Pages

Wednesday, 25 July 2012

Kemaafan pengubat diri..

Ada pelbagai hikmah rupanya pabila kita menyendiri dan mendalami diri dalam satu-satu masa.. Patutlah Rasulullah acap kali berkhalwat pabila Baginda resah dan risau melihat perbuatan kaumnya..

Selepas mendalami intipati Qanaah tempoh hari.. Hidup ini lebih sempurna dan lebih di nikmati.. Semuanya serba lengkap dan serba cukup.. Manusia diciptakan sebagai makhluk yang cukup sempurna sifatnya dan darjat serta martabatnya diangkat lebih tinggi daripada haiwan.. Maka tidak mustahil adaptasi dan evolusi mengikut persekitaran mampu dihadapi dengan baik.. Selepas menikmati setiap nikmat yang diperoleh hati ini mula memperlihatkan nilai lain yang perlu diperbaiki..

Ada benarnya pabila manusia mengungkapkan Ramadhan mempunyai keunikan dia tersendiri.. Ia mengajar manusia untuk melihat diri ini dan apa yang tersemat dalam hati setiap penghuninya.. Dan aku sedar nilai yang telah lama tidak digilap merupakan nilai yang berdiri dengan sendirinya.. Iaitu mampu memaafkan dan melupakan.. Jika tidak silapku, ada dalam antara pesanan Rasulullah kepada umatya untuk memaafkan dan melupakan akan kesalahan seseorang itu.. Aku dapati hari ini, hatiku begitu kusam dan kotor sekali.. Itu hakikatnya.. Dan aku rasakan kerna hati yang sebegini membuatkan hidup aku tidak ceria dan semotivasi semasa aku masih kecil dan di alam persekolahan.. Yang mana sifat dendam dan pembalasan tidak pernah wujud.. Nauzubillah, adakah diri aku sekarang ini terlalu ingin pembalasan dan bagaikan Vendetta yang mencari mangsanya... Semoga hari ini dan di bulan yang penuh keberkatan ini, hatiku boleh disucikan kembali.. Dibersihkan dan dilahirkan kembali sebagai hati seorang bayi..

Maka, di saat dan ketika ini aku memaafkan segala kesalahan dan kesilapan semua makhluk Allah terhadap diri aku.. Dan tidak akan aku mengungkit atau mencari jalan untuk membalasnya dengan tanganku sendiri.. Bukan hak aku untuk membalas dan bukan tugasku untuk membalas kerna jika aku mula membalas dengan tanganku sendiri, bukankah aku menzahirkan bahawa aku tak percaya pada hari pembalasan.. Nauzubillah.. mintak-mintak dijauhkan perasaan sedemikan rupa..

Pesan ibuku sewaktu kecil mula terngiang kembali.. Biarlah apa yang orang buat kat kita.. yang penting kita buat baik pada semua orang.. Pesan guru-guruku lagi, jangan berdendam dan jangan simpan dalam hati.. Sabar dan teruskan bersabar kerana Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar.. Kata-kata ini mengejutkan mimpi aku pada pagi tadi.. Membuatkan aku berfikir sejenak.. Adakah ini peringatan yang ingin disampaikan kepadaku.. dan sejak bilakah aku hilang nilai sabar dan mula berdendam..

Bila difikirkan.. Kekuasaan yang aku miliki sekarang jauh berbeza semasa dibangku sekolah, mungkin sewaktu di sekolah aku tidak mempunyai kebolahan dan kuasa terhadap seseorang individu.. Maka aku tidak berkuasa untuk melaksanakan dendam dan perasaan tak puas hati.. Namun kini, dengan nikmat akal dan jasad yang Allah kurniakan.. Aku memiliki kuasa tersebut dan aku terlupa akan nilai kesabaran, kemaafan yang tersemat dalam hatiku di awal hidupku.. Adakah kerana kuasa dan kebolehan aku hanyut dalam perasaan dendam dan pembalasan sehinggakan aku terlupa akan istilah kemaafan..

