Pages

Monday, 1 April 2013

Keindahan sukar dikekalkan..

Berhentilah berharap pada makhluk ciptaanNya kerana ciptaanNya tak pernah kekal.. Berharaplah pada pencipta mereka kerana Dia akan kekal selamanya..

Itu yang aku cuba terapkan dalam minda aku sejak dua menjak ini.. Bukan niat aku untuk menolak perasaan kasih dan sayang.. Aku tahu diulit perasaan seperti itu cukup indah.. Namun keindahan itu sukar untuk kekal.. Kerana bagiku.. bagi diri ini yang tidak seperti manusia lain.. Yang hala tuju hidupnya entah ke mana.. Yang mana garisan hidupnya kekal menjadi misteri.. Untuk dirinya menerima nikmat keindahan ini.. belum tiba masanya.. Baginya keindahan ini bagaikan layar putih yang cuba memerangkap dirinya agar tidak keluar mencari diri dan identitinya yang sebenar..

Sebab pabila semuanya cantik, semuanya indah, semuanya selesa.. Aku akan terperangkap dalam konsep bersenang-lenang dan kaki ini tidak lagi digunakan seperti sebelumnya, tangan ini makin jarang digunakan seperti sebelumnya dan akal ini makin kurang geraknya seperti sebelum ini..

Aku tahu cabaran yang akan bermula kurang dari beberapa hari ini merupakan antara terbesar dalam hidup aku.. Masih jelas dalam ingatan aku.. Banyak yang aku lontarkan mengenai tarikh keramat 3 April 2013.. Semua kata-kata yang dimulakan.. "Lepas 3 tahun aku jalani kehidupan ini..." dan semua ungkapan yang aku gunakan dengan permulaan Lepas 3 tahun nanti.. semuanya menjurus pada tarikh keramat ini.. Tarikh ini cukup kuat implikasinya.. Kerana sejak aku di awal peringkat Sarjana Muda, ayat Lepas 3 tahun ini sudah berada di hujung bibirku.. Cukup besar makna ayat ini, lagi-lagi bagi aku yang cuba menunaikan apa yang aku cakapkan..

Bagi aku yang memang dari dulu lemah dalam bab penulisan dan bahasa Inggeris.. Ini merupakan cabaran yang cukup-cukup besar untuk aku laksanakan.. Lagi-lagi ianya merupakan penulisan akademik pertama aku yang akan mencecah puluhan ribu perkataan.. Puluhan ke ratusan gambar serta graf yang perlu dimuatkan..

Aku tahu ianya akan mengubah perspektif hidup aku selepas aku melaluinya.. Namun selepas bukanlah isu yang perlu aku gusar atau risaukan.. Cuma satu perkara yang pasti.. Yang perlu aku ketahui, adakah aku akan lalui semua ini secara bersendirian dan berseorangan.. Ataupun aku perlukan teman untuk mendampingi sewaktu saat jatuh bangunku.. Sewaktu aku di bawah mahupun di atas.. Sebab ramai yang aku kenal dan lihat memerlukan pelbagai support system bagi melalui fasa ini.. Dan di sinilah perbezaan paling ketara bagi mereka yang masih bujang dan yang sudah berumah tangga.. Jangan terkejut ramai rakan dan kenalanku yang aku lihat pabila mereka melalui fasa ini, mereka turut mendirikan rumah tangga.. Atas alasan apa aku sendiri tak pasti namun aku yakin dan percaya, faktor berada dalam fasa ini sedikit sebanyak membantu dalam menimbang tara keputusan mereka untuk mendirikan rumah tangga..

Dan bagi yang bujang ada di antara mereka putus cinta dan sebagainya kerana tidak sehaluan sewaktu dalam fasa ini namun tak dinafikan ada hubungan yang bertambah intim dan akrab selepas melepasi fasa yang cukup singkat tempohnya tapi cukup panjang laluan liku-likunya..

Bagi aku? Aku tak pasti apa yang akan jadi dan apa penamatnya.. Cuma, kalau aku dapat laluinya secara berseorangan, ianya cukup menakutkan.. itu yang pasti.. Namun to overcome your fear, you have to face it head on.. Kalau aku berjaya, ianya merupakan permulaan fasa hidup yang baru.. Jika tidak? aku tak nak fikir ke arah itu buat masa ini.. 

Tersenyum aku taktala membaca komen dari kawan ku yang masih mengharapkan diri ini masih "witty" dan "optimistic" seperti 8 tahun yang lalu.. In sha Allah, akan aku cuba kekal optimistik dalam setiap tindakan aku.. Kerana dengan sikap itu, aku mampu mempengaruhi ramai orang untuk terus maju dalam hidup mereka.. Dan tak mustahil ianya juga dapat turut membantu dalam meneruskan percutian aku kali ini..

Support system? Secara jujurnya untuk fasa kali ini, none.. yup, none to be honest.. Semua perajurit-perajurit dan srikandi-srikandi yang sentiasa berada di sisi aku telah pulang, telah kembali kepada tugasan dan hak mereka.. Sebab itu aku katakan ianya merupakan perjuangan paling besar yang akan aku alami kerana, ianya antara diri aku dan ketakutan aku sendiri tanpa sebarang penasihat ataupun bala tentera untuk membantu aku..

It will be my battle, the battle that never been fought before.. The battle that will determine whether a legend will be born or an ordinary man will kneel to his fear and be consume by dark negativity.. The battle that will last for as short as 6 month or as long till death open its own door..

In sha Allah it will be fine.. Selagi aku berserah dan berharap pada Allah yang menciptakan aku.. Pencipta segala isi langit dan bumi.. Selagi ianya kerana Allah dan untuk kebaikan makhluk-makhluknya.. In sha Allah, Dia takkan sesekali meninggalkan sisi hambanya yang sentiasa mendambakan kasih sayang dan keredhaanNya.. Semata-mata kasih sayang dari-Nya dan bukan dari makhluk-makhluk ciptaan-Nya..

2 comments:

Anonymous said...

Assalam...

Zamir, semoga penghabisan yang gemilang untuk ko...kalaupon kau harungi nya berseorangan pada nampaknya...tapi pada dasarnya, di sisi ko tetap ade Allah dan insan insan yang sentiasa mendoakan... :)

-miza

Zamir said...

Wa'alaikumussalam Miza,

Thanks sis.. InsyaAllah aku akan sentiasa lakukan yang terbaik dalam menghabiskan sisa-sisa perjuangan di sini.. Yup, Allah takkan sesekali meninggalkan aku.. Aku je yang kadangkala terlupa yang DiriNya sentiasa di sisi aku..