Bro.. You put your words as nearly as my thought.. So to sum up, I'll post your blog and your idea here..
By Carl Samsudin
http://carlsamsudin.blogspot.co.uk/
Assalamualaikum
Khas untuk diriku, keluargaku, sahabatku dan muslim Malaysia
Aku mulakan dengan realiti politik di negara tercinta kita, 
Malaysia. Kebanyakan dari kita sudah maklum bahawa pemerintahan kita 
mengamalkan sistem DEMOKRASI. Demokrasi secara mudah ialah kerajaan yang
 dipilih oleh rakyat. Demokrasi menghendaki pemilihan oleh orang 
ramai, maka muncullah parti-parti politik. Di dalam  sistem demokrasi, 
siapa meraih undi yang paling banyak maka dialah juara. Maka untuk 
 ini, muncullah hukum Machiavelli -"MATLAMAT MENGHALALKAN 
CARA". Penganut-penganut sistem demokrasi di'halal'kan menggunakan apa 
jua cara sekalipun untuk mencapai undi paling maksimum agar begelar 
juara.
Niccolò Machiavelli - Matlamat meghalalkan cara
Anda dibenarkan memaki-hamun, menjatuhkan maruah lawan, mengeluarkan 
video-video lucah atau melompat parti. Anda juga boleh merasuah 
pengundi, menabur janji palsu atau menipu undi pos. Anda juga dibenarkan
 mencetak beribu-ribu kad pengenalan palsu, memberi kerakyatan kepada 
warga asing atau membenarkan pengundi mengundi dua kali atau 
berkali-kali. Anda juga boleh merasuah suruhanjaya pilihanraya atau 
sekatan media. Terlalu banyak cara sebenarnya untuk anda boleh lakukan 
untuk meraih undi. Sebab peraturan terpenting demokrasi ialah UNDI. UNDI
 ialah Tuhan demokrasi. Dalam sistem demokrasi, dari 9 orang bodoh dan 
seorang yang bijak, sistem akan mengangkat salah seorang dari 
orang-orang bodoh itu menjadi ketua. Orang yang bijak itu hanya memiliki
 kebarangkalian 0.00000009% untuk menang. Maksudnya orang bijak itu 
mustahil untuk menang sehinggalah kesemua orang-orang bodoh tadi mati.
Jangan biarkan Tanah Melayu ini menjadi seperti Tanah Arab
Dalam sistem pemerintahan Islam, kita mempunyai satu majlis pemilihan 
yang dinamakan Syura. Syura ini terdiri dari kalangan bijak pandai, alim
 ulama, dan mereka adalah golongan yang yang terpilih hasil sokongan 
orang ramai. Syura bukanlah kerajaan, tetapi mereka bertanggungjawab 
untuk memilih kerajaan. Jadi kebarangkalian untuk mendapat kerajaan yang
 bodoh amat tipis. Orang bijak yang memilih kerajaan, bukan 
majoriti. Ini adalah sistem Islam, sistem yang diajar oleh Nabi Muhammad
 s.a.w. Ketika nabi wafat, para sahabat nabi yang terpilih berbincang 
untuk memilih pengganti nabi bagi memikul tanggungjawab memimpin umat 
Islam. Para sahabat tidak pernah mengadakan pilihanraya dan mereka juga 
tidak pernah menubuhkan parti. Mereka tidak terjerit-jerit di 
jalanan. Mereka tidak hantar memorandum kepada raja Mekah. Mereka hanya 
berdoa kepada Allah SWT. Mereka bermesyuarat dan melaksanakan solat 
istikharah. Bukan buang masa macam orang bodoh, terpekik terlolong di 
jalanan.
