Pages

Monday, 25 July 2011

Permulaan yang baru..

Selesai pown sudah aktiviti pertama dalam bepersatuan... huhu namun aku kene mengundur diri awal dari jangkaan... Semua nya nampak lancar dan banyak juga data simulation yang diperolehi untuk program modeling di masa akan datang... Selain dari data-data, dapat jugak la nasihat dari beberapa orang mengenai cara pengurusan persatuan dan sebagainya.. Thanks to all those words... (haha... sejak dah balik nie, ayat macam baik jer).. Yup, skang dh balik ke jasad asal, kene la start fresh.. so kita focus pada percutian hari nie dan minggu nie dan abaikan sume rintangan dan halangan yang lain..


So, bile dah kembali ke jasad asal.. percutian menjadi topik utama.. dan selama-lama meluahkan perasaan hati yang dah nak genap setahun nie.. Tak pernah pulak kami lakarkan kisah percutian yang telah kami lalui selama nie...

So, briefly:


1. Kiteorang kene create solar cell generasi baru menggunakan berlian dan 'defect'nya dan kalau sempat bina prototaip (sejak bila skop masuk section engineering pown aku tak pasti)..
2. Dari program simulation, bina profile 'defect' dalam berlian dan macam mane akhirnya dia berfungsi sebagai solar cell..


Projek nie ade dua jer obejktif dan cara dia cukup senang, hari-hari buat berlian.. masukkan 'defect' yang sesuai.. cuma kalo kita google n-type semiconductor dari berlian.. dah 20 ke 30 tahun orang cuba hasilkn tapi tak berjaya.. dan sekarang trend gunakan lithium sebab kononnya, lithium la yang paling tinggi kemungkinan untuk menghasilkan material tersbut.. Namun, kalau dilihat kajian-kajian terdahulu.. manusia kian menyerah kalah dengan cabaran-cabaran ini.. Dalam 1 dekad yang lepas, rujukan mengenainya kurang dari 10, dengan lebih tepat lagi kurang dari 5 dan semuanya menyatakan kegagalan mereka.. Tapi, takde yang mustahilkan.. Kami inginkan cabaran dan kini kami dikurniakan dengan cabaran.. Cabaran yang mane manusia lain gagal dalam menghasilkannya.. Skarang baru terasa yang "We are challenging the world"... So beberapa bulan dan hari yang lalu, seolah-olah jasad nie dah nak menyerah kalah.. Tapi, setelah kembalinya kami... Cabaran ini menjadi lebih menarik.. dan banyak benda lain yang masih kurang diterokai oleh saintis-saintis tegar (maaf bukan nak katakan anda tidak hebat, mungkin tidak perasan akan kekangan-kekangan tersebut).. InsyaAllah, kami akan cuba atasi kekangan-kekangan tersebut kerna anda semua telah berusaha keras membuka peluang itu untuk kami...


Selesai update ringkas percutian ini.. Sekarang update terkini selepas setahun bercuti..

1. Back to square one.. sebab baru tau yang sume sample contaminate dengan cotton buds.. haha.. details, biar kami sendiri yang tau.. So, kene la mula semula (tapi takpe sebab kami dah kembali... Bila bekerjasama semua jadi mudah)..
2. Reactor dah tukar design baru.. Banyak pengalaman untuk membina reactor baru di Malaysia di masa hadapan nanti... Kos satu reactor dalam RM50k...
3. Kewangan untuk membina makmal dan kelengkapan serta isi dalamnya masih lagi dalam tahap mengecewakan.. Baru dalam RM20k.. huhu...


Itu saje untuk kali ini.. Ayuh ke sekolah....

No comments: