Pabila melihat kehidupan ini.. Bak kata spiderman mahupun Blue Ranger dalam criter Power Rangers.. Great power comes with greater responsibility.. Tapi bagiku kata-kata tersebut hanya mampu direalisasikan dalam dunia fiksyen semata-mata dan terminologi dalam dunia sebenar seharusnya begini
Great Responsibility comes with Greater Power
Kerana kekuatan dalam hidup seseorang itu tidak akan datang dengan tiba-tiba.. bukan kerana gigitan serangga mahupun limpahan sisa toksik.. tapi lebih kepada tanggungjawab yang perlu dipukul yang mampu menjana kekuatan luar biasa.. Sering kali kita terdengar bahawasanya Tangan seorang ibu yang menghayun buaian mampu menggoncangkan dunia.. Ini kerna, tanggungjawab yang dipegang membuatkan seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja demi anaknya yang tercinta..
Dengan tanggungjawab kita mengenal erti kekuatan dan perasaan untuk tidak putus asa.. Dengan ada rasa tanggungjawab kita akan berusaha untuk melakukan sesuatu perkara dengan sebaik mungkin.. dan dengan adanya tanggungjawab secara tak langsung kita melakukan sesuatu perkara dengan penuh keikhlasan..
Bila dilihat dari aspek yang berbeza... mungkin ada yang rasakan tidak relevan tetapi ianya bertemu dan bersilang pada titik penakulan yang sama.. sebagai contoh.. perasaan cinta itu sendiri ada penjelasan yang mudah untuknya.. Bagiku, cinta merupakan sebuah perasaan yang membuatkan kita sanggup melakukan apa sahaja tanpa mengharapkan sekelumit balasan pun.. Ianya mampu diperlihatkan dalam bentuk perasaan dalam keluarga, antara rakan mahupun terhadap alam semesta.. Disebabkan perasaan cinta, tidak mustahil perasaan tanggungjawab lahir dan wujudnya kekuatan yang mampu dijana ke arah pembentukan sesuatu yang positif..
Tanggungjawab yang dilaksanakan secara langsung mahupun tidak langsung mampu menghasilkan impak kepada masyarakat sekitar.. Di mana jika ianya dilaksanakan dengan baik.. Wujudnya rasa hormat, perasaan ini walaubagaimanupun mampu menghasilkan ketakutan dalam hidup sesetengah individu.. Dengan wujudnya rasa hormat, sesetengah individu akan lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara terhadap orang yang mereka hormati.. Dan risau akan melakukan kesilapan mahupun kesalahan terhadap mereka..
Maka, pabila wujudnya perasaan cinta, akan wujudnya perasaan tanggungjawab yang mampu mengimplementasikan rasa hormat.. Dan jika disalahgunakan, perasaan hormat itu boleh diubah dan ditukarkan kepada ketakutan.. Secara tak langsung mampu mengawal dan memanipulasikan hidup seseorang.. Ini baru satu contoh bagaiman dengan menabur perasaan cinta pada mulanya, seseorang individu mampu mempengaruhi individu lain dengan mudah dan tanpa paksaan..
Bertapa hebatnya kuasa cinta dalam mengubah sesuatu perkara.. namun dewasa kini, skop cinta telah disalah ertikan dan lebih kepada hubungan antara dua insan dan kadangkala ianya hanya berhenti pada perasaan cinta dan tidak berakhir dengan lahirnya perasaan tanggungjawab.. mereka lebih rela memilih kegembiraan yang singkat berbanding hubungan yang berkekalan selamanya..
Penulisan kali ini hanyalah repekan minda semata-mata..
No comments:
Post a Comment