Pages

Wednesday, 3 April 2013

1st day..

Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 1096 hari aku bertapak kat negara asing ni.. Kalau nak bahasa mudahnya dah 3 tahun dah aku kat sini.. So kiranya hari ni 1st day aku sampai Bristol 3 tahun yang lalu.. Begitu singkat masa berlalu.. Sepanjang perjalanan percutian ni.. Macam-macam liku kehidupan yang aku lalui.. Dari budak berhingus.. Hingus meleleh sampai ke lantai sampai la jadi budak-budak yang hingus dia meleleh tahap pipi jer.. 

Hari ni aku bangun dalam keadaan yang sungguh aman.. Sambil makan roti-bakar-telur-tiga-suku ala-ala lorong kulit kat Pulau Pinang.. Aku mulakan hidup aku dengan ucapan Alhamdulillah.. Inilah masa yang aku nanti-nantikan.. 6 bulan terakhir yang bakal mengubah hidup aku untuk kali yang ke berapa kali, aku pun tak pasti.. Cukup aman.. Rasa lega dan lapang hati.. Semuanya keranaMu Ya Allah..

Sampai di sekolah, dapat dua email.. Satu dari Arizona, satu dari Melbourne.. Alhamdulillah, kedua-kedua bertanya khabar dan bercerita mengenai kajian-kajian yang masih berlangsung.. Lega aku mendengar data-data terbaru.. Rasa bersyukur sangat bila kolaborasi baru dari Aussie di samping yang dah sedia ada di US.. Bukan senang untuk menggalas amanah ni namun Allah memilih aku atas sebab yang dia sendiri ketahui.. Alhamdulillah..

Hari ni jugak hari pertama untuk aku mulakan penulisan aku secara rasmi.. Alhamdulillah, 800 patah perkataan berjaya aku tulis untuk hari ini.. Walaupun tak banyak.. dalam 5 muka surat yang berjaya aku tulis.. Ianya cukup baik untuk permulaan kali ini.. Walaupun aku tahu banyak yang perlu diperbetulkan.. Namun ianya cukup baik untuk permulaan.. Sebak pun ada, tak sangka aku boleh tulis.. Selama ni aku rasa susah dan sukar.. Namun jari-jemari ni tetap menekan papan kekunci untuk mengeluarkan satu per satu patah perkataan.. Alhamdulillah segala puji buat dirimu..

Mungkin persediaan aku sepanjang hujung minggu ni.. In sha Allah bakal membuahkan hasilnya.. Bila aku menerapkan yang aku kene tulis.. Setiap pagi petang siang dan malam.. Hanya tulisan yang memenuhi minda aku.. Asyik aku teringat cerita untuk bab ini, cerita untuk bab itu.. Fikirkan ayat apa untuk letak situ sini.. Dan gambar ni nak letak mana.. gambar tu nak touch up macam mana.. Alhamdulillah, bila aku fikirkan setiap masa, Allah bukakan hati aku untuk mula menulis.. Rasa lancar semasa aku menulis.. Ya aku tahu, penulisan aku tak sempurna namun ianya sebuah permulaan.. In sha Allah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. Bermula dengan 800 perkataan.. dalam sebulan in sha Allah tak mustahil jadi 20 000 malahan 30 000 tak mustahil dengan kuasa Mu Ya Allah..

Ini hari pertama, aku tahu masih jauh perjalanan ini.. Namun akan aku hadapi setabah mungkin.. Semoga hari ini akan terus tenang.. Begitu juga hari-hari yang lain.. Semoga diriku semakin tenang dari hari ke hari..

2 comments:

Nazri Bajuri said...

All the best Zamir. Smg tergolong dlm golongan orang2 yg beruntung ya (berpesan2 dengan kebenaran, dan juga kesabaran). Kebenaran dalam menyampaikan maklumat dlm research juga termasuk kan. =D

Zamir said...

InsyaAllah.. Tu yang susah gak tu, untuk pastikan data dan penulisan telus dan takde tipu muslihat kan.. So kene jujur dalam penulisan.. Lagi-lagi bila data saintifik macam ni hanya antara kita dan Allah jer.. Orang lain tak tahu pun kalau kita tukar itu dan ini..