Pages

Monday 11 July 2011

Jadi Jugak...

Okay.. nie kesinambungan dari post seblum nie pasal kes Setiausaha.. nak tgk post tu or nak baca komen-komen yang ade or nak membantai komen... sila klik kt sini...

Al-kisah skang plak, dapat la ak jawatan setiausaha tu... damn.. cmne lh dapat ak xtau.. kalo baca komen-komen yang ada.. ade la ayat-ayat penambah perisa cakap ak bijak, pandai, pintar dan sume kosa kata bahasa melayu yang memberi sinonim yang sama iaitu ak nie budak pandai... Adoii... Takkan la ak sorang je kowt yang pandai dan pintar.. Abes tu, orang laen yg dh berkarier dan begitu professional dalam kerjaya mereka tu tak pandai ke? xtau la pulak kalo mmg sume tak pandai.. dan jawatan setiausaha ni kene bagi dekat orang yang pandai jer.. Pape pown kene bersyukur ar sebab ade orang kate ak nie pandai (ikhlas or tak ikhlas belakang kira)... Cume xde spesifikasi la pandai ape kan.. Pandai putar belit ke? Pandai pas keje kat orang laen ke? Pandai menipu ke? So aku pown xtau ape kepandaian aku yang orang nampak.. Mungkin jugak pandai kene buli... hahaha....

Lepas tu, yang ak tersenyum sorang-sorang plak, ade yang bagi alasan sebab ak nie single.. Xde kluarga... So konon nyer ak ade banyak masa terluang... X yah layan suami/isteri.. xyh layan anak.. (kalo ak cakap, sape suruh bawak suami and anak macam kejam pulak kan) tapi Sedap jer manusia-manusia nie assume macam tu... Dia tak tau ak buat keje dari pukul bape sampai pukul bape.. Mungkin sebab percutian diorg senang kowt.. So diorg ingat ak macam diorg.. Cuti dari Isnin sampai Jumaat 9 to 5 jer.. Mungkin salah aku jugak kowt x bgtau time keje aku kat diorg.. So nak bagitau la time keje ak... Secara mudah 24/7 cume berehat waktu tido dan makan serta khidmat diri dan jugak 'me' time.. Xde nyer ak ade masa nak pegi fruit picking ke, camping ke and ape benda lain.. Kalo ak pg jalan mane2 pown, logbook, laptop or BB mesti dalam tangan untuk buat kerja.. Meh ar ak tanye sesape kat sini.. Ade x pg jalan2 shopping kat clark village ke, or swindon ker or bicester village ke or carboot ke... diorg bawak journal.. Ha, cakap sape ade buat cam2.. meh ak nak ucap tahniah kat diorg sebab aku tau diorg pown bersusah payah dalam percutian nie..

Tapi dah dapat jawatan nie.. nak buat macam mane.. kalo letak jawatan pown macam diorg nak bagi... sebab perlembagaan pown tak jelas macam mane nak letak jawatan or kene ade tempoh berkhidmat ke ape jadah pown ak xtau... So, macam dalam post komen ak yang lepas.. Ak buat stakat mane yang larat dan tak menganggu pelajaran.. 

Skang aku dah ade beberapa idea untuk aktiviti.. cume macam biasa ar... Kalo sape yang dh kenal aku, sume aktiviti adalah personality test untuk semua orang.. Dengan ini, dapat la ak tengok macam-macam ragam manusia... Dulu kita dah puas kan (attribute to Rahman dan Hazwan) tengok ragam budak-budak sekolah dan budak-budak Uni... Skang peluang untuk observe golongan professional pulak.. Jangan risau.. aktiviti dia bukan jawab soalan dalam kelas... hahaha..