Ia membuatkan aku terus berfikir, mengapa hidupku begitu kusam, sugul dan tak bermaya.. Mungkin disebabkan hari demi hari apa yang aku fikirkan kesalahan dan dendam serta perlaksanaannya terhadap orang yang dah melukakan aku.. Kerana aku fikir aku boleh melaksanakannnya membuatkan aku mula berfikir akan matlamat menghalalkan cara tanpa sedetik pun terfikir pembalasan itu hak Allah dan bukannya hak Aku.. Betapa rendahnya darjat kemanusiaan aku pabila hati ini mula  kotor dengan perasaan dendam dan pembalasan..

Namun, aku bersyukur.. Pabila Allah memberi peluang untuk aku menyendiri dan berfikir akan diri ini.. Aku sedar akan kotor dan jijiknya hati yang telah aku bina selama ini.. Dan ini merupakan masa yang terbaik untuk aku berubah.. bukan setakat ni mulut malahan turun ke hati.. Tibalah masa untuk memaafkan dan melupakan.. Mungkin inilah intipati sebenar perkataan 'Move On' yang ramai ungkapkan dewasa kini... Maka aku rasa ada baiknya aku memaafkan segala kesalahan semua makhluk Allah terhadapku dan semoga mereka memaafkan akan kesalahanku jua.. Dan tiba masanya untuk aku lupakan semua perasaan negatif dalam diriku...

Lupakan akan perasaan dendam dan pembalasan
Lupakan akan perasaan iri hati dan cemburu
Lupakan akan perasaan membandingkan harta dan pangkat
Lupakan akan perasaan khianat
Lupakan akan perasan kasih dan sayang yang tak kesampaian

Dan

Lupakan segala perasaan yang negatif wujud dalam hati ini..

Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah kekuatan pada diriku untuk melihat hari ini dan hari esok yang lebih positif dan hapuskan lah perasaan negatif dari bercambah dalam hati hambaMu ini Ya Allah.. Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani...

7 comments:

FaFa said...

Sunyi itu kan indah.

Selamat berpuasa dan selamat berbuka zamirrr! ^^

Zamir said...

Alhamdulillah.. Sunyi itu cukup indah.. Membuatkan kita lebih menghargai alam.. Cicipan burung, deruan angin dan rengekan cengkerik membuatkan kita ingat kembali dari tanah kita diciptakan, dan kepada tanah jualah kita kembali sebelum bertemu denganNya..

Selamat berbuka dan berpuasa Tiha..

P/S: Sampel dah hantar kan?

FaFa said...

Bestnye dpt timba pengalaman kat ngra org...hihi

Sampel on going lagi... fath pon nak tumpang 3 sampel, boleh x?

kalau dikira2, errr....lebey kurang 20 sampel utk first round? huhuhu...
Sorry lah kalau bilangan tu memeranjatkan... >.<

Rasenye zamir kene bg alamat rumah baru lah....kalau hanta hr jumaat ni...still akan sampai awal bulan 8....

Zamir said...

Alhamdulillah tiha, diberikan nikmat melihat dunia yang lain dari yang lain.. InsyaAllah kalau ade rezeki akan sampai jugak tiha kat sini.. ataupun mana-mana negara lain..


Owh.. 20 tu semua untuk Raman dan PL ke? kalau untuk Raman and PL takde masalah.. kalau utuk SEM or TEM.. tu masalah besar gak tu.. haha.. sebab keupayaan mata aku untuk buat SEM/TEM dah berkurangan.. huhu..

Alamat rumah baru dah hantar through your email..

Wah.. makin berkembang maju la sampel-sampel tu.. macam-macam bentuk data dah ade dah..

FaFa said...

Okay, noted, dah reply kat email...hihi

Anonymous said...

Rasulullah berkhalwat? ke berselawat? hiihi

Zamir said...

Sure Tiha.. noted too..

Cik Anon, berkhalwat menurut kamus dewan membawa erti mengasingkan diri di tempat yang sunyi atas tujuan beribadah dan bertafakur... Harap dapat menperincikan dan mengelakkan kekeliruan di masa akan datang..