Pages

Sunday, 15 July 2012

Kembalinya dari Liverpool..

Sebelum memulakan bicara dalam keadaan lebih serius dan menceritakan perihal perjalanan percutianku.. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan pada Fatin dan Syafiq kerana telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka tempoh hari.. Tahniah juga buat Yani dan Zarif yang tak sampai setahun belayar dalam bahtera rumah tangga dan tak lupa kepada saudara Amrul kerana telah selesai upacara pertunangan beliau.. Syafiq your're so lucky to get Fatin.. Fatin, erm I dunno much about Syafiq.. Tapi ayah dia super cool.. Will love to chit chat and talk about life with his father again!!!! Anyway, to Syafiq and Zarif, sorry kalau aku terlebih friendly dengan wifey korang.. Takde niat tersembunyi.. dan harap kurang takde perasaan tak selesa or jealous or marah ke ape..

Perjalanan tempoh hari ke Liverpool mempunyai beberapa tujuan dan tujuan utama just to meet my former lectrurer/advisor/boss/mak angkat dan banyak la lagi slash yang boleh disenaraikan.. Dan tak disangka-sangka kawan yang kenal waktu sekolah and to be exact time Science Camp melangsungkan upacara akad nikah di sana.. So kill two bird with one stone la kan.. Upacara serius sempoi dan senang giler nak kawin.. Takde la complicated kat Malaysia.. It is a good idea tho.. Sedikit sebanyak mengurangkan kebarangkalian wujudnya entiti zina dalam masyarakat setempat..

It's been a while since jumpe Dr Rusmidah.. Yup she's the one.. Antara wanita dalam hidup aku yang mengubah hidup aku dan membimbing diri ini menjadi apa yang aku jadi sekarang mengikut kehendak Allah swt... Waktu mula-mula berjumpa, air mata mula bergenang namun disebabkan dalam majlis dan di masjid apatah lagi ramai  tetamu yang hadir.. Sebak di dada terus menerus dipendamkan.. Kehadiran beliau di sisi cukup untuk menjawab seribu satu perasaan yang terbuku di hati..

Walaupun sekejap tempoh perjumpaan kami.. Namun sempat meluangkan masa untuk berbicara perihal kehidupan diriku dan dirinya.. It is simply amazing.. Just being there, she remind me how amazing I am and how strong my determination back then.. By her being there by my side.. Bencana dan juga permasalahan yang menganggu kehidupan ini bertukar menjadi nikmat dan rahmat Allah.. Tak dinafikan, kata-kata Allah itu satu kepastian.. Selagi kita bersyukur dengan kehidupan ini, semua bencana yang berlaku sebenarnya nikmat yang diberikan pada hambaNya.. Cuma ianya menjadi nikmat setelah hambaNya bersyukur.. Tak ku sangka-sangak jika tak terjadinya kejadian tempoh hari yang membuatkan aku hampir kecewa dan putus asa.. Tidak akan aku berpeluang untuk meneroka ilmu alam ini dengan lebih meluas.. Melengkapkan pelayaran ilmu, bahtera percutian ini dengan lebih baik.. Maha Kuasa Allah.. Dikau datangkan nikmat padaku dalam pelbagai bentuk dan cara.. Alhamdulillah, segala puji buatMu Ya Allah..

Apart from that, dengan sedarnya perkara ini... Aku tak sepatutnya mengalah.. Dan Alhamdulillah pada masa tu seolah-olah semangat juang terpancar-pancar dari badan.. Sampaikan tingkap berhabuk di oldham street menjadi saksi penerokaan ilmu baru dan mungkin tersimpan rahsia untuk aku menyelesaikan percutianku.. Dengan khusyuk kawasan yang penuh debu menjadi padang permainanku.. Dengan penuh lincah tangan serta jari-jemari ini laju mencoret dan mencurahkan ilmu bagi melengkapkan misteri yang ditinggalkan Allah kepada diriku untuk diterokai dan dimanfaatkan. Semoga ianya menjadi ilmu yang bermanfaat buat manusia di masa akan datang..

