Sejak kebelakangan ini, percutian aku makin hilang maknanya.. Tapi aku tidak rasakan ianya salah percutian itu.. ianya sepatutnya dan pastinya salah diriku... Adakah aku mula hilang minat dengan percutian ini.. atau aku terlalu muak dan mual dengan permasalahan yang minda separuh sedarku tahu dari dahulu yang ianya mustahil untuk aku selesaikan.. Ataupun selama ini aku hanya dalam 'state of denial' yang menyatakan aku mampu selesaikan permasalahan 20 atau 50 tahun dahulu yang semua orang tak mampu selesaikan.. Secara zahirnya aku kian dan hampir hilang arah tuju dan motivasi.. Kata-kata semangat dari penyelia percutian tak lagi menerjah ke dalam kotak hati ini.. Ape yang 'promising', ape yang 'showing a good behaviour' dan sebagainya tak mampu untuk menampung gelodak dalaman yang ingin jawapan "Ape maknanya semua ini"... Mungkinkah kesempurnaan yang aku inginkan membuatkan semuanya kelihatan mustahil..
Adakah salah aku kerna tidak mencari maklumat dengan lebih effektif? Adakah cara aku untuk memanipulasikan bahan tidak cukup effektif, kreatif atau kritis.. Adakah teknik penyelidikan aku tidak cukup matang? Adakah latihan-latihan dan perangkaan di UTM dahulu hanyalah kegagalan semata-mata? Ataupun aku sebenarnya tidak layak untuk berada disini...
Mungkin aku patut akur dengan penemuduga ku dahulu.. usiaku dan kedudukan ku terlalu muda dan mentah untuk semua ini.. Wajarkah aku berundur sekarang sebelum ianya bertambah buruk.. Aku sudah mencuba dan berusaha sebaik mungkin.. dan kalau inilah penamatnya.. aku patut akur dan redha...
5 comments:
Never giving up.
Just want to give u one quote,
"Bila aku jatuh aku akan cuba untuk bangun walau seratus kali pun, kerana jika aku berhenti mencuba untuk bangun, sudah pasti aku tidak kan dapat bangun sampai bila-bila. Jadi aku akan cuba, dan cuba dan cuba lagi sehingga sampai ke penghujungnya" - Nick Vujicic
Orang ni xde tangan n kaki tapi ada azam dan semangat yg tinggi.
:)
zamir,
i just hope zamir tabah dan yakin dgn diri... ingat azam dan niat ke sana.. Allah akan tunjukkan yg terbaik ntok zamir...insyaAllah- miza
Thank you guys and to miza too..
Entah la, kadangkala kita kene sedar bila masa yang terbaik untuk berundur.. Takpe, aku akan berikan masa pada diriku beberapa bulan lagi sebelum membuatkan keputusan..
Thanks again for being there...
My Bro Zamir, Where There Is A will, There must be a way! Ur words for us last2 time ago=)b
huhu.. but there is no other way to turn the will... have used up all the ways that are available..
Post a Comment