Manusia merupakan sebaik-baik makhluk yang dijadikan oleh Allah swt. Melalui ungkapan ini, nikmat yang diberikan kepada manusia begitu besar sekali. Namun, pabila sudah biasa dengan nikmat tersebut, kita sering kali terlupa akan-Nya sehingga nikmat itu ditarik kembali sedikit demi sedikit.. Namun, semasa proses nikmat itu ditarik, pelbagai ragam boleh terjadi.. Acap kali kita akan kembali kepada Allah dan senantiasa bersikap tenang dan trus redha dengan ketentuan-Nya.. Tapi jangan terperanjat pada segelintir yang terus berusaha mencari kelemahan dan kekilafan serta kelemahan orang lain bagi menjaga dan menjamin status dirinya dimata masyarakat supaya dia sentiasa rasa selamat dan selesa kerna mengetahui orang lain lebih lemah dari dirinya dan dia masih mempunyai status yang lebih tinggi di mata masyarakat serta mempunyai abiliti untuk membuka aib orang lain..
Semoga aku sentiasa berada di bawah rahmat Allah dan tidak sesekali menjadi golongan yang ke-2 serta dijauhkan dari Laknat Allah swt...
Selain itu, paparan video dibawah hanyalah sebagai pengajaran kepada aku dan anda semua bertapa beruntung yang diri aku dan mungkin anda semua.. Tapi apa yang ku lihat, muka putera kecil itu sentiasa bersih, suci dan penuh dengan ketenangan.. Moga Allah memberi hidayah dan petunjuk kepadanya kelak... Moga dikau terus tenang putera kecilku... Moga aku juga akan mencapai tahap ketenangan seperti itu atau lebih dari itu suatu hari nanti.. Kerna ak percaya manusia yang hebat bukan kerna kehebatannya dalam bidang-bidang tertentu tetapi mempunyai tahap ketenangan dimana dia mampu bertenang dalam pelbagai keadaan termasuk semasa menghadapi maut..
No comments:
Post a Comment