Pages

Tuesday 26 July 2011

Teori 7 tahun...

Hari demi hari, kian dilupakan teori 7 tahun yang sibuk diwar-warkan oleh diri ini suatu masa dahulu.. Lepas mengimbau kembali teori-teori tersebut baru ku sedar kenapa cabaran ku makin sukar dan tegar untuk diatasi..

Teori ini datangnya dari tafsiran mimpi Raja Mesir semasa zaman Nabi Yusuf (jika tidak silap).. Di mana mimpi Raja itu mengenai 7 ekor lembu gemuk yang kemudian didatangi 7 ekor lembu kurus lalu dimakan lembu gemuk itu bermula dari TELINGAnya dan hanya tanduk lembuk gemuk itu tidak dimakan.. Kemudia 7 ekor lembu kurus itu memakan 7 ladang gandum yang masih bertangkai hijau.. Namun, 7 ekor lembu kurus itu masih tidak gemuk-gemuk jua..

Tafsirannya.. Akan datang 7 tahun yang subur dan kemudian 7 tahun yang kering kontang dan kemarau.. Dengan tafsiran ini, disarankan kepada Raja Mesir tersebut untuk menyimpan tanaman dan ternakan diwaktu subur bagi bersedia menghadapi tahun-tahun yang kering..

Tetapi kami memandang pada sudut yang berbeza.. Kita lihat 7 tahun ini sebagai satu pusingan di mana kejayaan/kegemilangan akan bersilih ganti dengan kegagalan/kejatuhan manusia.. Sewaktu umur 0-7 tahun, pencapaian manusia amatlah menakjubkan.. dari tidak boleh bercakap, kita boleh bercakap, membaca, menulis dan mengira.. dari tidak boleh berjalan, kita boleh merangkak, berjalan, berlari serta menaiki basikal..

Pusingan ke-2, 8-14 tahun.. bermulanya zaman kejatuhan namun tak dinafikan ade yang berjaya meneruskan kejayaan...

Pusingan ke-3, 15-21 tahun... Bagi kebanyakan yang sedar kegagalan mereka sebelum ini akan mula bangkit dan meneruskan kejayaan bagi 7 tahun berikutnya.. dan bagi mereka yang sudah bersedia.. Alhamdulillah akan terus berjaya...

Pusingan ke-4 22-28 tahun... pusingan yang kami sedang dan akan cuba meneruskan kejayaan yang sedia ada... Namun bila dimbau kembali, lembu-lembu tadi dimakan dari telinga dan akhirnya mati.. huhu.. patutlah cabaran kami makin payah.. sebab selama nie tak pernah gagal.. maka entiti kejatuhan dan kegagalan akan menjadi semakin besar dan lebih ganas dalam usaha untuk mengaum kejayaan yang dimiliki buat masa ini.. dan yang lebih parah ianya bermula dari telinga.. maka, selepas ini kami perlu lebih berhati-hati dalam mendengar setiap penceritaan dan perbicaraan.. dan telinga ini perlu dlindungi supaya tidak akan terus dimamah kegagalan.. cuma isu tanduk sahaja tidak berjaya ditafsir lagi (adakah tanduk = kejahatan dan orang jahat takkan dipengaruhi teori 7 tahun ini)... hmmm misteri akan dirungkai tak lama lagi..


Semoga kita semua akan terus dilindungi dan mendapat ape yang terbaik untuk diri masing2...
 

No comments: