Pages

Monday 23 July 2012

Qanaah.. Kunci pelengkap diri..

Qanaah.. Jawapan yang mungkin aku cari selama ini.. Bila berbicara mengenai kehendak dan keinginan.. Fantasi dan ilusi selalu mengaburi mata yang melihat dunia secara zahirnya.. Qanaah membawa erti cukup dan redha dengan nikmat Allah.. Ianya membuatkan manusia berhenti dalam perlumbaan yang tiada penghujungnya.. Membuatkan manusia berhenti seketika dan mengatur kembali nafas perjuangannya.. Ianya membawa erti yang mendalam bagi Ramadhan aku kali ini.. Membuatkan aku berhenti dengan perancangan demi perancangan namun hanya tertumpu dengan rezeki dan nikmat yang terbentang luas di depan mata.. Dengan sifat ini, ia menghindarkan kerisauan menusuk ke dalam benak tubuh ku.. Tidak perlu risau akan duit belanja yang selepas habisnya biasiswa kali ini.. Risaukan apa yang akan terjadi jika itu dan ini.. Membuang sekaligus premis backup plan.. Tak dinafikan manusia sentiasa mempunyai perancangan namun bagi diriku.. Perancangan aku selalunya akan disisipi dengan perancangan kecemasan dan sebagainya.. Tak salah untuk aku merancang cuma sifat qanaah sering dilupakan.. Membuatkan selalu hanyut dalam perlumbaan dunia..
Sifat ini membuatkan aku duduk dan merenung kembali apa tugas dan tanggunjawabku tanpa menafikan tak mustahil akan jatuhnya hukum fardhu ain untuk ilmu yang hanya aku memiliki kepakaran untuk terokai.. Bila difikirkan, tanpa sifat ini aku takkan mudah untuk berpuas hati.. Aku sering merujuk diriku dahulu.. Walaupun diriku yang dulu mempunyai seribu satu kelemahan, namun sifat qanaah itu hampir pada tahap yang terbaik aku pernah alami.. Di bangku sekolah mahupun zaman ijazah, aku sering kali merasakan semuanya cukup untukku.. Mungkin ada yang berkata aku datang dari keluarga yang berada, gred aku dalam keadaan yang memberangsangkan.. apa lagi yang aku inginkan.. Itu kata mereka, namun tak semestinya itu hakikat sebenar.. Bila melihat zaman di MRSM walaupun kadangkala aku memilih makanan, namun apa yang ada, aku terima seadanya (melainkan yang memang tak lalu nak makan la).. Bila masuk ke UTM.. dengan berbekalkan duit belanja RM270 sebulan.. Apa yang mampu aku suapkan ke dalam mulut.. itulah lauk harianku.. Tak pernah aku membandingkan antara nasi lemak telur yang aku makan setiap hari dengan hidangan dan juadah rakan-rakan ku yang lain.. Tanpa rasa muak, rasa jemu mahupun rasa malu makan juadah yang sama saban hari..
Dalam keinginan harian, tak pernah terdetik untuk memilik permainan yang canggih dan up-to-date.. Bukan stakat PS, PS2, PSP malahan segala macam yang lain tidak diendahkan.. Perancagan duit dibuat dengan rapi hanya untuk keperluan demi hidup dalam melayari bahtera ilmu.. Tidak terdetik untuk memiliki broadband (pada mulanya)... camera, laptop baru ataupun gadget-gadget terkini pada zaman itu..
Selepas mendapat kenaikan elaun pada tahun akhir kepada RM480 sebulan, tiba-tiba terasa mobile broadband menjadi keperluan namun kerana bajet yang tak mencukupi aku berkongsi bersama rakanku.. Cukup dengan itu dan gunakan bila perlu..
.
.
.