Oh, terlupe plak nak ulas comment yang cakap ini peluang untuk ak berpesatuan  dan pengurusan persatuan pulak.. mungkin sebelum nie asyk sibuk dengan pelajaran ar... Nie perlu aku ulas ke? Mungkin kowt sbb x hidup se-zaman kan.. Kalo ak jadi macam budak-budak undergrad Malaysia kt UoB or mane2 dalam UK (maaf sbb qoute korg) mungkin la.. sbb ak x nmpak kredibiliti diorg pown dalam berpesatuan (bukan semua tapi segelintir).. mane x nyer.. susah kowt nak nampak diorg pegang jawatan or handle event dalam komuniti  yang bukan majoriti ahlinya orang Melayu.. Secara ringkas x bercampur dengan bangsa asing ar.. macam bawak tempurung Malaysia ke UK... bukan nak kate ak nie pakar or ape sbb banyak yang ak kene belajar lagi.. tapi dari handle persatuan, wujudkan persatuan, sustain kan persatuan dan kuarkan persatuan yang account dia -ve ke keuntungan yang berlipat ganda.. semua ak dah rase.. so, aku datang sini untuk bercuti, so berehat dari semua tu... maka xyah la ak nk upload CV aku untuk paparan umum kan.. buat malu jer.. sebab bukan bagus sangat pown CV ak nie...

So, lepas nie aku akan update sume ragam manusia yang ak observed sejak ak pegang jawatan nie.. sama ada betul atau tidak ini persatuan untuk makan-makan, adakah semua ahli akan memberi kerjasama, adakah aku akan jadi seperti anjing menyalak dipantat gajah.. Mari kita nantikan..

Sehingga berjumpa lagi..

P/S: terlupe nak ucapkan terima kasih kepada semua peraih-peraih undi percuma yang tanpa putus-putus berkempen untk mengundi saya (banyak rasanya masa terluang mereka)...

10 comments:

AmiR Saufi said...

Tahniah Bro..haha.. lertoppz! mga trus berjaya.. doakan sya jgak dlm percyian ni..

Zamir said...

Haha.. suke ek ko... thanks... insyaAllah akan tiba masa ko plak nnt.. haha.. XD

Anonymous said...

Saudara Zamir,
Dulu masa aku di himpit masalah dunia dan aku difitnah, semua orang2 sekeliling aku menuduh aku bertuah...lucky la...bernasib baik la...aku cuma kata Aminnnnn...tut2! doa mereka2 itu tuhan makbulkan. Aku memang bertuah dalam hidup!
So, dalam hidup ni memang ada jenis manusia yang suka mengarah itu ini tapi sembunyi di sebalik batu! insyallah aku yakin kau akan jadi berjaya kerana semua orang kata kau bijak kan! Amin amin la saja...kelak memang kau akan success selalu! Aku doakan...

"Gadia purdah"

Anonymous said...

Tengah mengarah ini pula, bapa kita sendiri pun ada kalanya mengarahkan kita sama ada berbentuk paksaan atau sukarelawan...bukan bapa sahaja tetapi kemungkinan pegawai atasan nanti bila berkecempung dlm bidang pekerjaan tetapi kebiasaannya mengarah ini terbentuk kedua2nya sekali...jika kita berfikir yang mengarah ini berbentuk maksiat maka tak perlulah tunaikan tapi jika berbentuk kebaikan terpulanglah untuk ditunaikan ikut kemampuan sendiri. Secara teori kebaikan perlulah ditunaikan tapi terpulang...gadis ini kurang tidur malam ni...menembak mcm M16 ....

Anonymous said...

setiap manusia mempunyai pendapat yang berlainan...sekiranya mereka memberi pendapat yang tidak sehaluan dengan pendapat kita maka janganlah dianggap ianys Melayu Mudah Lupa..kebiasanya perbezaan pandangan ini adalah kerana pemikiran manusia ini juga berbeza-beza dari dulu hinggalah sekarang...ini tak pelik kerana Islam pun ada 4 mazhab maka ianya tidak mustahil sesama manusia mempunyai pandangan yang berbeza...adik abg pun mempunyai pendapat berbeza...so kita sebagai manusia kena pandai membaca mcm mana nak tackle pandangan yang berbeza ini...bukan terus menambalkan Melayu Mudah Lupa lagi ye...terdapat golongan kecil mengistiharkan mereka adalah Melayu Mudah Lupa tapi bukan majoriti...akhirnya bukan caranya menembak menggunakan M16 kerana ianya tidak mengena pada sasaran...so renung2kanlah...

