Perasaan ni datang lagi.. perasan yang mana aku tak rasa ramai yang memahami or ada yang memahami.. Tak tau nak cerita kat siapa atau luahkan dekat siapa.. Dah cukup lama bebanan ini ditanggung jasadku.. Cuma.. sejauh mana aku mampu membawa bebanan ini.. Aku sendiri tak pasti.. Dan aku juga tak mengerti sama ada.. adakah aku sengaja tidak ingin bercerita dan menaggung kepayahan ini seorang diri.. ataupun memang tiada teman yang bisa ku berbicara mengenai soal ini.. mungkin blog ini tempat aku meluahkan segalanya.. cuma aku rasakan sudah tidak sesuai untuk aku ceritakan dalam dunia maya ini.. namun aku sendiri tak punya kekuatan untuk melawan kehangatan bara yang menerjah tiba..
Terlalu banyak rahsia kehidupan yang aku temui dan terlalu banyak yang terpaksa aku mamah sendiri.. Ingin dicerna bersama orang lain.. takut salah memilih rakan.. Perjalanan dan percutian makin sukar dan aku dapat rasakan diriku makin malas.. kemalasan mula menerjah dari pintu dan jendela kehidupan.. Untuk mencari kekuatan disebalik gelodak nafsu dan keinginan jiwa bukan sesuatu yang mudah.. namun untuk mencari bantuan dan sokongan juga merupakan satu yang payah.. Tak pasti sama ada aku sendiri yang menyukarkan proses ini.. ataupun anggapan manusia yang selalu ingat keceriaan dan senyuman sentiasa terukir di bibir.. Tiada kerisauan atau kesedihan dalam diri aku.. Ataupun dengan personaliti sedemikian rupa.. Peratusan untuk aku bersedih terlalu sikit dan rendah jika dibandingkan dengan manusia lain.. Aku sendiri pown kurang arif dan kurang pasti.. cuma satu yang ku pasti..
Biarlah hidup ku susah namun jangan sesekali aku cuba menyusahkan hidup orang lain.. Selagi terlarat dan mampu untuk berdiri sendiri akan aku berdiri dengan kudrat yang ada.. Kerana aku yakin dan percaya lebih ramai manusia yang lebih susah dari diriku ini.. terlalu ramai manusia yang nasibnya tidak sebertuah aku.. maka aku tak seharusnya mengeluh dan bergantung harap pada insan lain.. kerana selagi aku boleh menanggung beban ini sendirian.. Itu sudah cukup baik bagiku.. Lebih baik ianya tidak dibicara pada sesiapa.. sekurang-kurangnya aku tidak akan merisaukan mereka semua.. Jika akan ditakdirkan diri ini pergi jua.. Biarlah diri ini pergi dengan senyuman terukir dari bibir-bibir mereka.. bukan tangisan yang meratapi pemergian ini.. Biarlah kenangan terakhir bersama merupakan kenangan terindah.. bukannya seksaan mahupun malu yang menimpa.. Mungkin akan ada katakan aku pentingkan diri sendiri namun lebih baik aku sendiri menanggungnya dari mecambahkan kerisauan pada rakan dan taulan.. Lebih baik mereka risaukan perkara lain berbanding akan kehidupan diriku.. Kerna selagi aku mampu menanggung semua ini dan berdiri dengan dua kaki ini.. Akan aku terus berjuang tanpa merisaukan sesiapa tanpa menyusahkan sesiapa.. Kerna bagiku, jika diri ini mula menyusahkan manusia lain.. Lebih baik aku tinggalkan alam ini buat selamanya kerna hidupku bukan untuk menyusahkan sesiapa tapi untuk menyenangkan mereka semua...
No comments:
Post a Comment