Namun bila aku renung kembali.. Diriku 5 tahun lalu berbeda dengan 3 tahun lalu sejak berada di sini.. Sedikit sebanyak diriku dimamah dengan kehendak dan keinginan yang tiada batasannya.. Mula rasa bosan dengan makanan yang sama.. Mula inginkan gadget-gadget tertentu.. Mula membandingkan apa yang aku miliki dengan rakan yang seusia denganku.. Adakah kerana elaun yang lebih banyak jika dibandingkan dengan waktu ijazah dulu membuatkan sifat cukup dan redha dengan nikmat Allah lesap begitu saja... Persoalan ini menjengah fikiranku pagi tadi.. Bertanya apa yang aku inginkan..
Membuatkan aku terfikir.. Kehidupan aku yang serba mudah dan cukup minimum suatu masa dulu macam mana boleh berubah dengan drastik.. Sehinggakan dari tiada kamera digital sehingga memiliki kamera digital.. Dari telefon bimbit yang cukup untuk membuat panggilan kini kepada telefon yang mampu melakukan seribu satu fungsi.. Dari tiada 'console' permainan sehingga mempunyai yang 3 atau lebih.. Dahulunya tidak kisahkan nasi lemak dan telur.. Kini inginkan lauk pauk dan juadah bagaikan seorang raja.. Lengkap dari pembuka selera hingga ke pemanis mulut.. Dari tidak pernah risaukan penampilan di kaca mata manusia, kini mula mempersoalkannya..
Dari apa yang aku perhatikan, semua ini terjadi kerna hilangnya perasaan cukup pada diri sendiri dan redha dengan nikmat Allah.. Dan yang lebih buruk, aku hampir terburu-buru mencari kerja sementara kerana risau akan percutian yang entah bila akan tiba penamatnya dan risau akan biasiswa yang akan tamat hujung tahun depan.. Sejak bila aku mula risaukan akan masa depan dan perkara yang tak pasti.. Adakah kerana maintainence diri aku yang dah meningkat membuatkan diri aku insecure.. Ataupun kerana terlalu banyak perkara lain yang aku inginkan sehinggakan aku rasa semuanya masih tidak cukup..
Terlalu banyak perkara yang aku inginkan.. Aku rasa itu jawapan yang paling mudah yang membuatkan sifat qanaah itu hilang dari diri aku.. Dan bila aku membuka ruang lingkup kehidupan aku kepada rakan-rakan dan manusia di persekitaran.. Aku mula melihat apa yang mereka miliki dan membandingkan dengan diri ini.. Bukan niat aku untuk salahkan manusia lain.. Semua kesalahan terletak di bahu aku sendiri.. Aku yang gagal dalam membawa sifat qanaah dalam hati ini untuk kekal bersama setiap masa..
Alhamdulillah, di bulan yang mulia ini.. Peringatan yang cukup jelas membawa mesej yang cukup kritikal dalam hidup aku.. Hidup mati aku dalam ketentuan Illahi.. Rezeki juga datang dariNya... Ini bukan memberi lesen untuk tidak berusaha dan bermalas-malasan.. Tetapi memberi peringatan untuk sentiasa lakukan terbaik untuk hari ini dan serahkan urusan keesokan hari pada yang Maha Mengetahui..
Ya Allah ya Tuhan kami.. Kau kurniakanlah sifat qanaah ini kepada diri kami supaya kami tidak tersasar dalam mencari keredhaanMu.. supaya kami tak sedih, iri hati, dengki mahupun bermuram durja jika kegagalan menerjah tiba dan tidak pula kami terlalu melompat keriangan pabila kejayaan jatuh ke riba.. Ya Allah ya Tuhan kami, tanamkanlah sifat cukup dan redha dengan nikmatMu.. Hindarkanlah diri Kami dari sentiasa mengejar harta dunia dan membanding-bandingkan antara Kami kerana sesungguhnya perbuatan itu hanya mendatangkan mudarat kepada diri, keluarga dan masyarakat kami Ya Allah.. Ampunilah segala dosa dan kesalahan diri kami, baik secara segaja mahupun tidak sengaja dan permudahkanlah perjalanan kami untuk masuk ke dalam syurgaMu Ya Allah.. Amin Ya Rabbal Alamin..

No comments: