Pages

Tuesday, 29 May 2012

On top of the World...

Sabtu lalu aku mengorak langkah.. Memulakan pengembaraan baru.. tak pernah-pernah nak panjat gunung.. Ianya menjadi sejarah.. Bermulalah ekspedisi memanjat Ben Nevis (Gunung paling tinggi kat UK nie.. tak silap tinggi dia 100 m lebih tinggi dari Gunung Kinabalu)... Ben Nevis ni leh panjat ikut 2 jalan.. Moutain Track (Gred 3) ataupun via Carn Mor Dearg Arete (Gred 5).. Dan dengan sempoi kita orang decide nak ikut jalan yang susah ar.. sebab review kata pemandangan dia lagi super awesome.. Nak dipendekkan cerita meh follow gambar-gambar kat bawah nie..


  Waktu baru nak start...
Antara pemandangan sepanjang perjalanan













Cabaran makin mencabar kat sini 

Kene panjat puncak benda alah nie.. dan jalan dia pathless.. kene cari jalan sendiri..

Bila dah sampai puncak.. ingatkan ada jalan atas ni.. tapi takde.. So kene jalan celah-celah batu sampai la ke penghujung yang ada ais tu...

 Muka kepenatan sambil elak-elak batu...


 Sekali jatuh abes nie..

 Itulah puncak yang dinanti-nantikan..


Akhirnya sampai jugak kat atas nie..




Waktu sampai kat atas nie macam nak nangis pown ada.. sbb tak sangka leh naik sampai atas nie.. sebab halfway dah nak give up sbb bahaya giler jalan dia.. kalau tersilap langkah memang that's the end kowt.. Sampai hari ni masih tak sangka yang kiteorg dapat panjat Nevis guna jalan susah ni.. Thanks tu ada few couples that helped us throughout the way..

Cuma sepanjang perjalanan ni banyak self reflect pada diri sendiri.. Yang mana terasa perjalanan ni betul-betul push our limit in every single aspect.. Sama je macam kehidupan harian.. sama je macam percutian kali ni.. sama je macam perkara-perkara lain.. Adakalanya perjalanan kita cukup payah.. tapi diri kita yang tentukan.. sama ada nak teruskan atau tidak.. Dan bila dah sampai tahap tertentu.. memang dah takde jalan lain.. sama macam kat gunung tu.. kene terus maju kehadapan.. sebab kalau nak turun dari Arete tu mmg tempah maut sebab naik dan teruskan lagi selamat dari turun bawah balik..

Memang sepanjang perjalanan bergantung pada Allah yang Maha Esa.. kene tawakkal.. Takde tali keselamatan, takde apa-apa alat keselamatan lain.. Yang ada hanyalah kuasa Allah untuk memastikan diri aku selamat.. Sepanjang perjalanan tu memang maut terasa cukup hampir.. Sampai memang tak berani pandang bawah pun.. Terasa helpless memang tak mampu nak buat apa-apa selain teruskan perjalanan.. Barulah rasa bertapa kerdilnya diri ini.. bertapa keciknya diri ini.. Gunung tu tak perlu buat apa-apa pown.. hanya perlu berdiri di situ.. dan ianya cukup untuk merasakan bertapa besarnya pencipta diri ini.. dan bertapa Maha Kaya dan Maha Agungnya dikau Ya Allah..

Dan pabila berjaya sampai ke puncak.. tak percaya kami berjaya dan masih dalam keadaan sihat dan tiada kecederaan.. Bagi diri aku ianya satu keajaiban.. Sebelum aku terbang ke Glasgow.. Aku dapat rasakan firasat yang kurang enak.. Sehinggakan aku jumpa dengan beberapa rakanku di Bristol kerana khuatir itulah kali terakhir akan aku berjumpa dengan mereka... Dan semasa aku berada di atas banjaran antara Arete dan Nevis.. Makin kuat rasa tak sedap hati.. dan pelbagai kerisauan datang menjelma.. Namun Allah lebih mengetahui akan ketetapan hidup aku.. Dia masih ingin aku teruskan hidup ini.. Hidup demi mencari erti kehidupan sebagai hamba-Nya yang hakiki.. Sesudah tiba di puncak, semua rasa tak sedap hati dan penat lelah hilang begitu saja.. Rasa syukur dan gembira terus menjelma.. kerana masih diberikan nikmat untuk terus hidup..

Terus diri ini mendirikan solat di puncak dunia (antara puncak dunia la.. sebab Everest 2 kali ganda Nevis)... Mendoakan apa yang terbaik untuk diriku, keluargaku dan semua rakan-rakanku terutamanya mereka yang sedang menduduki peperiksaan.. Sepanjang aku mendirikan solat.. sayup bunyi-bunyi kedengaran.. Terlalu aman dan nyaman.. dan terasa diri ini terlalu kerdil.. hinggakan sejuk salji tidak sesekali mempercepatkan pergerakanku.. Ianya terlalu indah dan banyak pengajaran yang membuatkan hatiku tersentuh...

Lain kali kalau nak panjat.. disarankan ikut Mountain Track.. lebih selamat.. XD.. tempoh naik dalam 8 jam dan tempoh turun dalam 3 jam...

No comments: