Hari demi hari.. Aku sedar masa aku kian hampir.. Satu per satu wajah aku tenung hari demi hari.. Ada masanya aku akan sampai pada waktu dan ketika itu jua.. Cuma selalunya lidah ini terikat tidak bisa meluahkan.. Dan pabila aku mencari masa bersama.. Makin kelu lidah ini untuk berkata-kata.. Selagi ada masa akan aku tatap wajah seorang demi seorang yang hadir dan pergi dalam hidupku.. Selagi ada masa diri ini akan terus tersenyum membuatkan suasana terus gembira.. terus ceria.. Selagi ada masa diri ini akan cuba menjadi contoh yang terbaik, tauladan yang elok-elok.. Kerana aku mahu tinggalkan semua khazanah yang berharga untuk semua.. Berapa lama yang aku ada, aku sendiri tak pasti.. Dan aku tak pasti berapa banyak ucapan kasih dan sayang mampu aku lontarkan pada mereka yang aku hargai.. Entah cukup atau tidak penghargaan aku buat mereka.. Selagi masih ada masa, akan aku hargai kalian dalam pelbagai cara..
Jika ini yang akan terjadi, jika ini ketentuan Ilahi, akan aku pastikan aku tinggalkan bumi asing ini sebagaimana aku tinggalkan kisah-kisah silam ku yang lain.. Sebagaimana aku keluar melangkah dari Jasin, aku keluar melangkah dari UTM.. Itulah yang aku harapkan di bumi Bristol ini.. Aku tak tahu selepas 14 hari ini apa yang berlaku.. Ataupun sama ada aku mampu melangkah dalam tempoh 14 hari ini.. Berita kehilangan sebentar tadi membuatkan aku terkedu.. Aku tahu saat ini akan tiba.. akan menjelma.. Dia akan tinggalkan aku terlebih dahulu.. Cita-cita dan kerjayanya bukan di sini.. Ini hanyalah sebuah tempat persinggahan.. Aku ingatkan aku takkan rasakan kesedihan ini.. Aku takkan rasakan kerinduan ini.. Aku takkan diulit perasaan ini.. Pemergiannya cukup berat.. Aku harapkan 14 hari ini merupakan 14 hari paling bermakna dalam hidup aku.. Namun, hakikat dia akan meninggalkan aku buat selamanya membuatkan aku hilang tempat bergantung harap.. Aku tahu ketentuan Ilahi itu banyak hikmahnya.. Namun, selepas perginya mereka yang lain.. dialah yang sentiasa memahami.. Menjadi teman aku berbicara.. Aku sedar aku tak kuat.. Selama ini aku meminjam kekuatan semua pihak bagi meneruskan perjuangan ini.. Kerana tonggak-tonggak kekuatan mereka menjadikan tongkat untuk aku memapah diri ini.. Aku harus merelakan pemergiannya.. Dia terseksa dalam diam selama beberapa bulan yang lalu.. Aku tak seharusnya mementingkan diri sendiri.. Cuma... cuma aku terkedu, semua ini terjadi dengan tiba-tiba.. I'm not good with goodbye.. Lagi-lagi bila dengan orang yang aku sayang.. orang yang aku hargai dalam hidup aku..
Bukan untuk aku menafikan kuasa Allah.. Bukan untuk menafikan Allah seharusnya menjadi sumber kekuatan aku.. Bukan itu niatku.. Selagi masih ada masa.. sebelum semua nikmat kasih dan sayang aku ditarik kembali.. Selagi masih ada masa... biarkan kasih sayang ini terbang bebas.. Maafkan aku jika selama ini aku tak menghargai kehadiranmu dalam hidupku.. Ketidakmatangan ku membuatkan dirimu dipinggirkan dalam hidupku.. Maafkan aku..
Perginya dirimu menandakan tamatlah epilog tonggak-tonggak hidupku di sini.. Di dalam percutian dan di dunia luar.. Perginya dirimu menandakan permulaan epilog kehidupan ku kini sepi.. Dirimu merupakan insan terakhir yang memahami duniaku luar dan dalam.. Cabaran dan kegilaan percutian ini.. Aku tak nafikan dirimu antara sebab yang membuatkan aku masih berfikiran waras dan rasional dalam meletakkan hala tuju percutian.. Dirimu yang membuatkan aku tampak yakin dan bersahaja di depan Pakcik Paul kesayanganku.. Nasihat-nasihat darimu, nasihat hari ini, petang tadi.. Akan aku semat dalam hati sampai bila-bila.. Ianya mutiara paling berharga dalam hidupku..
Selagi masih ada masa.. sebelum masaku tiba.. akan aku laksanakan bakti sebagaimana telah dikau laksanakan.. Akan ku tabur bakti.. akan ku lakukan kebaikan sepertimana dirimu lakukan.. Aku pasti dikau tak mahu aku terus bersedih menyelubungi diri kerana pemergianmu.. Dikau tentu tak mahu aku bermuram durja setiap kali melintasi ruang milikmu.. Setiap yang datang pasti pergi, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. Aku tahu saatnya akan tiba jua.. Dan aku harus pasrah menerima takdir dan kenyataan.. Akankku terus mengukir senyuman sehingga bayangmu samar-samar dari penglihatan.. Akan ku biarkan memori terakhir kita bersama adalah senyuman yang terukir yang takkan luput di telan zaman..
Akanku ingat kata-kata kalian semua.. Yang sentiasa memberi kata semangat, pengiktirafan dan penghargaan pabila aku sering terduduk mengatakan aku insan tak berguna.. Takkan aku lupakan keikhlasan kata-kata kalian yang terus memandang tinggi akan usaha-usaha ku dalam menyelesaikan teka-teki ini walaupun ramai yang katakan ianya kerja gila.. Takkan aku lupakan kehangatan tangan kalian dalam menemaniku setiap kali hati ini tenggelam dalam kesejukan.. Inilah pengakhiran sebuah epilog.. Pengakhiran sebuah kisah pengembaraan antara kalian dan diriku.. Tiada yang patah tumbuh dan tiada yang hilang berganti..
No comments:
Post a Comment