Dalam situasi di negara kita, kita maklum bahawa sistem politik yang 
diamalkan ialah demokrasi BUKAN SISTEM ISLAM. Ini hasil penjajahan 
pemikaran orientalis di seluruh dunia. Namun Islam telah mengajarkan 
bagaimana untuk menguruskan pemerintahan. Bagaimana untuk mentadbir 
sebuah negara. Bila orang hendak berkahwin, mereka mahukan syariat. Bila
 mahu berurusan dalam jual beli atau kewangan, mereka mahukan 
syariat. Namun apabila mahu mentadbir negara, mereka buang syariat 
jauh-jauh. Adakah hukum Al-Quran boleh diambil dan dibuang sesuka 
hati? Di dunia, anda boleh terlepas bebas, namun di akhirat anda tidak 
boleh lari. Cukuplah dengan kenyataan bahawa anda dan saya akan mati 
suatu hari nanti. Adakah saya dan anda boleh lari dari 
kematian? Bekas-bekas ketua negara akan dipanggil pulang oleh Ilahi dan 
mereka akan ditanya, mengapa tidak jalankan hukum-Nya ketika memegang 
kuasa nombor satu di Malaysia? Mereka pasti ditanya sebab hukum-Nya 
tertulis jelas dalam AlQuran.
Adalah Allah SWT menurunkan hukum Hudud hanya untuk dipermainkan? Adakah
 hukum Hudud boleh dijual dengan harga 'Negara Kebajikan'? Apa itu 
'Negara Kebajikan'? Mengapa begitu bodoh sekali sehingga menggadaikan 
hukum-Nya di telapak kaki musuh-musuh Islam? Ingat, jika anda berusaha 
sepanjang hidup anda untuk menegakkan hukum-Nya namun masih tidak 
berjaya, anda memiliki alasan di hadapan Allah di akhirat nanti. Namun 
apabila anda buang hukum-Nya dan menggantikan dengan 'Negara Kebajikan' 
atau seangkatan dengannya, apakah lagi alasan anda di hadapan Allah?
Kita ada parti UMNO, PAS dan PKR yang dipimpin oleh Melayu Islam. Kita 
ada DAP sebagai paksi politik yang dipimpin oleh orang kafir yang 
bahaya. Dan selebihnya ialah NGO. Dalam sesetengah keadaan,
NGO ini adalah sebenarnya parti dalam parti. Mereka mampu mencatur 
politik sesebuah parti. Dalam isu terkini, seperti isu Bersih 3.0, kita 
sebagai orang Islam harus berfikir matang dan waras. Pertamanya, siasat 
latarbelakang SIAPA YANG MENGGERAKKAN IA. Siapa penganjurnya, siapa 
pendukungnya? Kaji dahulu dan tanya diri adakah aku perlu menyokongnya?
Perlukah menyokongnya?
Siapakah dia?
Orang Melayu yang beragama Islam kena bijak, kerana mereka adalah target
 yang akan dimangsai cukup-cukup dalam Bersih 3.0. PAS telah berjanji 
akan menggerakkan kira-kira 300,000 orang untuk menyertai perhimpunan 
itu. Siapa mereka? Orang Melayu-Islam. Adakah ada janji DAP atau 
Hindraf untuk menggerakkan dengan jumlah yang sama untuk Bersih 
3.0? TIDAK! Tidak ada janji seperti itu. Maka yang akan terpekik 
terlolong adalah Melayu-Islam. Yang buat kerja adalah Melayu Islam. Yang
 memerhati adalah musuh-musuh Melayu-Islam. Yang buang masa di tengah 
panas adalah Melayu-Islam, yang tolong tengok adalah 
musuh-musuh Melayu-Islam. Kemudian kita tengok di manakan mereka akan 
BERKUMPUL.
SOGO, Kuala Lumpur
Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur
Mereka berkumpul di SOGO, Masjid Kampung Baru dan sekitar Dewan 
Bandaraya Kuala Lumpur. Sahabat-sahabatku, ini tempat 'lepak' orang 
Melayu. Mengapa mahu berkumpul di masjid, tidak di gereja atau 
tokong? Penganjurnya ialah non-muslim yang memusuhi Islam. Mengapa 
gunakan masjid?
INI ADALAH UNTUK MENGUMPULKAN MELAYU-MELAYU BODOH BAGI TUJUAN DIPERGUNAKAN.
