Pages

Monday, 28 November 2011

Tahun baru.. perubahan baru..

Salam Maal Hijrah untuk semua..

Dalam 2 ke 3 bulan nie.. in fact selang setiap 2 ke 3 bulan nie.. seolah-olah aku hilang arah dan macam-macam benda merepek aku tulis kat blog nie.. Tak pasti adakah ini senario biasa semasa tahun ke-2 dalam percutian ini mahupun hanya berlaku pada diri aku sendiri.. So, kepada sesiapa yang terasa aku ingin memohon maaf (kena jumpa pulak la semua orang nanti..)

Sebelum tibanya tahun baru nie.. sebulan sebelum ianya berlaku, mmg aku bercadang untuk melawat semua rakan-rakanku disekitar UK.. sebagai sumber motivasi dan juga inspirasi bagi menghadapi tahun baru 1433.. Jauh berjalan.. mengembara dari barat ke timur, selatan ke utara dan sebagainya.. banyak perkara yang diingatkan aku secara halus.. dan semoga ianya menjadi pencetus kepada perubahan diriku kelak:

1. We can have fun without talking about other people (banyak benda lain dan ilmu lain boleh dipelajari)

Aku rasa.. terlalu banyak masa aku bazirkan untuk melihat dan menganalisis orang lain.. So kali ni, aku nekad tak mau dah dok sibuk-sibuk dengar rahsia yang melibat masalah orang lain.. Open source... Masalah yang ada kaitan dengan diri sendiri je aku akan tolong.. kalau sebab si polan nie dan si polan tu.. Forget about it..

2. Life is simple and short.. Make it sweet and yet awesome

Hidup ni mudah jer.. manusia/aku yang selalu buat dia jadi complicated.. Memang la tak dinafikan, seronok kalau ada orang faham akan diri aku.. sanggup berkorban untuk aku dan sebagainya.. faham apa yang aku inginkan dan merupakan seorang yang aku mampu luahkan segalanya.. but.. stop looking kowt.. benda akan buat diri aku lebih merana.. sebab aku akan mula mengharapkan pada orang lain.. Berhenti berharap dan mulakan hidup baru.. Buat apa yang ko suka dan lakukan apa yang ko inginkan.. Take back your life.. Terlalu banyak ko korbankan.. Hentikan semua ini sebelum terlambat..

3. Harta dunia bukan segalanya..

Yang ini aku masih dalam keadaan dilemma.. Dulu hasrat di hati, duit percutian nie nak buat simpanan dan untuk mulakan hidup penyelidikan sekembalinya di Malaysia.. tapi disebabkan budget yang sangat ketat, kadangkala emosi sering berlawanan dengan diri.. Kadangkala terfikir, kalau aku tak sempat memulakan hidup penyelidikan macam mana.. Padahal banyak tanggungjawab lain... Kini aku rasakan, keselesaan masa sekarang lebih penting dari keinginan masa hadapan.. Mungkin ramai orang yang berkata, perancangan masa depan harus dimulakan dari sekarang.. If you fail to plan, you planned to fail.. Tapi kalau macam aku dah plan hidup aku dari awal sampai habis, dengan siap plan ABCD sumenyer.. membuatkan aku tak menghargai kehidupan.. semua yang berlaku aku dah agak.. dan bila jadi sesuatu luar sangkaan, aku freak out dan cuba kembali pada plan yang tersedia.. Padahal plan tu tak semestinya yang terbaek untuk ku.. Dengan itu, aku rasakan, benda yang terbaik ialah, lakukan apa yang terbaik masa sekarang dan bukannya apa yang terbaik untuk masa depan.. Step by step, one by one.. Buat yang terbaik untuk percutian kali ini.. Apa yang berlaku selepas itu, akan kita hadapi selepas itu.. Ingat waktu MRSM dan Ijazah dulu.. Aku tak pernah risau pasal keadaan selepas tapi hanya melihat ruang lingkup semasa.. Hidup waktu itu mudah dan senang... Berhenti risaukan masa depan yang tidak pasti..

4. Hentikan perasaan risau yang merepek.. (All the meticulous things)

Banyak je perasaan guilty concious yang merepek yang membuatkan aku risau akan sume perkara.. Contohnya, tak elok makan crips, banyak additive.. banyak garam.. Makan luar mahal la, kene masak nie, untuk jimat... Alamak, dah lama tak jogging, cmne nak shape up badan... Total body workout pown dah tak buat.. cmne badan nak ade shape... balik nie mesti kene kemas rumah.. alamak, kt rumah takde tempat nak study, cmne nak buat simulation.. Malam ni nak makan ape ek?.. Ish, laundry tak buat lagi dah la baju minggu lepas tak kering lagi.. Rumah ni dah rasa berpasir, kene vacuum lagi.. Budget bulan ni dah takde kene cut down (padahal baru belanje $200) sebab dulu boleh je hidup sebulan £50.. STOP IT!!!!!!!!!! Tak yah fikir semua benda mengarut nie.. Nanti bila start fikir rasa bersalah n so on.. lepas tu hilang fokus.. Just enjoy the life.. Enjoy the moment... Relax... Relax in your life but not in your research.. Benda kecik cmni takyah fikir.. buang masa jer fikir.. masa ko lagi berharga kowt.. bazir je spend kt sini.. (kan dah kene bebel dengan kawan aku)


All in all, these trips memang awesome.. relaxing.. takde nak rush bangun pukul 6 pg.. total relaxing.. Dapat memotivasikan diri and it is nice.. To have somebody around you that know who you are and to just be who you are.. Tak perlu nak control diri.. tak perlu nak set example.. tak perlu nak tunjuk intelektual.. tak perlu nak live up to expectation.. Tak perlu rasa responsible.. Tak perlu semua tu.. Just be who I am.. Childish, Playful, Cheerful and Carefree all the way.. That's what make me unique and who I am today..

No comments: