Pages

Wednesday, 13 July 2011

Mulutnya... Angkuh Sentiasa...

Sejak kebelakangan ini ak suka melihat dan memerhatikan ragam manusia.. Dari pelbagai kaum, bangsa dan agama.. Cuma pabila kita berbicara tentang manusia, satu perkara yang paling susah untuk kita lakukan iaitu menutup mulut-mulut manusia (termasuk la jugak kata-kata dalam penulisan).. Aku sedar kekadang tu, aku pown ade time keangkuhan nyer.. cume tak la sentiasa.. dah abes dengan orang ni, dia sambung pulak dengan orang lain.. dah abes cakap, dia cari komputer (biasa la, zaman siber).. cari member nak taip dan cerita.. kalau cerita biasa-biasa takpe, nie sume cerita penuh dengan keangkuhannya sebagai manusia sampai tak ingat Allah pown ade jugak.. (Ade ke? aku sendiri pown xtau, cube untuk mengambarkan situasi harian.. sbb kalau aku ade jumpe manusia camni memang pangkah awal-awal untuk dibuat kawan)

 Tapi...

Yang paling susah pabila mereka mabuk dan mula merapu.. Tapi hari tu ak belajar satu trick, kalo ade orang mabuk datang & kaco-kaco kita. Perkara yang perlu dilakukan amatlah mudah. Tenung dalam-dalam dan berikan satu arahan kepada mereka. Sebagai contoh "Go back home" or "Sit Down". dan ajaibnya.. diorg dengar cakap.. Aku tak pernah buat lagi (abes la labmate aku jadi mangsa nanti).. Cuma banyak kawan-kawanku yang sudah mencuba dan ianya berjaya.. Tahniah buat mereka...

Cuma, tu kalo diorg mabuk.. kalo yang tak penah-penah mabuk nie macam mane pulak?

Haih (Mengeluh dalam-dalam)

P/S: Tetibe dah rajin tulis pasal manusia la pulak mungkin sebab bila check traffic baru-baru nie, berpusu-pusu manusia (xtau la plak kalo virus) menerjah blog ini.. ade yang search dari google, ade yang dapat link dalam facebook dan ade jugak la beberapa orang yang hantar link dalam bentuk yahoo mail. Giler cool, tetibe rase popular sekejap.. Kalau ade sesiapa nak cek traffic blog korang, senang jer pergi la traffic source kat dashboard korg (xyah cakap kowt benda nie, sebab sume blogger noob pown tau pasal traffic source)

No comments: