Hati ini mula tersentuh pabila melihat bagaimana amanah-amanah yang dipegang sahabat Rasulullah saw.. Lagi-lagi pabila hari kelahiran baginda bakal menjelang tiba.. Teringat situasi bagaimana Khalifah-Khalifah ini dengan beraninya menyuruh rakyat jelata menegur dan mengheret mereka ke muka pengadilan jika mereka berlaku kejam.. Itu belum dengan budi pekerti Rasulullah yang mana di saat-saat terakhir hayat baginda, pabila dipersoalkan akan tindakan dan ketidakadilan baginda.. Baginda terus memberi peluang pada umatnya untuk menuntut hak mereka ke atas dirinya.. Bila fikirkan begitu.. Jauh sekali budi pekerti aku nak dibandingkan dengan para sahabat.. Apatah lagi jika ingin menghampiri taraf Kekasih Allah swt..
Beranikah aku untuk secara terang-terangan membuka peluang untuk orang lain menuntut hak mereka di atas ketidakadilan aku selama ini.. Atas kepincangan yang aku lakukan.. Bukan itu saja, atas kelemahan dan kealpaan aku untuk melaksakankan tanggungjawab yang lain.. Sama ada yang aku sedar mahupun tidak.. Gugup rasanya nak mulakan bicara.. Kerana aku yakin dan percaya terlalu banyak salah laku dan pecah amanah yang telah aku lakukan selama ini.. Bukan itu saja, kejujuran aku turut akan dipertikaikan..
Nampak sangat bila aku tak berani lakukan sampai tahap tu.. Masih banyak lagi kekurangan dalam diri ini.. Dan masih jauh lagi gaya hidup Islam yang diterapkan dalam kehidupan seharian aku.. Sehinggakan risau aku pabila diperhalusi sumber halal haram sesebuah perkara yang aku nikmati.. Sejauh mana batas-batas Islam yang telah aku langgar ataupun yang aku pandang enteng selama ini.. Sejauh mana mata ini memandang hina dan jelek pada sesetengan manusia lain.. MasyaAllah.. Terlalu banyak keburukan yang ada pada diri ini dan rasa malu pabila ingin mengatakan diri ini Islam.. Kerana masih jauh untuk aku mencerminkan keperibadian Islam dalam gaya hidupku..
Namun bila aku terperangkap dalam status untuk memperbaiki diri ini.. Aku melakukan kesilapan demi kesilapan dalam aspek yang lain.. Antaranya, walaupun keperibadian aku dalam keadaan yang boleh dipertikaikan, tak semestinya aku berhenti mendidik dan menyeru pada kebaikan.. Ini antara yang aku terlepas pandang.. Di mana dalam usaha untuk aku menjadi baik, aku terlupa tanggungjawab dan amanah yang diberikan padaku terhadap masyarakat sekitar..
Sehinggakan aku terus menutup pintu untuk mendidik dan menegur mereka yang penting dalam hidupku.. Untuk memberi peringatan pada mereka.. Memberi tunjuk ajar dalam liku-liku kehidupan supaya tidak mengulangi kesilapan laluku.. Dan pabila ada yang terlalu cepat terluka atas teguran aku.. Aku sendiri terlalu cepat mengalah dan terus katakan he's unfixable dan sebagainya.. Sedangkan aku sendiri tak istiqamah dalam membawa perubahan.. Aku tak boleh salahkan yang terus bermasalah.. Aku sendiri harus kreatif dalam mendidik.. Hati manusia untuk ciptaannya cukup sempurna.. Ada pelbagai cara untuk lembutkan ataupun keraskan ia.. Maka tanggungjawab aku untuk memahami dan mendidik supaya ianya tergilap bagaikan kilauan berlian dini hari..
Setiap herdikan, kemarahanku dan juga teguranku bukanlah niatnya untuk merendah-rendahkan dirimu.. Semuanya aku lakukan kerana kasih sayang dari diriku ikhlas untuk dirimu dan kadangkala mungkin ianya agak kasar.. Maafkan daku kerana aku juga masih belajar, belajar untuk menjadi seorang pendidik, seorang rakan yang baik..
Setiap herdikan, kemarahanku dan juga teguranku bukanlah niatnya untuk merendah-rendahkan dirimu.. Semuanya aku lakukan kerana kasih sayang dari diriku ikhlas untuk dirimu dan kadangkala mungkin ianya agak kasar.. Maafkan daku kerana aku juga masih belajar, belajar untuk menjadi seorang pendidik, seorang rakan yang baik..
Begitu juga sebaliknya.. Setiap kali aku diherdik, ditegur dan dimarahi.. Akan aku cuba ingatkan diri aku supaya tidak terus melawan dan bertikam lidah mahupun bermasam muka.. Seharusnya diri ini lebih bersikap rasional dan sentiasa merasakan apa yang dilakukan oleh dirimu semata-mata atas dasar kasih sayangmu pada diriku.. Kerana jika dirimu tidak sesekali menyayangi diri ini, tidakkan dikau kisah akan apa yang aku lakukan, mahupun yang betul ataupun yang salah.. mahupun yang hak ataupun yang batil..
Terima kasih kerana terus menyayangi diri ini walaupun seteruk mana aku terus melayani dirimu.. Maafkan aku atas kekilafan aku dan tidak sesekali menghargai kasih sayang yang acap kali dirimu berikan..
No comments:
Post a Comment