Zamir said...

Seperti biasa terima kasih diucapkan kepada Anon-anon semua yang meluangkan masa meninggalkan komen diruangan ini..

Rasanya isu Melayu mudah lupa tak pernah disebut atau dipertikaikan dalam ruangan ini. Kenapa agaknya ingin dibangkitkan lagi. Mungkin Melayu tak mudah lupa malah suka mengungkit kembali.. Aku tak pasti, hanya pembaca yang mampu memberikan jawapan..

Mungkin bapa-bapa anda yang berperangai sedemikian rupa sebab cara dibesarkan berbeza sekali. Tidak pernah wujud arahan dalam kehidupan aku, semuanya hanyalah kerjasama, toleransi dan persetujuan semua pihak. Kerna aku dibesarkan dengan persekitaran yang menyerahkan kematangan berfikir kepada diri aku sendiri dan berlandaskan Al-Quran serta Sunnah. Bagiku hanya Allah swt sahaja yang berhak mengarahkan kita kerna kita semua adalah miliknya.

maka kalau ade pihak-pihak atasan yang memberikan arahan kelak, maka mereka bukanlah bos yang baik melainkan sebelum penerimaan tugas semasa bekerja, kita telah bersetuju untuk memikul tugas tersebut. Mungkin pemikiranku terlalu ideal dan tak mampu dipraktikkan dalam dunia sebenar. sebab aku sedar yang diriku ini penuh dengan pelbagai kelemahan.

Cuma, aku masih pelik kerna gadis purdah tidak pernah menembak dalam ruangan ini dan komen beliau sangat general. Maka siapa yang mulakan upacara menembak dalam ruangan kali ini.. Tepuk dada tanya selera.. Janganlah jadi seperti babi merasa gulai (peribahasa nie wujud dan bukan diada-adakan)

Anonymous said...

aku rasa dah cukup dah dan nampaknya kematangan pemikiran masih beloum ditahap memuaskan...so bukan ruangan yang terbaik ini...selamat tinggal semua...

Anonymous said...

Saudara Zamir, sekarang ini ada berapa published journal? Sekadar berkongsi...

Zamir said...

Memang diakui kematangan aku masih dalam tahap pemantapan jika dibandingkan dengan usia saudara Anon yang sudah menjangkau 30-an. Yang pasti sudah cukup mantap kematangannya. Maka kekalkanlah kematangan saudara Anon sebegitu rupa dalam membimbing keluarga kelak.

Ruangan terbaik atau tidak dan kedatangan serta pemergian saudara Anon tidak sesekali mengubah ataupun merombak kewujudan blog ini kerna ianya sebagai penemanku dalam percutian ini.. Datangmu tidak dijemput, pergimu tidak ku kisah.. Cuma sebagai tanda terima kasih.. Ku ucapkan selamat tinggal padamu wahai saudara Anonku.

Zamir said...

Saudara Anon, sekadar memberitahu,

Buat masa ini memang tiada journal yang mampu untuk aku 'publish'kan kerna sebagai seorang penyelidik kita patut sedar dan arif akan perbedaan lapangan penyelidikan yang memainkan peranan penting sama ada kita layak atau tidak untuk melakukan publication.

Selain itu, tujuan dan matlamat aku bukanlah kuantiti published journal. Tak pernah dan tak akan aku kejar publication kerna semua itu hanyalah dakyah dunia luar. Bagiku setakat publication yang melepaskan batuk ditangga dan x pernah dicited, lebih baik aku tak publish hasil kerja tersebut. Tujuan aku hanyalah untuk melaksanakan smart knowledge sharing dan pada masa yang sama menjaga Scientific Intergrity aku supaya tak tersasar dari tujuan asal penyelidikan seperti yang pernah dikatakan Richard P. Feynman sebelum beliau meninggalkan dunia ini.