Masa terlalu cepat berlalu... Itu satu kepastian.. Teringat kembali dan masih terngiang-ngiang kata guruku dulu... Masa selalu mencemburui kita dan berlalu pergi dengan pantas.. Begitu juga ibu selalu berpesan, time and tides wait for no man... Sedar tak sedar.. sudah 24 tahun aku hidup dan bernafas dengan jasad yang dipinjamkan oleh Maha Pencipta... dan bagiku teori 7 tahun masih berlaku dan boleh dipakai seperti mana aku pernah ceritakan suatu masa dulu... Setiap 7 tahun kitaran manusia berubah dan kini tiba antara masa di mana kitaran aku dalam ujian untuk diubah menjadi lebih baik atau tidak.. Aku kini dalam persimpangan di mana jalan untuk naik mahupun turun..
Hari ni.. cukup sejuk hati ini bila dapat berbicara dengan insan yang memahami naluri dan juga keinginanku.. Walaupun tidak banyak mengenai diri dan kehidupanku dibicarakan.. Namun ianya cukup untuk membuatkan hatiku tersentuh.. Cukup untuk membuatkan diri ini rasa akan kasih sayang dan juga perasan selamat serta selesa... Walaupun sekian lama kita telah terpisah dan semasa diriku kembali ke kampung halaman.. Tidak banyak masa yang dapat ku luangkan.. tapi bicara dan tawa kita masih lagi sama.. masih seperti dahulu.. Seolah-olah ianya sentiasa resonansi dan memahami antara satu sama yang lain.. Walaupun tidak lama kita bicarakan mengenai kehidupan ini.. Namun seolah-olah dirimu memahami apa yang aku cuba sampaikan dan menjadi teman setia untuk aku berbicara.. Terima kasih kerna masih lagi ingat pada diri ini.. Semoga kita berjumpa lagi wahai dirimu.. Aku hargai apa yang telah dibina bersama sepanjang tempoh perkenalan kita..
Sedar tak sedar juga.. Makin ramai yang akan meninggalkan aku di bumi asing ini.. Ramai teman dan rakan seperjuanganku akan menamatkan perjalanan mereka dalam masa terdekat ini.. Pulangnya Kak hyda dalam masa terdekat, diikuti dengan kakak ku di Glasgow... secara tak langsung membuatkan aku berfikir akan diriku... Memang benar jika tidak inginkan perpisahan jangan adakan pertemuan.. tapi, hati ini masih meronta-ronta walaupun ianya satu hakikat.. satu kepastian.. Tak lama selepas itu, rakanku yang lain akan meneruskan perjuangan mereka di negara-negara jiran.. Kehilangan satu per satu cukup menyakitkan.. itu satu kepastian... Mereka bertiga antara tunjang dalam hidupku di sini selepas perginya Siti Fairus dan Amrul.. Hydalah pengganti Siti Fairus.. menemani sisa-sisa perjuanganku namun kini tiba masanya untuk pulang.. Aku tak pasti adakah setiap kali bila aku pergi meninggalkan rakanku yang lalu.. mereka mengalami perasaan kehilangan ini sepertimana yang dirasakan oleh diriku ini... Untuk fikirkan akan kehilangan ini sudah cukup menghibakan.. apatah lagi untuk terus hidup dengan hakikat selepas kehilangan semua ini.. Ada yang berkata patah tumbuh hilang berganti cuma bagiku.. setiap yang melintasi hidupku.. mereka semua cukup unik dan tiada pengganti... semuanya mempunyai karakter yang berbeda namun masih berkongsi satu persamaan.. saling memahami antara kami semua...
Bila Khalif berbicara tempoh hari.. menyuruh aku cepat pulang untuk berjuang bersama.. aku memahami akan maksud kesunyian... terlalu sunyi untuk digambarkan pabila tiada yang memahami diri ini.. Kadangkala aku terfikir.. adakah hidupku terlalu kompleks untuk difahami ataupun aku segaja membina dinding supaya tidak dapat dicapai oleh mereka... Bagiku kesunyian yang aku akan alami kali ini cukup berbeza.. Sewaktu aku mula tiba di sini.. Siti Fairus dan Amrul peneman hidupku hari-hari.. Adakala aku makan bersama Amrul dan chillex bersamanya.. dan ada hari-hari berlalu dengan sesi lepak dan masak memasak bersama Siti Fairus.. Wayang tak pernah ketinggalan.. Setiap hari Rabu pasti terisi.. Tak perlu rasa teragak-agak atau berfikir panjang untuk ajak mengajak.. cukup mudah.. Ayat jom makan.. jom wayang.. jom lepak dan jom ape pown jalan.. termasuk la jom buat tom yam.. jom wat sushi.. jom jogging.. jom pg stonehenge.. jom jalan snowdonia.. Jom buat grocery.. Itu belum dengan kakak aku lagi.. takyah ayat jom.. terus je buat.. panjat gunung.. jom... makan sini.. jom.. jalan sana.. jom... bbq... jom... Cuma lepas ni, rasanya ayat jom takkan digunakan buat seketika.. Mungkin inilah bezanya bila kita dah kenal dari di Malaysia sendiri berbanding dengan yang baru kenal di sini.. Keserasian itu cukup serasi.. Tak ada sempadan dan tak ada halangan.. cuma kini tiada lagi.. yang patah tak akan tumbuh lagi dan yang hilang tak pasti akan berganti..
Dan tak pasti bila lagi kehidupan kita dan persimpangan kita akan bersilang lagi.. Jalan-jalan kita makin menyimpang jauh dari satu sama yang lain... Entah bila akan kita bertemu dan berkongsi gelak tawa yang sama.. Ada yang sudah berumah tangga dan ada yang bakal berumah tangga.. ada yang sudah berbadan dua (Congratz Yus)... dan ada yang mengejar impian di bumi sana... Semuanya berpisah di persimpangan kehidupan.. melambai tangan mengucapkan selamat tinggal.. Kitaran ini pasti berulang kerna akan tiba masanya aku melambai pergi pada yang ada.. Kerana semua ini satu perjalanan dan bukannya satu destinasi..
Kesunyian itu pasti menjelma.. tak kira masa dan tak kira keadaan mahupun tempat.. Cuma aku berharap ianya akan memberikan aku kekuatan dalam perjuangan ini.. Memberikan aku kekuatan untuk meneroka seribu satu misteri sebelum aku tiba di destinasi hakiki...
2 comments:
Baca ni nak nangis :( Zamir abiskan la cepat. Akak rindu!!!
Congratz kak sebab dah berbadan dua.. hehehe..
Cepat atau lambat tu saya sendiri pown tak pasti kak.. huhu.. InsyaAllah saya akan sentiasa lakukan yang terbaik hari demi hari.. Yang selebihnya biarlah ianya kekal menjadi urusan Allah..
Semoga akak, hubby and bakal baby sihat sentiasa
Post a Comment