Alhamdulillah, syukur aku ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan pelbagai nikmat hidup di dunia ini.. Tak lama lagi aku akan meneruskan pengembaran percutian pada skop yang baru.. InsyaAllah hari Khamis ni aku akan bertolak ke US untuk kali kedua.. Tak ku sangka percaturan Maha Kuasa itu begitu indah.. 10, 15 tahun dahulu bukan stakat US, UK pun tak pernah tergambar dalam fikiran aku.. Apatah lagi untuk menjejakkan kaki ke sana.. Dan lebih hebat lagi percaturanNya.. Dalam masa kurang dari 6 bulan aku berulang alik US-UK lebih dari sekali dan mungkin lebih kerap lagi lepas ni.. Itu bukan urusan aku, aku hanya serahkan pada yang Maha Esa lagi Maha Mengetahui..
Cuma.. aku mengerti perjalanan aku kali ini bukannya mudah.. Tempoh untuk aku pergi kali ini bukannya satu tempoh yang sekejap... Ada yang katakan sebulan itu boleh berlalu begitu saja.. Ada yang kata setahun boleh melintasi kita bagaikan angin sepoi-sepoi bahasa.. Namun aku mengerti situasi aku sekarang ini.. Dan aku pasti ianya sebuah epliog berjalan yang lebih sunyi.. Harapnya ianya bukan perjalanan yang tak kembali..
Sejak kebelakangan ini aku sentiasa diingatkan.. Buatlah sesuatu selagi masih ada masa.. Setiap kali aku terbangun di waktu pagi.. Aku selalu teringat apa lagi yang perlu aku lakukan.. Siapa lagi yang perlukan aku penuhi hak mereka sebelum aku pergi.. Sebelum terlewat dan sebelum aku menyesali tindakan yang tidak aku lakukan.. Aku tak pasti sama ada ianya membawa maksud tertentu atau tidak.. Namun setiap hari setiap masa aku cuba untuk terus mengukirkan senyuman dan memberikan apa yang terbaik buat insan di sekeliling aku.. Sebab tiada siapa yang tahu adakah ini yang pertama... adakah ini yang terakhir kerana semuanya milik Allah dan ketentuan dariNya adalah sesuatu yang pasti..
InsyaAllah sekarang ni masih ada masa lagi.. Masih ada beberapa perkara yang aku perlu laksanakan sebelum aku mulakan pengembaraan baru ini.. Perjalanan ini seperti biasa, yang aku sendiri tak pasti mana hujung dan mana pangkalnya.. Mungkin ini jugalah sebabnya kenapa aku sentiasa berlari-lari dari menjawab soalan bila aku nak berpunya dan sebagainya.. Kerana bukan mudah untuk seseorang menerima sebahagian dari dirinya hidup dalam ketidakpastian.. Sebahagian dari dirinya sentiasa tidak mempunyai perancangan yang tetap.. Mungkin dari luaran ada yang katakan perancangan aku tampak cukup teratur untuk 3-5 tahun akan datang.. Tapi sejak 3-5 tahun yang lalu perancangan aku berubah-rubah mengikut keadaan.. Fleksibel dalam keadaan yang tersendiri..
Untuk katakan aku tak risau dan gusar dengan ketidakpastian ini.. Memang tipu ar.. Cuma buat masa ini aku lebih mudah menyerahkan urusan jangka masa panjangku pada tangan Penciptaku.. Yang pasti dalam setiap tindakan, aku lakukan yang terbaik.. dan sejujur mungkin.. sebaik mungkin.. Sebab aku sendiri tak pasti sejauh mana hayatku dalam kitaran hidup ini.. Kerana pabila masanya tiba.. Aku mungkin pergi dan takkan kembali.. Bila dan di mana ketikanya.. Bukan urusan aku.. Urusanku hanyalah lakukan yang terbaik terhadap diriku dan terhadap hak-hak insan yang lain..
Hari ini, Alhamdulillah banyak perkara yang melibatkan tanggungjawab dan amanahku pada insan lain telah aku tunaikan.. Telah aku serahkan ilmu dan tanggungjawab sepatutnya pada mereka yang lebih layak.. Persediaan rapi telah aku laksanakan.. Ilmu yang aku ada telah ditinggalkan pada generasi yang mendatang.. Budaya dan bentuk pemikiran telah aku serapkan sebanyak mungkin dan asimilasikan dalam hidup mereka.. Mungkin ianya tidak sesempurna yang aku harapkan tapi InsyAllah tak banyak sedikit pun cukuplah untuk mencorakkan generasi yang bakal mendatang..
Perasaan ini hampir sama namun tak sekuat seperti aku meninggalkan rakan-rakanku di Malaysia.. Kerana dalam bentak hatiku, aku tahu aku pasti kembali ke sini dengan IzinNya.. Cuma aku khuatir diri yang pergi tak sama dengan diri yang kembali.. Maka buat masa ini aku redha dengan ketentuanNya dan aku dah lakukan yang terbaik.. Semoga aku tidak sesekali menyesal dengan perbuatan yang aku lakukan dan yang aku tak lakukan sebelum aku bertolak meninggalkan kawasan ini buat sementara waktu..
2 comments:
Gud luck zamir. Moga Allah permudahkan urusan zamir kat arizona. Sekejapp je masa berlalu. tup3, dah nak hbs dah msg2. Anyway thanks alot zamir.
-fatiha-
Thanks Tiha.. Hehehe.. InsyaAllah Tiha but I know that my journey will be longer than before.. Semoga your journey come to an end soon and semoga it will be as smooth as possible..
:D
Post a Comment