Mengapa berkumpul di SOGO, bukan di Low Yatt atau Bukit Bintang?
ADALAH UNTUK MENGUMPULKAN MELAYU-MELAYU BODOH BAGI TUJUAN DIPERGUNAKAN.
Bersih 3.0 didokong oleh orang kafir yang memusuhi kamu orang Melayu dan
 agama Islam. Hamba rakyatnya ialah ahli-ahli PAS dan orang-orang Melayu
 PKR. Untuk tidak nampak dipergunakan, beberapa orang Cina dan India 
(non-muslim) akan turun untuk beri semangat kepada Melayu-Melayu bodoh 
ini untuk terpekik terlolong di jalanraya.  Majoriti akan mengambil 
sikap tunggu dan lihat. Provokasi dijalankan, hasilnya Pemuda UMNO dan 
Perkasa bangkit untuk menentang. Namun pendekatan Perkasa bodoh dan 
tidak matang. Mereka mengambil pendekatan kasar dan tidak 
berhikmah. Mereka menjadi rasis secara tidak bijak dan 
terang-terangan. Hasilnya ia tidak disenangi oleh Pemuda UMNO. Mereka 
berselisih pendapat. Ketika Pemuda UMNO dan Perkasa 
bercakaran, musuh-musuh Melayu dan Islam terus menjalankan provokasi dan
 propaganda. Silap haribulan, yang bertempur di jalanan nanti adalah 
Melayu PAS dan PKR,Melayu UMNO dan Melayu Perkasa. Non-Muslim akan 
bertepuk tangan dan menonton hiburan percuma ini sambil bergelak ketawa 
di hadapan tv.
Pas menjadi bingung hanya kerana dibuai mimpi demokrasi. Pas telah 
menjadi hamba demokrasi dan terpaksa mengikut tarian demokrasi. Pas 
mencapai satu tahap di mana matlamat perjuangannya ialah MENJATUHKAN 
UMNO. Tidak kira walaupun matlamat menegakkan Negara Islam dibuang 
jauh-jauh dengan menggantikannya dengan konsep Negara 
Kebajikan. Rasulullah s.a.w tidak pula menjalankan Negara 
Kebajikan untuk mengambil hati Yahudi Bani Quraizah,Qainuqa atau Majusi 
dan Nasrani di kota Madinah. Mengapa untuk mengambil hati DAP dan 
sekularis PKR, maka hukum Allah boleh diketepikan?
 
Saya berpesan kepada saudara-saudara saya supaya fikirkan tentang 
ini. Kali ini kita buat seperti kaum Cina buat setiap kali ada 
isu, iaitu TUNGGU DAN  LIHAT. Jangan turun ke perhimpunan. Biar Ambiga 
dan kuncu-kuncunya terpekik terlolong dalam panas. Ingat, biar mereka 
yang buat kerja, bukan kita. Kita terlalu mulia untuk terpekik terlolong
 macam anjing di jalanan. Jangan biarkan Ambiga selesa di pejabat 
memantau kita yang terpekik terlolong, paksa dia turun dan paksa dia 
terpekik terlolong. Kita diam dan saksikan sahaja dia menjerit.
 
Ahli PAS, buat macam ini. Tolong. Anda kena bijak. Ini bukan pasal UMNO 
yang anda benci sampai ke mati, INI DEMI ISLAM YANG TERCINTA. Kita kena 
membezakan perjuangan menentang UMNO dengan perjuangan menentang 
musuh-musuh Islam. UMNO adalah saudara kita yang diberi dadah oleh musuh
 Islam. Kita kasi cantas dahulu musuh Islam. Kemudian kita rawat 
UMNO, ajak mereka ke masjid, solat berjemaah. Beritahu mereka kebesaran 
Allah SWT. Beritahu mereka keindahan Islam. Hikmah melaksanakan perintah
 Allah.
 
Cintakan Allah, cintakan Nabi. Ingat, caranya mesti tepat dan betul. 
Perjuangan bersama 'panji-panji hitam dari timur' - Dinar Emas