. Macam-macam ulasan diberikan... Beza antara apa yang aku nak buat dan apa yang aku kene buat.. Yang mana kalau kedua-duanya benda yang berbeza.. Susah untuk sampai tahap I like what I do and I do what I like.. Maka sebagai contoh kalau dalam percutian aku kali ni, kalau aku boleh jadikan percutian ni sebagai perkara yang aku nak buat dan yang aku kene buat.. Aku punya subconscious and conscious mind akan bergerak seiring sejalan.. Setiap langkah otak dan badan akan bergerak dalam satu irama saling melengkapi antara satu sama lain.. Yang mana waktu kat UTM aku namakan sebagai penyatuan jasad dan roh.. Yang mana synchronisation yang paling tinggi manusia boleh alamai dan rasakan.. Cuma untuk capai tahap tu bukan mudah.. Kalau kita selalu buat apa yang kita nak, dan bukan apa yang kene buat.. Kita akan selalu tinggalkan benda yang hakiki dan penting untuk teruskan kehidupan.. Dan kalau kita selalu buat apa yang kene buat berbanding apa yang kita nak buat.. badan akan jadi over-stress dan keinginan untuk diri sendiri akan terus diabaikan.. Sambil aku menelaah manga ni, fikiran aku terbang jauh mengimbau balik kehidupan seharian aku.. Menarik balik semangat-semangat yang sedia ada dan mengubah persepsi terhadap percutian kali ini.. Secara jujurnya, makin aku baca.. Makin banyak improvement yang aku boleh lakukan dalam hidup ni.. Walaupun dari tak tau apa-apa, tapi kalau aku inginkan sesuatu, aku pasti dengan izin Allah akan dapat kecapi impian tu jugak.. Dan waktu aku doubtful dalam hidup aku, time tu jugak tetibe aku sampai kat chapter yang mana believe in yourself memainkan peranan yang penting.. Sekuat mana diri aku, sehebat mana diri aku.. Bila masa aku mula tak percaya akan diri aku.. Takkan aku menapak walaupun selangkah ke hadapan..
It is simply amazing.. Sumber motivasi yang cukup ringkas.. Itu pendapat aku dan macam mana aku dapatkan sumber inspirasi dan refleksi dalam diri aku.. Mungkin ini rezeki dan nikmat aku di mana aku dapat berkomunikasi dan berbicara dengan manga yang aku baca ataupun game yang aku main.. Aku tak pasti kalau ada yang merasakan perkara yang sama.. Cuma aku rasakan, tiba masanya untuk aku kembali ke jalan yang lalu.. Dimana aku akan jadi perfectionist dalam semua perkara.. Merancang pelbagai perkara dan bersedia dengan kemungkinan yang melanda disamping percaya pada Allah dan diri sendiri dan akhirnya berserah pada Kuasa Allah untuk tentukan apa yang terbaik untuk aku.. Persetankan.. Abaikan kata-kata  manusia kerna aku tak hidup dek puji dari dirimu apatah lagi aku tak mati dek herdikan dan hinaan darimu..

2 comments:

Ila said...

tak larat nak bace entry panjang ni... but i want to share a secret with you:) at 31 yo, i still reading and watching anime...

apa boleh buat, makes me happy:)

Zamir said...

Hehe.. Skang nie memang trend reveal secret ek cikgu..

Betul betul.. La kalau dulu tau cikgu layan anime sume.. Leh bagi pinjam komik saya beli setiap kali outing.. Hahaha...

Yang penting happy..
Peace XD..