Suasana malam ni membuatkan aku berfikir panjang.. Dalam menyusuri jalan-jalan dan rutin biasa yang aku alami dari sehari ke sehari.. Malam ni sesi muhasabah diri dalam bentuk yang berlainan.. Dalam bentuk yang membuatkan aku sedar siapa diri aku dan asimilasikan diri aku dengan nasihat ibu dan ayah.. Sejak kebelakangan ini aku banyak mengeluh.. Sana dan sini.. Sampaikan aku terlupa untuk ucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberikan aku nyawa dan nikmat hidup.. Dalam banyak-banyak hal, masih banyak lagi tertunggak.. Ada beberapa kekangan dan permasalahan dalam trip aku ke Arizona.. Aku pun tak pasti adakah ini petanda untuk diriku.. Ataupun usahaku masih belum cukup lagi..
Cuma aku baru tersedar dan tersentak.. Dalam aku meminta-minta semua ini.. Adakah aku masih tetap memberi.. Sebelum aku mula meminta sesuatu aku haruskan malahan wajib untuk memberi terlebih dahulu.. Aku mula menilai semua perbuatan dan amalan ku yang lalu.. Sedekah dan amal jariah... Sejauh mana aku memberi dalam sesuatu perkara.. Itu aku persoalkan diri aku.. Sejauh mana amal sedekah aku.. Sejauh mana harta aku digunakan di jalan Allah.. Makin lama aku fikir makin gusar dan rasa bersalah diri ini.. Makin rasa seolah-olah tak layak untuk aku meminta-minta pada Ilahi..
Aku dikurniakan pelbagai nikmat tak kira lah sama ada kemudahan asas, kawan-kawan, peluang yang tak pernah dikecapi insan lain dan juga kesejahteraan serta kesihatan.. Namun sejauh manakah aku memberikan balasan yang setimpal dalam pemberian aku kepada insan dan makhluk lain.. Bilakah kali terakhir aku berkongsi nikmat akal dan juga nikmat makanan dengan insan lain.. Bilakah kali terakhir aku sumbangkan pakaian dan wang ringgit kepada insan yang memerlukan.. Bilakah kali terakhir aku bersedekah dalam menegakkan syiar Islam.. Semua ini mula bermain dalam fikiran aku..

Mungkinkah kekurangan ini yang membuatkan aku dalam situasi sekarang.. Mungkinkah keadaan ini membuatkan aku gusar dalam melaksanakan tugas harian.. Jika inilah antara penyebabnya, aku kene berubah.. Aku kena lebih banyak memberi sebelum meminta sesuatu..
Daripada aku meminta rezeki, aku terlebih dahulu harus memberi makanan dan keperluan asas pada insan lain..
Daripada aku meminta kasih sayang, aku terlebih dahulu harus mengasihi makhluk Allah yang lain..
Daripada aku mengharap redhaNya, aku terlebih dahulu harus memaafkan insan lain..
Aku harus memberi terlebih dahulu sebelum meminta dan meninginkan sesuatu yang baru.. Bukannya menyombong diri dan mengharapkan pemberian dari orang lain.. Allah itu Maha Kuasa, Dialah pemberi rezeki, Dialah penentu, perancang hidup manusia.. Lembutkanlah hatiku Ya Allah untuk terus berjuang dan memberi di jalanMu.. Tetapkanlah hati ini untuk terus mengorbankan harta dan nyawa semata-mata untuk mencari keredhaanMu Ya Allah.. Rezeki itu datang dariMu.. Kadangkala apa yang diriku minta tak semestinya baik untukku.. Maka Ya Allah, berikanlah apa yang terbaik untuk diriku dan bukannya apa yang bakal memudaratkan diriku.. Kerana hanya Dikau yang mengetahui akan kebaikan untuk diri ini.. Dikaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani...
No comments:
Post a Comment