Sepanjang perjalananku pulang ke Bristol.. Dua perkara bermain dalam fikiranku.. Dengan hati yang sebak meninggalkan Dr Rusmidah di Lime street.. Entah bila akan dapat kita bertemu lagi.. Perkara pertama yang bermain dalam fikiran.. Tak ku sangka walaupun sekian lama tak berjumpa.. Masih terpancar cahaya kenyakinan dalam dirinya dan dalam mereka sekeluarga buat diriku.. Yang mana mereka masih percaya bahawa aku boleh capai apa yang aku inginkan dan lakukan yang terbaik.. Dalam keadaan aku meragui akan keupayaan diriku aku.. Aku dapat rasakan yang tak ada seorang pun mengalah dalam mempercayai azam dan iltizam aku untuk menyempurnakan ilmu ini.. Tambahan pula aku harap kehadiranku secara tak langsung sedikit sebanyak menjentik semangat dalam diri mereka dan semoga menjadi pembakar semangat kepada rakan-rakan yang lain.. Semoga diriku akan menjadi matahari dan kekal sebagai matahari yang memberi sinar harapan dan perangsang kepada manusia untuk terus lakukan yang terbaik dalam hidup mereka.. 

Perkara kedua yang bermain dalam fikiranku..
.
.
.

Perkara ini mungkin tidak asing lagi buat diriku.. Cuma aku tak pasti hendak bermula dari mana.. Kerana aku bukannya multi tasker yang terbaik.. Ianya melibatkan soal hati dan perasaan.. Bila kini baru diriku faham kenapa kakakku dan siti fairus berkahwin pada tahun-tahun terakhir mereka di sini.. Kerana ianya melibatkan soal hati dan perasaan.. Bila aku berbicara dengan Dr soal ini.. Jawapan beliau cukup mudah... carilah satu.. dah tiba masanya.. Namun jawapan itu kekal sama sejak 3 4 tahun yang lalu.. Bila difikirkan balik.. Semua yang berlaku dalam hidup ini mustahil untuk dipendam seorang diri.. Apatah lagi bila apa yang aku lakukan kali ini akan mencabar fizikal dan mental aku pada tahap yang baru.. Untuk bercerita kisah suka dan duka perjalanan percutian ini satu kepastian dan tak akan lari dari mana-mana manusia.. Cuma bagiku, itu akan menjadi permasalahan utama jika ianya akan terjadi.. Lebih-lebih lagi diri ini menyimpan seribu satu rahsia yang disisip rapi dari teman-teman seperjuangan dahulu dan sekarang.. Bila difikirkan balik, manusia mana yang dapat bertahan dengan seribu satu rahsia ditambah dengan perjuangan yang mencabar mental dan fizikalnya.. In short, aku perlukan teman untuk berbicara.. Setiap tempoh perjalanan aku, akan wujud teman untuk aku berbicara.. Namun perjuangan kali ini bagaikan aku seorang diri.. Tiada lagi Hafidz, tiada lagi Amrul, tiada lagi rahman, tiada lagi khalif.. Tak dinafikan kami hanya dipisahkan dengan beberapa butang yang melekat pada telefon bimbit.. Namun perjalanan hidup yang berbeza membuatkan dunia dan pemahaman kita berbeza.. tak ada niat untuk mengatakan hidupku terlalu kompleks dan tiada sesiapa yang memahami.. Cuma bagiku mereka semua mempunyai komitmen sendiri... Ada yang bakal berumah tangga, ada yang mengharungi alam pekerjaan dan sebagainya.. Bila difikirkan lagi teman yang mungkin ada.. Tiada satu pun terpancar dalam minda..

Dan ini menimbulkan tanda tanya.. Mampukah aku mengharungi cabaran-cabaran terakhir ini bersendirian.. Ataupun akan hadirkah teman yang memahami percutian ini dan setia di sisi waktu suka dan duka, susah dan senang, tawa dan tangisan.. Persoalan yang aku sendiri tak pasti.. Yang mampu aku lakukan ialah mencabar mental dan fizikal aku pada tahap yang kritikal dan memaksa transformasi bagi mengadaptasi dan bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku di masa hadapan.. Untuk menunggu hadirnya teman bicara aku sendiri tak pasti.. Maka yang mampu aku lakukan hanyalah mengangkat pedang menghunus senjata dan terus berjuang sehingga titisan darah yang terakhir membasahi bumi ini kerana ilmu demi Allah dan Rasul yang tercinta.. Allahuakbar!!!..

No comments: